Rate

Part 3- Sakit

Romance Completed 740664

HARI ISNIN telah tiba. Waktu untuk kembali membuli otak serta tenaga bagi memastikan akaun bank kekal terisi setiap bulan tanpa terputus.

Tercegat muka itu di dinding memo, schedule kerja di simak teliti. Sedikit meringis wajahnya melihat susunan senarai nama-nama dalam jadual berkenaan. Namanya juga tidak terkecuali dan hampir memenuhi setiap slot.

"Perghh,, matilanak! Event setiap hujung minggu aku yang kena handle? Sampai hujung bulan pulak tu. Memang jahanam la aku tak dapat balik kampung hujung minggu macam ni!"

Laila bermonolog dihadapan dinding jadwal yang membuanya hampir mati kutu itu. Tak dapat cuti hingga hujung bulan. Sudah tentu ibunya akan bising. Tak dapatlah dia berjumpa Emir.
Dahla duduk berjauhan, hujung minggu ajelah mereka dapat berjumpa kalau Laila sedang cuti. Ini hujung minggu pun kena kerja. Haihh, apalah nasib?

"Mama. Nanti mama bawak Emir pergi KL boleh? Emir teringin nak pergi KLCC, KL Tower. Boleh tak mama?"

"Boleh! Tapi abang kena la bagi mama kerja dulu. Dah ada duit nanti baru la mama boleh beli kereta. Dah ada kereta sendiri baru boleh jalan-jalan."

"Ala, nenek kan ada kereta?"

"Itu kerete nenek. Kalau mama pakai, nanti nenek nak hantar abang gi sekolah naik apa?"

Terngiang perbualannya bersama kanak-kanak berusia 6 tahun itu beberapa bulan lepas.
Bag galas yang tersangkut pada bahu lalu dipusing kehadapan. Tangan di selukkan setelah zipnya di buka.

Telifon bimbit dicapai lalu dikeluarkan. Terpapar pada penghias skrin, wajahnya bersama Emir yang sedang comot makan aiskrim.

Bibirnya mengukir senyum sambil jemarinya mengusap permukaan skrin telifon berkenaan. Terdetik sebuah rasa rindu seorang ibu terhadap satu-satunya cahaya mata yang terpaksa membesar jauh dari pada dirinya. Perasaan itu hampir-hampir membuatkan pagi Laila diselubungi mendung.

Tidak mahu terus hanyut dalam perasaan, Laila lekas-lekas menyarung smartphone dalam poket bajunya.
Setelah bag kemas di isi dalam loker, wanita itu segera bergegas menuju tempatnya bertugas.

                      ****

"LELA......"
Rintihan kuat dihujung talian hampir memecah gegendang telinganya sebaik Laila merapatkan smartphone miliknya itu.

"Weh, pahal weh? Tasya...."
Laila bangun dari kerusi pejabat yang dari tadi diduduki. Wajahnya panik sebaik mendengar suara Tasya seperti dalam kesusahan.

"Tolong aku..." Bersama rengekan, Tasya membalas dari hujung talian.

"Babe, kau kenapa?" Desak Laila.

"Aku sakit perut babe! Aku salah makan apa entah semalam? Ni pun dah lima kali aku ulang alik pergi tandas."

"Aik, tadi masa nak pergi kerja elok aje aku tengok kau."

"Iya la, ni tiba tiba la ni! Babe tolong, babe. Aku dah lembik gila da nih."

"Balak kau mana? Dia tak tolong kau ke?"

"Entah la si Deli tu? Tak nampak pun batang hidung dia! Babe, cepat la datang sini. Aku sakit sangat-sangat ni."

Ketika ini mereka sedang bertugas ditempat berasingan. Tasya berada di bangunan sebelah, manakala Laila di tempat biasa.

Terpaksa Laila mengambil emergency leave bagi membantu housematenya secepat mungkin.
Laila berlari pantas menuju bangunan sebelah untuk mempercepat langkahnya.

Lima minit larian dipecut, Laila pun tiba di tempat dimana Tasya berada. Disana dia mendapati wanita itu sedang terbaring lemah di sofa pejabat.

"Babe. Kau okey tak ni?"
Pantas Laila meluru mendapatkan rakan serumahnya itu. Hatinya begitu cemas saat ini.

"Sakit doh! Memulas-mulas perut aku. Macam kena kelar-kelar kat dalam."
Rintih Tasya sambil memegang perut dan kini perlahan mengubah posisinya kepada duduk.

"Kau makan apa semalam haa? Rasa kita makan benda yang sama semalam kan? Aku ok pulak?"

"Tak taulah, babe. Jom lah bawak aku gi hospital. Kau drive kereta aku!"

"Aik. Nak kena gi hospital ke? Cuba telah pil ciki-te-on dulu, mana tahu elok?"

"Ala, taknak lah! Gi hospital je terus. Lagipun kan kita ada pannel. Apaguna kalau tak pakai."

Laila melepaskan nafas sedikit kasar. Kena pergi hospital la pulak. Memandangkan housematenya itu juga merupakan drivernya setiap hari, dimana mereka berangkat bersama-sama ketempat kerja menaiki kereta milik wanita itu, maka Laila pun akur untuk membawa rakannya ktu menuju ke hospital seperti yang diminta.

LAILA memapah Tasya sebaik keluar dari perut kereta. Terpaksa Laila merelakan tubuh kecilnya bagi menampung badan Tasya yang sedikit berisi berbanding dirinya itu.

Segera Laila membawa Tasya menuju pintu kaca hospital tersebut, dan melepasinya setelah ianya terbuka secara automatik.

"Bak IC kau."
Pinta Laila selepas meletakkan Tasya di kerusi besi yang panjang di hadapan kaunter.
Setelah mendapatkan kad pengenalan milik Tasya, Laila pun segera bergegas menuju kaunter pendaftaran.

Tak lama kemudian, Laila kembali pada kerusi dimana Tasya duduk bersama nombor giliran ditangan.

"Nah IC kau! Sabar kejap eh. Sakit lagi tak?"
Soalan Laila dibiarkan tanpa jawapan apabila wanita itu telah melentokkan kepala pada dinding. Nampak lemah memang keadaannya. Kesian Tasya! Apalah yang dia makan semalam sampai ceret beret begini?

Sambil mengusap kepala Tasya, mata Laila sesekali menjeling pada skrin di atas kaunter dimana terpapar nombor giliran disitu. Kakinya digoyang-goyangkan seolah-olah iyanya membantu mempercepat nombornya muncul.

Setelah hampir 15minit, nombor giliran yang di nanti-nanti terpapar jua di skrin.
Tasya yang lemah dipapah untuk bangun, dan kemudian dibawa menuju kebilik rawatan.

Okay, yang ni memang klise.... Memang tak ada Doctor lain ke dalam dunia ni?

Laila melepaskan keluhan pendek apabila Doctor yang berada di bilik rawatan itu tak lain tak bukan adalah Dr. Hafiz.

Mungkin iyanya hanya sebuah kebetulan. Atau memang time ni memang dia punya office hour? Tunggu, mungkin juga si Tasya tahu jadwal si Doctor itu bertugas pukul berapa?
Aah, semak! Lantaklah, malas nak fikir!

Laila tidak mahu mengkusutkan kepalanya dengan tekaan-tekaannya tadi. Tak penting langsung!

Tasya dipersilakan duduk di kerusi pesakit di hadapan Dr. Hafiz. Membiarkan sang Doctor itu memeriksa denyut nadi serta tekanan darah pada lengannya. Tak semena-mena terukir senyuman puas hati dibibir gadis itu.

Jangan cakap kat aku yang kau sebenarnya buat-buat sakit, ya makcik. Aku hempuk ko karang! Kening Laila berkerut-kerut melihat reaksi wajah Tasya yang dilihat seperti mengada-ngada di hadapan Dr. Hafiz itu.

"Okey. Baiklah! Semuanya normal. BP semua elok. Maybe you terkena food poisoning ni. Ada you ingat you makan apa semalam?"
Sedikit penjelasan dan soalan Hafiz ajukan sebaik memeriksa keadaan Tasya.

"Err, semalam makan sekali dengan saya je, Doc. Tapi saya tak apa-apa pulak."
Laila menyampuk dimana dia duduk dikerusi sebelah Tasya, bersama riak wajah penuh tanda tanya.

"Oh, maybe imune you lebih tinggi berbanding dia, so that why you still fine. But, for this case, jangan buat main tau pasal food poisoning ni. Iyanya boleh bawak maut. So i nasihatkan you guys untuk selalu stay healthy dirumah, dipejabat, makan minum semua. Make sure you guys makan makanan berkhasiat, dan kalau boleh yang di masak sendiri. Sebab makanan luar ni kita tak tahu tahap kebersihan dia mcm mana kan?!"

Well, tugas sorang Doctor, kan. Nasihat panjang lebar bab kesihatan ni adalah makanan dia. So tadah jelah telinga!

Laila dan Tasya hanya mengangguk faham.
Laila malas sebenarnya mahu mendengar syarahan panjang lebar itu. Lain lah si Tasya, sampai besok pagi hadap muka Doctor ni pun takpe.
Habis abang Deli tu kau nak campak mana, mangkuk?

"Alright. Disini i bagi you antibiotic, ubat tahan sakit, dan juga tahan muntah. Air garam untuk hentikan ceret beret, bancuh dengan air suam dan minum tiga kali sehari."
Senarai ubat di tulis kemas, di cariknya kertas slip sebelum di serahkan pada Laila yang ketika ini bertindak selayaknya 'penjaga' kepada Tasya.

Laila menerima slip ubat dari tangan Dr. Hafiz tersebut. Tanpa sengaja, mata Laila terpandang pada wajah kacak lelaki itu. Terjegil Laila sedikit apabila sebelah mata Doctor itu seperti dikerdip padanya.

Aku salah pandang ke? Ke mata aku ni berpinar sampai nampak Doktor tu kenyit kat aku? Fikirnya tertanya tanya.

Dia tidak menafi kebenaran bahawa Doctor itu sememangnya rupawan. Tapi bagi wanita yang pernah gagal dalam perkahwinan seperti dirinya, tak akan mudah tergoda dengan wajah tampan lelaki. Pengalaman perkahwinan sebelum ini telah menjadi pengajaran dalam hidupnya.

Dr. Hafiz lalu menghadiahkan sebaris senyum ikhlas pada kedua wanita itu. Slip ubat yang diberi pada Laila telah selamat didalam genggaman wanita itu. Selepas itu, Laila pun meminta diri untuk membawa Tasya segera beredar.

"Terimakasih, Doc. Kalau tak ada apa-apa, kami mintak diri dulu."

"Sama-sama. Silakan!"

Tasya dipapah keluar dari bilik rawatan oleh Laila. Sempat Laila melirik sekali lagi pada Hafiz apabila si Doctor itu menunjukkan isyarat 'call' dengan mengguanakan jari yang di letakkan pada telinga.

Sekali lagi kening Laila terjongkit hairan. Apa maksud Dr. Hafiz ni? Gatal bole tahan jugak rupanya. Ish, tak kuasa aku nak layan!

Keluar saja dari bilik rawatan, Tasya lalu dibiarkan duduk dikerusi, sementara Laila terus menuju kaunter ubat untuk menukar slip yang Doctor berikan tadi.

Sekeping nota telah terjatuh dari tangan Laila. Ianya terselit di bawah slip ubat berkenaan. Laila membongkokkan badan bagu mengutip nota tersebut dilantai.

'This my number! Text me if you free.'
Tertera sebuah nombor telifon beserta tulisan seperti demikan. Siap letak lakaran love lagi.

Tercegat Laila sejenak. Apa maksud Doctor tu? Nombor ni di tuju pada dirinya atau pada Tasya?
Tapi tadi dia nampak Doctor itu tunjuk isyarat 'call' padanya. Apa mungkin Doctor itu cuba mengurat dia?

"Miss. Excuseme! Hallo..."

Teguran itu membuatnya menyudahi lamunan.
Dengan wajah terkejut dan sedikit malu, dia merapatkan diri ke kaunter dimana telah bersusun ubat-ubatan untuknya bawa pulang.
Ubat-ubat itu di sarung kedalam bungkusan plastik sebelum di serah pada Laila.

"Terimakasih!" Ucap Laila setelah plastik ubat bertukar tangan. Dia pun segera kembali ke kerusi diamana Tasya duduk menunggunya sedari tadi.

"Dah jom." Ajaknya kemudian.

"Kau termenung apa tadi babe? Sampai akak kaunter tu panggil kau banyak kali?"
Tanya Tasya sambil mula merangkul bahu Laila untuk menampung separuh dari badannya yang masih lemah.

Teragak Laila hendak memberi tahu akan nota yang di jumpanya tadi.
Nak bagi tahu ke tak? Entahlah!

"Errr, takde ape la babe. Aku, cuma fikir pasal hal office je. Aku kan ambik emergency leave. Banyak benda tak setel lagi aku tinggal."
Nasib baik ada alasan dia hendak autakan pada rakannya itu. Lega sedikit hatinya.

"Sori babe, aku susahkan kau!" Ucap Tasya, sayu bunyinya.

"Eh, takde hal lah! Caner, sakit lagi tak?"

Perbualan di sambung sambil terus melangkah tertatih-tatih keluar dari hospital berkenaan.
Berdiam juga Laila pilih dari memberi tahu Tasya akan nota tadi. Jika rakannya itu tahu akan nota tu, tentulah dia yang paling happy dapat nombor talifon Dkctor handsome tu kan?!

Sedangkan Deli si mamat bunga itu sudah cukup romantik melayannya. Ada juga Deli mengajak Tasya bertunang, tapi hingga kini, masih belum ada keputusan lebih lanjut dari mereka.

Lagi nak menggedik dengan pakwe lain ke?
Tasya, Tasya..!!

TBC

Share this novel

ALEXA ELLE
2022-03-03 05:26:55 

park here.. repeat smula

ALEXA ELLE
2022-03-03 05:26:30 

huihi dr.. dr.

SAIDS
2021-04-02 20:32:18 

eih... doktor Hafiz ni eihh...smpt juga ngorat si layla...wkkw


NovelPlus Premium

The best ads free experience