VS27

Drama Completed 85759

Sinar pagi menjelma lagi walau pasir di pulau itu masih basah dengan hujan yang lebat mencurah sepanjang malam.

Eva buka kelopak matanya, leher sedikit kebas apabila sepanjang malam berbantalkan lengan Daim.
Lelaki yang dulunya menjadi Buddy sepanjang hampir 30 tahun kini dengan rasminya menjadi Hubby Eva sepenuhnya.

Mahkota yang disimpan dan pernah berangan hanya akan diberi kepada Daim Akli, kini menjadi kenyataan.

Eva kalah dengan pujukan Daim, ingat nak jual mahal sikit.
Tunggu balik kebandar baru diberi, tapi dia pun tak tahan bila mata kuyu Daim menikam wajahnya. Sentuhan lelaki itu hangat hingga Eva hilang dalam desahnya sendiri.

Jika dulu Daim dipandang sebagai seorang rakan, sama-sama gelak tawa. Sama-sama cipta keriuhan, bergaduh dan saling melepas marah.

Namun malam tadi lelaki itu sungguh lain.
Romantik plus Chezzy.
Hingga Eva sendiri meminta untuk perlayaran diteruskan kali kedua. Daim apa lagi makin hot lah tunjuk kejantanannya.

Dan sebelum bunyi kokokan ayam pagi yang pertama.
Daim kembali menyentuh leher dan dada Eva dengan bibirnya.
Semakin lama bibir itu merayap kebawah hingga Eva mendesah untuk kali ketiga sebelum mereka benar-benar terkulai hingga pagi menjelma.

Eva senyum...
Muka didongak sedikit, garisan dagu maskulin milik Daim dipandang. Lelaki itu masih enak dibuai mimpi, namun tangan kirinya tak lepas melilit di pinggang Eva.
Bahagianya saat ini hanya tuhan yang tahu.

Walau hanya berdua dalam bilik yang kecil, dan bertilam nipis. Itu semua tak menghalang suami isteri ini untuk terus memadu kasih.

Perlahan tangan Eva mengangkat lengan Daim dari terus melingkar pinggangnya. Dia ingin bangun kerana hari makin cerah, dah lah tinggal kat rumah orang.
Kena lah hormat tuan rumah.

"Mmmm..."
Daim perasan pergerakan yang berlaku dari Eva, makin kuat lengannya dilingkar ke pinggang isterinya.

Eva senyum lagi.
"Bangun lah, nanti apa Pakcik ngan Makcik cakap kat luar."

"Kejap lah.. aku penat ni.. 3 round malam tadi."

Bola mata Eva membulat, pantas tapak tanganya menampar dada Daim yang tidak berbaju.

Serta merta kelopak mata Daim dibuka, tawa garaunya memecah romantik pagi.

"Bangun Im."
Kali, tangan Eva sedikit kuat menarik lengan sasa Daim dari pinggangnya.

Daim tak mengalah, tubuh Eva dirapatkan sehingga kedua bonjolan didada Eva menerkap erat pada dada Daim.
"Satu round lagi boleh Eva?"

"Giler!"
Eva terus menolak kuat dada Daim dengan tangan kirinya. Pipi dah rasa panas.
Ulat bulu Daim makin naik daun.

Daim terus memeluk biar pun Eva meronta-ronta minta dilepaskan. Tak puas merasa halusnya kulit Eva saat menyentuh seluruh tubuhnya.

Ketika Eva terus meronta, luka di tangan kananya tertampar dilantai kayu.
"Auuchhh!"

Pantas Daim dudukan tubuhnya saat mendengar Eva mengaduh, pelukan Eva dilepaskan.
"Kau okay Eva."

"Kan aku cakap lepaskan tadi, tengok apa kau dah buat kau luka aku. Sakit tau!"
Eva mengosok sekeliling lukanya yang masih terbalut, bibir dimuncung sambil mata disepet manja.

Jari Daim mencubit pipi Eva ketika matanya menangkap pipi wanita itu yang dikembungkan.
"Masa tiga round malam tadi, kau tak mengadu sakit pulak?"

Mata Eva membulat, bibir diketap kuat! Melampau gatal laki aku ni!
Sekali lagi pipi dicembungkan sebelum membangunkan tubuh. Nak merajuk!

Daim turut berdiri.
"Jangan lah merajuk Eva, aku gurau je, meh aku tengok luka kau."

Eva makin tarik muka, lengannya yang ingin dicapai oleh Daim dialihkan lantas memusing tubuh dari lelaki itu.

Makin lebar senyum Daim melihat rajukan si isteri. Urat saraf kembali bergetar.
Lantas pinggang Eva diraih dan Daim merapatkan dadanya pada belakang Eva.
"Jangan lah merajuk dengan aku, kalau kau merajuk, aku nak 'fighting' dengan siapa malam ni?"

Adessss... cair tahi telinga dengar ayat kuning si Daim ni!
Eva mengerakan tubuh cuba keluar dari pelukan suaminya. Tindakan memprotes masih lagi diteruskan.

Senyuman Daim makin mekar. Dagu petak nya diletak pada bahu kiri Eva. Bau rambut isterinya dihidu kuat, makin bertambah getar dihati lelakinya.
"Aku nak kita terus macam ni Eva.. selamanya...Aku dah penat nak jauh dari kau, aku takut untuk berjauhan lagi dengan kau Eva."

Perlahan Eva memusing tubuh, kepala didongak memandang wajah Daim. Jemari halusnya menyentuh sisi rahang lelaki itu.
"Aku janji, lepas ni kita takkan jauh lagi. Balik dari sini kita mula kan hidup baru ye."

Daim angguk kepala. Jemari Eva yang menyentuh pipinya diambil dan dibawa kebibir sebelum mencium lembut.
"Balik ni, aku nak selesaikan semua masalah kita. Lepas tu...."
Wajah Daim ditunduk sedikit merapati raut Eva.
"Kita buat anak ramai-ramai ye."

Start lagi!
Dengan sekuat hati Eva menolak dada Daim hingga tubuh lelaki itu sedikit terandah kebelakang.
"kau ingat aku kilang ke?"

Daim kembali mendekati dan pipi isterinya yang kembung dicubit lembut.
"Kau isteri aku Eva. Aku nak hidup dengan kau, nak bina rumah dengan kau, nak besarkan anak-anak kita selamanya dengan kau."

Sweet nya Daim Akli...
Bila masa lah Hubby Eva ni pandai bermadah helah yek..
"Dah lah.. aku nak keluar, pergi mandi. Lepas ni kau tukarkan ubat kat luka aku."

Eva tak menghiraukan kata cinta yang dilafazkan oleh suaminya. Makin dilayan makin menjadi.

"Eva.. tunggu lah.. kita mandi sama-sama."

Eva yang membelakangi Daim hanya tersimpul senyum.

Lelaki tu dah nampak dan sentuh semua milik Eva, takkan dia nak kedekut jugak bila diajak mandi bersama.
Sengaja je Eva sebut perkataan 'mandi', nak buat umpan. Mana tahu umpannya mengena.

Terkedek-kedek Daim mengekornya hingga sampai ke bilik air.

Sekali lagi adengan panas berlaku ketika mereka berdua didalam bilik air.
Tapi tak lebih lah.. Setakat kiss kat bibir je.

Please.. jangan fikir lebih-lebih lagi... aauummm..

Seusai mandi, Ibu Bidin mengarahkan Eva dan Daim untuk makan sarapan. Tapi Daim mintak kebenaran untuk menukar ubat pada luka Eva dahulu.

Ibu Bidin masuk kedalam bilik setelah Eva dan Daim siap berpakaian, ditangannya membawa semangkuk daun kerinyau yang sudah siap diramas dan dicampur dengan getah pokok pagar.

"Sudah kering nampaknya luka di lengan Eva."
Ibu Bidin bersimpuh sambil melihat Daim menilik luka Eva sebelum ditempek dengan daun kerinyau.

"Ye lah Makcik.. padahal baru 3 hari, mujarab betul ubat Nek Mah"

Eva pandang Daim yang asyik menilik lukanya.
Dia sendiri tak pernah jumpa Nek Mah.

Daim ceritakan Nek Mah yang selamatkan Eva dan keluarkan darah beku yang ada dalam badan Eva.
Tergerak juga nak jumpa perempuan tu untuk mengucapkan terima kasih.

"Nek Mah tu dulu dukun pulau ni. Masa pulau masih ramai penghuni, ramai yang jumpa dia untuk berubat. Tapi bila zaman semakin maju dan ramai yang dah keluar dari pulau ni, maka tiada siapa nak mengunakan khidmat dia lagi."

Serentak Eva dan Daim mengangguk.

Yelah zaman dah moden, siapa nak guna khidmat tradisional lagi. Benda tu semua dianggap kolot.

Tapi pernah tak terfikir, penghasilan sesuatu ubat juga menjadikan tumbuhan sebagai bahan asas. Cuma lebih advance lagi bila bahan asas itu dicampur dengan bahan kimia supaya lebih tahan dan lebih berkesan.

"Kalau ada masa. Eva nak jumpa Nek Mah, nak ucap terima kasih."

Ibu Bidin mengangguk laju.
"Kalau hujan dah berhenti, Makcik bawa Eva pergi berjumpa dengan Nek Mah ye."

Kali ni Eva turut mengangguk.
Tingkah Daim kembali diperhati.
Halus sahaja gerakan Daim menempek daun ubat pada luka Eva sebelum dengan perlahan membalut luka itu hingga tertutup.

Dalam hati berterima kasih sangat pada lelaki itu. Jika Daim lewat sikit meyelamatkan dirinya dari Zizie. Dah tentu Eva menjadi arwah di pulau itu.

Mana lah Zizie sekarang ni.

Kadang-kadang terasa takut jugak untuk kembali ke bandar, mengenangkan Zizie masih berdendam. Pondan itu sanggup membunuh, jadi tak mustahil Eva dan Daim akan terus menjadi mangsa kekejamannya.

*****
Setelah lima hari Eva dan Daim berkampung di pulau ini.
Langit makin menampakan tanda terang.
Dari pagi tadi tiada langsung tanda hujan akan turun membasah pulau.
Hati Daim sedikit lega.

Selepas menjamah makan tengahari, Pak Chot mengajak Daim lepak di parkin yang dibina oleh lelaki tua itu berpuluh tahun yang lalu.

Parkin itu bergitu hampir dengan persisir pantai, hingga kadang-kadang terasa percikan air saat ombak menghempas.

Eva dah mengekor Ibu Bidin ke rumah Nek Mah.
Hari ni baru berkesempatan Eva menemui Nek Mah, kerana sebelum ni pulau masih disimbah hujan.
Kebetulan rumah Nek Mah jauh ke dalam ke hutan.
Ibu Bidin tidak menyarankan Eva pergi memandangkan Eva tak berapa fasih jalan hutan disini, dan ditambah dengan laluan yang agak licin untuk sampai kerumah dukun itu.

Daim menyambut huluran rokok daun yang diberi oleh Pak Chot.

Sebenarnya sejak dia bersatu badan dengan Eva, Daim nekad untuk berhenti mengambil bahan nirkotin ini. Namun kerana tak mahu menghampakan Pak Chot, dia mencapai jua dan disisip kebibir sebelum membakar dihujung.

Pak Chot mendirikan lutut kanannya sebelum dibawa rapat kedada.
Tembakau yang terbakar dalam gulungan daun nipah disedut sebelum menghembus asap ke pantai.
"Pak cik rasa, cuaca sudah kembali cerah, kalau malam ni tidak hujan. Esok Pakcik akan hantar kamu berdua ke seberang."

Daim mengangguk. Mulutnya turut menghembus asap tembakau menghala ke pantai.
"Terima kasih Pakcik sebab sudi menumpangkan kami berdua."

"Sudah berapa kali kamu berdua ucap terima kasih sejak datang disini. Ini tanggungjawab Pak cik sebab pakcik orang pertama yang jumpa kamu dan Eva. Pakcik mesti tolong. Ini masa kamu susah, mana tahu ada masa pakcik susah pulak. Kamu boleh tolong pakcik."

Daim menarik keluar rokok tembakau dicelah bibirnya sebelum memandang Pak chot.
"Kalau diberi kesempatan, saya akan cuba membantu pakcik dan keluarga jika pakcik dalam kesusahan."

Pak Chot mengangguk lagi, pandangan matanya terus terhampar ke laut dihadapan.

"Sini bapaknya duduk, dibiarkan rumah tak berkunci."
Ibu Bidin cekak pinggang menghampiri parkin.

Pak Chot menoleh sebentar.
"Siapa lah nak mencuri rumah kita tu Mak nya! Bukan ada apa-apa pun. Lagipun penduduk pulau ni semua dah kenal lama. Mana berani nak buat kerja-kerja mencuri."

Daim turut menoleh, namun pandangannya jatuh pada tubuh Eva yang turut mengekor Ibu Bidin dari belakang.

Isterinya ayu sekali, dengan baju opah dan kain batik serta rambut blonde dibiarkan terlepas. Sekali tengok macam rupa minah saleh masuk kampung. Hehehe.

Eva kecilkan mata saat ternampak pandangan mengoda dari suaminya. Gatal!

"Tidak mengapalah kalau tidak dikunci, tapi tutup lah pintu. Kalau binatang buas masuk macamana?"

Aishh tak habis lagi membebel bini aku ni.
Pak Chot menyedut dalam rokok tembakau sebelum mematikan bara lantas menuruni parkin.
"Pakcik nak pergi menjahit jala di bot, esok sudah mula turun menangkap ikan."

Pak Chot mula membuka langkah padahal di cuba lari dari bebelan isterinya.

Ibu Bidin dah bercekak pinggang, matanya bulat memandang belakang Pak Chot yang dah jauh meninggalkan parkin.
"Bapaknya! tak habis lagi saya cakap ni."

Langkah Pak Chot terus menjauh, telinga pura-pura tidak mendengar.

Kepala Ibu Bidin digeleng berkali-kali. Lantas menoleh kearah Eva.
"Kamu duduk lah disini dulu, Mak Cik nak ikut Pak cik ke sampan."

Eva senyum.
langkah Ibu Bidin dipandang sambil telinganya mendengar bebelan wanita tua itu tanpa tahu butir bicara.

"Kalau kau dah tua pun, mesti macam Makcik juga kan, kuat membebel."

Laju Eva menoleh kearah Daim yang masih memandang Ibu Bidin dihadapan.
"Ikut suka mulut kau je cakap aku macam tu kan."

Wajah Daim dilirik kepada isterinya.
"Salah ke aku cakap, kau pun kuat membebel jugak kan?"

"Im...."

Rahang Daim bergerak keatas, saat bibirnya mengukir senyum.
Rengusan dari Eva melintas kuat dicuping telingannya.
Lantas dia bangun dari duduknya dan menghampiri Eva yang tak jauh berdiri dari parkin.

"Eva.. kalau cuaca elok malam ni, Pakcik akan hantar kita balik esok."

Bola mata kecil Eva kini membulat, mulutnya terbuka sedikit mendengar kenyataan dari Daim.

Daim merantai kedua lengann isterinya dan mengukir senyum lagi.
"Esok kita balik kat tempat kita ye."

Kepala Eva diangguk laju lantas mengukir senyum. Bukan dia tak suka tinggal disini, tapi Eva rindukan mama dan papa.
Dia juga takut jika mama dan papa risaukan dia, sedangkan Eva selamat.

Kaki Daim melangkah kesisi Eva sebelum memaut bahu wanita itu merapati dadanya.
"Aku nak lepas kita sampai kat bandar, hubungan kau dengan aku serapat ini. Aku nak mulakan hidup dengan kau Eva."

Sekali lagi cuping telinga Eva mendengar ayat bahagia dari Daim. Dia tak pandang, mata terus membuang jauh ke laut dihadapan.
"After shooting drama aku tamat, aku nak berhenti jadi actor boleh?"

Daim mengelus belakang rambut Eva sambil menganggukan kepalanya.
"Aku pun memang nak kau berhenti Eva. Tapi aku cakap awal-awal, aku tak boleh bagi kemewahan seperti yang kau ada sekarang ni, sebab aku hanya ada cafe sahaja sebagai punca pendapatan aku."

Eva memeluk erat pinggang Daim yang keras. Kepala dilentok pada dada sasa milik suaminya.
"Aku rasa sebab mencari kesenangan, hingga kita berdua terpisah Im. Dulu masa kita masih sekolah, tak fikir pasal duit. Hubungan kita sangat rapat, segala-galanya kita kongsi bersama. Tapi bila aku makin busy dengan shooting, kita dah jarang bersama. Sejak tu juga kita sering bergaduh walhal benda yang kecik-kecik."

Daim menganggik faham.
"Kalau kau fikir macam tu terpulanglah, setakat nak bagi kau makan pakai masih aku terdaya Eva. tapi kalau kau mintak bulan, bintang aku rasa aku masih tak mampu nak ambik bidang angkasawan lagi."

Pak!
Eva menjarakan wajahnya lantas menampar lembut dada si suami.

Daim terkekeh suka. Namun dia kembali menarik tubuh Eva supaya tetap dalam dakapanya.

Lama mereka diam sebelum Eva kembali bersuara.
" Im..err.. kau taknak tukar panggilan nama kita ke?"

Daim memandang ubun-ubun Eva yang masih rapat didadanya.
"Maksud kau?"
Dahi mula dikerut.

"Ye lah... kan kita dah bersama. Takkan kau taknak panggil dengan panggilan romantik sikit. Baby ke sayang ke?"
Eva teragak-agak memberi cadangan, sedang pipi dah merah menahan malu. Wajah disorok pada dada lelaki itu.

"Mmmm.. kau nak aku panggil kau apa?"

"Terpulang lah.. asal kan yang romantik sikit"

Daim menjarakan tubuh Eva dari pelukannya.
"Okay sekarang kau sendiri pilih, kau prefer aku panggil kau baby or sayang?"

Eva ketuk jari telunjuk di tengah dagunya. Mata dibalik keatas, berfikir.
"Mmm.. baby sayang.."

Sekali lagi Daim kerut dahi.
"Kau nak aku panggil kau baby sayang?"

Laju Eva mengangguk.

Tangan Daim mengambil kedua bahu Eva sebelum memusingkan tubuh wanita itu kepadanya. Wajah kental ditunduk sedikit merapati muka Eva.
"Baby sayang, malam ni maybe malam last kita kat sini. Abang nak baby sayang layan abang sepuasnya. Mana tahu kita boleh dapat 'baby junior' bila balik ke bandar nanti"

"Ishh! mengadalah kau ni!"
Dengan kekuatan wanitanya, Eva menolak dada Daim sehingga lelaki itu selangkah kebelakang.
Muka dah panas.
Eva pusing badan dan mengatur langkah menuju ke rumah.

"Baby sayang... tunggu lah abang, baby sayang.. baby sayang jangan tinggalkan abang, nanti malam-malam abang kesejukan tanpa baby sayang."

Haiisssh! mengarutlah Daim ni.
Dah lah cakap kuat-kuat, kalau orang kat pulau ni dengar macamana?
Eva menerkup kuat kedua telinganya sebelum melangkah laju meninggalkan Daim dibelakang.
Malu tapi mahu!

"Baby sayang!!!"

*****

Seusai makan malam. Daim duduk dianjung luar bersama Pak Chot.

Sepanjang lima hari disini, Daim dah boleh hafal cara Pak Chot.
Lepas makan mesti nak merokok dan mengopi.
Merokok Daim masih boleh ikut, tapi mengopi. Daim mula tolak.
Cukuplah sekali, kepalanya ‘hang’ penangan kopi yang diberi oleh Pak Chot tempoh hari.

Malam ni kepalanya tak boleh sakit. Kan dah janji dengan Eva nak ‘buat anak’!

Lepas makan tadi Eva mintak diri masuk kedalam bilik.
Tapi takkan Daim pun nak turut serta masuk bilik.. malam masih awal.
Apa pulak kata Pak Chot nanti.

Nak taknak dia duduk dulu dengan Pak Chot kat luar.
Sebelum tu sempat dia bisik kat Eva.
“Baby sayang tunggu abang dalam bilik tau.”

Apa lagi makin kembung la pipi Eva saat suara garau Daim bermain di cuping telinga nya. Mengada!

“Esok kita bertolak awal. Pak cik pun nak pergi jumpa anak pakcik di seberang.”

Daim angguk kepala. Air teh yang diganti dengan air kopi oleh Ibu Bidin disisip ke mulut.

“Lama ke perjalanan ke seberang Pak cik?”

Pak Chot menghembus asap rokok tembakau sebelum kembali memandang Daim.
“Lebih kurang 3jam.. sampai seberang kena beli minyak dulu untuk isi dalam enjin, takut tak cukup nak balik semula.”

Mulut Daim membulat. Lama jugak ye.. Dia pun tak sangka dirinya boleh sampai ke sini bersama Eva.

“Sampai di seberang, kita pergi rumah anak Pakcik, nanti anak pakcik tolong Daim balik ke tempat asal ye.”

Dalam Nafas Daim ditarik sebelum menyandar belakangnya di pagar kayu bahagian anjung itu.
“Banyak betul saya terhutang budi dengan Pak Cik.. saya tak tahu nak balas macamana.”

“Tidak mengapa…..

“Diminta semua memberi kerjasama!!”

Pak Chot menghentikan ayatnya saat terdengar bunyi kuat dari pembesar suara. Disertakan lampu ‘sportlight’ yang menari-nari dibanyak kawasan pulau tersebut.

Daim turut terdiam. Tubuh didiri ditepi anjung memandang sekeliling.
“Apa tu pakcik?”

“Entah pakcik pun tak tahu.”
Pak Chot turut menghampiri Daim dan memandang sekitar rumahnya.

Makin lama makin terang lampu ‘sportlight’ menghampiri rumah Pak Chot.
Keriuhan didengar seolah-olah berpuluh orang sedang menyerbu rumah kayu ini.

Dan tiba-tiba lampu disuluh terang kewajah Daim menyebabkan lelaki itu terpaksa berpaling akibat silau!

“Encik Daim Akli! Kami Polis Laut, kami nak Encik Daim Akli bagi kerjasama dan menyerah diri.”

Hah?!!
Bunyi dari pembesar suara makin jelas kedengaran
Daim dan Pak Chot serentak berpandangan.

Eva dan Ibu Bidin juga keluar dari bilik dan menuju ke anjung.

Bidin pun terpisat datang dengan seluar boxer dan kain pelikat yang disauk keatas kepala.
“Kenapa Apak?”
Mata yang masih mengantuk ditenyeh kuat.

“Kenapa Im?”
Eva menghampiri Daim, lengan lelaki itu dipegang. Dada kian berombak kencang taktala pembesar suara itu jelas menyebut nama suaminya.

Tiga orang lelaki berpakain uniform polis menghampiri rumah Pak Chot dengan mengacu senjata api kearah manusia yang berada dianjung.

“Sabar…”
Pak Chot dengan berani menuruni anak tangga dan menghampiri anggota polis tersebut.
“Boleh saya tahu kenapa kamu semua datang ramai-ramai kesini?”

Seorang anggota polis selangkah kedepan menghampiri Pak Chot. Senjata apinya di letak kesisi tubuh.
“Mintak maaf pakcik. Kami mendapat maklumat Daim Akli tinggal disini.”

Laju Pak Chot mengangguk dan menoleh keatas sebentar memandang Daim yang masih berdiri kaku.

“Daim Akli disyaki membunuh Mohd Zamani bin Zain atau Zizie di sebuah pulau lima hari yang lalu. Semua bukti menunjuk Daim Akli bersalah. Jadi kami diarahkan untuk menangkap dia dan membawa ke balai untuk soal siasat.”

Laju Eva menuruni anak tangga dan menghampiri anggota tersebut.
“Daim tak bersalah! Saya ada ditempat kejadian! Zizie tembak saya di lengan. Kami berdua melarikan diri dari dia! Kami yang hampir terbunuh! Tapi Daim yang bunuh Zizie!”

Mata Eva dah merah!
Tuduhan apa kah ini?!
Dia ingat lagi sewaktu mereka melarikan diri, Zizie masih bergerak dan mengekori mereka.
Macamana anggota polis ni boleh cakap Zizie terbunuh?
Pulak tu menuduh Daim yang membunuh pondan itu.

“Sabar Puan.. buat masa ni siasatan sedang dijalankan. Tapi kami mintak Encik Daim ikut kami ke balai untuk tindakan lanjut.”

Perlahan Daim turun anak tangga menuju ke bawah dan menghampiri anggota tersebut.

Eva merampas lengan Daim ketika lelaki itu berdiri disebelahnya.
“Im kau tak bersalah. Jangan serah diri.”

Kepala Daim ditoleh kearah isterinya sebelum menepuk pergelangan wanita itu yang berada dilengannya.
“Kita ikut je apa yang polis nak Eva.”

Eva geleng kepala berkali-kali. Bibir mula mencebik. Mata sudah bertakung air.

Anggota polis tersebut menghampiri Daim lantas mengari kedua pergelangan lelaki itu.
Namun Eva masih tak lepaskan lengan suaminya. Makin kuat dia gengam lengan Daim.

Ibu Bidin turut turun.

“Puan. Boleh lepaskan tangan Encik Daim? Kami nak bawa dia kebalai.”

Makin laju Eva mengeleng kepala. Gengaman lengan Daim dikuatkan. Airmata yang ditahan tumpah jua tanpa sempat diseka.
“Suami saya tak salah Encik! Tolong lepaskan suami saya..”

Daim memusing tubuh menghadap isterinya.
Sungguh dia pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tapi jika Daim melarikan diri saat ni pun rasanya tak kan berjaya.
Dan untuk apa dia melarikan diri, sedangkan dirinya lansung tak bersalah.

Wajah Eva yang basah dengan air mata terus dipandang sayu.
Hati Daim makin tak keruan. Namun dia harus tenangkan isterinya.
“Eva.. listen.. I’m okay.. just follow what they want.”

“No Im! Kau tak salah! Kenapa di orang tuduh kau!”
Kepala Eva terus digeleng. Dia tak percaya apa yang berlaku didepanya sekarang.

“Eva… kau pun kenal aku kan.. aku takkan jauh dari kau.. kau jangan nangis.. tunggu aku ye.. aku akan datang jumpa kau.”
Suara Daim sedikit bergetar. Namun semangat harus dikuatkan demi Eva.

“No Im! Jangan tinggalkan aku Im! Aku tak boleh hidup tanpa kau..”
Suara Eva diselang sendu hingga bahunya terangkat-angkat.

“Puan… tolong bagi kerjasama.”
Anggota yang mengari Daim tadi bersuara tegas.

Ibu Bidin menghampiri Eva. Bahu wanita itu disentuh.
“Sudah ye Eva.. kita bagi polis siasat dulu ye.”

Makin laju Eva geleng kepala. Dia tak mahu lepaskan lengan Daim. Biar apa pun berlaku. Dia taknak Daim tertangkap.

“Eva..”
Daim mendekatkan bibirnya dan mengucup tengah dahi Eva.
“Eva.. aku cinta kan kau selamanya.. percaya lah aku akan kembali pada kau.”

Semua yang menyaksikan, kaku sebentar.

“Lepaskan aku Eva..”
Daim terus merayu walau hatinya saat ini amatlah pedih.

“Eva.. lepaskan Daim ye..”
Ibu Bidin juga sekali lagi memujuk.

Airmata Eva makin lebat tumpah. Hidungnya dah merah. Pipi terasa panas.
Dengan perlahan lengan Daim dilepaskan.

Serta merta anggota polis yang berada dihadapan mereka merampas lengan Daim dan membawa lelaki itu menuju ke kapal polis yang sedang menunggu di persisir.

Raungan Eva terus jelas kedengaran membuat hati Daim terpukul pilu.
‘Tunggu aku Eva…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience