Kenapa aku jadi begini? Entahlah apa yang pasti saat ini aku bagai terpukau pada seorang lelaki bernama Alan.
Pabila malam menjengah, aku selalunya akan menuis diariku namun hari ini ku mahu skip kerana tiada mood untuk menulis.
Aku cuma mahu baring di atas katil.
Mata sukar untuk terlelap padahal sekarang sudah jam 12 malam, aku belum mengantuk
Fikiranku masih menerawang memikirkan Alan.
Dia berjaya membuatku tersenyum bahagia..
ah, lelaki itu kenapa aku tak berhenti dari memikirkannya.
Ada apa dengan aku? Apa aku jatuh cinta pada Alan ? Aku teringat pada ramalan horoskop minggu ini, katanya aku akan bertemu dan jatuh cinta pada seseorang, dan adakah orang itu adalah Alan? Tak mungkin, kerana aku sering bertemu dengan Alan sejak sebulan yang lalu.
Aku sama sekali tak suka dengan Alan.
Melirik ke arah dia pun aku tak mahu.
Namun hari ini nyata berbeza, apakah ramalan itu cuba menyatakan aku akan jatuh cinta dengan teman ku sendiri?
Keesokan harinya.
Aku merasa bagai ada sesuatu yang tak kena.
Sehari suntuk iAlan tidak memberi sebarang khabar, kelibatnya juga tidak kelihatan bagai dia hilang ditelan bumi.
AKu bagai cacing kepanasan tak senang duduk.
Dah kenapa aku risau lain macam pada Alan ni? APa benar aku sudah menaruh hati pada Alan? Aku merasa serba tak kena kerana dia.
Share this novel