BAB 15

Horror & Thriller Completed 9981

-9.45 malam-

Tsukiko sudah memakai pakaiannya. Tinggal topengnya saja belum pakai. Tsukiko sedang menunggu kedatangan adiknya. Untuk pertama kalinya, Tsukiko dan Yukiko bekerjasama.

"Aku asah pisau kejaplah," kata Tsukiko.

Dia mengasah kesemua jenis pisau yang ada. Lebih kurang 7 pisau dia mengasah.

Emm...Tajam. Gumam Tsukiko.

Sambil-sambil itu dia mengemas rumahnya sekali. Membuang masa sahaja walaupun dia sudah mengemas. Dia tidak boleh duduk sahaja sambil menunggu.

Perlu ke tak aku keluar? Tanya Tsukiko pada diri sendiri.

Nafsu membunuhnya memberontak supaya tangannya di banjiri oleh darah.

"Huuu...Haaa...Bawa bertenang," Tsukiko berkata pada diri sendiri lagi.

Tsukiko membaca berita-berita yang ada di dalam handphonenya dengan segera.

"Galco, seorang lelaki berkulit hitam mencederakan seorang anggota polis yang cuba menangkapnya. Dia kini masih bebas di Bandar Indah," Tsukiko lekas-lekas melihat wajahnya.

Selepas melihat wajah Galco, Tsukiko memgambil sebilah pisau yang diasahnya tadi. Topengnya dipakai. Dia perlu selesaikan semua ini sebelum adiknya tiba!

*****
-10.30 malam-

"Inspektor," panggil Carrol dari jauh.

"Apa?" tanya Hazaki.

"Yukiko tiada kat McDonald. Saya dah tanya pekerja dia, Yukiko dah balik awal," kata Carrol sambil membawa minuman coke.

"Maknanya dia mesti on the way ke rumahnya," celah Joan.

"Tapi..." kata Carrol.

"Tapi tapi apa?"

"Dia dah balik pukul 9.30 tadi," sambung Carrol.

"Nani?" tanya Hazaki dalam loghat Jepun.

"Nani onani nani kaulah. Kita nak buat apa sekarang ni?" bebel Joan.

"Semua bergerak ke rumah Tsukiko!" arah Hazaki.

Semua menghidupkan enjin masing-masing.

*****

-9.30 malam-

"Kau siapa hah?" tanya Galco gentar.

"Apa kesalahan kau eh?" tanya Tsukiko.

"Aku tak buat apa-apa pun. Ada orang perempuan yang tuduh aku lelaki miang. Sebab tu aku lari. Tiba-tiba polis datang dan tahan aku," kata Galco.

Maknanya polis tu salah faham! Gumam Tsukiko dalam hati.

"Tolong lepaskan aku," kata Galco.

Tsukiko nampaknya keberatan untuk mlepaskan Galco. Ya, keinginannya untuk membunuh amat tinggi dan Galco sudah nampak bentuk badan, mukanya dan cara percakapannya walaupun Tsukiko memakai topeng. Kemungkinan besar Galco akan memberitahu pada polis.

"Aku tak percaya kau," kata Tsukiko sebelum mengeluarkan pisau dari poketnya.

"Betullah! Diorang salah faham dan juga polis!" rayu Galco lagi.

Nampaknya Tsukiko benar-benar buntu. Adalah dia akan membuat keputusan yang adil mengikut akal atau melakukan keputusan berdasarkan hawa nafsu? Satu pilihan yang sukar bagi Tsukiko.

"Nanti kau akan beritahu pihak polis," kata Tsukiko.

"Taak, aku janji! Lagipun polis pun tengah cari aku,"

Tsukiko buntu. Perlukah dia membunuh Galco? Adakah Tsukiko akan lari daripada matlamat asalnya, membunuh demi menuntut keadilan? Pisau di tangan Tsukiko ditenung sebelum dia akhirnya membuat keputusan yang sukar!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience