Adam Harris tersengih-sengih. Pinggang wanita yang menghantar arak itu dirangkul. Tangan naik meraba pinggul wanita itu. Fikirannya sudah menjadi tidak waras kerana mabuk.
"Nama you apa?" dia menyoal gatal.
"Fanny. You can call me anything you want." Fanny merangkul Adam. Kerjaya tetap harus dijalankan walau hati tak beberapa rela. Rambut lelaki itu diramas-ramas.
Adam mencumbu bibir itu. Mereka bergerak masuk ke bilik yang ditempah tanpa melepaskan ciuman. Pintu dikunci.
Adam tersengih. Zip dress Fanny dibuka. Dia mengampung gadis itu ke atas katil. Adam meratah segenap tubuh itu. Desahan yang kedengaran membuatkan dia semakin bernafsu.
"Ah..."
Kaki Fanny dikangkangkan. Dia memasukkan babynya. Mereka melakukan hubungan itu seperti sepasang suami isteri. Lupa akan Allah yang sentiasa melihat. Dosa yang sedang terkumpul. Mereka lupa.
_______
Khalis mundar mandir di ruang tamu. Bibir digigit. Abangnya masih tidak pulang walau jarum jam sudah menunjukkan nombor 3. Resah.
Chaca hanya menjadi pemerhati. Matanya sudah terasa berat. Sudah beberapa kali dia menguap. Akhirnya dia bangun mendekat.
"Sudah lah tu abang. Nanti Abang Adam baliklah tu. Dah lewat ni, esok abang kena kerja. Pergi tidur." dia menolak lembut belakang Khalis dengan hujung jari telunjuknya.
"Kau mengantuk pergilah tidur. Aku nak tunggu Abang Adam ni. Tak apa, tak perlu risau."
Chaca mengeluh pendek. Dia kembali ke sofa. Nampaknya hari ini dia akan bermalam di situ. Bantal kecil dicapai bagi mengalas kepala. Tak menghiraukan kewujudan Khalis di tepinya, dia berbaring selamba. Lantaklah abang angkatnya itu nak kata apa. Dia memang terlalu mengantuk. Tak sampai beberapa minit matanya sudah tertutup rapat.
Khalis terkedu. Dia memandang betis Chaca yang kelihatan kerana kain gadis itu terangkat bila Chaca bergerak. Khalis menuju ke bilik Chaca. Selimut gadis itu diambil. Dia mendekati Chaca. Selimut dibiarkan membalut tubuh gadis itu. Debaran kecil terjadi tatkala wajah Chaca ditatap dekat. Mungkin ini kali pertama duduk sedekat ini dengan adik angkatnya itu.
Pintu terkuak. Khalis bangun memandang Adam yang terhuyung-hayang berjalan masuk. Bau minuman keras menusuk hidungnya.
"Abang pergi mana!?"
Adam berhenti. Tiba-tiba dadanya berombak kasar melihat Khalis berdiri di samping Chaca. Dia berlari ke dapur. Pinggan kaca diambil. Adam tersengih mendekati.
"Adam! " suara Tan Sri Zaidi kedengaran.
Khalis tidak berganjak. Masih tidak menyedari apa yang abang angkatnya mahu lakukan dengan sebuah pinggan.
Prang!! Khalis rebah. Adam terkaku. Mereka saling menatap mata masing-masing.
"Khalis sa.. yang a.. bang." matanya kelam.
Chaca menjerit. Tan Sri Zaidi terpempan. Adam bergerak mendekati. Bibir diketap kesal. Suara Khalis terngiang-ngiang di cuping telinga. Tak sedar cecair hangat mengalir keluar dari bebola matanya.
Sori sebab ringkas, Lana ada hal nnti. Esok mungkin Lana tak update.
Share this novel