BAB 17

Horror & Thriller Completed 9981

-11.45 malam-

Tsukiko dan Yukiko melarikan diri mengikut jalan belakang. Suix dan Yohan telah dibunuh oleh mereka. Mereka menggunakan pintu belakang untuk melarikan diri.

"Macam mana kakak boleh salah matlumat pula?" tanya Yukiko sedikit berang.

"Nama dia memang Yohan, tapi macam akak pernah lihat dia," kata Tsukiko sambil berlari.

Mereka berdua berhenti di dalam hutan untuk tempoh yang sedikit lama. Mereka perlu berehat sebentar.

"Apa maksud akak? Akak pernah jumpa?" tanya Yukiko.

Tsukiko membuka handphonenya dan mengakses berkaitan pembunuhan tersebut.

"Nama penuh...Nama penuh.." bisik Tsukiko.

Yukiko pelik dengar perangai kakaknya itu.

"Dah jumpa!" jerit Tsukiko sebelum membacakan namanya.

"Hazaki Yohan,"

"Hazaki Yohan? Tapi nama penuh lelaki tadi Yohan Furuji," kata Yukiko.

"Kita salah mangsa,"

Tsukiko cuba mengingati sesiapa yang bernama Yohan dan Hazaki.

"Kawan aku ada kata, mungkin pembunuh Chenta pernah menjadi polis,"

Tsukiko terkejut mendengarnya. Polis? Ya polis. Ada seseorang yang bernama demikian. Ya, kini baru dia teringat!

"Hazaki...Dia rupanya," Tsukiko
mengingati inspektor tersebut berdasarkan tag namanya.

"Siapa?" tanya Yukiko.

"Polis yang siasat rumah akak dulu,"

"Adik pun kena siasat. Nama dia Joan,"

"Sekarang kita sudah tahu target kita. Ya, muka dia memang sama dalam gambar ni," kata Tsukiko.

"Tak syak lagi,"

"Tapi kita sedang diburu polis sekarang. Macam mana nak bunuh dia? Dia sudah menjadi polis," kata Yukiko.

"Kita akan gunakan semua jenis pisau yang kita ada," kata Tsukiko.

"Apa kata kita balik ke rumah aku dulu? Kita ambil semua barangan yang penting," cadang Yukiko.

Tsukiko bersetuju. Mereka perlu cepat kerana pihak polis akan menyerbu rumah Yukiko juga!

*****

"Hello bos?" tanya Hazaki di telefon.

"Hazaki, ada pembunuhan di dalam hutan, mayat bernama Galco. Tak pergi check ke?" marah bosnya.

"Maaf bos. Baru tadi saya nak tangkap pembunuh durjana tadi. Terlepas pula," kata Hazaki sambil tergelak kecil.

"Ini bukan lawak ye Hazaki. Saya bagi peluang sampai esok je untuk awak tangkap dia. Kalau tak, aku sumbat kau dalam penjara semula," bosnya mengugut.

Bos, atau nama sebenarnya Mogore, satu-satunya orang yang tahu tentang siapa Hazaki sebenarnya. Ya, dia tahu segala rahsia Hazaki.

"Baiklah, maaf bos," kata Hazaki dengan nada perlahan.

Joan mendengar perbualan mereka sebentar tadi. Nampaknya ada sesuatu diantara Mogore dan Hazaki!

*****

"Cepat ambil barang yang penting," arah Tsukiko. Rumah ini sudah tidak selamat untuk diduduki.

Yukiko mengambil topeng Tokyo Ghoulnya dan beberapa bilah pisau. Disimpannya semua barang di dalam beg galasnya.

"Esok kita kena serang Hazaki. Lagi lama kita tangguh, lagi senang kita ditangkap," pesan Tsukiko.

Mereka keluar daripada rumah Yukiko dengan segera. Berlari menuju ke hutan semula. Di mana nyawa Galco telah dicabut di situ.

Mereka berdua tidur di dalam hutan. Badan mereka diselimuti dan dialas dengan bantal yang kecil.

"Yukiko, tidur dah ke?" tanya Tsukiko yang tak boleh tidur lagi.

"Belum, kenapa?" tanya Yukiko.

"3 tahun kita berenggang, tapi hari ini kita rapat semula," Tsukiko memulakan bicara.

Yukiko mendiamkan diri. Hanya mendengar.

"Tak sangka kita dapat baring macam ini bersama-sama sejak sekian lama walaupun bukan dalam rumah,"

Yukiko masih lagi diam.

"Akak cuma nak cakap, akak sayangkan adik walauapa pun yang berlaku. Akak minta maaf selama ni kalau ada buat adik marah,"

"Hmm," kata Yukiko.

"Mungkin ini kali terakhir kita dapat baring macam ni sama-sama. Thank you so much," Tsukiko mula sebak.

"Dahlah kak, tidurlah. Esok kita ada tugas yang lebih berat," pesan Yukiko.

"Hmm, yala. Good night," kata Tsukiko.

"Good night,"

Masing-masing mula senyap. Namun begitu, jauh disudut hati Yukiko, dia juga amat merinduinya kakaknya dan menyayanginya. Sifat ego dalam dirinya telah menyebabkan dia terlepas untuk membina memori bersama kakaknya sepanjang 3 tahun ini.

"Adik sayang akak juga," bisik Yukiko.

Mata mereka terpejam 30 minit kemudian.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience