Chapter 18

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 18

***

Seminggu selepas kelahiran Mustafa.

"Alhamdulillah."

Isteri Andika memeluk erat anak sulungnya selepas diazankan Andika. Andika bersujud syukur kepada Tuhan kerana memudahkan isterinya melahirkan zuriatnya. "Terima kasih, Mahsuri." Andika mengucup dahi isterinya. Mahsuri cuma membalas dengan senyuman. Cukup manis.

"Suri mahu letakkan nama anak kita, Razali."

"Razali ya? Baiklah. Abang ikutkan aja."

*

"Ada sebab kenapa aku menolak untuk menghabiskan ilmu ajaran bapakku." Andika memandang dengan tekun ke arah Arjuna. Cangkul masih terpegang erat. Dijadikan tongkat untuk menyandar.

"Kenapa?" Arjuna persoal.

"Ada sesuatu yang aku tidak mampu untuk menggantikan bapakku. Aku terlalu lemah. Kemudian benda itu terlalu kuat."

"Benda itu?" Arjuna menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Ada sesuatu ke?"

"Iya. Cincin yang kau peroleh itulah. Bapakku mahu mewariskan cincin itu kepada aku. Tapi aku menolak. Kerana, aku tidak sesuai."

"Kenapa kau fikirkan begitu?" Banyak tanya betul Arjuna ni. Dia mendekati Andika selepas memerhati isyarat tangan Andika.

"Cincin itu punya sesuatu. Kau sudah menerimanya, jadi kau tidak boleh menolak. Dan kau mesti melaksanakan arahan Pak Karim Surya. Jika tidak, kau akan peroleh bencana."

Tergamam Arjuna. Dia bagaikan termasuk jerat Pak Karim Surya yang terlalu memaksanya. Malah, Pak Karim Surya juga tidak menceritakan secara terperinci hal mengenai cincin itu. "Be...be...bencana?"

"Ya. Aku tidak pasti bagaimana. Tapi aku sudah berjumpa seorang kiai di hujung kampung, dia menasihati agar menjauhkan diri daripada cincin itu. Kerana dia menjangka, cincin itu akan menyebabkan susur galur keluarga kau terhenti. Aku tidak sempat menemui kau untuk menghalang."

Wajah Andika berubah. Matanya bergenang menahan sebak. Melihat wajah Arjuna yang masih terpana dengan hal yang diberitahu Andika itu tadi. Arjuna juga tidak boleh menyalahkan Andika. Dia juga silap tidak bertanyakan hal terperinci kepada Pak Karim Surya. Cuma menerima secara membabi-buta sahaja tanpa bertanya.

"Tidak apalah Andika. Aku pasrah menerima. Cukup pahit aku mahu menelan hal ini." Andika memeluk erat rakannya.

***

Rizal kaget melihat kelilingnya gelap. Tiada apa. Cuba juga dia memanggil Haji Latiff dan Encik Basri. Tiada sahutan. Cuma suaranya yang bergema. Dia melangkah perlahan kehadapan. Tangannya juga cuba menggapai-gapai, kut-kut ianya cuma ilusi.

Akhirnya dia duduk. Matanya dipejam.

"Assalamualaikum, cucuku." Satu suara singgah dari arah yang tidak pasti.

"Waalaikumussalam. Siapa kamu, wahai makhluk Allah?"

"Aku ini atukmu." Lembaga itu menghampiri Rizal yang masih memejamkan matanya.

"Bagaimana pula atukku masih ada? Sedangkan atukku sudah meninggal dunia masa aku lahir dulu." Rizal masih cuba memastikan jika ianya satu kebenaran. Iyalah, takut-takut dia termasuk di dalam jerat syaitan yang cuba menyesatkan.

Lembaga itu duduk di hadapan Rizal. Tangannya menyentuh kepala Rizal dan mengusap rambutnya.

"Kamu Muhamad Rizal bin Razali bukan?" Lembaga itu bertanya. Mata Rizal sedikit. Terbuka. "Ayah mu, Razali bin Andika?"

"Ya. Tapi..." Rizal mengamati wajah lembaga itu masih samar-samar. Dia dapat merasakan tangan yang mengusap kepalanya itu seakan realiti. Bagai benda hidup.

Tangan lembaga itu beralih ke tangan Rizal. Jari manis Rizal digenggam. Cincin yang disarung hancur berderai. Rizal tergamam. Debu seakan perak itu jatuh di atas ribanya.

"Akulah atukmu. Andika Karim Surya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience