BL6

Humor Series 177333

Megat Omar bersandar di kepala katil. Matanya masih merenung telefon di tangan.
Bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan lelaki itu memalingkan wajahnya.

Timbol pintu di pulas. Gib melangkah masuk ke dalam bilik persendirian itu. Langkahnya kemas di atur ke katil Megat Omar.

"Singah juga kau. Ingat lupa aku." Ujar Megat Omar. Telefon di tangannya dia letakkan pada meja tepi katil.

"Eleh bukannya kau teruk sangat. Luka sikit je bro."

"Sikit kau kata Bro?"

Megat Omar mendengus.

"Kaki aku ni makan penuru hidup kau tau." Sambungnya lagi.

"bukan kau cacat pun." Tenang Gib menjawab.

"Eh Kingzir punya member."Maki Megat Omar.

Tajam matanya memandang Gib yang tenang berdiri di sebelah katilnya sambil kedua tangan lelaki itu masuk ke dalam poket seluar.

"Aku tak boleh lama. Ada kerja. Take care bro." Bahu Megat Omar di tepuk pelahan. Ketika Gib sudah melangkah beberapa tapak untuk keluar kata-kata Megat Omar mematikan langkahnya.

"Someone. Ada yang menjadi musang berbulu ayam."

......

Gibran terus melangkah masuk ke pejabat. Kakinya melangkah pantas menuju ke bilik pejabatnya namun seketika kemudian, langkahnya terhenti.

Dari jauh dia dapat melihat tingkah laku seorang gadis berbangsa cina yang sedang bersandar di kerusi kerjanya leka memandang frame gambar.

Gib masih berdiri tegak. Agak lama dia membatukan diri di situ.

Telefon yang bergetar di poket seluar di seluk dan di keluarkan. Matanya memandang ke arah Screen yang menyala.

Raymond.

Dengan hati yang berat. Pangilan itu di angkat. Perlahan-lahan telefon bimbit itu diletak di telinga.

Jantung bagai berhenti apabila mendengar sesuatu di hujung talian sana.

Tolong ini bukan masanya. Dan dia belum bersedia.

Mata memandang gerak geri gadis itu dari jauh. Satu keluhan berat di lepaskan. Usai selesai mendengar segala yang sudah di sampaikan, pangilan di mati. Langkahnya di atur berat masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Neyla.."

Gadis yang sedang leka memandang Frame gambar itu terus kaku di tempatnya. Perlahan-lahan tubuh langsing itu memusingkan kerusi ke arah suara husky itu.

"Babe."Panggilnya dengan nada yang bergetar.

Lantas tubuh kecik tu berdiri dan terus berlari memeluk tubuh lelaki yang amat di rindui. Setelah sekian lama mereka berpisah akhirnya kali ini mereka dapat bersatu jua. Tiga tahun sungguh menyiksakan jiwanya.

"I miss you." Esakkan halus gadis bernama Neyla jelas di pendengaran Gib. Namun Tubuhnya keras tidak membalas pelukkan itu.

Kaku.

"Babe..." Panggil Neyla lagi. Kedua tangannya naik mengusap pipi Gib.

"Je sais que tu es surpris que je sois toujours là. Je suis désolé. Je vais tout vous dire. Tu me manques."
(Saya tahu pasti awak terkejut saya masih berdiri di sini. Saya minta maaf. Saya akan ceritakan semuanya. I miss you).

Neyla merapatkan wajahnya pada Gib tangannya naik melingkari leher lelaki itu namum dengan perlahan Gib meleraikan rangkulan itu.

"Pas ici neyla."(Bukan disini Neyla) Gib menolak perlahan tubuh Neyla.

"But Why." Gib mengelakan nafasnya.

Wajah cantik Neyla di pandang tipulah dia tidak merindui gadis ini. Bertahun Gadis itu bersama dengannya. Namun peristiwa lalu membuatkan dia berkira-kira untuk mempercayainya.

"Gibran." Suara garau itu membuatkan Gib dan Neyla berpaling ke arah pintu.

"Carlos." Tegur Neyla.

Carlos tersenyum sinis. Keningnya di jongketkan ke arah gadis itu.

"Gibran in my room now." Langkahnya terus di atur meninggalkan bilik pejabat itu.

Gib kembali memandang Neyla. Tangannya naik memegang bahu gadis itu.

"Retournez d'abord. Je te verrai ce soir."
(Balik dulu. Saya akan jumpa awak malam ini.)

"But honey i really miss you."

"Please Neyla.." Suara Gib sedikit mengendur.

"Promesse." (Janji).Soal Neyla dia inginkan kepastian.

"Si Promesse." Gib memaksa diri untuk mengukir senyuman.

Neyla menganggukkan kepalanya. Pegang di bahunya di tempis perlahan.

"Je tiens ta promesse chérie." ( saya pegang janji awak sayang ). Ujar Neyla.
Bibirnya mengukir senyuman.

Setelah itu, Langkahnya di atur semula ke Meja di ruang tengah bilik itu. Handbag di atas meja kopi itu di ambil. Dia memusingkan semula tubuhnya. Langkah Neyla mendekati Gib.Spontan bibirnya menukap lembut bibir Gib. Hanya sesaat.

"Je vous attends. "( Saya tunggu awak.) Bisik Neyla perlahan di telinga Gib.

Langkah pemergian Neyla hanya di hantar dengan ekor matanya sahaja. Gib melepaskan keluhan berat.

Kenapa semua berlaku saat dia sudah melepaskan segalanya. Apa yang akan terjadi nanti jika semua sejarah itu di ketahui. Ya tuhan adakah mimpi ngeri itu akan menjadi kenyataan.

Gib memejamkan matanya. Tenang Gibran tuhan sentiasa dengan kau.

.....

"Monster." Jerit Carol Saat Gib melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Carlos. Wajahnya yang tegang serta merta mengendur dan bibir terus mengukir senyuman.

"Hai Sayang." Tubuh kecil itu terus di angkat apabila Carol terus menerpa ke arahnya.

Rindu buah hati kita. Bila nak besar ni.

"Bila sampai?" Tegur Gib pada Zahra yang sedang mengendung Rayden.

"Adalah setengah jam. Anak dara ni la rindu sangat dengan buah hati dia." Ujar Zahra Matanya sengaja dijelingkam tanda menyampah.

Gib ketawa Carol yang berada di gendongannya memeluk erat leher lelaki itu. Satu kucupan di hadiahkan pada Gib.

"Moster I miss you." Ujar Carol.

"Ya sweetheart i miss you too."

Pipi anak kecil itu di kucup lembut. Hilang kejap masalah yang baru menganggu fikirannya.

"How is your fiancé." Soal Carlos apabila masuk saja bilik pejabatnya. Langkahnya terus di atur ke arah Zahra yang duduk di sofa di ruangan tengah bilik itu.

Mengecil mata Gib memandang 'sesuatu' di tangan Carlos.

Botol susu.

"Wow Suami Mithali."

"Well tengok la suami siapa." Jawab Zahra penuh bangga.

"Love.." Meleret suara Carlos menegur Zahra.

"What sayang betul la apa saya cakap kan."

Carlos mengelengkan kepala. Nafas di hela. Perempuan mana penah kalah.

"So BFF i macam mana?"

"Dia baik-baik saja." Jawab Gib sambil tersenyum.

Zahra mengangguk.

"Hubby bolehkan kalau saya nak pergi melawat Farah?"

"Boleh Love. Lepas i habis meeting kita pergi." Jawab Carlos. Blazer di betulkan.

"Lama tak?" Soal Zahra Polos.

"Macam biasa." Jawab Carlos bersahaja.

"Alaa..."

"I janji tak lama. You dengan anak-anak stay dalam bilik i dulu okey." Pujuk kepala Zahra di kucup lembut.

"Sweetheart can you take care of your mommy and baby Rayden for a while."

Carol mengangguk.

"Okey daddy."

Terus tubuh kecil itu minta di turunkan dari dukungan Gib. Laju langkah kecil itu menuju ke arah Zahra. Tiba-tiba langkah Carol terhenti. Perlahan tubuh kecil itu berundur ke belakang sambil tersengeh. Kaki Gib di peluk.

"I will miss you monster."

........

Beberapa keping gambar di lemparkan Carlos di atas meja itu. Tubuhnya di sandarkan pada Kerusi. Helaan nafas kasar di lepaskan.

"Jaga-jaga Bro. Aku tak rasa benda ni kebetulan." Ujar Carlos sekeping gambar di atas meja itu di capai dan di angkat.

