Bab 3

Romance Completed 101936

Bab 3
KERETA Aston Martin DB9 berwarna putih metalik diparkir di hadapan lobi hotel. Seorang lelaki yang segak dengan suit kerja pada tubuhnya keluar dari kereta dengan bergaya sekali. Kot di tubuhnya dibetulkan sebelum masuk ke dalam bangunan yang dikenali sebagai Hotel Golden East. Perwatakannya yang menarik membuatkan semua orang tertoleh-toleh memandang ke arahnya.

“Selamat pagi, Tuan Megat!” Seorang lelaki yang bernama Daniel Chan lengkap dengan suit kerja datang menegur. Dia dan beberapa staf hotel mengikut lelaki segak tadi dari belakang.

“Check semula tingkap bahagian depan.” Arah lelaki itu kepada Daniel Chan yang merupakan Pengurus Eksekutif hotel tersebut sambil berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Pengurus Eksekutif tersebut menganggukkan kepalanya seraya mencatat apa yang telah dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya atau sering dipanggil, CEOnya tadi.

Lelaki yang berpakaian segak dan berwajah kacak itu tiba-tiba berhenti di hadapan kafe. Lama dia memandang seorang wanita dan dua orang kanak-kanak di sampingnya. Mereka kelihatan sungguh gembira dapat menikmati makanan di meja hotel itu. Sesekali ada senyuman kecil terbit di bibir lelaki kacak itu.

“Tuan, mereka dah seminggu di hotel ini. Tapi….”

“Biarkan. Saya nak semua orang layan dia sebaik mungkin.”

Pengurus Eksekutif itu menganggukkan kepalanya dan menundukkan kepalanya. Lelaki itu segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke bilik pejabatnya yang berada di tingkat atas sekali.

Tiba saja di tingkat atas, lelaki kacak itu mendapati bahawa ada seorang perempuan sedang berpeluk tubuh membelakanginya. Berbaju lengan panjang dan skirt paras betis membuatkan lelaki kacak itu sedikit curiga dengan kedatangannya. Sebelum ini ada saja perempuan yang datang ke pejabatnya tetapi tak ada yang berpakaian senonoh seperti perempuan ini.

Tanpa menegur sepatah, lelaki yang bernama Megat Naail Syafiq itu, segera membuka pintu bilik pejabatnya dan terus masuk tanpa mempedulikan perempuan itu. Kot ditubuhnya ditanggal dan digantung di tempat yang telah disediakan. Lengan kemeja berwarna merah dilipat hingga ke siku. Belum sempat dia hendak duduk di tempatnya, pintu diketuk dari luar.

“Masuk.” Arahnya seraya duduk di kerusi kerjanya. Setiausahanya masuk dengan fail di tangan.

“Maaf Tuan, ada seseorang nak berjumpa dengan Tuan. Dan ini failnya.” Setiausahanya yang bernama Mohd Afiq meletakkan semua fail di atas meja.

“Panggil dia masuk bilik saya.” Arah Megat lalu membuka fail yang berada di atas meja.

“Hello!” Suara perempuan itu kuat menyapa apabila masuk saja ke dalam bilik itu tanpa dipanggil terlebih dahulu. Terhenti pergerakan Megat hendak meneruskan kerjanya. Laju saja dia mengalihkan pandangan ke arah perempuan itu.

“Hey, Megat!” Perempuan itu tersenyum lebar menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya yang menambahkan lagi kecantikan pada raut wajahnya. Megat tersenyum lebar lalu bangun dan mendekati perempuan itu. Tanpa sebarang kata, perempuan itu memeluk erat tubuh Megat. Megat yang masih terkejut, hanya membiarkan tubuhnya dipeluk oleh wanita yang berwajah English itu.

“Bila you sampai ni Sansha?” Megat bertanya seraya meleraikan pelukan Sansha di tubuhnya.

“Semalam. I datang sini sebab ada event. Dah alang-alang I tahu you punya hotel, I datanglah.” Sansha masih tidak lekang dengan senyuman di bibirnya. Gembira sungguh dia dapat bertemu dengan kawan lamanya. Sudah 3 tahun mereka tidak berjumpa. Hanya laman sosial yang menjadi penghubung mereka.

“Oh… You dah makan?”

Sansha menggelengkan kepalanya.

“Okay, let’s go. Lepas kita makan, I bawa you jalan-jalan sekitar hotel ni.”

Sansha tergelak dan menunjukkan isyarat ‘bagus’ ke arah Megat.

“I TRAVEL je sekarang.” Sansha tersenyum sambil memetik bunga orkid putih di taman bunga yang terletak di bahagian belakang hotel tersebut.

“You jangan petik bunga tu!” Megat menepuk lembut lengan Sansha. Sansha tergelak kuat seraya menjelirkan lidahnya ke arah Megat. Megat tergelak kecil melihat telatah Sansha yang comel di matanya.

“No wonderlah dalam Fac ada banyak gambar you di merata-rata tempat.”

Sansha mengangguk laju.

“Sejak you jadi CEO ni susah sangat nak tengok you online. I nak ajak you pergi travel dengan I sekali-sekala.” Sansha bernada merajuk.

“I busy sekarang ni Sha. Boyfriend you mana?”

Sansha mengubah riak mukanya menjadi sedih. Kelopak bunga orkid diceraikan satu per satu. Dia menghembuskan nafas yang panjang dan lemah.

“I dah putus.” Lemah saja suaranya berkata-kata.

“Putus? Sebab apa?” Megat menarik lengan Sansha menuju ke kerusi yang terletak di taman bunga tersebut.

“Dia ada someone else.” Suara terus bertukar sebak. Air matanya jatuh di hadapan Megat setelah sekian lama dia bertahan untuk tidak menangisi keputusannya untuk putus dengan teman lelakinya itu. Sungguh dia masih sayangkan lelaki itu!

“Shh… Janganlah menangis Sha. You will meet someone better. Sabar okey.” Megat memeluk lembut bahu Sansha.

“I sayangkan dia Megat. Why dia buat I macam ni?” Sansha bertanya seraya memeluk erat tubuh Megat sekali lagi.

Megat terdiam di tempat duduknya. Pelukan Sansha di tubuhnya membuatkan dia berasa sesak. Tak pernah-pernah kawan perempuannya ini berani menyentuhnya sebelum ini. Kenapa pula dia semakin berani? Megat menepuk lembut belakang Sansha setelah sekian lama Sansha menangis di dalam pelukannya.

Dari jauh Megat tiba-tiba ternampak sepasang mata sedang memandang tajam ke arahnya. Dia sangat mengenali perempuan itu dan serentak itu dia meleraikan pelukan Sansha di tubuhnya. Sansha yang masih terpinga-pinga dibuat seperti itu berhenti menangis secara automatik.

“I’m sorry. I have to go now.” Megat terus meninggalkan Sansha di situ dan berlari mengejar perempuan yang sedang memerhatikannya sebentar tadi.

Sansha mengeluh perlahan di tempatnya. Dia mengeluarkan tisu di dalam begnya dan air matanya dilap dengan tisu tersebut.

“Wait!”

Automatik perempuan itu berhenti berjalan. Dia memusingkan badannya berhadapan dengan Megat.

“Dia kawan… Lama… Naail je.” Termengah-mengah Megat bercakap kepada perempuan itu. Perempuan itu hanya memandang kosong wajah Megat sebelum bercakap.

“It’s up to you. Naail dah besar, dah tahu mana baik dan buruk. Tapi akak nak pesan satu je. Akak tak suka Naail buat macam tu. Bila Naail dah kahwin, peluklah isteri tu puas-puas.” Perempuan yang berpakaian moden dan bertudung itu segera berjalan meninggalkan Megat yang masih berdiri tegak melihat perempuan itu hilang daripada pandangannya.

Megat menghembuskan nafas berat. Dia menundukkan kepalanya dan rasa bersalah bersarang di dalam hatinya.

“Megat, I’m really sorry. I bukan sengaja nak peluk you. Tapi, I dah anggap you sebagai abang I. I minta maaf banyak-banyak.” Suara Sansha di sebelahnya membuatkan Megat terkejut seketika.

“It’s okay. Hmm… Sansha, I ada kerja nak buat. If you nak bermalam dekat hotel I, you beri tahu receptionist dekat lobi tu you bermalam under nama I. I give you hundred percent discount. Okay, I have to go now. Bye.” Megat terus berjalan meninggalkan Sansha selepas selesai bercakap.

Sansha mengangguk perlahan kepalanya apabila melihat Megat seperti tergesa-gesa meninggalkannya. Dia terus berjalan mendekati receptionist yang berada di kaunter lobi. Sedikit sebanyak hatinya terusik apabila Megat berpelakuan seperti itu. Sebelum ini, Megat sering mendengar dan menasihatnya. Tetapi kali ini dia seperti mengelak daripadanya.

SEJAK tadi Megat termenung jauh di meja kerjanya dan langsung tidak teringat kerja yang sudah ada di depan mata. Jauh di sudut hatinya, dia memang berasa terusik dengan kata-kata kakak itu dan dia tahu itu salahnya. Membiarkan dirinya terjerumus ke kancah maksiat. Tetapi, mengapa Sansha bertindak begitu? Megat mengeluh perlahan.

Dahulu, memang dia sukakan Sansha disebabkan wajahnya cantik dan tubuh badannya yang seksi. Tetapi itu hanyalah cerita lama. Sejak Sansha bercinta dengan Ryan, Megat mula menutup hatinya untuk menerima Sansha dan itu berlarutan sehingga semua perempuan yang meminatinya tidak pernah dilayan. Selepas belajar, dia terus bekerja menggantikan papanya di tanah air Malaysia sehingga kini.

Peristiwa lama bermain di dalam fikirannya.

“Hai, Megat.” Sansha menegur Megat dengan senyuman cantik di bibirnya. Megat yang baru sahaja keluar dari bilik stor sukan terkejut apabila ditegur oleh gadis yang disukainya itu. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.

“Hai.” Megat berdiri menghadap Sansha sambil memegang raket tenis.

“You nak main tenis ke?” Sansha bertanya dengan nada yang lembut.

“As you can see. Ryan ajak I join dia.”

“Ryan? Oh… Ermm, by the way I nak cakap sesuatu dengan you.” Sansha memandang tepat mata Megat.

“What is it?”

“I sebenarnya suka dekat….” Sansha menggigit tepi bibirnya. Hatinya tiba-tiba menjadi gementar. Megat pula bertambah curiga dan perasaan ingin tahunya kian membuak-buak.

“Dekat?” Megat mengangkat kening. Dalam hatinya sudah kembang setaman. Akhirnya, saat yang ditunggu akan tiba!

“I… dah jatuh cinta dengan Ryan.” Sansha tersipu malu. Dia menundukkan wajahnya memandang ke lantai.

Megat terdiam. Dia memandang Sansha dengan pandangan yang kosong.

“You dengar tak ni?” Sansha memegang lembut lengan Megat.

“Err… Ye, I dengar. So, you nak minta tolong I bagitahu Ryan?”

“You nak tolong I? Seriously? Awhh, thank you Megat! You are my best friend forever!” Sansha mengangkat ibu jarinya di hadapan Megat. Selepas itu dia terus berlari meninggalkan Megat dengan senyuman yang lebar hingga ke telinga.

Megat menghembuskan nafas yang berat. Setiap kali dia teringatkan hal itu pasti hatinya sakit. Walaupun dia sudah lama reda dengan pilihan Sansha, hatinya tetap sakit apabila secara terang-terangan dia ditolak begitu.

“I tengok Ryan tu penuh dengan karisma. He’s very gentle and protective. I really like him. Megat, you know what, sejak pertama kali I nampak dia, I jadi tak tentu arah!”

Megat masih teringatkan kata-kata Sansha semasa mereka menjadi pelajar di University of Oxford. Sejak itu hatinya tertutup untuk menerima Sansha. Setiap pujian yang keluar daripada mulut Sansha buat Ryan membuatkan hatinya semakin sakit. Mujurlah dia jenis yang senang melupakan, kalau tidak sudah lama dia dan Sansha putus kawan.

Tok tok tok!

Ketukan di pintu membuatkan Megat tersedar kembali ke alam realiti. Dia menyelak fail yang berada di hadapannya dan membetulkan beberapa fail di atas meja.

“Masuk!” Arah Megat dari dalam bilik.

Pintu dibuka.

“Tuan, Tengku Raziqah Insyirah hendak berjumpa.” Suara setiausahanya membuatkan Megat mengangkat muka. Tengku Raziqah Insyirah? Tak pernah dengar pula nama itu selama ini.

“Suruh dia masuk.”

Afiq menganggukkan kepalanya. Entah siapa pula Tengku Raziqah Insyirah ini. Tanpa berlengah lagi dia memanggil perempuan itu masuk ke dalam bilik. Tengku Raziqah Insyirah hanya menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam bilik.

“Assalamualaikum.” Sapa Tengku Raziqah dengan nada yang lembut.

“Waalaikumussalam. Ya, silakan duduk Tengku.” Megat mempersilakan Tengku Raziqah duduk di kerusi di hadapannya.

“Maaf kalau saya mengganggu. Saya datang hari ni sebab nak berbincang tentang tempahan hotel selama seminggu. Kalau boleh, saya nak harga berpatutan.” Yakin sekali muka Tengku Raziqah mengeluarkan kata-kata.

Megat mengangguk sambil tersenyum.

MEGAT menutup laptopnya. Tengkuknya dipicit perlahan. Perlahan saja dia bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke sofa dan berbaring di situ. Sekeping portrait gambar yang terletak di atas meja menggamit perhatian Megat.

‘Siapa pula yang tinggalkan gambar ni?’ Terdetik hatinya. Tangannya dipanjangkan mengambil gambar tersebut.

Kening Megat berkerut. Seorang perempuan tersenyum comel di dalam portrait gambar tersebut membuatkan dia berteka-teki dalam fikirannya. Tengku Raziqah Insyirah saja yang bertemu dengannya pagi tadi. Milik Tengku Raziqah ke? Takkanlah dia setembam ini dahulu?

Megat meneliti di bahagian belakang gambar. Di situ tertulis Aulia Alina Afisya dengan tulisan berangkai. Jadi, perempuan ini bukan Tengku Raziqah rupanya. Megat memandang kosong wajah perempuan di dalam portrait itu.

‘Ah! Esok sajalah aku suruh Afiq pulangkan kepada tuannya.’ Megat meletakkan portrait gambar itu di dalam poket seluarnya. Matanya dipejam dan fikirannya cuba dikosongkan. Akhirnya dia terlelap di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience