Bab 84

Romance Completed 207984

"Alice!" tegur Caden terkejut.

Intan yang mendengar terus tegak pandangannya ke arah pintu dan perlahan bangun berdiri. Alice? macam mana boleh sampai sini? Intan terfikir sendiri. Hatinya sudah tidak sedap, dijeling pada nail file di atas meja, perlahan tubuh ditunduk lalu pantas jari mencapainya lalu disimpan di dalam poket.

"What are you doing here?" soal Caden pada Alice. Dilihat lengan kirinya berdarah dan tangan kanan naik memegang luka itu.

Alice ketawa perlahan.

"How rude you Caden. You ask me what I'm doing here but not ask about my wound? how could you.." kata Alice pada Caden yang dilihat terkejut dengan kehadirannya.

Tanpa disuruh, Alice menanggalkan kasut dan terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil tangan kanan memegang lengan kirinya yang berdarah. Caden yang terkejut terus memberi ruang pada Alice. Dari apa yang dilihat kecederaan pada lengan kiri Alice seperti luka tembakan. Siapa tembak Alice? Rick? takkanlah..

Alice yang tanpa disuruh terus bergerak ke arah sofa. Intan yang terkejut dengan apa yang dilihat hanya terkaku di situ. Alice semakin hampir dan apabila dia berada di sisi Intan pantas Intan ditarik. Lengan kirinya naik melilit leher Intan manakala tangan kanan mencapai pistol yang diselit pada pinggang di bawah bajunya lalu diacu pada kepala Intan.

Tubuh Intan ditarik rapat lalu kedua-duanya menghadap Caden.

Caden yang tidak menyangka dengan tindakan Alice kalut berlari ke arah Intan.

"Alice, what are you doing?" soal Caden kalut.

Intan waktu itu sudah tercungap-cungap tidak cukup nafas kerana lilitan lengan Alice semakin rapat. Memerah wajah Intan kerana tercekik. Kedua-dua tangan Intan sudah naik menarik lengan Alice dari terus mencekik lehernya.

"Alice, stop!. I said stop Alice! You will kill her!" jerit Caden.

"Kill? Yes! thats what I want Caden. Memang aku nak bunuh dia! Kalau tak kerana perempuan tak guna ni, kita dah lama kahwin" marah Alice sambil diketatkan lagi lilitan dan kepala Intan diketuk-ketuk dengan butt senjata.

"Alice.. please. Please Alice.. jangan macam ni.. dari dulu lagi aku memang tak cintakan kau. Aku anggap kau macam adik sendiri" jawab Caden memujuk.

"Tipu! kau tipukan.. kau cintakan aku sebenarnya. Kau tau tak, aku sanggup belajar untuk fasih bahasa melayu sebab aku nak kahwin dengan kau Caden. I love you, love you so much.." kata Alice yang sudah merintih, air matanya sudah berjurai, comot make up di wajahnya. Air mata yang berjurai dikesat dengan belakang tangan kanan.

"Alice.. aku tak pernah paksa untuk kau buat semua tu.." jawab Caden pula dan dalam masa yang sama melangkah perlahan untuk hampiri Alice dan Intan.

"Memang kau tak pernah paksa! sebab kau tak pernah nampak aku!" jerit Alice lagi.

"Kau jangan dekat, kalau nak kepala perempuan ni hancur, kau dekat!" ugut Alice sambil muncung senjata ditolak-tolak pada sisi kepala Intan.

"Okay.. okay.." jawab Caden lalu kedua-dua tangan naik seakan surrender.

"Sekarang ni kau nak apa? cakap" soal Caden yang mula mahu berunding.

"Aku nak kau Caden" laju Alice jawab.

Waktu itu Intan perlahan mencapai nail file dari dalam poketnya, kalau dibiar lama, mungkin dia akan habis nyawa kerana tercekik. Caden yang lihat tindakan Intan sudah bulat matanya. Apa awak nak buat tu sayang.. Caden bersoal jawab dalam hati.

"Baiklah tapi lepaskan Intan dulu" pujuk Caden. Bimbang Intan akan melakukan sesuatu yang akan memburukkan lagi keadaan.

"Kalau aku lepas, kau janji ikut aku balik Italy dan kita kahwin?" soal Alice yang waktu itu seakan sudah makan umpan.

"Okay, aku janji aku ikut kau balik Italy but please stop Alice, stop. Don't do that" rayu Caden pada Alice dan pada masa yang sama matanya menjeling pandang pada pergerakan tangan Intan. Kepala digeleng sedikit tanda tidak setuju dengan tindakan Intan. Intan hanya tegak memandang Caden. Caden tau Intan bakal lakukan sesuatu selepas ini. Jangan sayang. Bahaya!

Alice yang mendengar kata-kata Caden sudah ketawa seperti orang hilang akal.

"Stop? You want me to stop?" soal Alice lalu ketawa lagi.

"Stop doing what? doing this?" soal Alice lagi sambil kepala Intan dihentak kuat dengan butt senjata hingga meleleh darah manakala lengan kiri pula semakin diketatkan lagi lilitannya.

"Abang.. abang.." panggil Intan perlahan lalu terkulai kedua-dua tangan Intan ke bawah. Alice yang menyedarinya kuat ketawa lalu lilitan dilonggarkan dan sebaik leher Intan terasa longgar dan dapat bernafas, pantas nail file tadi di tikam sekuat hati pada paha Alice yang terdedah kerana dia hanya memakai skirt pendek waktu itu. Meraung kuat Alice menjerit.

"Shit! I kill you!" jerit Alice. Tetapi belum sempat Alice mahu menarik picu, Intan menendang perut Alice hingga dia terperosok pada tepi sofa dan senjata terlepas dari tangan. Intan kemudian terus menerkam dan cuba merampas senjata yang jatuh dari tangan Alice.

Caden terkejut dengan tindakan Intan itu. Dilihat kedua-dua mereka bergelut di lantai di ruang tamu, habis bersepah sofa dan meja kopi. Kedua-dua saling berebut, entah macam mana, Alice telah mencengkam lengan Intan yang luka hingga Intan menjerit dan Alice berjaya merampas semula senjata.

Mendengar sahaja jeritan Intan, Caden pantas berlari ke arah Intan dan tanpa diduga Alice telah melepaskan tembakan pada Caden dan kemudian terdengar lagi beberapa das tembakan. Terkaku!

+++

"Follow that car!" arah Alice pada Fernando apabila dia nampak kereta Caden berhenti di stesen minyak Petronas dan mula bergerak semula.

"But signora" bantah Fernando.

Bum!

Kepala Fernando dihentak dengan butt senjata.

"I said follow that car!" tengking Alice.

Fernando yang agak pening kepala kerana dihentak dengan senjata tergeleng-geleng kepala sambil mata dikerlip-kerlipkan. Sebaik pandangan sudah pulih, dia terus memandu mengekori kenderaan yang dinaiki Caden dan Intan.

Sedang tekun memandu, Fernando dapat rasakan ada cecair panas mengalir dari tepi kepalanya, ah.. pasti darah. Lalu tangan kiri naik mengesat dan sah, kepalanya berdarah. Tanpa mahu menambahkan kemarahan Alice, kenderaan di hadapan diekori juga.

"Don't too close! stupid!" marah Alice.

Fernando mula mengekori dengan hati-hati sehinggalah sampai ke kawasan perumahan Caden. Kenderaan diberhentikan agak jauh dari rumah Caden di satu lorong yang agak tersorok. Alice tidak terus keluar sebaliknya menunggu seketika di dalam kereta.

"Singnora" panggil Fernando perlahan.

"Why are you doing this?" soal Fernando lagi. Dia melepas pandang dari cermin pandang belakang. Dilihat Alice tertoleh-toleh di sekeliling.

"Signor Caden doesn't love you. He's married. You sholud know that. Don't hurt yourself anymore" pujuk Fernando.

"Just shut up!" marah Alice tertahan-tahan.

"You not understand what I feel" sambung Alice lagi.

"Yes, I know" balas Fernando lalu berpusing menghadap Alice di belakang.

Bang!

"You not!" marah Alice. Tanpa teragak tembakan dilepaskan pada perut Fernando. Terkulai Fernando di situ.

"You not.. you don't know how much hurt I feel.." rintih Alice. Teresak Alice menangis di situ.

+++

"Argh..." Fernando tersedar dan merintih sakit. Dipandang pada kecederaannya pada perut. Ditoleh pula ke belakang, dapati Alice telah tiada.

"Merda!" marahnya. Tangan meraba poket untuk mencari telefon bimbit. Nombor dicari dan terus didail.

"Alex! Per favore.. vieni qui adesso (Please, come here now) Alice.. she.. want to kill.. Caden wife's" sangkut-sangkut percakapan Fernando yang menahan sakit.

"Are you hurt?" soal Alex. Suara Fernando didengar seperti seorang yang sedang menahan sakit.

"I got shot by Alice" kata Fernando senafas.

"Shit!" marah Alex.

"Where Caden's house?" soal Alex.

"I'll.. send you.. location. Hurry!" pinta Fernando yang menahan sakit. Darah pada lukanya semakin banyak.

Talian dimatikan dan lokasi dia berada dihantar pada Alex dan sebaik berjaya dihantar, Fernando terkulai di tempat duduk hadapan.

+++

"Who?" soal Rick di sebelah.

"Fernando. He got shot by Alice because he want to stop Alice. She want to kill Caden's wife" terang Alex dalam nada marah.

"What! Merda!" marah Rick lalu ditumbuk dashboard di hadapannya.

Damian yang berada di belakang terkejut lalu terus mencelah di tengah-tengah kerusi. Terkejut dengan apa yang dikatakan Alex.

"Here, the location" Alex serahkan telefonnya pada Rick.

"Hurry!" arah Rick. Alex tidak sanggup mahu memikirkan apa yang bakal terjadi.

Laju Alex memandu kereta ke lokasi yang diberi. Tidak lama kereta dipandu Alex masuk ke kawasan perumahan dan semakin hampir, Damian yang berada di belakang melilau pandangannya dan apabila terpandang sebuah kereta yang seakan dikenalinya pantas bahu Alex ditepuk.

"Wait!" pinta Damian.

"Why?" soal Alex lalu perlahankan kenderaan.

"I saw Fernando's car" kata Damian sambil menunjukkan ke arah lorong yang kiri kanannya ada semak dan agak terlidung dan takkan disedari kehadiran kenderaan itu andai tidak diperhatikan betul-betul.

Alex terus memusing stereng menghala ke arah yang ditunjukkan Damian. Sebaik sampai, kenderaan dihentikan dan pantas Damian keluar dari kereta dan mendapatkan kenderaan tadi.

"Fernando!" sebut Damian terkejut.

"Hurry, help him. You drive this car. He almost died" arah Alex setelah nadi pada leher Fernando diperiksa. Kalut Damian mengalihkan Fernando ke kerusi sebelah pemandu dan menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Rick dan Alex kemudian masuk semula ke dalam kereta. Alex pantas memandu keluar dari tempat tersebut dan mahu menuju ke arah rumah Caden. Sebaik hampir dengan pagar tepi rumah, terdengar seperti bunyi tembakan.

Rick dan Alex saling memandang.

"Alice!" pantas kenderaan diberhentikan dan berlari ke arah pintu pagar yang sedia ada terbuka. Kaki laju berlari tetapi hanya separuh jalan sahaja. Terhenti kaki di situ. Dilihat ada sekumpulan polis yang lengkap memakai baju kalis peluru dan bersenjata. Rick menahan Alex dan keduanya terus beredar. Tidak mahu keadaan bertambah buruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience