"Kamu ni ok tak ni?" Soal ibu melihat keadaanku dengan muka bebingungan. Aku bagai dengar tak dengar sahaja pertanyaan ibu sehingga ibu memegang bahuku dan mengulangkan lagi pertanyanya. Aku terkejut lantas memandang kearah ibu. "Ok ja bu." jawabku pendek. "Tolong ambil kain di ampaian tu. macam nak hujan ja ni." Arah ibuku sambil menghulurkan bakul.
Aku meletakkan buku bacaanku yang dari tadi tidak beralih muka surat. Aku melihat awan sudah mulai bertukar warna. Segera aku berlari menuruni anak tangga. Aku mencapai satu per satu kain dan mengasingkan penyepit. Setelah selesai aku mengangkat bakul yang berisi kain-kain bersih. Kakiku baru sahaja melangkah, aku melihat seorang perempuan berdiri di balik pokok Mangga, dia tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya. Aku menoleh kiri kanan dan melihat ke belakang tiada siapa. Hanya aku sahaja yang berdiri disitu. Aku meletakkan kembali bakul kain tadi dan cuba menghampiri untuk melihat lebih dekat. "Kak Tika!" jerit Hanna dari muka pintu. "Apa dia?" sahutku sambil melihat ke arah rumah. "Ibu panggil. Kain sudah angkat ka?" Kata Hanna lagi. "Sudah." balasku pendek dan meneruskan langkahku. Hanna kebingungan melihat aku yang perlahan-lahan mendekati pokok mangga yang tidak berbuah. Apabila sampai dimana aku melihat perempuan yang tadi melambai kearahku. Alangka terkejut aku tidak ada sesiapa pun berdiri disini. Aku kebingungan. Asyik aku berfikir. Rintik-rintik hujan pun mulai turun membasahi tumbuhan dan tanah yang kering. Aku segera mendapatkan bakul kain dan meluruh masuk kerumah.
"Akak cari apa dipokok tu tadi?" soal hanna yang sedang duduk membaca novel. "Ha! Takda apa."kataku sambil laju langkah kakiku masuk ke bilik. Sempat juga aku menoleh ke arah pokok dan tidak ada kelihatan sesiapa pun berdiri disana.
***
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, Mataku masih segar. Aku mencapai telefon bimbit diatas meja dan berjalan menuju ke suis lampu. keadaan bilikku gelap dan hanya sedikit cahaya daripada luar rumah yang menembusi masuk ke bilikku.
Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke katil. Setelah sampai di katil, Aku menepuk-nepuk bantal lalu menyandarkan tubuhku. Aku melihat telefonku, ada satu mesej yang aku terima sejam yang lalu. "Oh, Hafiz." bisikku. "Jam 8 dia datang ambil? Awal sangat." sambungku lagi setelah melihat isi pesanan ringkas yang ku terima. Aku biarkan sepi. Aku segera menghantar mesej itu kepada Sufian. Tidak sampai 5 minit mesej ku di balas. Aku dan sufian berbalas-balas mesej tentang susun atur rancangan, tanpa sedar jam sudah menujukkan pukul 1.30, Aku mengakhiri perbualan itu dan terus tidur.
Share this novel