Tengku Que Iskandar masih setia menemani Hazel yang masih terlena atau lebih tepat Hazel pengsan kerana terdehidrasi.Sesekali tangan kecil Hazel dibawa menyapa bibirnya.
"I'm sorry sayang...I'm sorry!"
Tengku Que Iskandar mengeluh berat.Badannya keletihan begitu juga matanya yang kian melayu kerana rasa mengantuk.Dia memanjat perlahan katil tempat Hazel berbaring dan menghimpit badan kecil Hazel untuk ikut sama berbaring bagi merehatkan badannya.Denyut jantung hazel bagaikan irama lagu yang mengulit lenanya.
Hazel membuka perlahan matanya bila bahagian dadanya terasa seperti dihempap batu.Dadanya terasa sempit dan sukar untuknya bernafas.Matanya di pejam celik beberapa kali kerana silau cahaya lampu yang menyorot masuk ke matanya.Bunyi dengkuran disebalik dadanya menyedarkannya tentang kewujudan Que yang sedang tidur dengan menyembamkan mukanya di atas dada Hazel.Hazel cuba menolak kepala Que menjauhi badannya namun pelukan erat Que membantutkan niatnya.Matanya melilau memerhati keadaan sekeliling.Rupanya dia check-in dekat hospital.Tangan kanannya bercucuk jarum untuk masukkan air dari botol drip.
Mata Hazel terkebil-kebil kembali memandang syiling putih hospital.Kejadian semalam berlumba-lumba datang di benaknya.Matanya mula berkaca-kaca bila mengingatkan segala perlakuan dan hukuman Tengku Que Iskandar terhadapnya.Terdetik rasa benci yang membuak-buak dalam badannya tiba-tiba.Matanya menatap marah pada lelaki yang masih terlena didadanya.
Hazel bangkit dari baringannya kerana lemas dengan keadaan dan emosinya.Pergerakannya yang sedikit buru-buru menyebabkan Tengku Que Iskandar terjaga dari lenanya.
"Sayang dah bangun?"
"Ada sakit kat mana-mana?"Tengku Que Iskandar bersuara sedikit serak kerana baru bangun tidur.Namun pertanyaannya mendapat jelingan dari Hazel.Hazel menayangkan ekspresi muka menyampah dengan pertanyaan suaminya.
"Ada,sakit sangat!...Sakit hati!"..Hazel menjawab tanpa perasaan.
"Sayanggggg,please jangan nak cari gaduh dengan abang."
Tengku Que Iskandar mengetap rahangnya kegeraman.Memikirkan emosi Hazel mungkin belum stabil,jadi dia perlu lebih banyak bersabar dengan isterinya.
"Awak pergi balik lah dulu,saya boleh uruskan diri sendiri!"...Hazel bersuara sambil memalingkan wajahnya ke arah bertentangan dari wajah Que.
"Berapa kali nak suruh abang repeat?..Abang tak suka Hazel bersaya awak bila bercakap dengan abang!"
"Look at me when I'm talking Hazel Haufa!"Tengku Que Iskandar mula menaikkan suaranya bila Hazel mengendahkannya.
"Kenapa?"....Nak tukar bahasa aku?"
"Hazel Haufa"!!!!!!!.....
Tengku Que Iskandar sudah menjerit kuat hingga bergema suaranya di dalam wad vvip.Namun Hazel masih beriak berani menentang pandangan mata Que yang sudah mula memerah.Lelaki itu nampak sangat berang hingga urat lehernya timbul dengan mukanya yang merah padam.Menipulah jika Hazel tidak takut dengan kemarahan suaminya namun dia cuba kuatkan hati menahan rasa takutnya.Airmata yang meleleh pantas dilap kasar.Dia tidak mahu menangis lagi di hadapan Tengku Que Iskandar.
"Kenapa kurang ajar sangat Hazel?"
"I'm your husband!!"..
Suara Tengku Que Iskandar sudah sampai hingga ke luar wad menyebabkan beberapa pengikutnya yang sedang santai berbual kembali tegak berdiri.
"Kau yang buat aku jadi macam ni!"
"Arghhhhhh....."
Tengku Que Iskandar yang sudah naik hantu menjerit marah dan meninju katil yang diduduki hazel beberapa kali hingga bergoyang-goyang katil dikerjakannya.
"Lepaskan aku!"
"Aku nak cerai!"..Hazel terkedu sendiri dengan kata-katanya.
Tangan Tengku Que Iskandar pantas mencengkam kuat muka Hazel memaksa wanita itu melihat ke arah mukanya yang bengis.Kolam matanya memerah dan dipenuhi airmata.Badannya bergetar hebat mendengarkan permintaan Hazel.Bibirnya menggigil namun tidak terluah apa-apa.
"Que!"......
Tengku Benjamian Adame bersama Sharifah Mariah yang baru masuk terkejut melihat keadaan anak dan menantunya.Ditarik tubuh Que meleraikan cengkaman di wajah Hazel sehingga merah pipi gebunya.Tubuh Que di bawa menjauh dari katil Hazel.Sharifah Mariah segera memeluk Hazel yang sudah pecah tangisannya.
Tengku Benjamin Adame cuba menenangkan anaknya yang kelihatan berkecamuk berperang dengan emosi.Bimbang jika anaknya membuat sesuatu keputusan di luar kewarasan fikiran.
"Calm down ,son!..Take a deep breath!"
Tengku Que Iskandar menarik nafas dalam cuba menenangkan jiwanya yang berkecamuk dan memberontak.Hazel begitu terdesak mahu pergi dari hidupnya hingga sanggup meminta cerai daripadanya.Jelas cintanya hanya bertepuk sebelah tangan selamanya.Hatinya ketawa mengejek diri sendiri sehingga terzahir pada perbuatannya.
"Hahahahaha"...tawanya tercetus tiba-tiba mengejek diri sendiri,Tengku Que Iskandar yang sangat menyedihkan.
"Hazel betul-betul nak kita berpisah ke?"
"Hazel betul-betul nak pergi dari hidup abang?"
Tengku Que Iskandar bersuara dengan rasa putus asa.Matanya memandang tepat ke arah Hazel yang masih menangis dalam pelukan bondanya.Bibirnya menggigil menahan melafazkan walaupun satu perkataan,airmatanya jatuh ke pipinya.
Hazel membeku melihat ke arah Tengku Que Iskandar dengan airmata yang semakin melaju.Hatinya meronta kuat ingin menjerit tak mahu,jantungnya berlari kuat menanti kata keramat dari bibir Que.
"Hazel Haufa binti Henry Lee"....
********************
Flashback
"Get out of car!"
"Fine!"
Tengku Que Iskandar menekan laju pedal minyak hingga cukup jauh jaraknya dari kedudukan Hazel.Dia mula menyusun strategi bila melihat pergerakan musuhnya yang mengikuti mereka dalam diam.Sepanjang laluan anak buahnya bersembunyi dengan senjata masing-masing di sebalik semak tebal memerhati dan melindungi Puan Muda mereka.
Tengku Que Iskandar juga mengarahkan anak buahnya menyekat laluan agar tiada sebarang kenderaan yang boleh melalui laluan itu.Mereka diarahkan untuk memerhati dalam diam jika tiada sebarang ancaman.
Tengku Que Iskandar menatap marah paparan skrin laptopnya.Dia memejam rapat matanya bila lelaki itu mula menyentuh wajah Hazel.Hatinya membuak dengan kemarahan.Tangannya memukul kuat stereng kereta menahan emosinya.Jika di ikutkan hati dia mahu segera mendapatkan isterinya.Dia tidak rela isterinya disentuh oleh tangan durjana lelaki itu.
"What have you done Tengku Que lskandar ?"
"Kenapa membahayakan keselamatan Hazel?"....Kalau terjadi apa-apa pada Hazel tadi macam mana?".....Tengku Benjamin Adame menengking kuat anaknya kerana terlalu marah.
"l was there daddy!"
"She's just a bait!"..Que belum gila nak tinggalkan isteri Que macam tu je!...bentak Tengku Que Iskandar.
Share this novel