Bab 4

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 4

"Mama ada nak Ain tolong tak?" pelawa ku apabila melihat mama masih lagi duduk bersila dihadapan kotak-kotak barang kami.

"Boleh juga. Ain dan adik dah makan ke belum?" tanya mama. Aku angguk sahaja tanda ya.

"Dah tu mana adik?" tanya mama lagi.

" Adik lepas makan tadi terus ke laman depan ma. Dia merajuk dengan Ain kot Tadi Ain ada tengking dia sikit," Jawabku selamba.

"La, apa pula yang dibuat sampai kamu tengking dia?" Tanya mama sambil membulatkan mata memandang ke arah ku.

"Dia selerakkan selimut yang Ain dah lipat elok-elok atas katil." jawabku.

"Tu je? Tak payahlah marah sampai begitu pada adik," kata mama.

"Okay ma. Ni mama nak Ain buat apa?" tanyaku lagi melarikan topik ke perkara lain.

"Mama ingat nak kemas semua barang ni dan kalau sempat hari ini juga siap. Kalau Ain tolong, memang bagus sangatlah." kata mama.

"Boleh je mama. Mama bagi tahu je apa Ain nak kena buat." kata pula.

"Ain tolong susun dan kemaskan barang ni kat rak sana. Nanti mama selesaikan barang dalam kotak ni," arah mama.

Aku hanya menurut dan membawa barang-barang tersebut untuk disusun.

Empat jam juga kami berdua beranak bangkit duduk mengemas barang-barang yang dibawa. Adik sesekali datang bermain setelah mama memujuknya. Sesekali juga mama menegur adikk yang kononnya mahu menolong dengan mengangkat barang-barang tersebut.

Akhirnya siap juga. Aku datang mendekati mama.

"Dah siap kemas ni ma. Ain lapar la." Kataku sedikit mengada-ngada.

"Alah. Mengada-ngadanya Ain ni." kata mama sambil perutnya juga bebunyi keroncong membuatkan kami berdua ketawa terbahak-bahak. Mama terus merangkul bahuku dan kami berjalan ke dapur untuk menyediakan makanan pula.

"Eh, adik mana. Dari tadi mama tak nampaklepas tegur dia. Ain pergi cari adik dulu. Mama tengok apa yang ada dan boleh dimasak." Arah mama risau. Aku mengangguk dan melihat sekeliling. Memang adik tidak kelihatan.

A
ku ke halaman depan, adik tiada. Ke belakang juga tida dan sudahnya aku ke bilik. Di pintu bilik aku lihat tiada sesiapa tapi aku erasan macam aca kaki terkeluar sedikit dari bawah katil. Cepat-cepat aku pergi melihat sebab tiba-tiba hati aku berdebar ingat ada hantu.

Setelah merapati aku tunduk ke bawah dan lihat adik tidur di bawahnya. Aku mengurut dada tanda lega. Bukan hantu tetapi adikku sendiri.

"Adik bangun. Kenapa tidur bawah katil ni?" kataku mengejutkan lenanya.

"adik tidur atas katillah tadi,"katanya.Aku pun pelik adik ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience