SIDE STORY(3)

Mystery Series 6391

'Aku bosan! Nak main! Nak main!'

Mika mengeluh perlahan. Dia menyerabutkan rambutnya kemudian menutup pintu biliknya.

"Boleh tak kalau kau senyap sikit? Sehari je, Jonat." Mika melabuhkan punggungnya ke atas katil. Dia membaringkan dirinya kemudian menutup kelopak matanya.

'Aku nak main dengan orang tua tu lagi. Tapi dia dah hilang lama dah. Aku tak nampak dia sejak kali terakhir aku jumpa dengan dia. Ayah kita..' Ujar Jonathan. Dia memeluk tubuhnya sambil memikirkan apa yang perlu dia lakukan sekarang. Bosan sampai rasa boleh mati sebab kebosanan. Mika membuka kelopak matanya. Dia bangun.

"Ayah? Sejak bila kau ada jumpa dengan ayah? Aku tak tahu pun." Jonathan tersenyum bangga. 'Ni yang aku rahsiakan dari kau. Bagus tak aku?" Mika mengeluh perlahan. "Jangan berdalih dengan aku, Jonathan."

'Ish kau ni. Yelah! Aku bagitahu tapi kau kena janji nanti kau main dengan aku. Boleh?' Mika hanya mengangguk mengiyakan sahaja. Dia memeluk tubuh menanti cerita yang akan disampaikan oleh Jonathan itu.

'Okay! Dia mula macam ni...'

--

"La..la..la..la..la..la.."

Jonathan menyanyi-nyanyi kecil. Seronok kerana dapat keluar berjalan-jalan. Dia turun ke bawah dengan senyuman terukir di bibirnya. "Nak main apa eh harini?" Dia berfikir sejenak.

Jonathan melompat saat sampai tu anak tangga kedua terakhir. Dia bagaikan melompat di atas air. Seronok hatinya pada saat ini.

"Khairi!"

Langkah kaki Jonathan terhenti. Dia menoleh dengan senyuman dibibirnya."Ye?" Jawab Jonathan ceria. Dia berlari anak menuju ke arah ayah yang memanggilnya tadi.

"Nak ke mana? Mari turun bawah tolong ayah sekejap." Ayah tersenyum lembut me arah Jonathan. Dia menepuk bahu Jonathan perlahan.

Jonathan mengangguk laju. Dia mengikuti langkah kaki ke bilik bawah tanah milik si ayah. "Kita nak buat apa ni?" Soal Jonathan ingin tahu. Dia masih lagi tersenyum dengan badan yang elok menari-nari gembira.

"Aku ada jumpa mangsa." Jawab ayah dengan senyuman jahat dibibirnya. Dia menunjuk ke arah seorang gadis berusia 20an yang terikat di atas kerusi. Gadis itu meronta-ronta meminta dilepaskan.

"T-tolong! Jangan bunuh aku. Aku sanggup buat apa je yang kau nak. Tolong jangan bunuh aku!!" Ujar gadis itu tergagap-gagap. Sungguh dia takut pada saat ini. Peluh mengalir tanpa henti membasahi wajahnya.

"Wah! Ada perempuan cantik!!" Jonathan teruja melihat gadis itu. Dia menyentuh wajah cerah gadis itu perlahan. "Perempuan cantik buat apa dekat sini? Nak main dengan aku tak?"

Ayah hanya memerhati dari jauh. Dia tersenyum bangga melihat Jonathan di hadapannya itu. "Bunuh dia, Khairi." Arah ayah kepada Jonathan. Lelaki itu mengangguk pantas sebelum menumbuk kuat perut gadis itu.

Buk!

Buk!

Buk!

Tiga kali berturut-turut dia menumbuk tanpa belas kasihan. Jonathan ketawa kuat. Dia masih lagi menumbuk perut gadis itu. Jonathan beralih memandang ke arah ayah pula.

"Nak buat apa pula?" Soal Jonathan. Dia menyengatkan kepalanya sambil bertanya. Ayah tersenyum kemudian mengambil pisau yang berada di atas meja. "Tangkap!"

Jonathan tersenyum gembira. Dia lantas menangkap pisau yang dibaling oleh ayah tadi. "Muka cantik kau tu. Aku suka.." satu torehan di buat ke atas muka gadis itu.

"Arhhhh!!"

Satu lagi torehan dibuat di pipi sebelah kanan. Jonathan ketawa mengekek melihat gadis itu mula menjerit kesakitan. "Ketawa lah! Aku nak dengar hahahahahaha.." Ayah tersenyum kecil. Dia berjalan menuju ke arah Jonathan kemudian mengambil pisau yang berada di tangan lelaki itu.

Satu tikaman diberi kepada gadis itu. Bertalu-talu dia menikam gadis itu dengan senyuman di bibirnya.

--

"Ahh! Hari yang menyenangkan."

Jonathan mengangguk pantas. Dia masih tersenyum ke arah ayah.

"So..apa nama kau? Bukan Khairi..bukan Mika and bukan Qristine.."

Langkah kaki Jonathan terhenti. Dia tersenyum teruja ke arah ayah. "So ayah perasan lah! Nama aku Jonat! Jonathan.." Jonathan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Ayah pula hanya tersenyum sambil menyambut huluran tangan Jonathan itu. "Aku akan pergi buat sementara waktu..."

"Kau jangan cari aku..aku datang balik lepas kau dah bertambah kuat. Aku nantikan saat tu, Jonat." Sambung ayah dengan senyuman di bibirnya. Dia menepuk-nepuk bahu Jonathan sebelum pergi meninggalkan lelaki itu bersendirian.

Jonathan melambai-lambai ke arah ayah. "Sampai jumpa lagi ayah!" Jeritnya kuat. Dia memeluk tubuh kemudian turut sama pergi dari tempat itu.

--

"Tu je?"

Jonathan mengangguk. Dia bermain-main dengan bajunya kemudian melompat turun dari atas meja. Entah datang mana meja tu sebenarnya.

'Ayah kata nanti ayah datang balik selepas aku jadi makin kuat. Sebab tu aku keluar ni.' balas Jonathan selepas mengangguk tadi. Dia tersenyum ceria menampakkan lesung pipitnya.

"Haihhh.. so kau nak main apa?" Soal Mika kepada Jonathan. Dia menanti jawapan dari lelaki itu. Senyuman Jonathan makin melebar. Dia terlompat-lompat mendengar pertanyaan Mika tadi.

"Aku nak keluar!"

"Tak boleh."

"Kenapa?" Soal Jonathan. mulutnya sudah memuncung ke hadapan. Mika mengeluh perlahan. "Kau janji yang kau takkan buat hal, aku bagi kau keluar." Jonathan mengangguk pantas. Dia melompat-lompat kembali dengan sorakan kegembiraan.

Mika lagi sekali mengeluarkan keluhan dari mulutnya. Dia berbaring sebelum menutup kelopak matanya.

--

"Yeay..yeay! Dapat main..dapat main.."

Jonathan turun ke bawah dengan sorakan kecil keluar dari mulutnya. Dia terhenti saat melihat ada bayi kecil di atas tilam kecil. Senyuman Jonathan terukir kembali. "Adik kecil.." Jonathan berlari anak ke arah Ophelia.

Dia bermain-main dengan Ophelia. "Comelnya adik ni.." Jonathan mengangkat Ophelia ke dalam gendongan nya. Dia mendodoi bayi kecil itu. Sekejap saja Ophelia tertidur lena di dalam dukungannya. Bayi itu langsung tidak mengeluarkan bunyi tangisan

Jonathan meletakkan kembali Ophelia ke atas tilam. Dia melihat wajah comel bayi kecil itu dengan senyuman dibibirnya. "Nanti dah besar, main dengan uncle tau.." Ujar Jonathan separuh berbisik tidak mahu bayi kecil itu terjaga dari lenanya.

"Mika?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience