"Saya datang sini berhajat"ujar Eidlan.
"Hajat apa lagi? Cukup-cukup lah aku dah tak mahu ada apa-apa lagi kaitan dengan kau"
"Aipp dengar dulu apa yang dia nak cakap"Mak Cik Yah menepuk lembut paha Ishtar.
Tak terkejut ka kalau tiba-tiba ada rombongan meminang nak merisik si Ishtar ni.Gelabah oii.
Si Ishtar ni selamba ja.Boleh suruh orang ramai-ramai ni balik.
"Ish,Mak Cik ni.Diorang ni tiba-tiba datang"bisik Ishtar.
"Dah datang meminang.Kalau akad nikah mesti la kamu tahu"
"Ehermm"
"Boleh saya bercakap sekejap"ujar Eidlan.
"Boleh ii"ujar Mak Cik Yah.
"Saya di sini berhajat nak halalkan Ishtar.Saya nak lamar dia untuk menjadi isteri saya"
"Tapi sekejap ya,saya ada sesuatu untuk diberikan kepada Ishtar"ujar Eidlan.
Zack mendekati Eidlan lalu menyerahkan sepucuk surat.
"Saya nak Ishtar baca surat ni sekarang"
Surat itu kemudiannya diberikan kepada Ishtar.
"Surat apa?"
"Baca dahulu.Selepas itu saya nak awak fikir sama ada nak terima lamaran saya ataupun tidak"
Ishtar terus membuka kertas itu.Alangkah terkejutnya apabila melihat isi surat itu.
Surat itu mengandungi semua bukti tentang kematian mak dan ayahnya.
Dan dia ternampak satu wajah yang dia takuti.
Dan itu ialah Mikha Danial abang kepada Maisurah.
"Allahuakbar"Ishtar menangis.
Tidak sangka dia sanggup berbuat begitu kepada dirinya.
"Adakah awak terima lamaran saya?"
"Saya tak bersalah dalam hal ni.Saya betul nak tebus kesalah yang pernah saya buat dekat awak"
"Saya dah buat awak merana"
"Saya nak buat awak terasa disayangi"
"Saya akan cuba bahagiakan awak"
"Itu janji saya kepada mak dan ayah awak"
"Untuk pengetahuan awak,saya yang bantu mak dan ayah awak sewaktu kemalangan"
"Dan permintaan terakhir yang mak awak minta ialah supaya saya jaga awak dengan baik"
Ishtar tersentak.Hatinya sedikit tersentuh dengan apa yang dicakapkan oleh Eidlan.
"Ishtar,Mak Cik nak kamu fikirkan apa yang kamu nak.Insyaallah kami semua akan terima sahaja apa keputusan yang kamu buat"Mak Cik Yah menggenggam tangan Ishtar memberikan semangat.
Ishtar mendiamkan diri selama beberapa minit.Memikirkan keputusan yang bakal dia hadapi pada masa akan datang.
"Hurmm baiklah kalau macam tu.Saya terima lamaran awak"
"Terima kasih sudi jadi bakal isteri saya"
"Dan boleh saya minta untuk percepatkan majlis perkahwinan saya dan Ishtar..."
"Bila ya?"soal Mak Cik Yah.
"2 minggu lagi"
"Apa?!Takkan secepat itu?"soal Ishtar.
"Ya"
"Jangan risau.Majlis sudah saya siapkan.Hanya tinggal berlangsung sahaja"
Nah ini bukan cobaan.Ini betul.Hiasan semua dah siap.Hanya tinggal majlis akad nikah dan bersanding.
"Takkan lah"Ishtar tidak percaya.
"Ya"
"Semua sudah siap"sambung Eidlan.
"Macam mana Ishtar?"soal Mak Cik Yah.
"Huh...Ishtar setuju"
"Baiklah kalau macam tu.Saya dan yang lain perlu minta diri dulu"
"Kamu tak tunggu nak makan dulu.Mak Cik boleh masak sekarang"
"Kamu tu dah jauh-jauh datang sini"
"Tak apa Mak Cik.Saya ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan"ujar Eidlan.
"Baiklah kalau macam tu"Eidlan terus ke arah Mak Cik Yah dan Pak Cik Mat kemudian menyalam tangan mereka.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"balas Pak cik Mat dan Mak Cik Yah serentak.
Eidlan kemudian ke arah Ishtar.
"Assalamualaikum bakal isteri"ujar Eidlan.Mata Ishtar hanya memandang ke arah lantai.
"Saya minta diri dulu"Ishtar hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
Eidlan dan yang lain terus pulang.
"Ya Allah,jika dia yang terbaik,kau panjangkanlah hubungan kami"
"Eidlan,akan ku cuba mengenal hatimu.Akan ku cuba buatkan hati aku ini jatuh kepadamu"
"Mikha,kau akan tinggal di penjara selepas ini.Aku sedih kau buat aku macam ni.Sedangkan aku tak pernah buat sesuatu yang menyakitkan hati kau"
"Keluarga kau dah buat macam-macam terhadap aku.Aku tak tahu sama ada aku mampu maafkan atas apa yang keluarga kau lakukan termasuk diri kau sendiri"Ishtar merenung gambar yang diberikan oleh Eidlan sebentar tadi.
Surat itu mengandungi gambar-gambar yang menunjukkan bukti bahawa Mikha ialah pembunuh sebenar.
Motif sebenar perlu diketahui dari pesalah sendiri.Gambar bukti itu akan dia serahkan kepada polis.
Dia tidak mahu dirinya tersilap langkah.Mungkin dia rasa marah sekarang tapi sudah tiada guna kerana mak dan ayahnya tidak akan kembali.
Share this novel