DIA 38

Romance Completed 131781

Beberapa hari kemudian...

Hazzar menghentikan keretanya apabila tiba di hadapan rumah. Mata dikecilkan untuk melihat siapa yang berada di depan pagar rumah. Hazzar keluar dari perut kereta.

Seorang lelaki duduk di hadapan kereta. Lelaki itu melihat ke tempat pemandu sebelum kembali memandang Hazzar.

"Sorang je ke bro? Hanis mana?" Soalnya selamba.

"Apa urusan kau cari dia?" Soal Hazzar kembali.

Langkah diatur mendekatinya.

"Kau tak payahlah sibuk aku nak jumpa dia. Kau pahal!?" Marah Kamal.

"Masalahnya, dia tinggal dalam rumah ni. Rumah aku. Jadi, kalau kau nak berurusan dengan dia maksudnya kau berurusan dengan aku."

"Wow... Okay. Aku Kamal, boyfriend Hanis. Kau siapa?" Soalnya seolah-olah tidak tahu.

"Aku Hazz, laki dia."

Kamal mengangguk faham tapi reaksinya nampak tenang. Tak terkejut tak apa.

"Berjaya jugak dia buat apa yang aku suruh ye? Cuma, salah orang." Kamal ketawa kecil.

"Buat apa? Kau suruh dia buat apa?" Hazzar perlahan-lahan masuk ke dalam perangkap Kamal.

"Agak-agaklah nak suruh aku cerita dekat luar ni. Panas do! Kau tak nak... Ajak aku masuk. Dekat luar, banyak orang tengok, dengar."

Hazzar memandang wajah Kamal lama. Hrumm...

---

Kereta Hanis masuk ke dalam perkarangan rumah. Rumah nampak, normal saja. Tidak ada apa-apa yang mencurigakan.

Tombol pintu dipulas dan kaki mula melangkah masuk. Hanis lihat dia tas meja, penuh dengan sampah, arak dan keropok.

Hanis memalingkan wajahnya ke kiri ke kanan mencari suaminya.

"Abang?" Panggilnya perlahan.

Hazzar tiba-tiba muncul di hadapan pintu dapur. Dengan bajunya yang sudah basah dengan arak. Wajahnya serius, langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun.

"Siapa dia?"

"Dia tu siapa?" Soal Hanis kembali.

"Kamal." Jawab Hazzar sepatah.

"Kamal mana pulak ni? Kawan abang ke apa?" Hanis sudah bingung.

"Kau ni kan... Aku baru cuba nak percayakan kau, kau dah buat aku hilang rasa nak percayakan kau tu." Marah Hazzar.

Hanis masih bingung. Apa tengah jadi sekarang ni?

"Boleh tak kalau abang cerita dekat Hanis apa sebenarnya yang terjadi. Hanis... Hanis bingung. Siapa Kamal?" Boleh gila Hanis kalau macam ni.

"Kamal boyfriend kau lah si*l!"

"Boyfriend? Hanis mana ada boyfriend, Hanis dah ada suami buat apa nak tergedik nak ada boyfriend pula?"

Hanis menggaru kepalanya.

"Yelah tu. Kau ingat aku bod*h!? Hey!" Hazzar bergerak mendekati Hanis. Jari telunjuknya diangkat dan menunjuk ke arah Hanis.

"Si Kamal tu upah kau untuk kahwin dengan Ikram tapi kau pilih aku kan!? Ini bermakna, memang kau sengaja nak perangkap kita berdua masa dekat hotel kan?" Hanis diam.

"Cakap jelah yang kau ni pelacur! Gilakan harta! Kau ni, perempuan berhati busuk berselindung di sebalik hijab kau ni! Hei baik kau buka jelah perempuan!"

Pap!

Hanis menampar wajah Hazzar dengan kuat. Tak habis-habis nak tuduh benda yang tak sepatutnya.

"Boleh tak kalau... Kalau abang nak marah ke nak mengamuk ke, abang tanya kedua-dua belah pihak. Ni abang dengar dari sebelah pihak je." Marah Hanis dengan nada perlahan.

"Kau tampar aku? Kau tahukan kalau kau pukul su- "

"Isteri derhaka? Habis abang tu apa? Suami zalim!? Abang... Please stop dengan perangai kebudak-budakan abang ni! Abang boleh je tanya Hanis kan? Abang..."

Hazzar memandang wajah Hanis.

"Teruk sangat ke Hanis di mata abang, keluarga abang dan... Semua orang?" Soalnya perlahan.

"Hanya kerana sesuatu yang Hanis tak buat, semua orang buang Hanis. Benci Hanis. Semua yang Hanis cakap semua tak dipercaya. Yang orang lain cakap, abang percaya pula. Siapa isteri abang sebenarnya ni?" Perlahan sahaja suara Hanis semasa mengungkapkan kata-katanya.

Hazzar tidak membalas.

"Kau... Nyanyuk ke apa? Kan aku cakap, kau bukan isteri aku. Kenapa kau masih nak tanya siapa isteri aku."

Hazzar membongkok sedikit untuk memandang tepat ke wajah Hanis.

"Aku tak ada isteri dan kau, takkan pernah sesekali dapat gelaran isteri Hazzar Iskandar. Sebab apa? Sebab kau tak layak. Perempuan macam kau, tak rugi pun kalau aku buang."

Hazzar kembali menegakkan badannya dan melangkah meninggalkan Hanis. Tiba-tiba Hanis memegang tangannya. Hazzar terkejut dan menoleh.

"Habis tu, kenapa masih simpan Hanis? Kenapa masih simpan Hanis dalam rumah ni? Untuk apa, untuk seksa Hanis ke?"

"Aku memang tak perlukan kau, tapi rumah ni perlukan pembantu rumah, kau." Ujarnya selamba.

Hanis melepaskan pegangan tangannya. Dia biarkan sahaja Hazzar keluar dari rumah. Hanis menghenyak punggung di atas sofa. Keluhan dilepaskan.

"Macam-macam je yang jadi. Tak boleh ke kalau aku nak hidup tenang, bahagia dengan... Suami." Soalnya seorang diri.

---

Kamal memulas tombol pintu tapi dikunci dari dalam. Pintu diketuk kuat. Apahal dengan si Kasih ni?

"Woi Kasih? Kau buat apa dekat dalam tu? Bukalah pintu ni woi!"

"Eee sabarlah!"

Tidak lama kemudian, barulah pintu dibuka.

"Kau- "

Kata-katanya terus berhenti apabila melihat Kasih bukan sahaja berseorangan tetapi, bersama beberapa orang lelaki lain. Kasih juga, berselendang?

"Apa dah jadi?" Soal Kamal.

"JAIS." Balasnya sepatah.

Kamal meraup wajahnya. Langkah diatur mendekati mereka semua. Serentak mereka bangun.

"Encik... Buat apa dekat sini? Ada apa-apa ke?" Soal Kamal, buat-buat tak tahu lerr..

"Kami dapat maklumat bahawa ada pasangan yang belum berkahwin berada di sini. Encik ni, tinggal dengan dia ke?" Lelaki cuba menguji Kamal.

"Apa ni encik, saya baru je datang ni ha. Takkanlah saya pula yang, buat maksiat dekat dalam rumah ni."

Wajah Kamal di pandang curiga.

"Tak payahlah nak berlakon bagai, cik Kasih dah bagitahu segalanya tentang apa yang kamu lakukan di sini." Terang lelaki itu.

Membundar mata Kamal dan terus menoleh ke arah Kasih dengan riak wajah, 'apa kau dah buat?'. Kasih menundukkan wajahnya.

"Tapi encik saya- "

"Maaf. Saya dah tidak mahu mendengar alasan encik Kamal. Encik Kamal serta cik Kasih, sila ikut kami ya." Arahnya.

Kamal sudah tidak senang duduk. Sekejap duduk sekejap berdiri. Kasih pula, dengan selambanya dia main phone dekat situ. Macam tak kisah.

" Wei! Macam mana kau boleh tenang macam tu ha? Kau tak risau ke?"

Kasih mendongak kemudian menggeleng.

"Buat apa nak risau? Baguslah kau dengan aku kahwin." Balasnya.

"Wow! Aku baru bercerai tau tak? Kau, Hazzar macam mana?"

Kasih bangun dan mendekati dirinya dengan Kamal.

"Kau ni memang lembab. Lepas aku dapatkan Hazzar, kau ceraikan aku. Kalau kita kahwin, senanglah nak berbincang bagai. Tak payah takut orang tengok ke apa. Lagi satu, kalau aku dapat Hazzar, kau aku bagi Hanis. Free gift." Ujar Kasih dengan tenang.

"Senang betul otak kau berfikir. Tapi kalau kau tak dapat Hazzar, maksudnya aku kena hidup dengan kau lag kan?"

Kamal meleret senyuman nakal penuh makna.

"Kau jangan nak fikir negatif. Aku akan dapatkan apa yang aku nak. Cuma masalahnya, cepat atau lambat." Kamal mengangguk.

"Aku ada satu idea baik punya. Tapi itu kalau kau nak dengarlah, kalau tak nak suka hati kau lah." Ujar Kamal.

"Apa dia?"

"Aku rasa ada seseorang yang boleh tolong kita buat kerja. Lagi senang." Kamal menjungkitkan keningnya beberapa kali.

"Siapa? Kau bagitahu jelah. Nak berteka teki pula." Marah Kasih.

"Nazrul. Nazrul Ashraff." Kamal menjungkitkan keningnya lagi.

"Nazrul?" Kamal mengangguk.

Kasih berfikir seketika sebelum tersenyum lebar, ada je idea bodo.

"Tapi... Dia nak ke join kita?" Soal Kasih curiga.

"Huh... Aku dengar, dia dah ada masalah kecil-kecilan dengan bini dia." Kasih angkat kening.

"Jadi?"

"Tadi bukan main laju otak kau. Ni slow pulak. Kita boleh lagakan diorang supaya jadi lebih teruk. Lepastu kita umpan dia tentang Hanis. Aku tahu, dia dah mula ingat balik kenangan lama dia dengan Hanis dulu."

Kasih memandangnya lama sebelum mengangguk.

"Takdelah berdebu sangat otak kau ni." Ujar Kasih.

"Nazrul, Hanis, Hazzar. Perfect." Ujar Kasih sebelum ketawa kecil.

"Tapi kau tak nak Hanis ke apa?"

"Seteruk-teruk aku, aku ada taste aku yang tersendiri. Setakat budak alim Hanis tu, tak rugi pun kalau aku buang." Ujarnya selamba.

Kasih menggeleng perlahan mendengar ujaran Kamal. Nampaknya, new game will start!

"Get ready, Hanis Adawiyah."

Share this novel

jwsj
2020-07-03 01:49:49 

waiting for next episode

Rose Awa
2020-07-02 18:34:12 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience