48

Romance Series 93217

Sebaik sahaja majlis tahlil arwah Ramona tamat, Aayra dan Harraz masing - masing meminta diri untuk pulang. Lagi pula mereka sudah berada di sini sejak dari tengah hari tadi lagi. Kedua - duanya sudah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Terutamanya Aayra. Sejak siang tadi, air matanya langsung tidak henti - henti mengalir. Puas Harraz memujuk, namun Aayra masih tetap jua menangis. Adakalanya dia akan termenung sendirian dan apabila ditanya, Aayra akan mengelak dari menjawab soalannya. Harraz akur. Dia tidak boleh terlalu memaksa Aayra di dalam keadaan seperti ini. Emosi isterinya masih belum stabil apatah lagi yang meninggal itu merupakan teman baiknya sendiri.

Aayra sudah berura - ura untuk mengatur langkah menuju ke keretanya. Namun belum sempat kakinya melangkah, namanya dilaung Ezmal. Aayra dan Harraz sama - sama menoleh ke belakang. Kelihatan Ezmal sedang berlari - lari anak menuju ke arah mereka. Di tangan lelaki itu terdapat sepucuk sampul surat berwarna putih.

“Boleh aku amik masa korang berdua kejap?" Soal Ezmal dengan raut wajah yang sayu.

“Ada apa hal, bro?" Soal Harraz pula.

“Sebenarnya arwah Ramona ada amanatkan sesuatu kepada kita sebelum dia meninggal dunia. Arwah minta kita bacakan apa yang ditulisnya ini dihadapan semua orang. Jadi aku rasa inilah masa yang sesuai untuk kita bacakan amanat ini." Ujar Ezmal sambil menunjukkan sampul surat yang berada di tangannya.

Aayra dan Harraz saling berpandangan. Akhirnya mereka mengangguk setuju sebelum kembali semula ke villa mewah itu. Harraz memaut bahu Aayra kejap. Dia tahu Aayra sudah benar - benar keletihan. Namun demi sebuah amanat, digagahkan jua diri untuk melangkah pergi.

Setelah memastikan semua ahli keluarganya berada di situ, Ezmal segera menghulurkan sampul surat itu kepada Aayra. Aayra memandang Ezmal dengan wajah yang bingung.

“Arwah Ramona nak awak yang bacakan isi surat ini." Jelas Ezmal dengan wajah yang tenang.

Aayra menyambut sampul surat itu perlahan. Jantungnya berdegup kencang manakala hatinya pula berdebar - debar. Entah mengapa dia berasa sedikit cemas untuk membuka sampul surat itu. Jari jemarinya kelihatan agak mengeletar. Bersama helaan nafas yang panjang, Aayra memberanikan diri membuka surat itu lalu mukadimah surat itu dibaca perlahan.


**********

Assalamualaikum w.b.t..

Maafkan Mona andainya kehadiran surat ini menganggu kalian semua. Surat ini ditulis bukanlah dgn tujuan utk meraih simpati sesiapa. Namun ianya lebih kpd menyampaikan segala hasrat yg terpendam di hati ini selama ini.
Saat surat ini dibaca, ketahuilah bahawasanya Mona sudah pergi buat selama - lamanya. Namun usahlah kalian semua bersedih hati mahupun berduka. Kerana semua diantara kita sudah ditetapkan olehNya bahawa yg hidup pasti akan mati jua. Cuma bagaimana cara kita pergi menghadapNya, hanya DIA sahaja yg Maha Mengetahui. Bagi Mona sendiri, amatlah Mona bersyukur krn diberi peluang utk bertaubat walaupun masanya agak singkat. Dan ucapan terima kasih itu haruslah Mona kreditkan kpd Aayra krn Aayra lah yg byk membimbing dan beri tunjuk ajar kpd Mona selama ini. Thank you so much Aayra.

Aayra,
Maafkan sy andainya permintaan sy utk awk bacakan amanat ini agak membebankan awk. Namun bg sy, awk adalah harapan sy, kekuatan sy dan awk juga adalah teman terbaik sy. Walau bagaimana pun jutaan terima kasih sy ucapkan kpd awk di atas segala pengorbanan yg telah awk lakukan demi menjaga sy selama ini. Semoga segala kebaikan yg awk lakukan itu akan dikurniakan ganjaran yg melimpah ruah dariNya.

Aayra,
Sebelum mata ini ditutup rapat, izinkan sy menyuarakan tentang hasrat terakhir sy utk awk. Mungkin permintaan ini agak berat buat awk. Namun sy yakin hanya awk shj yg mampu melaksanakannya dgn baik dan sempurna. Tentu awk tertanya - tanya apakah permintaan yg sy maksudkan itu kan? Sejujurnya ianya adalah mengenai status anak yg bakal sy lahirkan ini. Seandainya takdir telah menjemput sy pergi saat melahirkan bayi ini, bantulah sy menyambut kelahiran bayi ini dgn hati yg terbuka. Kasihilah bayi ini spt mana awk mengasihi kedua bayi kembar awk. Didiklah bayi ini dgn ilmu agama yg secukupnya agar kehidupannya tidak terabai kelak. Sy yakin awk tidak akan menghampakan permintaan sy ini. Maafkan sy jika permintaan ini gak keterlaluan. Namun hanya awklah yg menjadi tunggak harapan sy buat masa ini. Diharapkan dgn pengorbanan yg awk lakukan ini, Allah sentiasa melimpahi rezeki yg melimpah ruah buat awk sekeluarga.

Buat Ezmal yg dikasihi,
Terima kasih utk segala - galanya. Terima kasih utk kesempatan terkahir yg telah you berikan kpd I di saat - saat akhir ini. Sesungguhnya segala jasa dan budi baik you utk tempoh yg singkat ini cukup bermakna buat I. You'll never forget, sayang. Sejujurnya hingga ke saat ini pun, I masih tetap menyintai you walaupun I tahu I bkn wanita yg terbaik utk you. You deserve to get a better one, Ezmal. Doa I semoga you akan menemui dgn kebahagiaan you yg tersendiri selepas ini. Please take care of yourself. Be happy and positive always. In Shaa Allah, you'll find your true happiness. I will pray for the best for you. Once against. Thank you so much for everything that you've done to me.

Utk dad & mom,
Terima kasih krn sudi membesarkan Mona dgn penuh kasih syg. Terima kasih krn sudi menjadi pengganti kpd kedua ibu bapa Mona setelah Mona kehilangan mereka buat selama - lamanya. Maafkan Mona krn tidak mampu menjadi anak yg baik seperti mana anak - anak dad & mom yg lain. Dan maafkan Mona jg krn telah menjatuhkan air muka dad & mom dgn kejadian yg tidak diingini ini. Sejujurnya Mona sgt2 berdosa kpd dad & mom. Semoga dad & mom sudi mengampunkan segala kesilapan Mona selama ini. Mona doakan semoga Allah sentiasa melimpahi rahmatNya buat dad & mom utk selama - lamanya.

Kak Nadira,
Mungkin antara kita tidak banyak cerita yg boleh dikongsikan bersama. Mona sedar betapa selama ini Kak Nadira agk kurang selesa dgn Mona. Tambahan pula Mona jarang bersikap baik dgn Kak Nadira walaupun Kak Nadira jarang ganggu Mona. Namun begitu, percayalah. Mona tetap menyayangi Kak Nadira seperti kakak Mona sendiri. Sejujurnya Mona sangat mengagumi Kak Nadira. Cuma kita tidak pernah berpeluang utk berbual bersama - sama spt yang lain. Mona harap dgn pemergian Mona ini, tiada lagi kebencian di hati Kak Nadira buat Mona. Mona doakan semoga Kak Nadira dan suami akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.

And last but not least, for Yasir. Ketahuilah bahawa I sudah lama memaafkan segala apa yg terjadi di antara kita berdua sebelum ini. I tidak meletakkan kesalahan ini sepenuhnya di bahu you krn I sedar sedikit sebanyak kesilapan ini datangnya dari diri I juga. I salah. Salah dalam membuat sebuah percaturan hidup. Namun semuanya sudah terjadi. Tiada guna lagi utk kita sesali semua itu. Let's bygone be bygone. Apa yg penting, kita harus kembali ke jalan yg benar. I doakan semoga you juga diberikan hidayah spt mana Allah memberikan hidayahNya buat I. Masih belum terlambat utk kita semua kembali ke jlnNya. Take care Yasir. May Allah always bless you.

Akhir kata, sambutlah salam sayang dr Mona buat semua. Doakan semoga roh Mona kelak dicucuri rahmat Allah. Semoga kalian juga dilimpahi rahmat Allah yg berpanjangan. Amin, Aminn, Amin Ya Rabbal Al - Amin.


**********

Betapa warkah terakhir yang ditinggalkan Ramona itu benar - benar mengundang esak tangis semua yang berada di situ. Masing - masing dilihat begitu sebak melayani perasaan masing - masing. Aayra juga tidak terkecuali. Dia segera membenamkan wajahnya di dada Harraz lalu tangisannya dilepaskan semahu - mahunya.

Yasir meraup wajahnya berkali - kali. Entah mengapa kali ini air matanya tidak dapat dikawal. Mendengarkan ucapan Ramona di
dalam surat itu tadi benar - benar mengundang penyesalannya. Betapa kejamnya layanannya terhadap Ramona selama ini walhal mereka sama - sama melakukan kesalahan itu. Malah lebih keji lagi, maruah Ramona juga rosak di tangannya sendiri. Dia yang mengajar Ramona menjadi seperti itu sehingga wanita itu lupa asal usulnya. Betapa hinanya dirinya dirasakan. Akhirnya Yasir segera berlalu dari situ. Dia tidak kuat untuk terus menyaksikan kesedihan itu. Biarlah dia dengan dunianya sendiri.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-01-20 20:09:53 

sedihnya x baca part ni sedar air mata meleleh.


NovelPlus Premium

The best ads free experience