DIA 18

Romance Completed 131781

Termengah-mengah Hanis setelah setelah meletakkan Hazzar ke dalam perut kereta. Sekarang tinggal satu masalah.

"Mana aku nak bawak encik Hazzar ni? Takkan nak bawa balik rumah aku pulak? Tak pasal-pasal kahwin free." Bebel Hanis.

Hanis terlihat telefon Hazzar yang berada di sebelahnya. Lama matanya menatap telefon tersebut sebelum dia dapat idea bernas. Lantas tangannya mengambil telefon tersebut dan cuba membuka telefon tersebut. Terkejut, no password? Hanis menggeleng kepala.

Dia membuka bahagian kenalan dan meleret ke bawah. Jari telunjuknya menekan nama Ikram lalu didail. Agak lama juga menunggu Ikram untuk menjawab panggilan.

"Kau ape lagi!? Nak maki Hanis lagi!? Nak marah aku lagi ke!? Hahh!?" Marah Ikram.

Terkelu lidah Hanis dibuatnya.

"Ikram?" Ujar Hanis dengan anda takut-takut.

Ikram mengerut dahi. Ini bukan suara Hazzar dan semestinya suara seorang perempuan. Takkan Hazzar ada dekat hotel dengan perempuan pulak? Tak mungkin, tapi ada kemungkinan jugak.

"Awak ni dekat hotel dengan Hazzar eh? Saya ni adik dia. Boleh bagi phone dekat dia?" Ujar Ikram.

"Ehh... Saya Hanislah!" Ujar Hanis.

"Hanis? Awak buat ape dekat hotel dengan Hazzar? Jangan-jangan awak..."

"Eh taklah. Saya tak macam tu. Ni saya nak tanya, rumah encik Hazzar dekat mana?" Soal Hanis.

"Rumah Hazzar? Kenape tiba-tiba tanya rumah Hazzar ni? Ada ape-ape ke?" Soal Ikram curiga.

Hanis meraup wajahnya.

"Ya Allah kenape awak banyak mulut sangat ni!? Ni, tadi Hazzar pengsan, jadi saya nak hantar dia balik rumah. Sebab tu saya nak alamat dia. Awak boleh tolong tak?" Soal Hanis.

"Pengsan? Dekat mana? Bila?" Soal Ikram bertubi-tubi.

"Alah awak ni. Bagi jelah alamat dia. Nanti saya sampai saya bagitahulah apa yang jadi dekat dia." Ujar Hanis.

"Okay. Kejap lagi saya hantar alamat dekat nombor tu." Balasnya.

Hanis menamatkan panggilan. Hanis menoleh ke arah Hazzar lalu mengeluh. Seketika kemudian, ada pesanan masuk, alamat dari Ikram. Hanis berlari anak lalu masuk ke dalam keretanya. Kereta Hazzar dibiarkan disitu, nanti pandai-pandailah dia ambik nanti.

---

Hanis keluar dari perut kereta. Dia terpana melihat rumah Hazzar atau, keluarga Hazzar. Besar, biasalah orang kayakan? Takkan rumah kayu besar reban ayam pulak.

Hanis menekan loceng beberapa kali. Tidak lama kemudian, ada seorang wanita mendekati pintu pagar.

"Ye? Cik cari siape?" Soal wanita tersebut.

"Saya Hanis, nak jumpa encik Ikram. Dia ada tak?" Soal Hanis.

"Kak Zu! Siape tu?" Laung Ikram sambil melangkah mendekati Kak Zu.

"Ni haa ada perempuan nak jumpa Ikram. Dia kata nama dia Hanis."

Mendengar nama Hanis disebut, terus Ikram berlari je arah mereka. Ikram memberi isyarat menyuruh kak Zu beredar. Hanis menguntum senyuman manis. Ikram memegang belakang kepalanya.

"Arr... Hanis boleh tak kalau saya nak minta tolong dekat awak?" Soal Ikram perlahan.

"Boleh tapi lepas awak bawak encik Hazzar masuk rumahlah. Takkan nak biarkan dia dekat dalam kereta pulak kan?" Ujar Hanis.

"By the way, macam mana boleh pengsan?" Soal Ikram sambil mengatur langkah ke arah Hazzar.

"Rasanya lepas awak buka pintu tu, baru awak tahu apa puncanya."

Ikram mengangguk faham lalu membuka pintu kereta tersebut. Sebaik sahaja pintu dibuka, bau arak dapat dihidu dengan jelas. Ikram kembali menutup pintu lalu memandang Hanis. Ikram tersengih macam kerang busuk.

"Kak Zu!! Oo kak Zu!! Tolong bawak angah masuk bilik dia. Ikram tak tahanlah dengan bau badan dia." Arah Ikram.

"Baik!"

Ikram ke hulu ke hilir. Mata Hanis mengekori gerak-geri Ikram. Baik pening kepalanya memandang Ikram.

"Ikram... Cakap jelah. Nak minta tolong ape ni? Saya tak boleh lama dekat sini. Nanti apa pula orang kata." Ujar Hanis.

Ikram mengeluh dan mengangguk perlahan. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Hanis.

"Saya... Saya harap awak boleh tolong saya." Ujar Ikram.

"Saya cuba. Tapi awak kena bagitahulah apa yang awak nak saya tolong tu?" Balas Hanis.

"Saya... Saya... Saya nak awak tolong ubah saya." Hanis buat muka terkejut.

"Saya tahu apa yang awak fikiran tapi, saya tahu awak sorang je yang boleh tolong saya Hanis. Tolonglah. Saya nak sangat berubah tapi tak ada sesiapa yang nak tolong saya. Saya buntu. Tolonglah Hanis. Saya percaya Tuhan hantar awak untuk tolong saya, ubah saya. Tolong. Saya merayu dekat awak Hanis." Ujar Ikram.

Hanis masih diam.

"Awak... Nak saya tolong ubah awak?" Ulang Hanis dengan nada terkejut. Ikram mengangguk.

"Ikram... Kalau awak nak berubah awak tak perlukan saya pun. Awak kena kuatkan hati dan berdekad untuk berubah. Buang semua orang-orang yang awak rasa dia takkan membantu. Macam 'eh dia ni akan buat aku makin teruk. Dia akan menghasut aku. Aku tak boleh berubah kalau dengan dia'. Carilah orang yang awak rasa dia boleh tolong awak. Dia akan buat hati awak semakin kuat untuk berubah."

Ikram sekadar memandang wajah Hanis. Entah dengar ke tidak apa yang Hanis cakapkan tadi.

"Jadi, awak ada mana-mana kawan yang awak rasa dia boleh tolong awak untuk ubah diri awak jadi yang lebih baik?" Soal Hanis lalu menguntum senyuman manis.

Ikram mengangguk.

"Baguslah kalau macam tu. Siape dia? Keluarga awak?" Soal Hanis teruja.

"Bakal keluarga saya. Awak." Jari telunjuknya menunjukkan ke arah Hanis.

Senyuman Hanis pudar.

"Awak yang buat saya kuat untuk berubah. Semua kawan saya semuanya kaki arak, kaki perempuan dan awak adalah satu-satunya kawan saya yang sedarkan saya betapa hinanya saya. Betapa teruknya saya. Awak buat saya rasa nak berubah, jadi macam awak Hanis." Balasnya.

Tangan Ikram cuba memegang pipi Hanis tetapi Hanis sempat mengelak.

"Sebab tu saya, suka awak. Awak tahu batas pergaulan. Tapi saya, lupa tentang semua tu. Saya tak kisah pun dengan apa yang saya nak buat. Saya tak kisah apa mulut mak cik bawang nak hina saya. Tapi... Hadirnya awak menyedarkan saya. Tolong saya Hanis." Pinta Ikram.

Hanis terdiam lagi. Bibirnya digigit. Tiba-tiba dia perasan sesuatu.

"Ikram awak mabuk ke?" Soal Hanis.

Ikram hanya ketawa kecil dan cuba menyentuh pipi Hanis lagi dan Hanis mengelak. Hanis menoleh ke arah ruang tamu, terbuntang matanya apabila melihat beberapa botol arak dan snek bersepah di atas meja dan lantai. Hanis kembali memandang Ikram.

"Arr Ikram. Saya rasa lebih baik saya baliklah. Dah lewat sangat ni. Nanti kalau kita free kita jumpa tapi saya tak janji tau." Pamit Hanis lalu bangun.

"Tunggulah sekejap. Awak... Sudi tak nak tolong saya tadi?" Soalnya lagi.

"Insya Allah. Saya cuba." Baru mengorak beberapa langkah, kata-kata Ikram memberhentikan langkahnya lagi.

"I love you Hanis."

Apabila Hanis berpaling ke belakang, muka Ikram sudah berada di atas meja. Sah pengsan. Segera Hanis membuka langkah pergi dari situ.

Seseorang melangkah keluar apabila Hanis sudah pergi. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Hebat kau Hanis. Kau boleh ubah anak aku dengan sekelip mata dan hanya dengan cara kau berpakaian dan batas pergaulan. Aku yang cuba macam-macam pun tak jadi apa-apa. Kau memang hebat Hanis." Marah bonda Hazzar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience