Hari ini adalah hari yang bahagia buat Emma.. agaknya lah.. kerana hari ini adalah hari perkahwinan Emma.. walaupun tanpa kehadiran Ammar.. Emma tidak kisah.. Emma ingin mengubah hidupnya..Dia ingin melupakan segala kenangan yang tercipta bersama Ammar dan mencipta kenangan yang baru bersama Adam..
Puan Asiah tersenyum melihat Emma.. dia tidak menyangka anak bongsunya akan berkahwin.Puan Asiah menjadi sebak.Emma tidak akan menemaninya lagi,suasana rumah ini akan sunyi tidak lama lagi. Tetapi tidak mengapa , janji Puan Asiah dapat melihat anaknya gembira.
Alhamdulillah, selesai Adam melafazkan ijab kabul.Maka mereka berdua sah menjadi suami isteri. Emma bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar.Emma memandang kearah Adam dan menghadiahkan satu senyuman. Adam hanya berlagak seperti biasa..
''hek eleh.. sombongnya.. apa salah kalau senyum je.. kedekut senyuman betul.Nak kutuk lebih-lebihkan suami sendiri. huhu..aku dah kahwin.. lepasni boleh la aku tukar status daripada 'single' kepada 'married'.. ish.. apalah kau ni Emma ke situ pulak.. ingat sikit, tanggungjawab tu dah berubah.. makin besar ujian kau kena tempuh.. ''
Emma menarik nafas panjang
"Emma"
Satu suara menyapa Emma daripada belakang. Emma lantas menoleh kearah suara tersebut.
"Ehh.. Emm.. Emm.. "
"Haa.. Emma kena panggil Mummy ye "
"Emm.. baiklah Mummy.. Mummy nak minta tolong Emma ke? "
"Ehh.. takdelah.. Mummy cuma nak ucapkan terima kasih dekat Emma.. sebab Emma telah mengubah Adam"
""Mengubah?? apa yang aku ubah?? ubah Adam?? Ha'ah la.. mestilah Mummy maksudkan status.. aku ubah status Adam kepada 'married'""
Emma tersenyum lantas mengangguk perlahan
"Mummy gembira sangat tengok Adam harini.. dia gembira sangat-sangat dan selalu tersenyum"
""hmm... senyum """
Emma mendengus perlahan
********************
Emma membuka mata perlahan-lahan
""Opocot.. ibu.. ibu... "
Adam terkejut melihat Emma seperti orang kena rasuk
"kau ni dah kenapa..?? "
"awak tu"
"kenapa aku pulak?? aku tak buat apa-apa pon dekat kau, kau jangan nak perasan sangat"
"Awa.. awak.. pe.. peluk saya.. ,saya tak biasa "
Perlahan Emma menutur bicara
Adam terdiam
"Aku tak sedar lah"
**tok.. tok.. tok.. **
"Emma.. kenapa kamu panggil ibu.. ada sesuatu yang tak kena ke?? "
Adam dan Emma saling berpandangan.. Adam memberikan isyarat supaya Emma menjawab pertanyaaan Puan Asiah..
"Emm... takde apa-apa pon ibu.. Emma mengigau... kan Abang Adam.. "
Emma menyiku bahu Adam..
"Ha'ah ibu.. Emma mengigau je "
"Ohh.. takpelah kalau macam tu.. "
Emma tersenyum kambing kearah Adam
"hehe.. sorry awak "
Adam menolak muka Emma dan menyambung kembali tidurnya..
Share this novel