BAB 33

Romance Completed 3910

Nurul memulakan persekolahannya seperti biasa cuma yang bezanya dengan siapa dia pergi ke sekolah. Sebelum ni Nurul akan pergi dengan adik perempuannya Nurul Ain Nadia. Nabil pula akan pergi dengan Habil kembarnya. Hari ini ibunya menyuruh Amirul yang menghantar Nurul ke sekolah sambil tu bolehlah Amirul mencari kerja sekali. Nurul tiada pilihan walau pun dia berat hati untuk membonceng bersama Amirul. Nurul mempunyai tujuh orang adik beradik. Adik kembarnya Mohd Nabil dan Mohd Habil tingkatan lima. Nurul Ain Nadia tingkatan empat. Nurul Ain Adrina tingkatan satu. Manakala Mohd Nazrul darjah enam dan yang bongsu Mohd Nazri darjah lima. Mereka tinggal di Kampung Paya Serdang,Padang lembu di Gurun Kedah. Rumah mereka jauh dari pekan.Nak masuk ke rumah mereka hanya melalui jalan tart kecil. Kebanyakan penduduk kampung mereka bekerja sebagai penoreh getah atau pesawah. Ada juga suri rumah yang bekerja kilang yang ada di kampung mereka.

Selepas ayah Nurul meninggal, emak Nurul juga turut mencari kerja untuk menyara persekolahan anak-anaknya. Nak harapkan tanaman sayurnya berapa sangat yang dapat. Hasil pokok getah pun tak mampu nak menyara mereka sekeluarga, cuma sekarang mereka lebih bernasib baik bila Haji Alyas nak menyara persekolahan mereka adik beradik.

''Dah! hantaq tang ni cukup. Aku jalan kaki masuk ke dalam!'' sampai saja ke jalan nak masuk ke sekolahnya Nurul menyuruh Amirul memberhentikan motor. Tak sanggup Nurul kalau dilihat kawan-kawannya nanti, pasti disoal bertubi-tubi.

''Aku tengah baik hati ni, biarlah aku hantar kau terus hingga depan bangunan,'' Amirul masih tidak memberhentikan motor, dia berlagak selamba, Nurul di belakang sudah membara hatinya. Degil tak habis-habis Amirul ni. Nurul berdongkol di dalam hati. Dia mesti buat sesuatu.

''Berhentilah!! aku terjun kang!'' Nurul mengugut sambil cuba berdiri, kononnya nak terjun dari motor. Amirul tiada pilihan,motor dibrek mengejut,terdorong Nurul ke hadapan hingga kepalanya terhantuk dengan kepala Amirul.

''Ishhh,..hang ni kan,.memang hang sengajakan?'' Nurul membentak sambil turun dari motor dan membuang topi keledar. Bahu Amirul diketuk kuat dengan topi keledar yang baru ditanggalkan. Sekadar nak melepaskan geram. Mengaduh Amirul sambil menoleh ke belakang.

''Bukannya sakit pun, ni kau ketuk bahu aku ingat bahu aku ni buat dari besi ke hapa?'' sambil bercakap Amirul mengosok bahunya. Nurul terhantuk di kepalanya yang sama-sama bertopi keledar tapi Nurul mengetuk bahunya yang langsung tak dialas apa-apa, maunya tak sakit.

''Baru padam muka hang. Esok tak payah nak hantaq aku,kalau ibu suqhuh jugak,hang pandailah reka alasan apa pun, aku nak mai dengan Nadia macam biasa. Motor ni walid beli kat aku, aku bawa,hang bawa motor abah,'' sebelum berlalu meninggalkan Amirul,Nurul sempat memberi pesan. Amirul hanya mencebik sambil melihat Nurul yang menonong berjalan masuk ke kawasan sekolah.

Amirul tidak segera pulang, dia masih menunggu di atas motor dan memerhatikan Nurul hingga hilang dari pandangannya. Dalam hati Amirul tiba-tiba terdetik satu persoalan, adakah Nurul sudah mempunyai 'balak'? Amirul ingin tahu segalanya tentang isterinya itu. Dia mendapat satu idea, andainya dia bekerja di sekolah itu mesti dia akan dapat mengorek rahsia isterinya. Amirul menongkat motornya dan menguncinya. Amirul mula menapak dan masuk ke kawasan sekolah. Dia pergi mendapatkan seorang pengawal keselamtan yang sedang bertugas. Untung-untung dia akan mendapat kerja di sini. Manalah tahukan,rezekinya sudah tersurat,belum cuba belum tahu!

''Assalamualaikum'' sampai di depan seorang pegawai keselamatan Amirul memberi salam dan menghulurkan tangan. Tangannya disambut dan mereka berbalas senyuman.

''Err,.pak cik,.saya nak cari kerja ni, ada kerja kosong tak pak cik?'' dengan teragak-agak Amirul bertanya.

''Laa,..kebetulan, semalam Pak Ya tukang kebun sekolah ni kemalangan,patah kaki. Ni pak cik nak pi habaq kat pihak sekolah la ni. Jom, hang pi ikut pak cik pi pejabat sekolah,kot-kot depa mau ambik hang ganti Pak Ya,'' Amirul terus tersengeh, macam ada harapan tapi hatinya pula berbolak balik.

''Err,..tukang kebun tu buat kerja apa pak cik? Kerja berat tak?'' Amirul menyoal lagi. Pak cik guard yang dikenali dengan nama Pak Man itu hanya tersenyum mendengar soalan Amirul. Faham benar dia dengan soalan Amirul tu.

''Aihh,.tak berat sangat la,hang kena potong rumput,cuci jamban,sapu sampah,buang sampah,tu ja la,'' Amirul dah tercengang. Tak berat sangat pak cik? Jatuh air muka kalau macam tu.

''Jomlah! Kata tadi nak caqhi gheja,'' Pak cik Man menarik lengan Amirul agar mengikutnya masuk. Amirul tiada pilihan,tukang kebun pun tukang kebunlah, kalau kerja tu yang akan membuatkan rahsia Nurul terbongkar senanglah dia nak mencari kesalahan Nurul nanti. Erkk?? Nak mencari kesalahan Nurul?

''Hang oghang sini ka? '' Pak Cik Man menyoal Amirul sambil melangkah. Mereka sudah sampai ke tangga untuk menuju ke tingkat atas. Anak tangga dipijak satu persatu.

''Eh! Taklah Pak Cik. Saya dari Shah Alam, tapi lepas kahwin walid suruh tinggal di sini, tolong mak mertua cari nafkah nak bela isteri dengan adik-adik ipar'' lurus bendul pulak Amirul ni, pak cik Man menoleh dan memandang kagum ke arah Amirul.

''Lahh,.dah nikah ghupanya. Umuq hang berapa, macam muda lagi,tak nampak gaya dah jadi laki oghang pun,'' Amirul tersengeh sebelum menjawab.

''Baru 20 tahun pak cik! Jodoh dah sampai awal pak cik, terima sajalah,'' sekali lagi Amirul tayang gigi sambil mengaru tengkuknya. Pak cik Man menganggukkan kepalanya berkali-kali. Bila mereka tiba di depan pejabat, perbualan mereka turut terhenti. Amirul membiarkan pak cik Man masuk dulu dan dia mengikut langkah pak cik Man dari belakang. Pak Man berhenti di depan meja seorang wanita yang masih muda. Amirul turut berhenti dan melihat tingkah laku pak Man.

''Ni Wati,aku nak habaq ni semalam Pak Ya eksiden dekat simpang trafik light, la ni dia kena tahan di hospital Alor Setar. Pagi ni pulak ada budak ni mai minta gheja,aku bawa dia mai sini, mana tau kot-kot dia boleh ganti tempat Pak Ya,'' Amirul hanya mendengar penerangan pak Man kepada wanita yang dipanggil Wati. Bila wanita itu memandang Amirul, Amirul menganggukkan kepala.

''Saya ni kerani ja Pak Man,bukannya berani nak buat keputusan. Pak Man tunggu pengetua masuklah,'' wanita itu berkata sambil menyambung kerjanya kembali. Amirul mencebik tanpa sedar. Macam sombong ja wanita ni,kerani saja pun,ingatkan cikgu. Amirul mengomel di dalam hati.

''Jom! Kita pi masuk bilik pengetua. Cikgu Mail mai dakgi?'' sambil mengajak Amirul Wati disoal sekali lagi. Wati mengeleng,sambil bersuara kemudiannya.

''Taktaulah pulak Pak man, Pak Man pi tengok sendirilah!'' Amirul mendengar Pak Man berdecit kasar,macam sedang marah pun ada jugak. Wati pula sambung buat kerja dia tanpa mempedulikan Pak Man dan Amirul.

''Awat Pak Man?'' ada suara lain pula yang menyapa. Pak Man mengukirkan senyuman dan menuju ke arah orang tersebut, macam tadi Amirul hanya mengikut dari belakang.

''Cikgu Karim, ni budak ni mai nak minta gheja, Pak Man bawa mai sini, kebetulan Pak Ya masuk hospital, semalam dia eksiden dekat simpang nak masuk trafik tu,.mana la tau kot-kot budak ni boleh ganti Pak Ya, tu yang Pak Man bawa dia naik ni,'' laju Pak Man bercerita, muka cikgu Karim sudah berkerut sedikit mendengar penjelasan Pak Man.

''Teqhuk ka Pak Ya? Habis tu masuk hospital mana?'' Cikgu Karim hanya bertanya mengenai Pak Ya, perihal Amirul yang nak meminta kerja langsung tidak disentuh. Amirul menarik nafas perlahan.

''Teqhuk jugaklah,masa Pak Man pi tengok semalam, dia tak sedaq lagi,pagi tadi Pak Man telepon anak dia, anak dia kata kena simen jugak la kaki kanan dia tu,.tangan dia pun patah,lambat jugak la nak keluaq tu. Cikgu Mail mai dakgi?'' Pak Man bertanya pula kepada cikgu Karim tentang cikgu Ismail pengetua sekolah mereka.

''Pengetua? Rasanya dah sampai kot!'' cikgu Karim jawab ragu-ragu pertanyaan Pak Man, dia pun tak pasti agaknya.

''Kalau macam tu takpa la, Pak Man pi tengok sendighilah,'' sebelum pergi Pak Man bersalam dengan cikgu Karim, begitu juga dengan Amirul walau pun dirinya langsung tak disapa oleh cikgu Karim. Amirul cuba melawan debaran dan perasaan malunya ketika ini. Perasaan ego dan rasa tinggi dirinya ditolak ke tepi, yang penting sekarang dia perlu buktikan kepada Haji Alyas dia boleh berdikari dan dia harus mencari kelemahan atau pun kesalahan Nurul supaya dia boleh membela diri dan kembali ke Kuala Lumpur semula.

Mereka melangkah ke sebuah bilik khas, di pintu bilik tertulis perkataan 'PENGETUA'. Pak Man mengetuk pintu dan memberi salam. Amirul langsung tak beriak wajahnya,namun dalam hatinya berdoa agar dia akan dapat kerja. Alang-alang sudah terlanjur bertanya tadi, dia menurut saja Pak Man tanpa banyak kerenah.

''Masuk!''

''Ada pun cikgu!'' Pak Man memulas tombol pintu selepas mendengar suara dari dalam bilik menyuruh mereka masuk. Pengetua berdiri sambil bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat Pak Man dan Amirul masuk ke biliknya.

''Awat Pak Man?'' Pak Man baru setapak melangkah, pengetua sudah menyoal.

''Cikgu!,.Pak Man nak maklumkan cikgu, Pak Ya eksiden semalam, kebetulan pula pagi ni, ada budak ni mai mintak gheja. Pak Man pun bawa dia naik atas ni jumpa cikgu,'' sekali lagi Pak Man menjelaskan keadaan sebenar kenapa dia ada di bilik pengetua pagi ni. Cikgu Ismail terangguk-angguk mendengar penjelasan pak Man sambil memandang ke arah Amirul.

''Boleh ka awak jadi tukang kebun? Umur berapa? Ada pengalaman?'' Amirul mengaru tengkuknya,rasa macam sukar nak menjawab. Sambil tersengeh, akhirnya Amirul hanya mengeleng.

''Maksudnya, tak boleh buat gheja ka atau tak ada pengalaman? Awak bisu ka?''cikgu Ismail bertanya lagi sambil memberi isyarat agar Pak Man dan Amirul duduk di kerusi yang ada di hadapannya.

''Eh,.takpalah cikgu, ni Pak Man tolong bawa budak ni mai sini ja. Pak Man turun dulu la naa,'' sebelum Amirul menjawab pertanyaan cikgu Ismail, Pak Man bersuara terlebih dahulu. Bila Pak Man sudah keluar dari bilik pengetua, Amirul terus ditemuduga oleh cikgu Ismail. Amirul menjawab setiap pertanyaan dengan jujur. Akhirnya selepas 20 minit ditemuduga dengan pelbagai soalan, Amirul diterima bekerja dan Amirul bersorak riang di dalam hati walau berbagai syarat dikenakan kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience