BAB 3

Horror & Thriller Completed 7342

Dipendekkan cerita, hari-hari berikutnya saya dan isteri saya mula bekerja di pejabat tersebut. Anak-anak di rumah biasanya kakak ipar saya yang jaga. Sebab kakak ipar hanya tinggal di sebelah rumah. Kebetulan kakak ipar adalah surirumah sepenuh masa.

Sudah satu tahun lebih kami bekerja di pejabat tersebut. Dan sepanjang kami bekerja di sana, sebenarnya tersangat banyak gangguan yang kami lalui. Kami ni sebenarnya selalu jugak la pulang lewat malam. Taklah lewat sangat, biasanya paling lewat, pukul 10 malam.

Pada satu malam tu, kami pernah kena ganggu ketika tengah menunggu lif.

Waktu tu kami pulang pukul 10 malam, ketika kami sedang tunggu lif sampai, saya terdengar seakan-akan ada seseorang di belakang saya sedang berlari sangat laju. Kedengaran seperti dia berlari dari jauh dan menuju ke arah belakang saya.

Sangat laju, apabila bunyi larian itu sampai di belakang saya, saya terkejut dan terus berpaling ke belakang. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat langsung tak ada apa-apa di belakang saya.

Isteri saya pun tegur saya,

"Kenapa ni bang?"

Saya balas,

"Awak tak dengar ke tadi ada orang berlari?"

Isteri balas,

"Ishh mengarutlah awak, saya tak dengar pun.”

Memang sah saya dah terkena gangguan!

Tapi saya diamkan lagi. Tidak mahu emosi isteri saya terpengaruh dengan perkara ini. Saya pun tidak mahu dia bekerja dalam keadaan ketakutan. Satu lagi saya fikir gangguan in hanya kecil dan tak mungkin akan memberikan impak besar pada saya dan isteri apatah lagi kerja kami di pejabat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience