BAB 2

Drama Completed 291

Sebagai contoh, proses pendigitalan bahan-bahan perpustakaan seperti manuskrip dan sebagainya.

Mahunya tidak susah aku katakan.

Mencabar, tetapi bagiku, hal ini menyeronokkan.

Jadi, memang patutlah pensyarahku menyatakan kerjaya selaku pustakawan bukannya mudah.

Rupa-rupanya pustakawan, seperti aku harus tahu banyak perkara, malahan sekecil-kecil perkara seperti arah jalan ke tandas.

Kelakar, bukan?

Opss…melalut sudah aku bercerita tentang skop kerjayaku.

Kali ini aku ingin bercerita tentang pengalamanku yang boleh dianggap seram dan juga misteri.

Semuanya bermula apabila pengurusan tertinggi tempat kerjaku menjalinkan usahasama dalam menjalankan satu projek dengan sebuah jabatan hospital terkemuka tanah air.

Sudah pastinya, aku turut terlibat sama dalam projek itu.

Projek itu melibatkan beberapa aktiviti, dan salah satunya ialah bibliotherapy.

Aku ini bolehlah dikatakan penyayang pada kanak-kanak.

Ditambah pula dengan sikap periangku yang kadangkala orang lain tafsirkan sebagai keanak-anakan.

Itu tidak menjadi hal buatku, asalkan aku gembira menjadi diriku sendiri dan melakukan apa yang aku sukai.

Begitu juga denganbibliotherapy yang bakal kujalani.

Akan kulakukan dengan sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience