chapter 1

Romance Series 9561

"Khalas. Okey itu sahaja untuk hari ini. Boleh berkemas simpan-simpan buku." Hammara Adawiyah selaku tenaga pengajar di Kafa An-Nur memberi arahan kepada anak-anak muridnya setelah selesai sesi kelas sirah pada petang itu.

"Syukran Jazilan ya Ustazah!" Seisi kelas 1 Rabbani mengucapkan terima kasih dan kemudian bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

"Ustazah umi." selepas beberapa ketika datang seorang pelajar lelaki berdiri dan menghampiri Hammara. Pelajar-pelajar lain sudah mula beransur pulang. Ada yang menaiki basikal sendiri dan ada juga yang waris mereka datang menjemput. Biasalah Kafa dalam kawasan kampung ni. Tak adalah sibuk sangat. Pelajar pun tak ramai. Sederhana sahaja.

Hammara angkat wajah. Automatik bibirnya melengkung membentuk senyuman melihat wajah kepenatan anak lelakinya itu lalu berkata,
"Awat sayang?"

"Jom balik. Hanif penatlah..." rungut Hanif Hamzah dengan bibirnya yang sudah memuncung.

"Amboi...penat. Macamlah Han yang mengajar." Kepala Hanif yang dilapisi kopiah putih itu digosok sayang.

Hanif silang tangan.

    "Belajaq pun penatlah, umi. Umi bagi kerja sekolah banyak sangat. Han penat la nak buat nanti. Ustazah Atikah pun bagi banyak kerja sekolah. Han nak main dengan kawan-kawan balik rumah nanti."

Hammara ukir senyum lalu menggeleng. Ada-ada saja lah anak teruna dia yang seorang ini. Selalu sangat merungut dua tiga menjak ini. Agaknya nak minta kena ceramah ke apa ni?

"Oh sekarang ni...salah umi lah?" Hammara memicingkan hujung mata nya, memandang anak terunanya itu. Pinggang dicekak lalu menyambung bicara.

    "Lupa ye apa umi selalu pesan? Ke nak umi ingatkan?"

Hanif diam sebelum menggeleng.
"Ingat. Umi pesan... jangan merungut walau apa jua yang Allah bagi, kalau merungut...nanti Allah tak suka. Kalau nak Allah sayang, kena sabar kena redha."

    "Pandai anak umi! Dah jom balik. Umi beli aiskrim, nak?"

Hammara sengaja cucuk jarum. Nak ceriakan balik wajah monyok Si Hanif. Mendengar tawaran uminya, sertta merta mata Hanif bersinar-sinar.

    "Mestilah, nak! Jom!" Hanif dah tarik tangan uminya.

  "Sabaq sat." Hanif dah mendahului langkah Hammara dihadapan.

   
     "Eh, Ara!"

Langkah Hammara terhenti. Dia berpaling. Bibir dilorek senyuman saat figura berbaju jubah hitam itu menyapa.

"Kak Yati. Awat?" tanya Hammara.

Ustazah Yati yang juga baru habis kelas, cepat-cepat mendapatkan Hammara yang sudah sampai di pintu pagar Kafa An-Nur.

Ustazah Hayati mengajar subjek Aqidah dan Tajwid. Dia juga antara tenaga pengajar yang sudah lama mencurah bakti di Kafa An-Nur. Iyalah, mana tidaknya...dari umurnya 20-an dan sehingga kini sudah hampir mencecah usia 40-an juga masih berkhidmat di sini. Hammara memang tabik dan hormat betul dengan Ustazah Hayati. Nak jadi cikgu, ustazah ataupun senang cerita pendidik ni, kena banyak bersabar. Terkadang karenah anak-anak pelajar ni boleh menguji sekuat mana kesabaran kita dalam mendidik.

Hammara pun tak lama. Masih baru. Baru setahun jagung.

 
   "Nak balik dah ka, Ara?

    "Haa nak balik dah Kak Yati. Awat Kak Yati?"

Ustazah Hayati jeda. Tapi bibir ukir senyum dan matanya tertumpu pada perut Hammara yang semakin memboyot besar itu.

Hammara angkat kening dan tengok perutnya yang dilapisi jubah itu lalu ketawa kecil. Mesti Ustazah Hayati nak tanya bila nak mula cuti.

 
   "Bila nak ambik cuti, Ara? Dah sarat tu. Seriau Kak Yati tengok."

"Bila saya nak beranak nanti lah, kak." balas Hammara sambil ketawa dihujungnya.

"Eh main-main pulak dia. Dak, Kak Yati paham tau. Kak Yati pun pernah mengandung. Sakit bawak budak tu semua mak-mak pernah rasa. Kak Yati kesian dekat Ara. Tu ja..."

   "Alah Kak Yati...Ara kuat lagi ni. Nanti dah penat, Ara cuti lah ye?" Hammara tak tahu macam mana lagi dia nak yakinkan rakan sekerjanya itu. Risau sangat! Bukannya sakit sangat pun. Dia masih kuat nak mengajar budak-budak tu. Lagipun, kalau duduk rumah lagilah tak boleh buat apa. Kalau dia nak buat kerja rumah sikit pun tak boleh. Semuanya dilarang keras oleh penghuni rumahnya. Siapa lagi kalau bukan adik kesayangannya Anisa Ufairah serta ibunya, Puan Asma'.

Kalau boleh nak aje dia baring atas katil tak buat apa-apa. Kerja simple macam kemas bilik pun mereka tak izinkan. Mereka fikir dia lemah sangat ke? Haih... overprotective betul keluarga dia ni. Ha samalah macam Ustazah Hayati.

   "Haih... Ara ni..." Ustazah Hayati kelu mahu nasihat bagaimana lagi dengan Si Hammara ni.

    "Janganlah risau, Kak Yati. Ara okay ja. Tak rasa terbeban mahupun rasa penat. Lagipun Ara suka mengajar budak-budak tu."

Belum sempat Ustazah Hayati mahu membalas, ada suara lain yang memintas.

    "Ustazah Yati! Ustazah Ara! Nak balik dah ke?"

Kali ini Ustazah Alaisyah pula yang muncul. Kenapa semua pakat tak balik lagi ni? Jangan sampai Ustazah Fatimah ceramah dekat dia sudah pasal ambil cuti. Penat dah.

Dengan langkah yang sopan Ustazah Alaisyah mendekati dua orang wanita itu.

   "Ara nak balik lah ni. Tapi sembang dengan Kak Yati sat." ujar Hammara.

"Oooo....eh!" Ustazah Alaisyah mengohkan sahaja namun beberapa saat kemudian riak wajahnya bertukar terkejut.

   "Hari tu bukan ke Aisyah tegur Ara suruh ambil cuti kan? Ara! Tahu tak bahaya! Sarat dah tu!"

Ha mula dah dia.

Hammara sengih lalu digosok hujung keningnya sambil menggeleng.

   "Itu lah tu. Penat dah akak nasihat dia." sokong Ustazah Hayati.

"Tahu tak bahaya jalan sana sini dengan keadaan sarat macam ni. Esok tak payah datang kafa." semborono Ustazah Alaisyah buat keputusan untuk Hammara.

    "Tapi nanti siapa yang nak gan-"

"Tak apa. Pasal ganti tak payah risau. Pandailah kitorang cari nanti. Ara tu...ambil cuti dan rehat" tegas suara Ustazah Hayati mencantas bicara Hammara.

"Ha lagi satu-"

"Umi! Cepatlah! Kata nak beli aiskrim! Hanif tunggu lama dekat kereta!" Suara Hanif yang kuat memanggil uminya itu, membuatkan perbualan mereka terpotong.

Hammara senyum. Alhamdulillah! Hanif dah selamatkan umi dari kena berleter lagi.

"Balik dulu lah Kak Yati, Aisyah. Terima kasih sangat prihatin dengan Ara. Pasal tu, Insha'Allah Ara pertimbangkan lagi sekali. Assalamualaikum"

   "Ha ya lah. Waalaikumsalam. Elok-elok bawak kereta!"

Usai berpamitan, Hammara mendapatkan anaknya dan terus memandu kereta kancil miliknya menuju ke kedai runcit yang berdekatan.

•••

Dia menarik sehelai demi sehelai tisu. Hidung yang berair dilap olehnya. Hujung tubir mata yang basah diseka guna tangan. Menangis?

Ya dia menangis. Ini semua angkara tengok k-drama. Salah k-drama dia jadi macam ini. Menangis untuk sebuah cerita yang tak wujud pun dia dunia nyata. Tajuk k-drama itu ialah Hwarang. Drama 2016 kalau tak silap tapi dia ulang tengok balik sebab bosan duduk rumah.

"Penat dah nangis. Mengapa V perlu mati. Sedihnya. Huwaaa." omelnya sendiri.

   TUK!

Tidak semena-mena dan secara tiba-tiba kepalanya diketuk menggunakan senduk.

"Auch!" Dia mengaduh kesakitan sebelum kepala ditoleh ke belakang. Laju sahaja Anisa bangun dari pembaringan di atas sofa lalu duduk bersila. Sengih itu mesti. Nak mintak simpati ha macam itu lah.

   Oh my ibu!

"Hehehe...hai ibu?" Anisa Ufairah angkat tangan ala-ala melambai ke arah ibunya yang sedang berdiri betul-betul di belakangnya.

Hujung bibir Puan Asma' terjungkit melihat kelakuan anaknya. Pinggang dicekak.

   "Dah puas reyau?"

Anisa geleng dan sengih kambing.
"Belum. Ada banyak lagi episod tu. Hehe."

"Banyak lah hang. Semayang asaq ka dak lagi ni?" Memicing mata Puan Asma' memandang anak gadisnya itu.

Satu perkataan untuk Anisa Ufairah, 'degil.'

"Dah. Dah semayang tadi. Berhenti kejap tengok Hwarang lepas tu Nisa pi semayang. Awat, ibu?" Anisa acah yak bersalah. Tengok sajalah riak selamba
yang ditayang tu.

Puan Asma' tepuk dahi.
"Hari-hari duk buat benda sama. Cubalah rajinkan diri tu pi buat kerja berfaedah sikit. Ni lepas tolong ibu dekat dapoq, terus lesap. Lepas mandi, lesap. Lepas semayang, lesap. Ni sebab k-drama lah ni."

"Alah ibu...kasi lah chance lah Nisa goyang kaki kejap. Nisa kan baru habis belajar. Best woo layan cerita Korea. Dia tak macam cerita Melayu tau, bu. Melayu klise lah ibu. Kalau Korea en...jalan cerita semua beza-beza. Diorang tak stay dekat genre yang sama. Satu lagi kan bu...actor dia semua handsome-handsome. Yang macam Nisa tengok tadi...ada Park Seo Jun, Park Hyun Sik, Taehyung bts dan banyak lagi argh! Semua menggugat iman dan-"

Michyeogane naneun michyeogane
Michyeogane nege michyeogane
Nan neoege ppajyeoisseo
Neol saranghago isseo (I'm going crazy)
This must be crazy love
This must be crazy love

Tak sempat dia habiskan ayat, telefon pintarnya yang berjenama Huawei Nova 3i itu mengeluarkan nada dering going crazy by treasure.

Tanpa melihat nama si pemanggil Anisa tolak butang hijau tersebut.

"Ha hello." dengan nada tak sopannya dia berkata.

"Assalamualaikum. Ni Cik Nisa ke?" suara garau seorang lelaki di hujung menyentakkan Anisa Nufairah.

"Err...Waalaikumsalam. Ye saya?"

"Kakak cik ada di hospital sekarang ni sebab-"

   BAM!

Tak sempat si pemanggil habiskan ayat, Anisa bingkas bangun dari duduknya. Laptop kesayangannya yang secara tak sengaja di sepak olehnya dibiarkan begitu sahaja.

"Hantar location hospital mana saya pergi sekarang jugak!"

Terus Anisa matikan telefon.
"Ibu! Jom!"

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience