BAB 7

Drama Completed 236

Aku mendengus geram..Fiqri kata nak jumpa dekat depan kedai Fast Food papa dia nie..Alih-alih tak jadi pulak.Ada hal lain katanya.Aku mengatur langkah masuk ke dalam.Alang-alang dah datang sini.Kenapa tak makan aje kan? Hehehe.. Ingatkan nak ajak Miza .Tapi dia sekarang ada dekat kampung dia.Aku dah lama tak jumpa Neyo .Kalau tak silap aku sejak luahan perasaan dia hari tu.Fiqri pun dah tak cakap sangat pasal Neyo dah.Hurm..bagi aku..Cuti lepas exam SPM nie memang membosankan.Nak kerja part-time mama tak bagi.Dan aku tak dapat mengelak daripada berfikir tentang Neyo .Entah penyakit apa yang melanda diri aku.Serius cakap..dulu aku tak macam ni.Ye lah,Neyo kan musuh aku..

Aku jadi teringat pertanyaan cousin aku dulu..kenapa kita mudah sangat jatuh cinta pada orang yang kita dah tahu suka pada kita?Masa zaman sekolah rendah dulu..ada lah jugak mamat-mamat yang minat dekat aku.Bila ada yang kata suka dekat aku.Aku pun jadi suka dekat budak tu.Padahal sebelum ni langsung tak kenal..hahaha.Inilah kot yang orang panggil cinta monyet.Mudah sangat suka dekat orang.Tu dulu,zaman aku belum matang lagi.

Hari ni,aku belajar banyak perkara.Beza ‘cinta’ dan ‘suka’.Bila kita suka pada seseorang..Senang sangat untuk kita lupakan dia..Betul tak? Cinta?Entahlah..cinta sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Sampai kita sendiri pun tak tahu kenapa kita boleh suka pada orang tu..Sebab tu lah..Love is undefined.Bagi aku,bila aku dah jatuh cinta pada seseorang…aku akan ingat pasal dia.Kadang-kadang sampai termimpikan dia..Baca novel cinta pun asyik teringatkan dia aje..Haha..Melampau betul aku neh.Hurm..aku rasa aku dah jatuh cinta.

Seseorang tiba-tiba mengambil tempat di hadapanku..Eh budak nie..aku dah lama beratur.Barisan dah la panjang.Budak lelaki yang aku agak 5 tahun usianya selamba betul.Aku memandang sekeliling.Budak ni nak beli sendiri ker?Mana mak dengan ayah dia.Bukan nak mengata..tapi compirm dia tak sampai nak buat pesanan nanti.Aku memandang belakang budak itu.Dia memakai t-shirt putih..ada perkataan ‘I’ yang tertulis. Tulisannya berwarna merah.

1,3..5 minit.. Lamanya.Line tak bergerak-gerak lagi.Biar betul.Kenapa lama sangat ni? “Adik,boleh suruh orang kat depan cepat sikit?,”ujarku pada kanak-kanak itu.Tanpa berkata apa-apa kanak-kanak itu terus berlalu pergi.Eh..eh kenapa pulak ni?Aku tak halau dia lah..Apabila melihat budak lima tahun itu pergi,kakak di hadapan aku turut berlalu.Walaupun pelik dengan gelagat mereka.Aku hanya membiarkan.Mak dia kot.Aku sekadar menyedapkan hati sendiri.

Aku mengambil ruang yang kosong..Di hadapan aku sekarang adalah seorang ‘atuk’.Siap pakai tongkat pulak tu.Rambut atuk ni semua putih.Aku hampir tergelak apabila melihat belakang baju t-shirt putih yang dipakainya..ada bentuk love warna merah yang besar..lepas tu adalah kata-kata cinta sikit.”Hrm..,”aku tersengih.Jiwang jugak atuk ni..Naik lenguh kaki aku berdiri.Atuk ni lagi lah.Dah terketar-ketar kaki tu aku tengok..Dia nak sangat makan fast food ni kot.Aku jadi bersimpati dengan dia.”Atuk..,”atuk tu pun menoleh memandang aku.

“Atuk suruh lah orang depan tu cepat sikit..,”atuk tu tersenyum.Dia mengangguk-anggukkan kepala.. Atuk tu lantas berjalan keluar dari kedai. “Atukk!!,”sedikit terjerit aku memanggil.Semua mata memandangku. Aku menggaru kepala yang tak gatal.. Atuk..kenapa atuk keluar kedai?Serba-salah aku dibuatnya. Aku cuma mintak atuk tu suruh orang depan cepat sikit aje.Atuk ni salah dengar kot. Uish.Tiba-tiba aku rasa jahat..

Kini,di hadapanku seorang lelaki yang berbadan besar.Malas dah nak mengumpat dalam hati.Lelaki ni pakai t-shirt yg tertulis ‘you’.. Berwarna putih jugak.Tulisannya berwarna merah.Aku rasa aku dah ketinggalan zaman la..Zaman sekarang orang suka pakai baju t-shirt yang ada tulisan kot..Itulah yang dapat aku kata berdasarkan pemerhatian aku tadi.Aku mengeluh.. Lama betul aku tunggu.Tak sampai-sampai jugak turn aku.Lambat betul pekerja papa Fiqri buat kerja.Nak kena adu kat Fiqri nie.

“Encik..,”aku memanggil lelaki dalam lingkungan 30-an di hadapanku. Dengar sahaja aku memanggilnya,lelaki berbadan besar itu bergegas keluar dari kedai.Apa semua nie?Kenapa dari tadi semua orang layan aku macam ni?Mulut aku ni busuk ker? Sampai semua orang nak keluar kedai.Mana lah tahu diorang nak muntah dekat luar tu.Aku memandang lelaki yang memakai t-shirt berkolar di hadapanku dengan perasaan sebal..

Selepas ni,sampai lah giliran aku..Aku takkan gatal-gatal mulut dah.Itu janji aku.Namun,perkataan yang tertulis di belakang t-shirt lelaki itu membuatkan aku terpaku..’Bri ..’ Aku mengimbas kembali perkataan-perkataan yang aku lihat tadi.’i’ ‘love’ ‘you’ ‘Bri ..’.Aku menekup mulut.. Langsung tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

Jejaka di hadapanku langsung tidak bersuara untuk memesan makanan.Patut la dari tadi line tak bergerak.Orang yang dekat depan sekali bisu rupanya.Dia menoleh ke arah belakang.Mataku tiba-tiba bergenang dengan air mata.

“Neyo ?,”

“Eh,apasal kau nangis,ha?”Neyo tergelak melihat juraian air mataku..

“Kau punya pasal lah Neyo !,”aku meninggikan suara. Marah.Boleh lagi dia gelak-gelak.Bukan nak pujuk aku.

“Terharu lah nie?Fahmi tak pernah buat macam ni ker?,”sekali lagi tawa Neyo meledak..

“Bye..,”aku bergerak ingin pergi dari situ.Dia sengaja nak menyakitkan hati aku.

“Weh Bri !!,”Neyo menghalang laluanku.”Takkan dah nak pergi dah?Buat penat aje aku buat semua nie,”luah Neyo sambil membuat muka sedih.

Aku memeluk tubuh.”Aku tak suruh kau buat pun,’aku berpura-pura marah.Neyo mengeluh.”Payah taw aku nak pujuk Tuk Wan pakai t-shirt tu,”ungkit Neyo pula.

Bibirku sepontan tersenyum.Namun,aku pantas menggarangkan wajahku.Aku bercekak pinggang.”Aku tak suruh pun!Yang kau rajin sangat ni kenapa?,”Neyo memandangku geram.

“Sebab aku suka dekat kau tolol..Hish…tak reti nak berterima kasih langsung.Nah..ambil bunga ni.Malas dah aku pegang,”Neyo pantas menghulurkan kepadaku sejambak bunga.

Telefon bimbit kepunyaan Neyo tiba-tibaberdering.”Hello…
Waalaikummussalam..Hah..Kau Fiqri.Aku ada dekat depan Bri ni,”sekali sekala mata Neyo menjeling ke arahku.

‘Waalaikummussalam?’aku salah dengar ker?

“Plan kita?Ohh..jadi.Kenapa tak jadi nya?Bri siap ajak aku kahwin lagi,”terbeliak mataku mendengarnya.

Bokk!!

Jambangan bunga di tangan aku libas di bahu Neyo .Neyo ketawa mengejek.Ya lah,kena libas dengan bunga.Manalah sakit.

“Tadi?Tak ada apa lah..Bri segan bila aku cakap macam tu.Okey..Waalaikummussalam,”butang merah ditekan.Nah!Kali nie..aku tak salah dengar.Neyo sebut ‘waalaikummussalam?’.

“Kau serius ker Neyo ?Kalau kau nak sangat couple dengan aku.Aku tak
kisah,”aku berkata tanpa perasaan.
Dalam hati..fulamak..nak pecah jantung ni.Wajah Neyo kelihatan serius.Dia menggelengkan kepala beberapa kali.

“Tak..aku tak nak couple dengan kau…,”pulak dah.

“Aku nak bertunang dengan kau..,”aku menelan air liur.Biar betul dia ni.Baru aje lepas SPM…takkan dah nak bertunang kot.

“Kalau kita bertunang…aku tak nak kau jumpa aku lagi dah,”ujarku pula.Main-main aje sebenarnya.Saja nak suruh Neyo tarik balik kata-kata dia yang nak bertunang dengan aku tu.

“Aku okey aje..Aku takut kau yang rindu dekat aku…,”Neyo tersenyum sinis.

“Aku tak akan rindu dekat kau punya.Jangankan jumpa.Telefon pun aku tak hingin.,”puas hati aku dengan kata-kataku sendiri.Dia ingat aku akan rindu dekat dia?Please lah..

Neyo tersenyum. “Make sure kau kotakan kata-kata kau tu.Jangan mintak No. telefon aku dekat Fiqri or Jimmy la yerk..Sebab kalau kau telefon pun aku tak akan angkat..,”

“Never…”

“Before I forget it..I will go to Taiwan for 2 years…follows my family,”aku terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience