bab19

Romance Series 14775

Selepas sarapan, Feena bersiap untuk balik ke rumah keluarganya. Sudah dua minggu dia berjauha dengan keluarganya. Naim, Fais dan Khairul duduk diruang tamu sambil berborak borak sesame mereka. Sambil menunggu Feena mengemaskan barang barangnya.

"Naimmm, sini sekejap!"
Panggil Feena didalam bilik. Naim banggun dan terus kebiliknya.

"kenapa Feena? Awak nak suruh saya tolong apa apa ke?"
Tanya Naim.

"Naim, saya rasa sedihlah! Hati saya terasa sayu sangat.Terasa sayang nak tinggalkan bilik ni. Terasa sayang nak tinggalkan awak".
kata Feena sambil matanya memandang disekeliling bilik yang dia tinggal selama dua minggu disitu.

"Beratnya hati saya nak meninggalkan awak". kata Feena dan meratap wajah Naim.

"Heiii janganlah macam tu. Walau pun, hati saya berat untuk berpisah dengan awak, tapi awak kena balik juga. keluarag awak menunggu kepulangan awak. Mereka lebih merindui awak sayang. Lagi pun ni sahajalah peluangnya untuk awak merentas negeri dan berjumpa mereka. Kalau tidak! Awak akan lebih lama terkandas disini".
kata Naim kepada Feena.

"Awak nanti temankan saya ke kereta ye. Saya nak awak sentiasa disisi saya hinggalah saya pergi dari tempat ini".
kata Feena.

Feena memeluk Naim sekuat kuatnya. Sambil menitiskan air mata.

"Moga cinta awak kepada saya bertambah kuat, bila kita berjauhan nanti".
kata Feena lagi. Naim pula setia menahan sebak dihati.

"Sudahlah, jom saya hantar awak kekereta".
kata Naim, sambil membawa barang barang Feena.

Feena keluar dari bilik dan terus keruang tamu. Berjumpa Fais dan Khairul. Khairul dan Fais bangun dari sofa, bila melihat Feena keluar dari bilik. Feena pergi kepada Khairul dan memeluk Khairul.

"Maafkan saya Khairul, kalau saya ada buat salah sepanjang saya berada di sini. Terima kasih ajar saya memasak. Saya tidak akan dapat melupakkan awak, yang begitu baik melayan kerenah saya".
Khairul membalas pelukan Feena.

"Jangan cakap macam tu cik, saya minta maaf juga cik, kerana menculik Cik tempoh hari".Kata Khirul Feena melepaskan pelukannya dan terus pergi kepada Fais. Feena memeluk Fais lebih erat.
kerana Fais dan Feena agak rapat sepanjang Feena berada dirumah ini.

"Sayang, maafkan saya".
sambil Feena menagis.

"Saya sudah tak dapat lagi main IG live dengan awak lagi. Saya dah tak dapat lagi mendengar lawak lawak awak... Saya pasti akan rindu awak. Awak sentiasa menghiburkan hati saya. Sepanjang saya disini".

Kata Feena kepada Fais.
Fais juga mula berkaca matanya.
Bila melihat Feena menangis dan memeluknya.

"Hisss janganlah sedih sedih! Kita pasti akan berjumpa lagi. Awak jangan menangis ye. Kita akan tetap berkawan! Walaupun berjauhan".

kata Fais, sambil menyapu air mata Feena dengan jarinya. Feena melepaskan pelukannya dan berjalan bersama Naim didepan pintu rumah.

"Jumpa lagi ye Khairul, Fais...
Awak semua jangan risau. Saya tak akan ceritakan kepada sesiapa pun tentang awak semua. Saya juga tak pernah menggangap awak semua penculik saya. Tapi saya menggangap awak semua seperti sahabat sahabat saya.Tak ada istilah penculikan dalam diri saya, semenjak saya berkenalan dengan awak semua". Kata Feena.
Kahirul dan Fais terseyum memandang Feena.

Fais dan Khiarul melambai tangan kepada Feena. Feena membalas senyuma khairul dan Fais dan melangkah pergi dengan hati yang sunguh sayu. Sepanjang perjalan menuju kekereta, Feena memimpin tangan Naim.

"Cermin tingkap kereta awak, Fais sudah tukarkan...Maaf kalau kami tidak tintedkan balik". Naim terseyum.

"Janji ada cermin, bolehlah ya! Naim terseyum lagi dan memandang Feena.

"Hurmmm! Asal boleh jelah Cek abang sayang".

Feena memanaskan enjen keretanya dan memasukkan semua barang barangnya kedalam kereta.

"Sayang, terima kasih kerana sudi melayan kehendak saya"...
kata Feena kepada Naim.

Naim hanya terseyum melihat Feena.Bila melihat Naim terseyum, Feena mula menangis sambil memeluk Naim.

"Sayang, awak jangan lupakan saya ye? Tolong rindu saya selalu? Saya risau awak berubah hati".
kata Feena

"Heiiii, Kan kita sudah berjanji malam tadi. Kita akan satu hati sampai mati. Tolong jangan menangis sayang. Tolong jangan buat saya rasa bersalah untuk melepaskan awak pergi. Tolong jangan buat saya juga bersedih sayang". Balas Naim.

"Saya akan kembali ke sini sayang.
Tapi saya tak pasti bila! Kalau saya tak kembali, tolong cari saya Ye sayang.Tolong sentiasa berhubung dengan saya.Supaya kita tak akan lupa pada janji masing masing".
kata Feena, yang banyak menaburkan ungkapan kata kata janji kepada Naim.

"Selamat tinggal sayang".
Kata feena lagi, sambil mencium bibir Naim. Berdebar hati Naim.
Bertambah berat hatinya untuk melepaskan Feena pulang.

"Hurmmm kenapalah dia buat aku macam ni? Aku jadi berat hati,setiap kali dia mengucup bibir aku". Bisik Naim.

"Tapi aku kena kuat! Biarkan dia pergi Naim! Tolong lawan perasan kau tu". Bisik naim lagi. Sambil memandang kepada Feena.

"Tolong hati hati memandu ye sayang. Maaf, saya tak dapat hantar awak sampai ke KL. Keadaan tak meizinkan saya hantar awak".
kata Naim kepada Feena.

"Tak apa sayang, saya boleh memandu. Selamat tinggal sayang. Tolong jangan nakal nakal ye. Ingat saya selalu. Nanti saya call awak ye sayang".
Feena masuk kedalam kereta dan membuka tingkap keretanya sambil mata, tak lepas memandang kekasih hatinya Naim.

"Selamat tinggal sayang. Tolong ingat janji yang kau taburkan kepada aku. Dan tolong jangan pernah sakiti hati aku".
kata Naim di dalam hati. Sambil mata setia memandang Feena, hingga kerata Feena, hilang dari pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience