BAB 11

Humor Completed 25256

“Eh, tunggu dulu. Apa awak buat kat sini? Apa lagi yang awak nak tuntut ganti rugi dari saya ni?” Terbeliak mata Hanif melihat gadis kurang ajar yang pernah dlanggarnya dulu.

Dian menoleh apabila suara lelaki itu seperti pernah didengarinya sebelum ini. Sah! Lelaki yang menyebabkan dahinya luka dulu!

“Encik tu yang buat apa kat sini? Nak apa lagi dari saya? Nak cederakan saya lagi?”

“Cakap baik-baik sikit. Masih biadap lagi rupanya.” Perli Hanif. Gadis itu tak berubah. Masih garang dan membuat hatinya geram.

“Eh, jangan nak car pasal ye. Nanti saya panggil sekuriti tangkap encik pula.”

“Kenapa pula sekuriti tu nak tangkap saya? Saya bukan buat salah pun!” Makin membeliak mata Hanif. Panas hatinya di provok si gadis.
“Iyelah buat hal kat pejabat saya.” Kata Dian sambil mengangkat kening sebelahnya.

“What? Awak berangan kea pa ni?”

“No. Ini memang offce saya. Owner office ni kawan abah saya ya. Encik jangan nak main-main.”

“Kau ni buat lawak la. Kalau kau nak tahu, aku ni anak owner merangkap COO syarikat ni!” Hanif sudah bercekak pinggang melihat Dian. Makin kecil dilihatnya.

Dia mula melopong.

“Apa? Anak owner? Ni Encik Hanif?” Kata Dia terketar-ketar.

“Ya, saya Hanif.” Dian terus tertunduk. Otaknya liigat mencari jalan keluar.

Tuan Jamal yang mendengar riuh-rendah menghampiri mereka berdua.

“Ha, kamu berdua dah jumpa. Bagslah. Dian ini anak saya, Hanif. Selain bantu saya, Dian kena bantu Hanif juga. So, kamu berdua perlu berbaik-baik ok.” Tuan Jamal menepuk bahu Hanif lalu meninggalkan mereka untuk ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience