BAB 48

Romance Completed 42886

Ariana Atilia terkedu saat mendengarkan kata-kata yang dilafazkan oleh Adi Ashraf. Dia mengangkat kepala menemui pandangan suaminya. Riak muka tidak percaya jelas ternyata pada wajahnya pada ketika itu.

Dia tidak berhalusinasi bukan?

Betulkah apa yang didengari oleh telinganya sendiri tadi? Mulutnya dibuka mahu mengatakan sesuatu tetapi suaranya tidak keluar. Masih terkejut dengan kata-kata suaminya sendiri.

Adi Ashraf yang seperti mengetahui apa yang difikirkan oleh isterinya mengambil tangan Ariana. Lalu, diletakkan pada dadanya. Membenarkan Ariana merasakan degupan jantungnya yang berdetak laju. Anak mata isterinya dicari sebelum dia mengembalikan pandangan pada wajah isterinya.

"Riana, maafkan aku. Aku tak boleh lepaskan kau. Aku cintakan kau sepenuh hati aku." luah Adi Ashraf ikhlas dari lubuk hatinya. Meluahkan perasaan yang sudah terpendam lama. Air matanya jatuh apabila mengatakan perkara itu.

"Aku minta maaf untuk segalanya. Aku minta maaf buat kau terseksa. Hati aku sakit bila tahu kau terseksa sebab diri aku sendiri. Tapi tolonglah Riana, jangan tinggalkan aku. Aku cintakan kau sangat-sangat. Aku tak nak kehilangan kau." rayu Adi Ashraf lagi. Tangan isterinya digenggan kuat pada dadanya. Hanya terfikirkan Ariana meninggalkan dirinya sahaja sudah cukup membuatkan dia menderita.

"Ash..." panggil Ariana lemah. Sedaya upaya dia cuba mengeluarkan suaranya akhirnya berjaya. Air matanya yang jatuh berjujuran langsung tidak diendahkan. Dia menarik tangannya yang ada pada dada suaminya. Adi Ashraf semakin sebak mendengar suara isterinya sebegitu.

Lalu, kedua-dua belah tangan Ariana naik memegang wajah suaminya. Adi Ashraf memejamkan mata menikmati sentuhan isterinya yang dirinduinya sepanjang minggu ini. Ariana menyeka air mata suaminya dengan penuh kasih sayang.

Pandangannya sarat dengan perasaan cintanya yang mendalam terhadap Adi Ashraf. Hatinya akhirnya terubat apabila mendengar kata-kata suaminya. Walau apa pun yang terjadi dia tetap mencintai Adi Ashraf. Itulah kenyataannya.

"Aku takkan tinggalkan kau, Ash. Selagi kau nak aku ada dengan kau, aku akan sentiasa ada. Aku cintakan kau." ucap Ariana lemah menghabiskan kata-katanya. Akhirnya, kata-kata itu terluah juga setelah sekian lama. Terasa bebanan yang berat pada dirinya diangkat serta-merta.

Adi Ashraf membuka mata dengan perlahan-perlahan. Anak mata mereka bertembung. Terasa bagai kesedihan yang menguasai diri mereka hilang sekelip mata. Digantikan dengan sinar kebahagiaan yang didambakan selama ini.

"Kau cintakan aku? Sayang aku?" tanya Adi Ashraf tidak percaya. Dia mahukan Ariana mengatakan perkara itu sekali lagi. Hatinya sudah lama membayangkan isterinya mengatakan perkara itu selama ini.

Ariana mengangguk sebagai balasan. Dia menahan senyuman apabila melihat reaksi Adi Ashraf yang terkejut. Bukankah sudah jelas lagi nyata dia mencintai lelaki itu selama ini? Takkan suaminya tak nampak?

Oh lupa, cinta itu buta.

"Kau betul-betul cintakan aku? Sayang aku, Adi Ashraf, suami kau?" tanya Adi Ashraf lagi. Tak puas dengan balasan isterinya yang menggunakan anggukan sebagai balasan. Dia mahukan kata-kata itu diucapkan oleh isterinya lagi.

Ariana menjulingkan mata ke atas dengan sengaja. Air matanya diseka. Tak dapat membayangkan wajahnya sekarang yang sembap kerana menangis. Tahu suaminya sengaja berbuat sedemikian. Dia tersenyum senget.

"Aku, Ariana Atilia, sayangkan Adi Ashraf selamanya! Ha, puas dah? Nak aku ulang lagi-"

Belum sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, dia sudah dibawa ke dalam pelukan suaminya dengan erat. Kepalanya tersorok pada ceruk leher suaminya tanpa sengaja.

"Aku pun sayangkan kau. Aku cintakan kau selamanya. Jangan pernah tinggalkan aku. Terima kasih sebab bagi aku peluang untuk sayang kau seumur hidup aku." luah Adi Ashraf penuh gembira. Dia mengetatkan pelukan pada tubuh isterinya. Kepalanya isterinya dicium beberapa kali.  Mencurahkan kasih sayangnya pada Ariana.

Ariana mengukir senyuman penuh kebahagiaan. Dia membalas pelukan suaminya semula. Wajahnya disembamkan pada dada Adi Ashraf. Kemudian, dia teringatkan sesuatu membuatkan dia meleraikan pelukan.

"Kenapa ni- Ouch, sakitlah!" ucap Adi Ashraf terkejut dengan pukulan secara tiba-tiba daripada isterinya. Ariana sengaja buat tak dengar rungutan suaminya meneruskan serangannya.

Dada suaminya ditumbuk perlahan sehingga puas, melepaskan kegeraman yang tersisa dalam diri. Adi Ashraf hanya membiarkan. Tahu ada sebab mengapa isterinya melakukan sedemikian.

"Ha, rasakan padan muka! Sakit lagi hati aku ni tau. Itu balasannya buat aku macam ni. Penat je aku nangis tahu tak. Aku ingatkan kau nak tinggalkan aku untuk Mawar. Eee geramnya." rungut Ariana melepaskan geram apabila teringat kejadian di pejabat Adi Ashraf. Mati-mati dia ingat mereka akan berpisah kerana itu.

Ariana mencebik. Tangan disilangkan ke dada. Mahu merajuk. Yelah, dah ada orang nak pujuk la katakan. Alang-alang dapat bermanja dengan Adi Ashraf. Inilah masanya untuk dia menggunakan peluang emas ini. Dia menyembunyikan senyuman. Bijak bukan?

Malangnya, niatnya itu disalah sangka oleh Adi Ashraf. Suaminya menyangka Ariana masih marah akan dirinya kerana perkara itu. Ataupun masih tak dapat memaafkan dirinya. Adi Ashraf menunduk kepala dengan perasaan kecewa. Perasaan bersalah menghurung dirinya.

"Riana... Aku minta maaf pasal tu. Pasal Mawar, dia memang dah tak ada. Ada orang perangkap kita untuk percayakan Mawar masih hidup. Tapi, aku tak ada niat langsung nak buat kau sedih. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri sampai aku tak sedar aku sakitkan kau sepanjang masa tu. Tapi kalau kau tak dapat maafkan aku, aku faham. Aku tak layak terima kemaafan kau." ucap Adi Ashraf dengan nada kesal.

Sungguh dia menyesal melakukan semua perkara itu kepada Ariana. Dia sendiri tak dapat memaafkan dirinya sendiri. Dia menundukkan wajah tak dapat melihat ke dalam anak mata isterinya selepas menyedari kesilapannya.

Ariana sedikit terkejut dengan kata-kata suaminya. Tak sangka bahawa mereka diperangkap oleh seseorang hingga hampir memecahbelahkan rumah tangga mereka dengan menggunakan Mawar Adriana sebagai umpan.

Dia terasa bersalah kerana menyalahkan Adi Ashraf tentang segalanya sedangkan suaminya tidak bersalah langsung. Mereka berdua menjadi mangsa keadaaan. Niatnya hanya untuk bergurau dengan suaminya berubah sama sekali.

"Ash... aku maafkan kau. Aku minta maaf sebab buat kau rasa bersalah. Kau tak bersalah. Kita berdua mangsa keadaan. Aku pun tak ada niat nak buat kau rasa macam tu. Aku cuma nak bergurau dengan kau. Aku... rindu kau." terang
Ariana jujur. Dia mengukir senyuman nipis.

Adi Ashraf mengangkat kepala. Dirinya terasa lebih baik apabila mendengar kata-kata Ariana. Dia bersyukur kerana Ariana memahami keadaannya. Mereka kembali berpelukan. Melepaskan kerinduan pada satu sama lain.

"Terima kasih sebab maafkan aku. Terima kasih untuk segalanya, Riana. Aku pun rindu kau. Aku tak tahu apa akan jadi kalau kau tinggalkan aku." ucap Adi Ashraf meluahkan perasaan. Dia mengukir senyuman penuh kebahagiaan. Ariana turut melakukan perkara yang sama.

"Aku sayang kau. Jadi, jangan risau sebab aku takkan tinggalkan kau." balas Ariana jujur. Mahu menyakinkan suaminya bahawa dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.

Adi Ashraf lebih dari gembira apabila mendengar balasan isterinya. Yang bermakna dia dapat memiliki Ariana untuk selamanya. Dia tidak sabar untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama Ariana di sisi.

Terasa seperti baru hari ini mereka dapat bersama sepenuhnya sebagai suami isteri selepas berkahwin selama enam bulan lebih. Leher putih dan jinjang milik Ariana yang masih kosong tanpa perhiasan membuatkan dia teringatkan sesuatu.

"Riana, aku ada something nak bagi dekat kau. Aku tak tahu kalau kau suka ke tak tapi aku harap kau suka." ucap Adi Ashraf sedikit gementar. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

Ariana mengangkat sebelah keningnya, tertanya-tanya dengan apa yang mahu diberikan oleh Adi Ashraf. Dia menunggu Adi Ashraf kembali bersama kotak kecil di tangan.

"Ish, tutuplah mata!" rungut Adi Ashraf kecewa kerana Ariana merosakkan rancangannya. Ariana melepaskan tawa kecil melihat wajah suaminya yang sudah masam. Dia mengangkat tangan tanda tak bersalah.

"Okay, aku tutup mata. Bukan salah aku. Kau yang tak cakap awal-awal." bidas Ariana cuba membela dirinya. Adi Ashraf mencubit pipi isterinya yang gebu. Geram dengan sikap Ariana tak reti nak mengalah. Itulah Ariana yang dia rindu.

Ariana meletakkan kedua-dua tangannya pada kelopak matanya untuk ditutup sepertimana yang dimahukan oleh Adi Ashraf. Sengaja dia cuba mengelat tetapi dihalang oleh Adi Ashraf sendiri.

"Dah boleh bukak ke?" tanya Ariana mula tak sabar. Adi Ashraf tersenyum lebar. Dia berada di belakang Ariana pada ketika ini. Rambut isterinya yang menutupi leher itu diselak ke tepi.

Ariana mula tak senang dengan apa yang suaminya cuba lakukan. Dia cuba bergerak tetapi dihalang oleh Adi Ashraf yang berada di belakangnya.

"Shhh.... relaks. Aku tak makan kau pun." ucap Adi Ashraf dengan nada mengusik. Sengaja mengusik isterinya. Ariana menyiku perut Adi Ashraf melepaskan geram.

"Ha itu makannya. Main-main lagi kan. Cepatlah boleh bukak ke tak mata ni. Aku bukak eh?" ucap Ariana tak puas hati. Dia sudah menarik tangannya tetapi dihalang oleh Adi Ashraf.

Perlahan-perlahan, Adi Ashraf memakaikan seutas rantai yang mempunyai dua loket berbentuk hati pada leher jinjang milik Ariana. Ariana menundukkan kepala cuba melihat perhiasan yang dipakaikan pada leher nya. Tangannya memegang loket tersebut.

?

Ariana diam tidak berkata apa-apa. Dia sibuk bermain-main dengan loket tersebut dari tadi. Adi Ashraf mula gelabah. Takut sekiranya isterinya tidak menyukai hadiah tersebut.

Lama sungguh dia mencari hadiah yang sesuai untuk isterinya semasa mereka di Langkawi dahulu. Niatnya mahu memberikan kejutan kepada Ariana selepas isterinya menghadiahkannya sehelai hoodie tempoh hari.

Rantai itu mempunyai makna yang tersendiri bagi Adi Ashraf. Dua loket berbentuk hati yang bersatu itu dipilih sebagai tanda cintanya dan Ariana Atilia disatukan. Dia ingin menghadiahkan rantai itu kepada Ariana untuk menyimpannya. Kerana isterinya sahaja yang layak.

Apabila Ariana masih tidak memberikan respons apa-apa, Adi Ashraf mula rasa kecewa. Tetapi dia menyembunyikan dengan baik. Mungkin ini bukan masa yang sesuai. Perancangannya untuk meluahkan perasaan semasa memberikan hadiah itu juga hancur kerana pergaduhan mereka dalam minggu ini.

"Kau... Tak suka ke? Tak apa nanti aku beli lain-" ucap Adi Ashraf sedikit kecewa tetapi percakapannya dipotong apabila dipanggil oleh isterinya.

"Ash..." panggil Ariana Atilia sambil memandang wajah suaminya.

"Ya, Kenapa?" balas Adi Ashraf kembali dengan nada risau. Teruk sangat ke pilihan dia?

"Aku suka... Thank you!" ucap Ariana penuh teruja dan ceria. Tanpa amaran, tangannya dilingkarkan pada leher suaminya. Terdorong Adi Ashraf ke depan sehingga membuatkan dia berada dalam pelukan Ariana.

"Thank you again, aku suka sangat." bisik Ariana pada telinga Adi Ashraf. Pipi suaminya dicium oleh Ariana beberapa kali kerana terlalu gembira. Adi Ashraf tersenyum bahagia. Telinganya sudah mula memerah kerana tindakan mengejut isterinya.

"I'm glad you love it, love." balas Adi Ashraf kembali kepada Ariana. Kata-kata itu dibisikkan pada telinga isterinya dengan nada yang penuh romantik. Ariana meleraikan pelukan. Wajahnya sudah memerah menahan malu.

Adi Ashraf meletuskan tawa halus. Dia memandang isterinya dengan penuh kasih. Mahu menyayangi isterinya bagai menatang minyak yang penuh. Matanya terpandang beg pakaian isterinya buat seketika.

"Pindah balik." ucap Adi Ashraf kepada Ariana. Dia memegang tangan isterinya dengan erat. Rambut isterinya diselak ke belakang telinga. Dia mengukir senyuman penuh makna.

"Ha? Pindah mana?" tanya Ariana tidak faham dengan maksud kata-kata suaminya. Pindah mana pulak dah. Takkan nak pindah rumah. Adi Ashraf psudah mengukir senyuman nakal. Perkara yang sudah lama dia tak lakukan.

"Masuk hati aku." ucap Adi Ashraf sambil mengenyitkan mata. Tangan isterinya dibawa ke mulutnya sebelum dihadiahkan ciuman disitu. Ariana menarik tangannya menutup muka menahan malu.

"Ei, mengada!" marah Ariana. Senyuman di wajahnya tak dapat lekang di bibir. Adi Ashraf memegang semula tangan isterinya. Dia merenung ke dalam anak mata Ariana.

"Terima kasih sebab sudi terima cinta aku. Aku tahu aku bukan suami yang baik untuk kau. Tapi aku janji aku cuba yang terbaik untuk kita berdua. Izinkan aku untuk curahkan kasih sayang aku pada kau malam ni dan selamanya untuk buktikan cinta kita. Aku, Adi Ashraf cintakan kau, Ariana Atilia untuk selamanya." luah Adi Ashraf ikhlas dari hati. Dia menghadiahkan sebuah ciuman hangat pada dahi Ariana.

Ariana menitiskan air mata kebahagiaan pada malam itu. Sudah lama saat itu dinantikan olehnya. Bersyukur ke atas nikmat Ilahi atas pinjaman ini. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia pada ketika itu.

Tanpa amaran, tubuhnya dicempung oleh Adi Ashraf. Ariana Atilia mengangkat kening cuba mengetahui niat suaminya. Tetapi di balas dengan kenyitan mata oleh Adi Ashraf.

"Ash, turunkan aku. Aku boleh jalan sendiri. Kau nak bawa aku pergi mana?" ucap Ariana cuba melepaskan pegangan suaminya pada tubuhnya. Adi Ashraf mengeleng kepala tanda tak mahu. Dia berjalan menuju ke bilik tidur mereka berdua.

"No, malam ni kau milik aku dan selamanya. Aku takkan lepaskan kau lagi. Sampai mati pun takkan. So, get ready love."  balas Adi Ashraf mengenyitkan mata. Ariana menjulingkan mata ke atas menyampah dengan sikap suaminya yang berlebihan itu. Bukan dia nak ke mana pun.

"Ye ye je. Kau tu yang get ready kena bebel dengan aku nanti." ugut Ariana. Pipi suaminya dicubit kuat. Mana tahu dapatlah dia melepaskan diri. Adi Ashraf tersenyum nakal.

"Fine, kita tengok macam mana. Kita tengok macam mana kau get ready jadi ibu untuk anak-anak kita nanti." usik Adi Ashraf selamba.

"Adi Ashraf!"

Akhirnya, malam itu menjadi sejarah di dalam kehidupan pasangan suami isteri tersebut. Membenarkan mereka menjalani kehidupan suami isteri seperti yang lain. Menjadi suatu permulaan kisah cinta mereka yang baru bermula.

???????????????????

Keesokan harinya,

Adi Ashraf baru tersedar dari lenanya yang nyenyak. Matanya menemui tubuh isterinya di sebelah yang masih lena diulit mimpi. Dia tersenyum kepuasan. Sungguh dia rindukan isterinya berada disampingnya sepanjang minggu ini.

Dia menongkat dagu melihat Ariana yang masih lena. Pandangannya sarat dengan kasih sayang. Tangannya naik mengusap kepala Ariana sebelum beralih pada pipi gebu milik isterinya itu pula.

Dalam diam, dia mencuri peluang untuk menghadiahkan ciuman pada dahi isterinya tanpa pengetahuan Ariana. Dia tersenyum sendiri. Malu dengan tindakannya yang seperti baru dilamun cinta.

Pandangannya jatuh pada rantai yang dipakai oleh Ariana. Dia melebarkan senyuman. Mengingatkan dia kepada pengakuan cintanya semalam. Sungguh dia menyesal kerana tidak melakukan perkara itu dengan lebih awal. Tetapi itu semua itu sudah lepas. Dia perlu menghargai masa berdua dari sekarang.

Oleh itu, dia mengagahkan diri untuk bangkit dari katil untuk menyiapkam sarapan untuk mereka berdua. Sebagai tanda, permulaan hari mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang sedang bercinta. Senyuman lebar menghiasi wajahnya pada pagi itu.

Ariana mula mengalihkan badan cuba mencari posisi yang selesa. Tangannya mencari tubuh Adi Ashraf untuk dipeluk. Mahukan kehangatan badan suaminya menyelimuti tubuhnya yang sedang kesejukan.

Saat tangannya tidak dapat menemui apa-apa, dia mula tersedar dari lena. Matanya dibuka perlahan-perlahan cuba mencari susuk tubuh Adi Ashraf. Tangannya menggosok matanya sehingga penglihatannya yang kabur menjadi jelas.

Barulah dia tersedar hanya dia yang berada dia atas katil yang empuk itu. Sisi katil milik suaminya sudah kosong dan sejuk. Menandakan Adi Ashraf sudah terjaga lebih awal dari dia. Perlahan-perlahan, memori semalam kembali berlayar di fikiran.

Dia menundukkan wajah menahan malu. Wajahnya disembunyikan disebalik tangannya. Lalu, tangannya bergerak pada perutnya yang masih kosong itu. Dia tak dapat menahan senyuman apabila memikirkan dia mengandungkan bayi mereka berdua.

Jujur dia katakan, semalam seperti mimpi yang menjadi kenyataan. Sukar untuk dia percaya sehingga ke hari ini. Jika benar, ianya hanya mimpi semata-mata dia tak pernah menyesal untuk mengalaminya kerana itu adalah mimpi yang paling indah dalam hidupnya.

Seutas rantai yang merupakan hadiah daripada Adi Ashraf masih dipakai pada lehernya membenarkan dia mempercayai bahwa itu semuanya adalah realiti. Terlalu gembira dirasakan sehingga mahu menitiskan air mata.

"Morning, love." sapa Adi Ashraf mesra bersama sedulang makanan untuk sarapan mereka berdua pada hari itu. Ariana mengukir senyuman apabila melihat figura suaminya.

"Kenapa ni? Sakit ke? Rasa nak demam?" tanya Adi Ashraf risau apabila melihat isterinya menangis. Risau jika isterinya sakit tanpa pengetahuan dirinya.

Ariana Atilia mengeleng kepala tanda menidakkan. Air matanya diseka cepat-cepat. Tak mahu membuatkan suaminya risau. Dia cuma terlalu beremosi apabila berkaitan dengan suaminya.

"Tak ada apa, Ash. Aku cuma tak percaya. Ni bukan mimpi kan?" tanya Ariana cuba memastikan. Berharap jawapan yang positif yang keluar daripada mulut suaminya.

Adi Ashraf tersenyum. Dia tahu apa yang dirasakan oleh isterinya pada saat itu. Hidung isterinya dicuit sehingga merah. Wajah Ariana yang cemberut itu mengundang tawa daripada  Adi Ashraf.

"Sorry, you're too cute. Sakit sangat ke?" tanya Adi Ashraf dengan sisa tawanya. Ariana memberikan pandangan tajam sebelum mengangguk kecil. Mana tidaknya tak sakit, sampai merah tau ditarik oleh Adi Ashraf!

"Itu maksudnya, ini bukan mimpi. Aku sayang kau sekarang dan selamanya." ucap Adi Ashraf menyakinkan Ariana Atilia. Hidung isterinya yang merah dicium sekilas. Ariana menampar bahu suaminya. Tak ada kerja ke apa, cium orang je kerjanya!

"Apa? Aku cuma nak bagi sakit tu hilang je. Sakit lagi tak? Kalau sakit, sini aku tolong ciumkan bagi hilang." ucap Adi Ashraf tak henti mengusik isterinya. Dia berpura-pura menghampiri isterinya dengan bibirnya dijuihkan.

Ariana melepaskan tawa sepuas-puasnya. Wajah Adi Ashraf ditolak ke tepi. Adi Ashraf mempamerkan riak muka kecewa apabila wajah tampannya ditolak sebegitu sahaja. Hello, muka ni lah yang digilai ramai perempuan di luar sana tau.

"Alololo, kesiannya dia. Padan muka!" ejek Ariana, seronok apabila dapat membalas dendam. Makanan yang dibawa oleh suaminya  menarik perhatiannya serta-merta.

"Wah, Ash, kau masak semua ni?" tanya Ariana tidak percaya. Kelihatan sepinggan nasi goreng cina yang menyelerakan bersama dua gelas jus oren. Baunya sahaja sudah membuatkan dia kecur air liur. Tak sabar dia mahu merasai air tangan suaminya itu.

"Sedapkan? Nak rasa? Cakap apa dulu?" tanya Adi Ashraf mengerakkan kedua-dua belah keningnya. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Ash... Nak rasa, please?" ucap Ariana selembut yang boleh. Kedua-dua belah tangganya disatukan. Matanya dikedip-kedipkan beberapa kali.

"Ash? Siapa Ash? Tak kenal." ucap Adi Ashraf sambil mempamerkan riak muka tak faham. Sengaja mahu isterinya memanggil dirinya dengan nama panggilan yang dimahukannya.

Ariana mengecilkan mata. Sudah tahu dengan taktik licik suaminya itu. Geram saja rasa dengan suaminya itu sekarang. Tetapi disebabkan sayang, dia layankan saja.

"Abang... please?" ucap Ariana perlahan. Sayup-sayup saja kedengaran pada telinga suaminya. Dia memaut lengan Adi Ashraf.

"Apa? Tak dengar, kuat lagi?" ucap Adi Ashraf mendekatkan telinga. Dia tersenyum nakal. Ariana tersenyum penuh makna. Tanpa amaran, telinganya suaminya ditarik sehingga lelaki itu meringis kesakitan.

"Abang, nak makan boleh?" ucap Ariana cepat-cepat, dia tersengih. Dia mempamerkan riak muka tak bersalah. Adi Ashraf mendengus geram. Tak apa tak apa.

Dia mengambil sesudu nasi goreng itu lalu disuakan pada Ariana. Ariana tersengih gembira. Mulutnya dibuka luas-luas, tak sabar mengisi perut yang lapar. Adi Ashraf tersenyum jahat.

Pada saat Ariana mahu menikmati suapan suaminya, Adi Ashraf dengan pantas menarik sudu itu lalu disuap ke dalam mulutnya pula. Dia memejam mata menikmati kesedapan masakannya sendiri. Ariana mencebik.

Tanpa dipinta, Adi Ashraf menyuapkan isterinya dengan suapan yang banyak. Ariana membulatkan mata tetapi menerima sahaja. Mulutnya yang comot dibersihkan oleh Adi Ashraf.

"Sedapkan? Cuma tulah tawar sikit." ucap Adi Ashraf sedikit kecewa. Ariana mengeleng kepala tanda menafikan. Masakan suaminya memang lazat. Apa pula dikatanya tawar? Belum sempat Ariana membalas, Adi Ashraf memotong terlebih dahulu.

"Sebab abang lupa masukan kisah cinta kita berdua yang semanis gula." sambung Adi Ashraf bersama senyuman yang nakal. Ariana segera menampar lengan suaminya itu. Bila pulak pandai merepek suami dia ni?

"Mana belajar hah?" tanya Ariana ingin tahu. Dia mahu mengambil sudu daripada tangan suaminya tapi tidak dibenarkan oleh lelaki itu.

"Google, Tik Tok, Akid. Hei, abang ni sweet tahu tak? Sayang, kena bersyukur ada suami macam abang tau." jawab Adi Ashraf dengan selamba. Dia sudah mula membahasakan dirinya sebagai abang sejak dari semalam.

Ariana sedikit terharu apabila suaminya membahasakan dirinya sebagai sayang. Hatinya berbunga-bunga kala nama panggilan itu digunakan oleh suaminya.

"Nak makan suap sendiri. Riana bukannya budak-budak lagipun ataupun bayi nak orang suapkan. Bagi lah sudu tu, abang." ucap Ariana mula berani membahasakan Adi Ashraf sebagai abang. Tak mahu menggunakan aku-kau lagi. Menandakan hubungan mereka lebih rapat dari dahulu.

"Siapa kata Riana bukan baby? Alololo comelnya baby abang sorang ni. Sini cepat nganga." usik Adi Ashraf menyuakan sudu pada isterinya. Ariana mencubit tangan suaminya. Tetapi mulutnya dingangakan juga. Eleh, padahal suka.

Tak lama kemudian, Ariana pula yang memegang sudu itu. Adi Ashraf pula sedang meneguk jus air oren yang dibawanya tadi. Dia mengangkat kening apabila Ariana menyuakan sesudu nasi padanya.

"Ngangalah. Ini untuk hubby sayang." usik Ariana memulang paku buah keras. Pantas sahaja Adi Ashraf menghabiskan makanan itu. Kemudian, menyerangnya isteri dengan menggeletek Ariana sehingga dia menghamburkan tawa.

Bilik mereka dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua. Sehingga tak sedar telefon bimbit Ariana yang berdering dari tadi menandakan ada panggilan yang masuk.

???????????????????

"Eh, Haris call? " ucap Ariana pelik apabila menyedari beberapa panggilan yang tidak dijawab oleh rakan baiknya. Dia cuba menghubunginya kembali tetapi gagal. Mungkin Haris merisaukan dirinya sekarang.

"Tengok apa tu?" tegur Adi Ashraf ingin tahu. Dia memeluk isterinya dari belakang. Kepala dilentokkan diatas kepala isterinya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang milik Ariana.

"Tak ada apa. Cuma Haris call. Tapi sayang tak perasan." jujur Ariana menerangkan. Dia siap menunjukkan skrin telefonnya pada Adi Ashraf. Adi Ashraf mengangguk kecil.

Dia menarik mereka berdua untuk duduk berehat di sofa ruang tamu. Kepala Ariana diletakkan pada dadanya. Sementara sebelah tangannya memegang pinggang isterinya. Ariana menyelesakan diri dalam pelukan Adi Ashraf. Terasa selamat berada di sisi suaminya itu.

Adi Ashraf teringatkan kata-kata Haris Irfan. Tanpa sedar, tangannya memegang tangan Ariana. Ariana yang perasan dengan tindakan Adi Ashraf memandang wajah suaminya itu.
Tahu ada sesuatu yang menganggu lelaki itu.

"Abang, jangan risau pasal Haris- Oh, Riana lupa." ucap Ariana tiba-tiba apabila teringatkan sesuatu. Baru dia teringat bahawa dia menyuruh Haris Irfan datang mengambilnya hari ini kerana ingatkan dia akan berpisah dengan Adi Ashraf.

"Ha, lupa apa?" tanya Adi Ashraf pelik. Ariana yang kelihatan panik itu membuatkan dia risau. Bunyi loceng rumah mereka dibunyikan menarik perhatian mereka berdua.

"Biar Riana bukakan." ucap Ariana seperti sudah tahu siapa gerangan yang datang melawat mereka berdua. Adi Ashraf mula rasa curiga.

"Tak apa biar abang bukakan." ucap Adi Ashraf pula. Dia segera menuju ke pintu rumah. Ariana mengejar langkah suaminya. Dia belum sempat menjelaskan segalanya. Adi Ashraf sudah membuka pintu rumah mereka menyerlahkan Haris Irfan di hadapan pintu rumah.

Buk!

"Haris!" jerit Ariana apabila melihat Haris Irfan melayangkan penumbuk pada wajah suaminya Adi Ashraf. Haris Irfan menghela nafas lega. Dia tersenyum kepuasan.

"Puas hati aku akhirnya. Riana, tunggu apa lagi? Cepatlah tinggalkan lelaki tak guna ni." ucap Haris Irfan berani. Jelas tak tahu apa yang berlaku pada hubungan Adi Ashraf dan Ariana yang sudah berbaik semula.

Ariana membantu suaminya bangun. Dia memeriksa wajah Adi Ashraf yang sedikit lebam. Bibir suaminya berdarah. Tetapi dia mengelengkan kepala tanda tak mengapa. Haris Irfan tak faham dengan keadaan sekarang ini.

"Haris, ada perkara yang aku kena jelaskan." ucap Ariana kecewa kerana tidak memaklumkan sahabatnya lebih awal. Mereka bertiga duduk di ruang tamu menunggu Ariana menjelaskan keadaannya bersama Adi Ashraf.

Adi Ashraf hanya mengiyakan sahaja kata-kata isterinya. Haris Irfan yang mendengar mula faham apa yang berlaku. Dia terasa sedikit bersalah.

"Adi... Aku nak minta maaf. Aku ingatkan kau betul-betul nak tinggalkan Riana." ucap Haris Irfan bersalah. Apabila dia melihat lebam di wajah lelaki itu, perasaan bersalahnya makin bertambah. Adi Ashraf hanya tersenyum lemah.

"Tak apa, aku faham. Aku layak dapat semua ni lepas apa yang aku dah buat dekat Ariana." ucap Adi Ashraf sambil memandang ke arah isterinya disebelah. Ariana memegang tangan suaminya erat.

Haris Irfan melihat keadaan suami isteri itu tersenyum lega. Nampaknya dia tak perlu risaukan apa-apa lagi. Pandangan Adi Ashraf pada Ariana sudah cukup menjelaskan segala-galanya bahwa dia benar-benar mencintai Ariana Atilia. Kini, dia perlu meminta diri untuk tidak menganggu lagi pasangan suami isteri itu.

"Kalau macam tu, tak apalah. Jangan salahkan diri kau, Adi. Mungkin ini ujian untuk kau orang berdua. Aku pergi dulu. Maaf ganggu kau. Tapi ingat, sekali lagi kau cuba sakitkan Ariana aku takkan minta maaf kalau mata kau lebam sebelah." ucap Haris Irfan berbaur amaran. Adi Ashraf menelan air liur sambil mengangguk.

"Aku gurau jelah. Pergi dulu, Riana, Adi." ucap Haris Irfan melepaskan tawa kecil. Dia melangkah pergi meninggalkan mereka. Pemergiannya dihantar dengan pandangan daripada suami isteri itu.

Usai itu, kedengaran Adi Ashraf melepaskan keluhan. Dia mendesis kesakitan apabila tersentuh bibirnya yang luka.

"Sakit ke? Sini, aku ubatkan." ucap Ariana prihatin. Dia mengambil kotak kecemasan yang disimpan di dapur. Sebungkus kapas dan sebotol antiseptik dikeluarkan. Bibirnya menahan senyuman.

"Apa senyum-senyum? Suka eh tengok abang sakit. Ganas betul Haris tu." rungut Adi Ashraf geram pada Ariana.  Sudahlah sakit tak terhingga dia rasakan apabila ditumbuk oleh Haris Irfan sebentar tadi.

"Mestilah ganas. Haris tu dah macam abang sayang sendiri tau. Dia yang jaga sayang sepanjang Naufal tak ada." cerita Ariana sambil mencuci luka suaminya. Adi Ashraf diam mendengar cerita isterinya.

"Jadi kalau abang berani nak curang dengan sayang, buatlah. Biar Haris datang belasah abang. Padan muka." ucap Ariana separuh bergurau separuh serius. Tanpa sedar, dia tak sengaja mencuci luka suaminya dengan kasar ketika mengatakan perkara itu.

"Ouch!" desis Adi Ashraf kuat. Dia memegang tangan isterinya daripada menyentuh lukanya lagi. Nak bunuh dia ke apa? Ariana baru tersedar segera meminta maaf.

"Sorry..." ucap Ariana serba salah. Dia segera meniup luka suaminya berharap kesakitan yang dirasai itu hilang. Adi Ashraf mengulum senyuman. Dia memandang Ariana lama.

"Sayang..." panggil Adi Ashraf lembut. Ariana mengalihkan perhatiannya kepada suaminya buat seketika sebelum menyambung kerjanya semula.

"Hmmm."  balas Ariana ringkas. Dia masih sibuk merawat luka suaminya itu. Masih rasa bersalah kerana tanpa sengaja menyakiti Adi Ashraf.

"I love you..." ucap Adi Ashraf tanpa ragu-ragu. Dia sudah yakin dengan perasaannya sekarang. Ariana menghentikan tindakannya.

Dia mengukir senyuman pada suaminya. Wajahnya didekatkan pada telinga Adi Ashraf lalu dibisikkan sesuatu.

"I love you more."

Updated!
Sorry for the late update
Anyway, thanks for those yang comments!
It means a lotttt for me
*lap air mata kegembiraan*

Stay tune
Enjoy reading!
Don't forget to vote
And leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience