BAB 13

Mystery & Detective Completed 12501

KELUAR seorang diri tanpa teman memang hobi dia. Tak suka terlalu sosial dan tak suka terikat dengan komitmen. Kalau dia nak buat jahat, biar dia seorang yang buat jahat. Bukan prinsip hidup dia mengajak sekali orang lain berbuat jahat sama. Itu bukan Ainul Hanania namanya.

Today's Market menjadi medan tempat dia melempiaskan kebosanan. Pusat karaoke dan juga panggung wayang yang telah di naik tarafkan menjadikan tempat hiburan itu satu tarikan yang paling top di sini.

Setapak demi setapak kakinya mengatur perjalanan. Dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain sampailah dia berada di sebuah kedai yang menjual barang-barang perhiasan. Yang menariknya untuk masuk ke dalam ini, patung panda yang sebesar manusia berumur sembilan tahun. Besar kan? Geramnya..

Meleret senyumnya kala masuk sambil di alu-alukan oleh pekerja kedai yang menjaga di pintu masuk bersebelahan dengan pintu keluar.

"Selamat datang.." Sambut pekerja kedai itu. Ainul Hanania hanya membalas dengan angguk kepala dan senyuman.

Sederet rak yang tersusun dengan perhiasan dalaman di belek satu persatu barang yang sedia ada. Cantik dan bersih. Tapi sayang, ianya kaca. Paling Ainul Hanania tak suka dengan barang perhiasan daripada kaca. Mudah pecah dan leceh untuk di jaga.

Kemudian dia meletakkan semula barang perhiasan kaca di tempat asal dan dia berlalu ke rak sebelah pula. Kali ini satu rak itu di penuhi dengan pelbagai jenin dan warna beg duit perempuan. Hah, kali ni dia jadi rambang mata melihatnya.

Di capainya sebiji wallet yang berbulu-bulu berwarna merah jambu. Comel! Di letakkan semula dan dia berjalan lagi ke rak sebelah.

"Rambang mata aku lama-lama dekat sini."

Dan akhirnya dia mengatur langkah dengan melihat sebahagian aksesori sebelum dia membuat bayaran di kaunter dengan membeli anak patung panda bersaiz kecil.

MEMEKAKKAN telinga. Rasanya itu tidak boleh di lakukan kerana waktu sekolah telah tamat. Nak tak nak, hadap dan hadamkan jelah. Erkk. Apasal boleh pulak datang waktu-waktu gini. Apa dia mahu?

Lama mata itu memerhatikan tingkah laku gadis di seberang jalan yang sedang duduk di bangku batu terletak di perhentian bas sekolah. Mungkin gadis yang comel berpakain sekolah itu menunggu seseorang mengambilnya.

Dari anak mata, kalau dia tak silap menilai jelas keresahan yang berbukit di wajah polos itu. Dia hanya memerhatikan tanpa rasa gerun apatahlagi dia tahu gadis itu punya bodyguard yang teramatlah hebat.

Senyum penuh muslihat di hadiahkan bila mata mereka bertembung secara tak sengaja.

Bunyi ekzos kereta di seberang jalan menarik perhatian ramai. Siapa yang tak kenal dengan pemilik kereta itu kalau bukan Ikhwan Islam abang kepada Ikhwan Anaki pelajar tingkatan lima sekolah ini.

Sengaja kaki lelaki itu menekan pedal minyak agar bunyi yang terhasil daripada tekanan enjinnya berdengung memekak bunyinya.

Ada di antara pelajar perempuan sekolah ini mulai ketawa gedik apabila melihat aksi percuma dari lelaki itu. Cukup sempurna di mata gadis. Rasanya sesiapa pun akan cair kut kalau berjalan sebelah dia tu. Tapi bukan Ainul Batrisyah orangnya.

Senyuman manis bak madu sengaja dia ukir di bibir agar menarik lagi perhatian gadis di sekolah itu. Tidak! Bukan kepada gadis sekolah itu tetapi kepada seorang gadis yang dia amat minat sejak dulu yang tak melayan salam perkenalan darinya. Ye, itu tepat sekali.

Dia pun pelik kenapa gadis yang dia minat itu langsung tak nak layan dia. Dia bukannya jahat mana pun, nakal tu biasalah lelaki. Kalau bukan suka mengacau bukan lelaki namanya. Tapi.. senakal-nakal dia, dengan gadis itu dia hormat.

"Kenapa? Cuba bagitahu saya."

Puas pelajar senior lelaki itu mengejar jejak langkah pelajar perempuan junior yang baru berpindah ke sekolah ini. Naik semput jugaklah dia di buatnya.

"Kita ni masih belajar tahu. Lagipun, saya tak minat untuk bercinta, couple dan sebagainya. Saya rimas." Kata pelajar perempuan juniornya ketika mereka melepasi koperasi sekolah ketika jam masih menunjukkan waktu rehat masih panjang.

"Okey, let's say after habis belajar? Saya tunggu awak. Habis SPM parents saya hantar saya pergi Perak. Sambung study dekat sana. Dalam dua atau tiga tahun lepas tu saya habis belajar. Dan, waktu tu mesti awak pun tengah exam untuk STPM agaknya."

Wah, begitu detail dia punya penjelasan namun tak termakan pujukan kalau dia orangnya. Lahai Ainul Batrisyah, kenapa keras sangat hati kau. Berkawan je kut!

Pantas Ainul Batrisyah menggeleng laju. Entah apa yang ada dalam kepala dia ketika ini dia tak katakan kepada lelaki yang kaku berdiri di depannya.

Sayang kalau dia juga melepaskan Islam. Dia baik. Nakal tu perkara biasa kalau dekat sekolah ni. Dia juga ada waktunya nakal dengan kawan-kawannya. Mengusik sana, mengusik sini. namun, belum lagi sampai tahap cikgu benci dengan sikap dia.

"Batrisyah.."

Melayang segala lamunan pendeknya bila namanya di seru oleh seseorang. Dia merenung kembali kepada di tempat terletaknya sebiji kereta tadi. Tiada.

"Kau berangan apa tadi?" Soal Rayyana di sebelahnya.

Lemah kepala di gelengkan ke kiri kemudian ke kanan beberapa kali. Menyedari dirinya di perhatikan, lantas dia mengalihkan perhatian Rayyana.

"Bila awak dekat sebelah saya?" Oh please! Soalan klise untuk menutup malu akibat di kesan berangan di petang hari.

"Hurm.. aku dari tadi dekat sebelah kau tahu. Aku punyalah membebel dekat sebelah kau, kau buatderkkk je tengok si mamat nun." Muncung Rayyana di halakan ke seberang jalan.

Tahu dah siapa yang dia maksudkan. Pastilah sekumpulan lelaki di sana. hurm.

"Ye ke.. saya tak dengar tadi apa yang awak cakapkan. Sebab tu.. sebab tu saya diam." Tersekat-sekat suara Ainul Batrisyah menyatakannya. Betullah tu dia tak dengar apa yang di bebelkan si Rayy ni, tapi bukan sebab kerana bunyi bising yang di hasilkan oleh kumpulan lelaki di seberang jalan sana, tetapi di sebabkan dia ternampak Islam!

"Huh, yelah tu. Alasan kau.. Dahlah, aku nak balik ni. kau nak join aku balik tak?" Rayyana mula angkat buntut. Sekilas pandang dia menoleh Ainul Batrisyah di tempat duduknya lagi.

Diam. Pelajar perempuan itu masih membisu.

"Hei kau ni. memang kuat mengelamun betul lah! Dahlah, aku balik dulu. karang bas Iskandar tu tinggalkan aku pula. Lama-lama aku dekat sini, silap-silap jalan kaki lagi balik. Dahlah nak senja." Bebel Rayyana di biarkan bak angin menampar wajah dan menghilang rasanya.

Ainul Batrisyah masih pegun. Pandangan matanya tak lari dari memandang pada sekumpulan lelaki di seberang jalan sana. Masing-masing sibuk bercerita sesama mereka di kaki jalan. Ada yang menyandarkan tubuhnya mereka di kereta, ada yang duduk di atas kereta, ada yang mencangkung. Macam-macam aksi duduk semuanya ada.

Pemergian Rayyana di sebalik rimbunan pelajar sekolah ini ke dalam bas Iskandar Malaysia langsung tak menyedarkan dirinya tentang waktu yang sedang berlalu meninggalkan dirinya yang masih berpakaian sekolah lagi.

Dari sisi dalam bas Iskandar Malaysia, dalam kesesakan ini masih sempat lagi Rayyana melihat kelibat kawan barunya itu. Masih sama seperti tadi. Termenung. Ada apa masalah budak tu asyik termenung je? asyik-asyik termenung, berkhayal! Entah balik entah tak budak tu nanti.

Dari kejauhan lagi Ikhwan Islam masih merenung dirinya lama. Pakaian sekolah lelaki itu masih lagi kemas tersarung di tubuh tinggi milik dia.

Sekali lagi bunyi kuat yang terhasil dari tekanan di kaki Ikhwan Islam tatkala menekan pedal minyak. Rasanya bukan dia seorang yang menoleh geram kepada lelaki itu, tetapi pelajar lain juga. Memadang dirinya macam tak puas hati gila!

Meleret senyum Ikhwan Islam kepadanya. Namun wajah beku Ainul Batrisyah langsung tak menunjuk kan yang dia cair dengan senyuman madu lelaki yang masih tak faham bahasa Malaysia.

Ainul Batrisyah melarikan padangannya dari terus melihat Ikhwan Islam di seberang jalan berdepan dengannya. Kemudian dia menoleh kembali ke hadapan, langsung bayang-bayang Ikhwan Islam tidak kelihatan lagi.

Dia mengeluh panjang. Sekali lagi dia tewas. Sekali lagi dia kalah dengan jiwanya yang terlalu merindui lelaki itu. Dari jauh, dia berharap Ikhwan Islam sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Doanya buat lelaki itu tidak pernah lepas sekalipun maut mendatang memisahkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience