BAB 2

Romance Completed 2110

Semantelah lagi aku ini orangnya agak pendiam, pemalu dan gemar bersendirian.

Aku tak banyak bergaul, masa terluang aka nisi dengan membaca buku atau menulis cerita pendek, bagiku itu adalah terapi diriku yang paling utama.

Pada buku diariku ini, ku tuliskan sebuah puisi.

Kata demi kata ku rangkaikan agar menjadi satu bait puisi cukup indah hingga mampu menggetarkan sekeping hati.

Apakah kau tahu

Bahawa saat ini hujan begitu ramai menemani kesendirianku

Manakala sang Angin begitu sejuk berlumba-lumba mahu memeluk dingin kesepianku

Dan ia segera memarakkan api rindu lantaran teringat pada dirimu.

Ini bukan tentang cinta dan kasihmu padaku

Melainkan sebuah fikiran yang menerawang tentang bagaimana rasanya bertemu dengan dirimu.

Selang beberapa minit kemudian pena ditanganku itu aku lepas kemudian aku selitkan di dalam buku yang aku tutup.

Kemudian Merasa seakan sudah tiada beban lagi.

Magisnya ku rasa Puisi tadi memang telah meruntuhkan beban masalahku.

Saat ini aku memang sedang memerlukan kehadiran seseorang untuk menjadi tempatku curhat masalah peribadiku, tapi ia bukannya mudah.

Aku cuba menerima hakikat ini bila berkhayalkan tentang sesuatu yang belum pasti, maksudku cinta.

Bunyi deringan nada dering berlatar belakangkan lagu ‘Dive’ nyanyia Ed Sheeran memecah keheningan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience