BAB 2

Humor Completed 78146

"Adam tak akan kahwin dengan sesiapa pun melainkan Julia!"tegasnya.

"Baba dah cakap kan.Tak ada sesiapa yang layak jadi menantu baba.Hanya Aisyah Humaira saja!"Tegas Dato Rais pula.

"Adam tak mahu.Kalau baba nak sangat perempuan tu.Baba saja lah yang kahwin dengan dia."Lancang saja Adam berkata tanpa sedar Datin Mazni sudah menjengil biji mata.

Adam ni pun sengaja cakap atau memang ada makna.Ada ker suruh baba dia kahwin lain.Habis aku ni nak letak mana.Seronok agaknya dapat mak tiri muda.

"Jangan biadap sangat Adam!Sabar baba ada had nya!"marah Dato Rais.

Terhinjut bahu kedua beranak terdengar tempikan dari Dato Rais.

"Abang tengok sendiri.Ini lah akibatnya suka paksa-paksa anak.Entah-entah abang memang ada skandal dengan budak tu.Maz tak kan berdiam diri kalau abang menduakan Maz!"marah Datin Mazni.

Mana nak tahu sejak suaminya berulang alik ke Darul Sakinah ada sesuatu yang terjadi.Dia mula berfikir yang bukan-bukan.

Apa yang arwah Haji Hamid tu buat ntah la sampaikan perangai suaminya berubah 360 darjah.Solat puasa semua teratur elok.Malah setiap malam suaminya akan membaca Al-quran.Hebat sangat ker arwah Haji Hamid dan anaknya itu sampai suaminya berubah macam tu sekali.Dulu tak pernah buat langsung.Puasa memang tak lah.Solat jauh sekali.Tikar sejadah terlipat elok sejak bertahun dulu dalam almari.Bilik solat di tingkat bawah tak pernah langsung mereka anak beranak jejak.

"Jangan nak merepek boleh tak!Kita sekarang tengah cakap pasal Adam bukannya abang!"

Faham sangat dengan perangai cemburu buta isterinya.Adam terdiam seketika.Salah mulutnya lancang sangat berkata.Panas lah hati mummy.

"Baba tolonglah.Adam nak nikah dengan Julia.Adam cinta kan Julia.Baba boleh tak jangan paksa Adam nikah dengan orang lain.Adam tak boleh."Suaranya mengendur mana tahu baba akan terima Julia.

"Macam ni lah abang.Senang saya cakap.Abang bayar saja duit dekat anak arwah Haji Hamid tu.Cakap saja abang tak jadi nak kahwinkan Adam dengan dia.Adam dah ada pilihan hati.Saya rasa orang macam tu bila dapat duit banyak mesti diam punya.Bagi lah 10 ribu ker 20 ribu..Arwah Haji Hamid bukannya tahu pun kalau Adam tak nak kahwin dengan anak dia."

Ya lah kan.Orang meninggal mana boleh bangun semula.Janji tu biar terkubur sama dengan arwah.

"Apa Maz merepek ni.Ingat Aisyah macam tu ker.Dia lagi ka..."Dato Rais terdiam.Dia sudah berjanji dengan arwah tak mahu mendedahkan tentang kedudukan arwah Haji Hamid dan keluarganya.

"Maz jangan ingat ada duit boleh beli semua benda.Abang dah berjanji dan tak akan mungkir janji.Arwah tak minta tapi abang yang nak.Semua untuk kebaikan Adam."

"Baik apanya?Abang nak korbankan masa depan anak kita untuk kesenangan orang lain.Macam tu abang cakap baik.Maz tak setuju!"

"Adam pun tak setuju!Ini soal masa depan Adam.Soal pasangan hidup Adam,baba.Biarlah Adam yang pilih sendiri.Adam ada hak untuk tentukan dengan siapa Adam nak kahwin."

"Hak!?Baik kalau itu yang Adam nak.Tapi baba pun ada hak ke atas semua harta baba.Jangan harap satu sen pun dari harta baba akan jadi milik Adam.Baba dah tentukan harta baba hanya layak untuk Adam setelah Adam bernikah dengan Aisyah dan lahirkan zuriat. Adam akan dapat harta baba bila lahirnya zuriat dari Aisyah.Selain dari Aisyah,baba tak akan terima!"

Sengaja Dato Rais buat sayarat macam tu.Dia tahu Adam pasti mengelak.

Terus Dato Rais beredar dari situ.Bercakap dengan Datin Mazni dan Adam boleh sakit jantung.Silap haribulan dia yang terlantar di hospital.

Terduduk terus dua beranak tu tanpa sepatah kata.Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.Runsing betul dengan kenyataan baba.Baba kalau buat keputusan memang tak boleh digubal dah.

Datin Mazni terdiam kaku.Adam buntu.

Mana tak nya.Kalau harta yang ada sekarang.Adam tak dapat sikit pun.Habislah...Macam mana Adam nak teruskan hidup.Sejak kecil anak-anak mereka hidup mewah.Tentu susah hidup anaknya nanti.Dato Rais pula bukan calang-calang orang.Harta banyak sejak beberapa tahun lalu.Tujuh keturunan pun makan tak habis.

Sekali lagi Adam tertekan bila syarat yang diletakkan.Siapa yang tak mahu mewarisi harta keluarga.Senang hidup jadi macam ni pula.Aku nak tengok siapa Aisyah!Hebat sangat ker sampai baba sanggup bermenantukan dia.

Sedikit sebanyak marahnya tertumpah ke nama Aisyah.Kalau lah baba tak jumpa dengan Haji apa ntah namanya dan tentu anak dia pun baba tak jumpa.Bikin hidup orang kucar-kacir saja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience