Masa Kini - Kuala Lumpur, Malaysia
5 TAHUN KEMUDIAN
HAPPY KIDS INTERNATIONAL KINDERGARTEN
SEBAIK sahaja beliau menghidupkan enjin kenderaan mewah pacuan empat roda White Metallic Range Rover Evoque... dihempas sedikit kasar tubuh langsingnya pada penyandar kerusi bermaterial kulit. Spontan satu keluhan senafas yang kedengaran agak keras dilepaskan di hujung bibir!
Keluhan yang dilepaskan menggambarkan seribu satu rasa... dan keluhan itu secara tidak langsung mencetuskan tangisan cengeng lagi manja si comel Danial Armand.
"I am so sorry mama..."
Kemarahan Maya Harlisya serta-merta reda sebaik sahaja menerima satu pelukan erat dan ciuman bertalu-talu di pipi mulusnya.
"It's okey Danial. Benda dah jadi. Lain kali tolong jangan buat lagi. Danial tahu tak yang anak mama ni baru umur 5 tahun tau! You are still a little kid darling. Tak sepatutnya Danial bergaduh… bercakaran dan bertumbuk dengan kawan Danial sayang."
Dengan penuh rasa kasih... Maya Harlisya mengelus raut wajah si comel Danial Armand yang terbias beberapa kesan calar cakaran kuku dan sedikit kesan luka di sekitarnya.
Maya Harlisya mengimbas kembali saat beliau menerima panggilan daripada pihak pengurusan tadika anaknya pagi tadi. Memberitahu bahawa Danial Armand sekali lagi bercakaran dengan teman sekelasnya!
Ya! Bergaduh... bercakaran dan bertumbuk sekali lagi... dan ini merupakan kali ketiga Danial Armand bertingkah sebegitu rupa!
Anak kecil ini sudah pandai mencari masalah seperti seorang lelaki dewasa yang mempunyai masalah disiplin diri. Lagaknya anak kecil ini sudah seperti lagaknya seorang gangster!
Gangster? Secara tiba-tiba imbasan ‘si jejaka bertattoo itu’ berlayar layang di mindanya. Lantas Maya Harlisya menalakan iris matanya pada figura kecil Danial Armand.
Adakah si comel ini sudah mula berkelakuan dan sedikit sebanyak mengikuti jejak langkah seperti mendiang ataupun arwah bapa kandungnya itu? Ah! Maya Harlisya sendiri tidak pasti dengan status agama yang dianuti oleh bapa kandung Danial Armand sebenarnya.
Bapa borek... anak rintik! Oh tidak! Akan dipastikan Danial Armand bin Abdullah mendapat ajaran didikan dan disiplin diri sesempurna yang mungkin!
Akan tetapi... terbit sedikit kemusykilan di segenap hati dan fikiran Maya Harlisya di saat Danial Armand sudah mulai membesar dari masa ke semasa.
Rupa paras si jejaka bertubuh tegap dan sasa itu sememangnya berwajah kemelayuan tetapi ukiran tattoo penuh di sekitar anggota badan! Malahan bukan itu sahaja. Rupa paras Danial Armand langsung tidak sama dengan raut wajah ‘si jejaka bertattoo’ itu!
Paras rupa anak kecil ini seakan-akan kacukan. Tetapi Maya Harlisya sendiri tidak berapa pasti campuran baka kacukan tersebut.
Mungkin bapa kandung Danial Armand berkahwin dengan wanita berbangsa asing? Hurm...
"Mama. Cantiknya rantai ni. Mama punya ke? Danial nak pakai boleh tak mama?"
"No Danial! Just don't. Mama tak izinkan!" Sepantas kilat Maya Harlisya merampas rantai bersadur perak itu di dalam genggaman tangan kecil Danial Armand.
Merewangnya minda beliau hanya beberapa ketika. Sekaligus memberi ruang kepada tangan si comel yang sememangnya tidak reti mahu duduk diam itu menyelongkar isi barangan di dalam dashboard kereta!
"Mama jahat! Mama tak sayang Danial! Uwaaaa...." Danial Armand mengubah posisi duduknya dengan menekup muka di tempat duduk sebelah penumpang.
"Hey handsome boy mama. Are you forgotten something special day that coming soon? Hurm... apa ya?"
Maya Harlisya sengaja berpura-pura mempamerkan experesi seraut wajah seperti sedang memikirkan sesuatu sambil mengetuk dagunya dengan jari telunjuk. Bibirnya gigih menahan senyuman daripada terbentuk sebaik sahaja melihat Danial Armand sudah mula mengangkat wajahnya.
"Lagi dua hari birthday Danial yang ke-5 tahun. Yeay! I want a big Red Velvet Cake mama!"
"Boleh sayang. Mama akan buat Red Velvet Cake besar-besar untuk Danial."
"Sayang mama..."
Maya Harlisya membiarkan sahaja Danial Armand melepaskan ciuman di pipinya. Dibetulkan kembali duduk anak ini lalu dipasangkan seat belt sebelum memulakan pemanduan.
Maya Harlisya mencampakkan seutas rantai perak berukiran seekor naga melingkari keliling tengkorak yang bersadurkan emas ke dalam tas tangan.
Rantai itu. Dijumpai di lilitan leher Danial Armand lima tahun yang lepas.
Dan rantai itu. Tidak akan sesekali beliau membenarkan anak kecil ini memakainya.
Dan yang paling utama... Danial Armand tidak boleh tahu bahawasanya beliau bukanlah mama kandungnya yang sebenar!
Sudah terpahat kukuh di minda Danial Armand bahawa ‘mama palsu ini’ merupakan pemegang status sebagai seorang janda muda anak satu yang sudah kematian suami akibat kemalangan jalan raya yang berlaku lima tahun yang lepas dan…
Status itu harus kekal sampai bila-bila!
****
MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE
RAUT wajah cantik jelita Maya Harlisya sudah mula memerah menahan marah. Lalu membuka langkah dan menapak perlahan sambil berpeluk tubuh. Memandang satu persatu figura beberapa staf yang hanya menunduk menekur lantai.
"Kau orang semua tahu kan… setiap tahun tibanya ulangtahun kelahiran anak I si Danial. Café ni akan ditutup sehari awal sempena kita semua buat persiapan untuk meraikan hari jadi anak kesayangan I bersama-sama dengan rumah kebajikan anak-anak yatim yang terpilih setiap tahun!"
"Farouk! You as my Personal Assistant merangkap Manager Café ni… gatal pergi ambil tempahan client hari ini dah kenapa?! Kalau satu biji kek I boleh terima lagi tau. Ini 40 biji kek! Pula tu boleh lagi berjanji dengan client yang 40 biji kek boleh siap dan diambil hari esok sebelum pukul 11 pagi!
"Gila ke apa?!" Naik seoktaf tonasi suara Maya Harlisya memarahi Farouk Hazami.
"Maya. You tak boleh salahkan I sepenuhnya. I pun kena jaga reputasi you sebagai Usahawan Public Figure. People loves your cakes brand. Kita ada ramai staf. Semua akan tolong you buat 40 biji kek tu. Lagipun..."
"Apa yang lagipun?!"
"Eh Maya. Sabar sekejap boleh? Bagilah I nak hulur benda alah ni. Tahu nak melenting saja dia ni!"
Maya Harlisya merengus. Sedikit pun tidak mengambil hati dengan pertuturan yang dilontarkan oleh Farouk Hazami. Lelaki yang memiliki perwatakan lembut dalam gagah ini bukan sahaja merupakan Pembantu Peribadi merangkap Pengurus kepada May'nial Cakes & Café Boutique yang cukup terkenal ini. Malahan lelaki ini juga merupakan sahabatnya.
Satu-satunya sahabat yang setia berdiri teguh di sisinya saat sahabat-sahabat yang lain memulaukannya.
Terbuntang anak mata Maya Harlisya sebaik sahaja membaca sekeping kertas yang dihulurkan oleh Farouk Hazami.
Sekeping kertas yang berupa sekeping cek bernilai RM500, 000.00 untuk pembayaran tempahan 40 biji kek! Biar betik! Setengah juta ringgit Malaysia tu!
"Fine. We proceed with this."
Sorakan dan jeritan nyaring penuh riang staf kedengaran sebaik sahaja Cik Bos memberikan kata putus. Riang bukan sebab apapun. Bakalan mendapat bonus tahunan berganda-ganda nanti. Mahunya tidak gembira masing-masing!
"So Farouk... mulakan briefing. Then I akan bahagikan tugas masing-masing."
Terjatuh rahang Maya Harlisya sebaik sahaja Farouk Hazami memancarkan lakaran dekorasi bentuk tempahan 40 biji kek di paparan layar putih.
Lakaran itu!
Mellbie ISR
Actual date published: 3/6/2021
Republished cum editing: 31/8/2022
Share this novel
sedap nm maya n armand tu
ada je mamat malay pki tatu... huhuhu... prnh kenal pun