55

Romance Series 93218

Hampir seminggu Maryam bertarung nyawa di wad ICU, akhirnya bayi kecil itu pergi buat selama - lamanya. Doktor telah mengesahkan bahawa jantung Maryam sudah tidak dapat berfungsi seperti biasa lagi. Malah tabung oksigen yang digunakan untuk membantu Maryam bernafas selama ini juga sudah tidak dapat menyalurkan sebarang oksigen buat Maryam. Berita yang baru disampaikan itu sudah pasti telah mengundang tangisan seluruh ahli keluarga Tan Sri Zamir termasuk Aayra dan Harraz. Masing - masing terduduk saat menerima berita itu. Sungguh mereka tidak menyangka bahawa Allah akan mengambil nyawa Maryam sepantas itu. Terasa seperti baru kelmarin Maryam dipinjamkan kepada mereka dan hari ini nyawanya telah diambil semula.

“Allahuakhbar, Maryam!!"

Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan Yasir sebelum tubuhnya rebah menyembah bumi. Penglihatannya menjadi gelap secara tiba - tiba dan tanpa sebarang pamitan, akhirnya Yasir tidak sedarkan diri.

Melihatkan situasi cemas itu, Ezmal segera berlari mendapatkan Yasir. Tubuh kaku Yasir diangkat lalu diletakkan di atas pangkuannya. Bahu Yasir digoncang kuat manakala sebelah lagi tangannya cuba menampar - nampar pipi Yasir. Malangnya tindakannya itu langsung tidak mendapat sebarang respon dari Yasir. Puan Sri Elise dan Nadira masing - masing sudah dihimpit dengan perasaan takut. Takut akan kehilangan buat kali kedua.

“Yasir!! Bangun sayang!! Bangun!! Jangan buat mom risau, sayang. Bangunlah, sayang!!" Rayu Puan Sri Elise teresak - esak.

“Mom, bawa bertenang ya? Ez yakin Yasir cuma pitam aje ni. Nothing serious. In shaa Allah, everything will be fine. Ewan, tolong abang Ez panggilkan doktor atau jururawat cepat!!" Arah Ezmal kepada Erwan selaku adik iparnya.

Erwan mengangguk laju. Sepantas kilat dia berlari untuk mendapatkan bantuan. Sementara Harraz dan Tan Sri Zamir pula masing - masing cuba membantu Ezmal dalam usaha mengangkat tubuh Yasir agar berada di dalam keadaan yang lebih selesa. Beberapa minit kemudian Erwan kembali mendapatkan mereka bersama - sama tiga orang jururawat di belakangnya. Stretcher ditolak menuju ke arah Ezmal lalu tubuh Yasir diangkat dan diletakkan di atas stretcher tersebut. Dalam sekelip mata tubuh Yasir hilang dari pandangan mereka.

“Aunty, aunty jangan bimbang ya? Aayra yakin semuanya akan baik - baik aje. Mungkin Yasir terkejut dengan berita pemergian Maryam kot? Tambah pula, dari semalam Yasir berjaga di sini kan?
Mungkin badan dia terlalu letih tu. Aunty tenang ok? In shaa Allah, semuanya akan baik - baik aje." Pujuk Aayra lembut.

Puan Sri Elise mengangguk lemah. Sejak tadi air matanya tidak jemu - jemu mengalir membasahi pipi. Tubuh Aayra dan Nadira langsung ditarik ke dalam dakapannya. Beliau sangat mengharapkan kekuatan dari kedua - duanya. Aayra dan Nadira yang memahami akan situasi itu turut membalas dakapan Puan Sri Elise. Harapan mereka biarlah Puan Sri Elise tenang begitu. Setidak - tidaknya ianya dapat membantu menghilangkan rasa bimbang di hati wanita itu.

******************************************

Yasir hanya mampu melihat urusan pengkebumian arwah Maryam dari jarak yang jauh. Sejujurnya dia sangat berharap agar dia dapat turut sama menyertai keluarganya menguruskan hal itu. Namun apakan dayanya. Tubuhnya masih terlalu lemah. Dia hanya mampu duduk di atas kerusi roda ini sambil ditemani air mata yang tidak henti - henti mengalir.

Entah mengapa Yasir merasakan dunia ini seakan kejam terhadapnya. Dia baru sahaja belajar untuk menerima kehadiran Maryam di dalam hidupnya. Malah sebelum Maryam dimasukkan ke hospital tempoh hari, dia lah orang terakhir yang menyuapkan susu kepada Maryam. Masih jelas di matanya akan senyuman terakhir Maryam buat dirinya. Ianya seakan memberi petunjuk bahawa itu adalah senyuman terakhir dari bayi comel itu sebelum semuanya bertukar menjadi tragedi cemas. Di atas tangan ini jugalah Maryam memuntahkan segala isi perutnya. Malah di atas tangan ini jugalah Maryam dipangku sebelum dibawa ke hospital. Namun siapa sangka. Itu semua adalah memori terakhir yang Maryam tinggalkan buat dirinya. Tanpa sedar, esak tangis Yasir mula kedengaran.

“Yasir.." Seru satu suara dari arah belakang.

Yasir tidak memberi sebarang respon. Sebaliknya dia terus menundukkan wajah bersama juraian air mata yang begitu setia menemani dirinya. Perlahan - lahan telinganya menangkap bunyi derapan kaki yang sedang menghampiri dirinya. Akhirnya wanita itu duduk menghadapnya.

“Aayra tahu ianya agak berat untuk Yasir terima segala ketentuan yang Allah dah tetapkan ni. Tapi sebagai hambaNya, kita kena redha Yasir. Mungkin ini yang terbaik buat Maryam. Yakinlah bahawa dia kan bahagia di syurga nanti." Pujuk Aayra dengan nada yang cukup perlahan.

Ya, Sejak tadi Aayra begitu setia berdiri di luar kawasan perkuburan itu bersama - sama Yasir. Dia juga tidak berkesempatan untuk menyertai ahli keluarga mereka di dalam sana memandangkan tubuhnya berada di dalam hadas.

“Saya kecewa dengan diri saya sendiri, Aayra. Sepatutnya dari awal lagi saya harus belajar menyayangi Maryam seperti mana Abang Ez lakukan. Tapi saya ego. Ego dengan perasaan saya sendiri. Bila semuanya dah jadi macam ni, baru saya nak menyesal." Luah Yasir sebak.

Aayra mengangguk faham. Dia menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum dihela lembut. Sejujurnya dia sangat memahami apa yang berada di fikiran Yasir saat ini. Jadi bagi mengelak emosi lelaki itu semakin terganggu, Aayra harus menyusun kata dengan sebaik - baiknya.

“Semua orang ada egonya tersendiri, Yasir. Jadi awak tak perlu rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Sekurang - kurangnya awak masih diberi kesempatan untuk berbuat baik terhadap arwah Maryam semasa hayatnya masih ada. Saya yakin, arwah Maryam pasti gembira." Sambung Aayra lagi.

“Tapi ianya terlalu singkat buat saya, Aayra. Saya masih belum puas untuk bermanja dengannya. Sumpah saya terlalu rindukan Maryam, Aayra!" Kali ini esak tangis Yasir kembali berkumandang.

“Saya faham, Yasir. Saya faham sangat dengan apa yang awak rasakan sekarang ini. Kalau nak diikutkan, saya pun rindukan arwah Maryam juga. Macam - macam kenangan dengan arwah yang bermain di fikiran saya ni. Tapi apa yang saya boleh buat? Sebab semuanya sudah pun tertulis. Kita tak mampu untuk melawan takdir, Yasir. Suka atau tidak, kita harus terima dengan hati yang terbuka. Allah lebih sayangkan Maryam." Nasihat Aayra penuh diplomasi.
Yasir hanya diam membisu. Wajahnya langsung ditekupkan dengan kedua tapak tangannya.

“Apa yang penting sekarang, kita kena redha dengan pemergian Maryam. Sedekahkan al-fatihah kepadanya agar rohnya sentiasa tenang di sana. Kalau arwah Maryam masih ada sekarang ini pun, pasti dia tak suka tengok awak sedih - sedih macam ni. Jadi awak kena kuat ok? Masih ramai yang menyayangi awak di sini especially mom awak tu. Kalau aunty tengok awak berterusan macam ni, pasti dia risau. So please janji dengan saya yang awak akan kuat ok?" Pujuk Aayra tanpa jemu.

Akhirnya perlahan - lahan Yasir mengangguk kepala. Wajah lembut Aayra ditatap dengan pandangan yang kosong. Sejujurnya hatinya mula berasa agak tenang. Segala nasihat yang diberikan Aayra sebentar tadi begitu meresap ke dalam jiwanya. Fahamlah dia kini mengapa Aayra begitu istimewa di hati semua orang. Kehadiran wanita di hadapannya ini begitu disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.

“Thank you so much, Aayra. Now I'm understand why you're so special to everyone. You're such an angel you know? By the way, thanks again. May Allah always bless you." Ucap Yasir lembut.

Aayra tersenyum kecil. Dia menarik nafas lega. Akhirnya hati Yasir berjaya dipujuk. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar Yasir terus diberikan kekuatan dan sentiasa istiqomah dengan perubahan yang dilakukannya. Semoga Yasir akan terus diberikan hidayah Allah buat selama - lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience