BAB 7

Mystery & Detective Completed 973

9.00 malam

Di sebalik kelekaan menonton televisyen, Wati kehairanan.
Izzah masih belum keluar dari biliknya. Bahkan sebarang bunyi mahupun
aktiviti pergerakan tidak didengari. Wati cuba untuk tidak terlalu
menjaga tepi kain orang. Dia menumpukan pasang matanya ke arah kaca
televisyen, sambil menghirup kuah mee segera yang baru dimasaknya
sebentar tadi.

“Tak kan balik terus tidur? Bunyi bilik air dalam bilik dia
pun tak dengar..Ahh! Lantaklah..”

Slurrrpppp….

Khamis. Hari keempat di rumah baru. 7.30 pagi

Selesai bersiap, Wati melangkah keluar dari biliknya untuk ke
tempat kerja. Sempat dia menjeling ke arah celahan pintu bilik Izzah.
Sudahpun gelap. Sunyi sepi.

“Dah keluar rasanya si Izzah ni. Adoi! Nak berkenalan pun
susah. Entah-entah dia memang jenis yang tak kawan dengan orang. Lantak
lah. Aku pun dah lambat ni.”

Sesampainya ke tempat kerja, Wati menegur kesemua rakan
sekerjanya. Semua orang tahu dan kenal Wati. Dia peramah. Perwatakan
cerianya selalu menghidupkan suasana di pejabat. Pendek kata, sekiranya
pejabat sunyi sepi, tekaan pertama kakitangan di situ, “Wati cuti ke?”

“Wati! Amacam? Dah selesai ke urusan pindah masuk bilik sewa
baru kau tu?” Tanya Amy, seorang pengkid yang merupakan rakan karibnya
sejak dari hari pertama bekerja lagi. Mulutnya tidak pernah berhenti
dari mengunyah gula-gula getah.

“Ok lah. Tulang belakang retak je. Hahaha! Penat weh mengangkat
barang naik tingkat 5.”

“Laaa..lif?”

Geleng.

“Hahahahahahaha!” Hanya gelak tawa besar dihadiahkan Amy.

“Kau pergi mana? Lama tak nampak?”

“Aku cuti lah bahalol. Pergi bercuti dengan awek aku.”

Diam seketika.

“Amy..aku ragu-ragu sikit lah dengan house mateaku tu.”

“Apasal weh?”

“Kau nak tahu, aku tak pernah lagi jumpa dia.”

“Aik? Macam mana tu?”

“Selama ni, aku dealdengan dia by fon je. Whatsapp. Aku
call tak pernah diangkatnya. Jumpa sekali imbas pun tak pernah. Kunci
rumah pun dia main tinggal je kat pasu depan rumah.”

“Hahahaha..weirdodowhteman baru kau.”

“Sepanjang aku duduk di rumah tu, walaupun sebumbung, tak
pernah lagi terserempak. Padahal dia ada je dalam bilik. Dah maghrib
baru balik rumah, entah dari mana. Lepas tu terperap dalam bilik
sorang-sorang. Apa yang dibuat entah di dalam tu, sunyi sepi je. Lepas
tu siang esok terus hilang.”

“Wahhhh..pelik ni.”

“Ada sekali tu, aku ketuk pintu bilik dia, nak menyibuk.”

“Hahaha! Lepas tu?”

“No respond at all!” Ujar Wati sambil menggenggam kedua-dua
penumbuknya, tanda geram.

“Hahahahahahaha!”

“Eyh. Kau ni Amy! Gelak je dari tadi. Aku dah sampai naik takut
tau tak?”

“Jangan-jangan house matekau tu………………….”

“Apaa???????”

“Hannnttttttt……..” usik Amy sambil memuncung-muncung kan bibirnya.

“Bodoh la kau!”

“Hahahaha..rileks la, aku bergurau je. Habis tu aku nak tanya,
macam mana kau bayar duit sewa, duit deposit kalau tak pernah jumpa dia?”

Diam.

Wati menepuk dahinya.

“Allah! Aku lupa! Aku tak bayar lagi duit rumah! Dia pesan suruh
masukkan bawah pintu bilik dia je! Sebab tu la Izzah tu tak nak layan
aku kot,” kata Wati sambil terus menepuk-nepuk dahinya.

“Kau tu yang ngeng.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience