Sampai masa Inaara untuk pergi ke Johor bertugas disana.
" Kerja kat sana jangan lupakan aku dan Noah kat sini. Akuesti rindukan kawan aku kaki Hindustan ni. " Kata Sera.
" Kau rindu nak lihat aku nangis bila menonton filem kabhi Kushi kabhi gham kan. " Kata Inaara.
" Mestilah. Aku dah takde teman menonton lepas ni. Kau jangan lupakan aku tau. " Kata Sera lagi.
" Aku tak lama lah kat sana. Paling lama pun setahun. " Kata Inaara.
" Lamanya. " Kata Noah.
" Yelah takkan aku nak suruh si Mimi tu tinggalkan anak dia yang kecik tu. Tak tergamak aku tau tak? " Kata Inaara..
" Kau dah bagi tahu Abang Qushairy kau ke? Hari ni kau terbang ke Johor? " Tanya Sera.
" Dah. Aku dah hantar whatsapp kat dia tadi sebelum aku kesini. " Kata Inaara.
Noah merasa seperti akan berpisah lama dengan teman yang sekepala dengannya didalam pejabat.
Walaupun dia adalah kekasih hati Sera, tapi dia lebih selesa bila nak meluahkan rasa hati dan masalah pada Inaara berbanding Sera.
" Tak payah monyok macam tu Noah. Kalau ada apa-apa masalah kat pejabat, call je terus aku. Aku akan tolong kau. Jauh macam mana pun aku berada, bila korang ada masalah call aku terus. " Kata Inaara.
" Tak best kalau kau takde. " Kata Noah.
" Aku bagi can kau dating lama dengan Sera. Aku tak ganggu korang. " Bisik Inaara pada Noah.
" Tapi aku selesa bila kau ada. Kalau kau takde rasa kekok macam aku tak pernah keluar dengan dia. " Kata Noah.
" Kejap. Aku nak ke tandas kejap. " Kata Sera.
" Jangan lama. " Kata Noah.
" Okey. " Balas Sera.
" Kenapa kau cakap macam tu? " Tanya Inaara apabila melihat Sera menjauh dari mereka.
" Entahlah. Makin kau beri aku peluang nak dekati dia, makin aku rasa tak selesa. Tambah lagi aku lihat Sera seperti menjauh dari aku. " Kata Noah.
" Perasaan kau je tu. " Kata Inaara.
" Mungkin juga. Tapi macam mana aku nak bagitahu kau ye. Aku taknak buka aib dia Nara. Sebab aku masih sayangkan dia. " Kata Noah.
" Kenapa? Bagitahu aku. " Kata Inaara.
" Aku jumpa dia dengan Mail. " Kata Noah.
" Mail? Mail? Mail mana ni? " Tanya Inaara.
" Mail Big boss dia tu lah. Yang buncit kepala besar tu. " Kata Noah.
" Laa mungkin masa tu mereka tengah habis ke tapak projek ke? Habis meeting ke? Mana kita tahu kan? " Kata Inaara.
" Aku pun harap macam tu lah. " Kata Noah.
" Dah, jangan fikir yang bukan-bukan. " Kata Inaara.
" Ye. Ni aku nak bagitahu kau, hujung minggu ni aku turun laut dah. Tak pasti berapa minggu. Kalau ada line kat sana aku whatsapp kau. Kalau takde, hmmm sunyi lah aku tak dengar kau berleter. " Kata Noah sambil mengulum senyum.
" Amboiii. Kau perlu aku kuat bebel ye. " Kata Inaara.
" Sebab kau kuat bebel lah aku selesa berkawan dengan kau. " Kata Noah.
" Sorry. Aku lambat. Perut aku tiba-tiba meragam pulak. " Kata Sera.
" Ser, aku lihat kau lain dah sekarang ni. Tak macam dulu. " Kata Inaara berterus terang.
" Lain? Lain kenapa? " Tanya Sera.
" Dulu kau tak suka pakai T shirt besar macam ni? Selalu kau kata aku tak reti fesyen. Kau ni sekarang? Fesyen apa ni? " Tanya Inaara memulangkan paku buah keras.
" Aa-aku dah gemuk sikit. Nilah asyik bawak aku makan je. Mana tak buncit perut aku. Malulah nak pakai t-shirt fit fit. Tak pasal-pasal kena cakap mengandung. " Kata Sera.
" Bagus lah. Mana tahu lepas ni kau tiba-tiba terbukak hati nak bertudung pulak kan? " Tanya Inaara.
" Jatuh standart aku pakai tudung. " Kata Sera.
Terasa hati Inaara apabila Sera berkata begitu padanya.
" Amboii mulut tu. Takde insurans ke? " Tanya Noah. Memberi isyarat pada Sera akan perubahan air muka Inaara.
" Sorry Nara. Aku bukan nak cakap kau. Aku tak terniat pun. " Kata Sera.
" Takpe. Aku faham. Eh dah lah, Aku kena masuk dah ni. Korang jaga diri tau. Sihat-sihat selalu. Kalau rindukan aku, call je. " Kata Inaara.
" Okey Nara. Kau hati-hati kat sana. Ada masa call kitorang ye. " Kata Noah.
Namun Sera yang menerima panggilan tak sempat mengucapkan selamat tinggal pada Inaara.
" Bye Noah. Jaga diri tau. Tengok-tengokkan rumah aku ye. Kereta dan Motor bike tu, nanti aku bagitahu Bang Ngah suruh ambik ke Yard. " Kata Inaara.
" Okey Nara. " Balas Noah sambil melihat Inaara menanti Sera selesai berbual dengan orang di dalam talian.
" Kau pergilah. Jangan peduli dia tu. " Kata Noah.
Inaara mengukir senyuman dibibirnya. Dia melambaikan tangannya dan berlaku naik ke tingkat atas dan menghilang dalam sekelip mata.
" Awak. Awak balik dulu ye. Sebab saya kena pergi meeting dulu. " Kata Sera apabila melihat Noah menantinya.
" Meeting ke dating? Ingat Sera aku masih jaga aib kau. Aku masih mampu terima kau disisi aku. Tapi kau masih macam ni kat belakang aku. Sampai bila? " Tanya Noah.
" Apa awak cakap ni Noah. Saya memang nak meeting. Awak cakap apa ni? " Tanya Sera.
" Aku tahu kau masih berhubung dengan Mail. Dan aku tahu sebab apa kau selalu tolak bila aku dan Nara nak ajak kau keluar sekarang. Sebab kau sibuk dengan Mail kan? " Tanya Noah.
" Kalau aku sibuk dengan Mail, Awak sibuk dengan Nara. " Kata Sera.
" Kau cemburu aku dengan Nara? Dia tu teman kau Sera. " Kata Noah.
" Ye dia teman aku. Tapi awak lebih rapat dengannya. Bukan dengan aku. " Kata Sera.
" Dahlah Sera, jangan sebab salah yang kau buat, kau salahkan Nara. Kau jangan ingat apa yang kau buat ni aku tak tahu. " Kata Noah.
Noah terus meninggalkan Sera disana. Bukan sebab dia benci tapi sebab dia sakit hati. Selama ni dia jaga Sera sebaik mungkin. Tapi apa yang Sera buat pada dia sekarang buatkan dia putus asa dengan hubungan mereka.
" Dia tahu? " Tanya Sera pada diri. Wajahnya jadi pucat.
Dia menghubungi Mail semula dan memintanya menunggu di tempat mereka selalu bertemu tanpa pengetahuan orang dan isteri Mail.
Sera berlalu dan pergi ke tempat dimana dia membuat janji temu dengan Mail.
" Aku kena pastikan dia bertanggungjawab dengan semua ni. " Kata Sera.
" Kalau dia taknak macam mana? " Tanya Sera bermonolog sendiri.
" Aku kena paksa dia. Kali ni aku tak boleh nak berlembut lagi dengannya. " Kata Sera.
Dia melajukan keretanya agar cepat sampai ke destinasi yang di tujunya.
Share this novel