"Kau tak rasa pelik?" Sambungnya lagi.

Gib hanya dia. Matanya memandang kepingan gambar yang bertaburan di atas meja itu.

"Aku tak nak apa yang pernah berlaku pada aku dan Zahra terjadi pada kau." Carlos bangun dari kerusinya. Blazer di butang kemas.

"Aku rasa kau faham kan maksud aku." Bahu Gib di tepuk perlahan. Dan Carlos terus meninggalkan bilik itu.

Gib memejamkan matanya seketika. Tangannya naik mengurut pelipis di dahi.
Nafas cuba di atur. Namun sesaat.

"Argh!" Bergema jeritan suara garau itu memenuhi ruangan. Gambar yang berada di atas meja sudah bertaburan di atas lantai akibat di tempis kasar.

"Farah Najwa."

Usai sebaris nama itu di sebut. Gib terus jatuh melutut. Tangannya naik meraup gambutnya kebelakang dan satu keluhan berat di lepaskan.

.....

"Babe..can you spend the night here?"Soal Neyla lembut. Tangannya masih merangkul kemas lengan Gib.

Usai makan malam di bersama Neyla di Kondo milik gadis itu Gib segera mencari alasan untuk pulang.

"Sorry Neyla, I cant." Gib menempis perlahan tangan gadis itu. Wallet dan Kunci di atas meja ruang tamu itu di capai.

"Please babe i really miss you.."

Walaupun tangannya di tempis. Neyla laju memeluk tubuh Gib tidak mahu lelaki itu meninggalkannya.

"je te veux. (I want You.)" Perlahan suara gadis itu menutur kata namun dapat di dengari lelaki itu. Dengan sengaja tangan kanannya masuk ke dalam Tshirt milik Gib.

"Neyla." Tangan kecil itu dia tahan dari terus menyentuhnya.

"Sorry Neyla. Enough for these three years. We're over." Tangan kecil itu terus di keluarkan. Tshirtnya di kemaskan tanpa memperdulilakan gadis itu Gib terus melangkah ke arah pintu.

Dia ingin keluar dari sini cukup tiga tahun dulu hubungan mereka sudah berakhir. Kenapa perlu di mulakan semula sedangkan hatinya sudah di miliki seorang gadis.

"Because of that Malay girl?" Soalan Neyla mematikan langkah Gib. Namun Hanya sesaat. Gib kembali melangkah.

Bang!

Belum sempat Gib ingin memulas timbul pintu itu, Neyla melepaskan satu tembakan.
Tetapi bukan ke arahnya. Bunyi kaca yang jatuh ke atas lantai itu membuatkan Gib memalingkan wajahnya.

Bingkai gambar besar yang selama ini tersegam indah di ruang tamu itu sudah jatuh ke atas lantai. Kaca-kaca sudah bertaburan. Gib kembali memandang Neyla tanpa ada riak di wajahnya. Mata mereka bertentangan seketika.

"I'm sure she doesn't know your past. Pity her." Ujar Neyla matanya masih tajam memandang Gib.

Gib menarik nafas dalam lalu dia mengukirkan senyuman pada gadis itu.

"She's better than you." Ujar Gib. Dan dia terus berlalu dari situ.

Sedikitpun dia tidak menghiraukan jeritan Neyla. Langkah di atur kemas meninggalkan Kondo mewah itu.

"She's better than you." Sekali lagi ayat itu keluar dari mulut Gib perlahan. Wajah Ayu Farah terlayar dia fikirannya.

Ya She's better than you.

(",)Maaf lambat.

Share this novel

norsila
2022-06-04 10:41:42 

geram lak gib ni ado ppuan giler lak..cm carlos lak..kesian farah..kono perang abis2an ni...strong farah.. tentang abis2an .hehaheha

norsila
2022-06-04 10:41:42 

geram lak gib ni ado ppuan giler lak..cm carlos lak..kesian farah..kono perang abis2an ni...strong farah.. tentang abis2an .hehaheha

norsila
2022-06-04 10:41:42 

geram lak gib ni ado ppuan giler lak..cm carlos lak..kesian farah..kono perang abis2an ni...strong farah.. tentang abis2an .hehaheha


NovelPlus Premium

The best ads free experience