BAB 8

Horror & Thriller Completed 5203

“Mengapa? Kau terkejut? Yasmin tu girlfriend aku la bodoh! Dia dengar waktu kau mainkannya semalam. Dan dia yang curi dari dalam lci kau. Kenapa kau terlalu bodoh Amirah?” berdekah-dekah Zaidi mentertawakannya. Amirah semakin berang. Dia bangun dan cuba untuk melawan Zaidi. Namun tenaga lelaki itu lebih kuat. Zaidi menolak Amirah dan kepalanya terhempap ke pintu kereta.

“ Jantan sial! Aku akan pastikan kau takkan terlepas dari hukuman!” Amirah masih mahu melawan. Zaidi yang seakan hilang pertimbangan mencekik leher Amirah. Tidak lama kemudian Amirah terkulai tidak bernyawa lagi. Zaidi semakin panik. Dia telah membunuh orang, seandainya pihak polis tahu pasti dia akan dikenakan hukuman mandatori kanun keseksaan seksyen 302 gantung samapai mati.

Zaidi memecut laju keretanya. Amirah di sisinya tidak bernyawa lagi. Akhirnya dia sampai disebuah tanah perkuburan lama. Zaidi mencepung tubuh Amirah yang sudah terkulai itu. Setelah dipastikan sudah betul-betul jauh dari orang dia mengali tanah untuk menanam mayat Amirah.

Wajah Alisya semakin pucat. Dia melihat sendiri peristiwa ngeri itu dengan mata kepalanya. Namun dia tidak punya daya untuk membantu. Selepas peristiwa malam itu, dia tidak lagi mahu bergaul dengan sesiapa. Sudah beberapa bulan Amirah hilang tidak dapat di jejak.

Pihak polis sedaya upaya mencari Amirah namun tidak mempunyai sebarang maklumat. Amirah dipercayai hilang selepas seminggu dia tidak plang ke asrama. Kini hampir 6 bulan pihak polis cuba menjejaki Amirah. Tidak siapa tahu bahawa Amirah sudah mati dibunuh oleh anak ahli korporat terkemuka Negara.

Sudah beberapa hari Alisya sering kali menangis bila dudk bersendirian adakalan sewaktu tidur dia sering meracau memanggil nama Amirah. Keadaannya seakan menyimpan satu rahsia besar. Dia membuka telifon bimbitnya dan membuka file video lalu memainkan satu rakaman video. Rakaman yang mampu mengegarkan Malaysia seandainya ianya terlepas ketangan pihak polis. Sedang dia leka melihat video itu tiba-tiba seseorang menghampirinya. Dia pantas menyimpan telifon bimbitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience