BAB 11

Family Completed 6946

“Impian Adn tercapai. Abang tergila-gilakan komik Adn. Jadi sila bagi

abang jilid kelima.” Dia menghulurkan tangan. Meminta sesuatu dari aku.

Aku? Aku hanya mampu tersenyum. Aku dah cari dia seperti yang aku janji

dulu. Dulu sewaktu kami berpisah aku dah janji dengan dia aku nak cari

dia. Kami berpisah kerana masalah kelaurga yang tercetus.

Kami adalah salah satu mangsa akibat hasad dengki dan ketamakkan

manusia. Syarikat milik keluarga kami mengalami masalah kewangan.

Berlaku kecurian duit berjuta-juta dan membuatkan kami bangkrap. Ayah

kami bergaduh hebat saat itu. Semua berlaku apabila ada yang provoke

mereka. Perkara itu jugak yang membuatkan hubungan sahabat yang dibina

oleh mereka sejak kecil terputus.

Gara-gara pergaduhan itu kami berpisah. Abang Basir mengikut

keluarganya. Aku ikut mak. Paling kejam saat itu, mak dan ayah bercerai.

Hebat orang yang memecah-belahkan keluarga kami. Keluarga kami memang

hancur berkecai. Dan perkara yang membuat kami serik apabila orang

kepercayaan kami dalam syarikat sebenarnya yang bertanggungjawab. Ada

pembelot! Dia belot kerana syarikat persaing.

Akhirnya ayah buka syarikat penerbitan komik kerana minat aku dalam

kartun dan ayah abang Basir buka syarikat pernerbitan majalah. Kami tak

bersatu. Lepas beberapa tahun kejadian itu perkara sebenar terbongkar.

Saat itu aku dah berada di Jepun. Menuntut ilmu di sana.

Hidup perlu diteruskan, kami mengorak langkah membawa haluan masing-masing, cuba menyusun langkah membina kehidupan baru namun persitiwa lalu sering menerbitkan rasa insecure. Pertemuan dengan Makcik Zainab sewaktu aku mencari Abang Basir, menukar paksi membuka lembaran baru

Kami akhirnya membina semula segala yang punah seperti sediakala dan enggan menoleh ke belakang. Inilah semangat dan azam baru kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience