BAB 9

Short Story Series 5979

Maryam dan Nuh sama-sama sedang duduk di sofa diruangan tamu bersama keluarga Nuh. Tiba-tiba Maryam merasakan sakit dibahagian kemaluannya. Maryam memegang paha Nuh.

"Kenapa Mar?"soal Nuh cemas.

"Saya rasa, saya nak beranak.."
Seisi rumah cemas. Nuh terus mencempung tubuh Maryam dan dibawa ke kereta.

*******************************

Nuh tersenyum melihat kedua-dua anaknya yang baru saya diazankan. Comelnya anak papa..

Nuh mengusap lembut rambut Maryam. Maryam yang masih tertidur kerana kepenatan.

"Sabar ya sayang papa, ibu tengah ridur. Nanti bila ibu sedar kita minum susu ya.." pujuk Nuh pada bayi lelakinya yang sudah mula merengek kerana kelaparan.

*******************************

Setengah jam kemudian baru Maryam bangun dari tidurnya. Bangun-bangun terus Maryam mendengar tangisan bayi. Maryam melihat Nuh sedang cuba memujuk bayi mereka.

"Ibu, baby nangis nak susu.." ujar Nuh sambil menyerahkan bayi lelaki pada Maryam.

"Assalamualaikum baby... maaf sayang, ibu lambat kasi susu." Maryam mencium bayinya.. ketika dia membuka bajunya dia merasa sangat segan untuk menampakkan pada Nuh. "Boleh tak, awak pandang tempat lain.. saya seganlah."Luah Maryam berterus-terang. Nuh terus mendekati bayi perempuannya yang masih berada di katil bayi. Tidur nyanyak bayi lagi seorang ni.

Maryam terkial-kial menyuakan puting susunya pada bayinya.

"Awak..." panggil Maryam.

"Ya, kenapa?"soal Nuh masih berada jauh dengan Maryam.

"Baby tak dapat minum. Dia lapar tapi dia tak nak isap pun.." adu Maryam sayu. Nuh mendekati Maryam. Maryam hanya membiarkan Nuh mendekatinya. Lantaklah, malu letak tepi. Sekarang anak aku lapar.

Nuh memegang jari bayinya, terus bayi tersebut mengusap puting ibunya. Bukan main kuat lagi dia mengisap. Berkerut dahi Maryam menahan sakit ketika bayinya mengisap terlalu kuat.

"Kenapa?" Soal Nuh pada Maryam melihat isterinya seakan menahan sakit.

"Baby isap kuat sangat. Saya rasa ada luka dekat puting." Adu Maryam pada suaminya. Nuh duduk disebelah Maryam, dicium lembut pipi kanan Maryam. Tangan kanannya masih memegang jari bayi lelakinya.

"Terima kasih Maryam." Luah Nuh pada Maryam.

"For what?"

"Untuk ini dan itu..." Nuh menunjukkan bayi lelaki dan bayi perempuan mereka. Maryam hanya menganggukkan kepalanya. Kemudia dia bersuara sedih.

"I tak tengok lagi baby girl. Tadi rasa penat sangat masa teran dia, lepas baby girl keluar terus saya tak ingat apa-apa. Saya tertidur.." Luah Maryam sambil kepalanya dilentokkan di bahu Nuh.

"Hmmm.. It's ok ibu, sekejap lagi ibu tengoklah baby girl. Dia ni pun dah macam nak lena dah papa tengok."

*******************************

Ketika Nuh menyerahkan bayi peremouan kepada Maryam, terus Maryam mengalirkan airmatanya. Terkejut Nuh melihat riaksi Maryam.

"Kenapa Mar menangis pula ni?" Soal Nuh cemas.

"That's girl... muka dia sama dengan muka Nasuha. Saya rasa macam saya tengah peluk Nasuha. Muka dia sama sangat masa Nasuha lahir dulu." Maryam terus mencium bayinya berulang kali. Bahagia sangat yang dia rasakan.

"Mar dah fikirkan nama untuk anak kita?" Soal Nuh ceria. Dia duduk disebelah Maryam selepas meletakkan anak lelakinya ke dalam katil bayi.

"Belum...."

"Papa ada fikirkan satu nama untuk baby boy kita."

"Apa dia?" Soal Maryam matanya masih memandang baby girl yang sedang menyusu. Mata bayi itu terbuka luas memandangnya.

"Muhammad Isa." Jawab Nuh ceria.

"Kenapa Isa?" Soal Maryam.

"Sebab, Nabi Isa anak Maryam." Jawab Nuh sambil mencium pipi isterinya. Maryam hanya tersenyum. Tidak tahu kenapa seakan terharu dengan kata-kata Nuh. "Okay tak, nama tu?"soal Nuh lagi.

"Okay, perfect." Puji Maryam.

"Nama yang girl, Mar fikir sendiri..papa bagi peluang. Next girls tiada lagi peluang untuk mu.." ujar Nuh berlawak.

"Next girls?"soal Maryam pelik.

"Yalah... takkan nak anak dua saja. Mana cukup. Sekurang-kurangnya papa nak ada 6 anak. Boleh kan?" Soal Nuh manja.

"Ingat saya ni apa? Kilang?" Suara Maryam seakan-akan tidak puas hati.

"Alah ibu ni... ibu beranak 2 kali je lagi, keluarnya kembar dua. Untung tau ibu, ibu dapat lahirkan bayi kembar. Kita berdua ni bertuah sangat." Ujar Nuh sambil mencuit hidung isterinya.

"Ingat senang ke nak anak kembar. Macam confirm-confirm saja next baby kembar juga."

"Mestilah confirm.. kita buat skill yang sama." Selepas ayat itu keluar terus Maryam mencubit pianggang suaminya. Nuh ketawa bahagia padahal dapat cubitan maut tapi masih dia bisa ketawa. Bukan kuat pun...

*******************************

Seisi keluarga Nuh menyambut gembira kedatangan bayi kembar mereka.

Isa dan Nasuha lena tidur diatas katil mereka. Nuh jauh dipisahkan oleh anak-anak mereka.

"Mar, kenapa tak nak letak Isa dan Nasuha dekat katik dia orang?"soal Nuh pada Maryam yang sedang menepuk-nepuk lembut paha Isa yang sedang menyusu.

"Biarlah.. diaorang baby lagi. Senang saya nak menyusukan mereka. Selalunya malam-malam baru baby berjaga. Takut nanti mereka berdua ni menangis, awak pula terbangun. Kalau dekat macam ni senang, tak sempat nangis saya dah sumbat dengan susu." Luah Maryam pada Nuh.

"Papa nak peluk ibu juga..." luah Nuh manja sambil memegang jari Maryam.

"Mengada...."

*******************************

"Jom lah ikut.." ajak Nuh pada Maryam.

"Mana boleh, pantang saya tak habis lagi. Dah lah awak tu nak pergi jauh." Tolak Maryam lembut.

"Papa tak boleh nak pisah dari Isa dan Nasuha lah ibu. Jomlah ikut...." rayu Nuh lagi.

"Kamu jangan nak mengada-ngada Nuh. Isteri kamu masih dalam pantang. Badan isteri kamu tu nak pakai lama, kalau tak jaga pantang betul-betul isteri kamu yang merasa sakitnya. Tak sekarang, tua nanti itu sudah pasti." Ibu Nuh sudah menyampuk kerana kebetulan ibunya menghantar lauk makan tengahari. Nuh monyok dan terus masuk ke bilik air.

*******************************

Nuh memeluk tubuh Maryam. Dia senyap-senyap meletakkan kedua-dua anaknya di dalam katil bayi. Malam ini dia mahu memeluk Maryam sepuasnya. Kerana 2 minggu dia harus bertugas di Sarawak.

Maryam merasakan pipinya dibelai lembut. Maryam membuka mata. Nuh memandangnya dengan pandangan lambut dan menggoda.

"Hai..." sapa Nuh.

"Bye..."jawab Maryam sambil menutup mata semula.

"Mar, janganlah tidur..." pujuk Nuh.

"Kenapa?" Soal Maryam pada suaminya.

"Layan saya..." pinta Nuh berterus-terang. Terbuka luas mata Maryam.

"Tak boleh, saya masih dalam pantang...." ujar Maryam lembut memujuk Nuh supaya faham dengan keadaannya sekarang.

"Bolehlah Mar..."

"Sabarlah, lagi 2 minggu saja lagi." Pujuk Maryam lagi.

"Kita awalkan lah...."

"No...." tolak Maryam lagi. Nuh masih membelai pipi Maryam. Walaupun pipi Maryam sudah sedikit tembam tapi masih dia suka untuk membelai.

"Okaylah.. papa tunggu...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience