Chapter 31

Romance Completed 35261

Kicauan burung menceriakan waktu pagi yang indah itu. Matahari pun mula terbit untuk mencerahkan bumi. Datin Rafidah bertungkus-lumus menyediakan sarapan untuk seisi keluarga. Sekejap lagi Dato’Othman dan anak sulungnya,Amir akan balik dari jogging. Anak manja iaitu Mazlan akan ke kolej selepas sarapan. Mee goreng udang, kuih ketayap, roti bakar, teh o dan nescafe adalah menu untuk pagi itu. Mee goreng udang ialah makanan kegemaran Dato’Othman dan Amir. Kuih ketayap pula kegemaran Mazlan. Roti bakar disediakan sekiranya ahli keluarganya tidak mengambil makanan berat pagi itu.

“Good morning mak. Dah siap masak ke mak?” mata Mazlan memandang ke arah makanan yang disusun rapi di atas meja makan.

“Morning Maz. Dah. Anak mak ni kacak harini.” komen Datin Rafidah. Anak manjanya memakai baju formal ke kolejnya. Selalunya Mazlan akan memakai baju formal semasa kelas penting ataupun semasa pembentangan.

“Ada presentation harini mak. Doakan untuk Maz tau.” roti bakar digigit sedikit.

“Mak selalu akan doakan untuk anak-anak mak.”

“Doa untuk anak-anak je ke Fidah? Untuk suami tak doa?” muncul Dato’Othman bersama dengan Amir.

“Abang, bila sampai? Fidah tak perasan. Duduk lah sarapan dulu. Amir you too. Mesti lah Fidah doa untuk abang jugak. You are the backbone for us abang.” kata Datin Rafidah. Tangan suaminya dikucup.

“I knew. But you are my heart. If you are no with me, I am no more in this world.” tutur Dato’ Othman. Hati Datin Rafidah berbunga apabila suaminya berkata sebegitu.

“Wow, so sweet.” Mazlan mencelah. Amir senggih melihat adegan romantik ibu bapanya.

“Apa pulak abang ni. Depan anak-anak.” Datin Rafidah memukul mesra bahu suaminya.

“Bukan ke awak yang memandang muka abang yang handsome ni ? Sekarang menyalahkan abang.”

“Dah lah abi. Mak malu lah tu.” Amir mula bersuara.

“Malu ke Puan Rafidah Oi” tanya Dato’Othman sambil ketawa.

“Abang ni jangan usik Fidah boleh tak? Depan rezeki ni. Makan semua.”

“Amboi garangnya isteri abang. Anak-anak abi makan lah. Mak dah bagi arahan tu.”

“Same to you too Dato’Othman.” mencelah Mazlan.

“Aku harap sangat dapatlah isteri seperti mak. Sofi, will you be like my mom?” gumam Amir dalam hatinya. Wajah Sofia Amelia mula bermain di fikirannya. Gown merah yang dipakai oleh Sofia Amelia semalam makin mencerlah keanggunan Sofia Amelia.


**************************

“Hi girls.”

“Hi Sofi. We missed you.” Christina memeluk kawan baiknya. Disebabkan Sofia Amelia di luar semalam, maka tak jadi Rohani dan Christina berjumpa dengan Sofia Amelia.

“I miss you both too.”

“Ingatkan boleh jumpa kau semalam. Aku masak nasi goreng kampung tau. Sedap sangat. Macam makan kat restaurant pula rasa dia.” cerita Christina dengan bangga.

Sofia Amelia yang mendengar pujian itu mengalihkan pandangan ke arah Rohani. Aneh dengan Christina. Adakah orang puji memuji sendiri?

Rohani hanya mengangguk sambil senyum. Rohani faham akan maksud pandangan Sofia Amelia itu.

“Well, ni saya kenalkan. Wina Elmira. Sepupu aku.”

“Cantiknya. Macam Miss World.” Christina gamam melihat wajah Wina yang putih mulus dan tiada jerawat di mukanya.

“Betullah.” Rohani juga turut mengakui yang Wina seorang yang cantik walaupun tiada sebarang makeup.

“Dia atau aku yang cantik?” menyoal Sofia Amelia apabila melihat reaksi kawan-kawannya.

“Kena jujur ke?” soal Christina. Pandangannya tidak berganjak dari memandang muka Wina.

“Of course.”

“Wina.” jawab Christina dan Rohani serentak.

Sofia Amelia mengenyitkan mata manakala Wina tersipu malu. Sofia Amelia juga mengakui yang sepupunya lebih cantik dari dia.

“Sofia Amelia!” Wahidah Tiara muncul tiba-tiba dan menarik lengan Sofia Amelia dengan kasar.

Wina, Christina dan Rohani yang berada di situ berdiri terpinga-pinga. Sofia Amelia pula berasa lengannya sakit akibat pegangan kuat dari Wahidah Tiara.

“Kau nak apa?” menyoal Sofia Amelia sambil menahan sakit.

“Kau tanya aku nak apa? Kau nak apa sebenarnya ah?”

“Apa aku nak? Kau ni kenapa tiba-tiba cari pasal dengan aku?”menyoal Sofia Amelia.

“Tia, tolong lepaskan lengan Sofi. Dia sakit itu.” Rohani menghampiri Wahidah Tiara. Tidak sampai hati untuk terus tengok kawannya yang tahan sakit itu.

“Kau jangan berani masuk campur urusan aku dengan betina gatal ni.”

“Betina gatal?” Sofia Amelia terkedu mendengar perkataan gatal yang dirujuk kepada dirinya.

“Cik, tolong lepaskan sepupu saya. Kita settle dengan cara elok.”

“Kau ni siapa? Kau tak tahu apa-apa. Kau diam!” jerkah Wahidah Tiara seperti sesuatu merasuk dirinya. Hilang perangai sopan-santun dan lemah-lembut Wahidah Tiara.

“Kau dengar sini baik-baik! Sekali lagi kau jumpa dengan bakal suami aku, mampus kau! Faham?” Wahidah Tiara memberi amaran kepada Sofia Amelia.

“Lepaskan lengan aku!” sedaya upaya Sofia Amelia menarik lengannya.

Wahidah Tiara lepaskan lengan Sofia Amelia. Zip begnya dibuka dan keluarkan sesuatu dari beg.

“Ini balasan untuk kau sebab kacau dan jumpa Is semalam.” kata Wahidah Tiara lalu melemparkan sebiji telur ke muka Sofia Amelia.

“Daddy!!!” raung Sofia Amelia. Air matanya merembes keluar dari tubir matanya.

“Sofi!” Wina keluarkan tisu basah dan mengelap sisa telur di muka Sofia Amelia.

“Padan muka! Baru kau kenal siapa aku! Jangan sesekali kau cuba kacau hak aku! Faham!”

“You are crossing your limits Tia!” marah Rohani.

Sungguh tidak sangka Wahidah Tiara bertindak di luar kawalan. Ingatkan Wahidah Tiara di sana untuk marahkan Sofia Amelia, tetapi lain pula jadinya.

“This will be an unforgettable lesson for your beloved friend, dear. Tengok muka dia tu, cantik sangat kan.” ejek Wahidah Tiara.

“Sofi, jangan nangis. Kenapa kau tak lawan balik? You won't be like this!” Wina bebel sambil mengelap muka sepupu yang tengah menangis itu. Bibir nipis milik Sofia Amelia lekat seperti digam. Tiada sepatah pun keluar dari mulut itu.

“Betina gatal! Ingat! Ini hanya permulaan! Kalau kau berani dekatkan Is, lagi teruk kau kena hadap nanti. You better watch out.” Wahidah Tiara terus meninggalkan kawasan itu setelah memberi amaran buat terakhir kalinya.


**************************

“Sofi, kau explain kat aku apa yang dah jadi sebelum ini. Siapa perempuan itu? Why are you quiet when she cracked the egg on your face? Where is the Sofi that I know before?” bertubi-tubi soalan ditanya kepada Sofia Amelia oleh Wina Elmira.

Rohani dan Christina duduk di sebelah Sofia Amelia. Christina mengusap bahu Sofia Amelia manakala Rohani pula menunduk. Rasa kesal menyelubungi diri Rohani.

“I’m asking you Sofia Amelia binti Dato’Johari!” Wina meninggikan suaranya. Sudah hilang sabar.

Sofia Amelia memandang Wina dengan air mata yang bertakung di tubir matanya. Dia tahu sepupunya tidak akan berdiam tanpa mengetahui ceritanya. Sofia Amelia menarik nafas dan menyelesakan kedudukannya sebelum mula bercerita segala-galanya. Wina setia mendengar. Ada seketika dia memberikan reaksi terkejut apabila mendengar perbuatan Sofia Amelia.

“Aku tak sangka kau buat macam ni Sofi.” tutur Wina lemah.

“Aku tahu aku salah.” kata Sofia Amelia sambil menekur lantai mosaic.

“But you have changed. Aku bersyukur sebab kau dah berubah. Kau dah insaf.” walaupun Wina kecewa dengan Sofia Amelia, dia berasa syukur apabila tahu Sofia Amelia sudah sedar akan kesilapannya.

“Korang jangan sedih. Apa yang dah berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.” Wina cuba menenangkan Sofia Amelia dan kawan-kawannya.

“Sofi, I’m really really sorry.”

“Tak apa Rohani. Sebab kau aku berubah. You are one of the reasons behind this new Sofia Amelia. Apa yang jadi tadi memang balasan untuk semua keangkuhan aku.”


*************************

“Is, tengok video ini.” Tarshan tunjukkan video yang sedang menular di sosial media.

“Video apa?” menyoal Iskandar Faiz. Namun, tetap menyambut huluran Tarshan.

Bulat mata Iskandar Faiz apabila menonton video yang durasinya 1 minit 35 saat. Terkejut dengan apa yang ditengok dengan kedua-dua mata sendiri. Jumlah penonton pun mahu mencapai 30K dalam masa 30 minit. Semakin popular video lemparan telur di muka Sofia Amelia.

“What is happening Is?”

“Tia is crossing her limits, Tar.”

“Aku tak boleh percaya Tia buat macam ni. Ni kira buli orang tahu tak? Sofi bukan orang biasa-biasa tahu tak?”

“Tia tu cemburu sebab aku berkawan dengan Sofi. Aku tak tahu macam mana lagi aku nak explain dekat dia.”

“Is, bagi aku apa yang Tia buat tu keterlaluan. Kesian Sofi, Is.”

“Me too. I really feel too bad.” meluah Iskandar Faiz.

“Kau fikir lah betul-betul. Cuba untuk explain kepada Wahidah Tiara.” cadang Tarshan.

Iskandar Faiz mengangguk. Otaknya tidak mampu untuk berfikir sekarang.

“Apa aku perlu buat sekarang? Aku kena jumpa Tia ke atau jumpa Sofi? Aku betul-betul tak sangka Tia buat macam ni. Kalau aku jumpa Sofi, adakah Sofi nak jumpa dengan aku? Kalau dia salah faham dengan aku macam mana?” fikiran Iskandar Faiz bercelaru.

“Tia, you have to answer me to what you have done!”

*Hi readers! Jangan lupa follow ig miz.kikki_novelplus okay? :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience