Bab 79

Romance Completed 207871

Selesai mandi Intan yang hanya bertuala melangkah keluar dari bilik mandi. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Aik, mana Caden ni. Intan mencari Caden di balkoni tetapi tiada, di wardrobe pun sama. Hm.. keluar la tu.

First aid yang ada di atas katil diambil. Peti itu dibuka lalu kain kasa dan pembalut dikeluarkan. Berhati-hati Intan menukar kain yang menutup luka di lengan. Hampir lima minit siap juga pembalut luka itu ditukar. First aid kembali disimpan.

Intan kemudian mengambil baju tidur yang diberi Caden tadi lalu membawanya ke almari solek. Tuala di lucutkan dari badan dan baju tidur disarungkan ke tubuh. Ditelek di hadapan cermin.

"Hai la.. seksinya. Dah la pendek, jarang, dada luas". Aduh.. kalau bukan kerana Caden, memang tak la dia nak pakai. Tiba-tiba Intan tersenyum nakal. Nak seksi sangatkan.. baju tidur itu hanya dilapisi dengan panties sahaja, tiada baju dalam.

Rambut yang masih basah dikiraikan dengan jari sambil menunduk mengambil tuala di atas lantai diambil dan disangkut pada penyidai. Tuala dari wardrobe diambil untuk mengeringkan rambut.

Sambil itu kaki melangkah mengadap ke balkoni. Sejuk angin malam ni. Intan tidak keluar pun cuma memandang dari dalam sahaja.

Sedang asyik mengeringkan rambut, tiba-tiba ada sepasang tangan memaut pinggang ramping Intan dan leher Intan dicium sekilas. Menggeliat geli Intan. Hm.. baru balik la ni..

Tetapi rasa lain sentuhannya, bau perfume juga lain. Terus keras badan Intan, kepala mahu menoleh ke sisi untuk memandang wajah orang di belakangnya tetapi pantas mulut Intan ditekup.

Meronta-ronta Intan mahu dilepaskan. Sudah tiada cara lain, tangan yang menekup mulut Intan itu digigit sekuat hatinya hingga terlepas pengangan pada mulut. Intan ditolak hingga terhantuk lengan yang luka ke meja sisi.

"Ahh..!" Intan menjerit, baru tadi luka dirawat.

"Merda!" jerit seseorang tadi.

Intan yang sudah terduduk, pantas mendongak ke hadapan. Seorang lelaki yang tidak dia kenali sedang memandang tajam ke arah Intan sambil menjilat bibirnya. Ngeri. Intan bangun dengan lengan yang luka sudah kembali berdarah. Terpandang pula pada pakaiannya yang seksi dan terdedah. Tak guna.

Lelaki tadi dengan perlahan mengatur langkah ke arah Intan. Dapat dilihat mata lelaki itu meneroka ke setiap tubuhnya. Tidak rela Intan dengan pandangan lelaki itu.

"Hey! cosa vuoi? (what do you want?)" soal Intan. Intan yakin lelaki ini orang Italy kerana tadi dia berkata dalam bahasa Italy.

"Voglio assaggiarti (I want to taste you)" jawabnya sambil ketawa.

"Non sognare mai (don't ever dream)" balas Intan marah.

Fikir Intan, fikir. Apa kau patut buat sekarang. Intan perlahan bergerak ke arah pouch bagnya lalu terus pantas disambar. Lelaki tadi pula terus menerkam Intan hingga keduanya berguling di atas lantai bilik. Intan ditindih, dan dengan tidak sabar lelaki tadi membuka tali pinggangnya dan zip seluar.

Kalut tangan kanannya memegang tangan Intan manakala tangan kirinya pula sibuk mahu membuka tali pinggang dan zip.

Intan semakin tidak tentu arah, puas meronta dan menolak tubuh itu dari badannya. Lelaki tadi masih cuba membuka zip seluar yang tersangkut. Habis perkataan carutan keluar dari bibirnya.

Intan mengambil kesempatan itu dengan mengambil wasabi spray dari pouch bag lalu menyembur ke muka lelaki tadi. Menjerit-jerit dia kerana pedih sambil tangan menyapu dan mengesat matanya dan terus bangun dari menindih Intan.

Lelaki tadi sudah terjerit-jerit marah sambil tangan menggosok mata dengan kaki terhuyung hayang macam orang mabuk.

Intan terus menolak lelaki tadi dan mencapai seluar track dan tshirt yang dikeluarkan untuk Caden pakai di atas katil tadi ke bilik air dan pintu ditutup. Kalut Intan memakai seluar dan baju. Belum sempat pakaian dipakai sempurna, lelaki tadi menyerbu masuk ke bilik air yang pintunya lupa dikunci Intan.

Habis dicarutnya Intan kerana menyemburnya dengan spray wasabi itu tadi. Terkelip-kelip mata kerana pedih. Dalam pandangan yang kabur, tubuh Intan ditarik supaya mengikutnya ke luar bilik air. Lengan Intan yang luka sudah semakin banyak darah yang keluar.

Intan diheret dan dilempar ke ruang tengah bilik. Intan mengesot menuju ke meja kopi dan pasu di atas meja cuba dicapai tetapi tindakan Intan itu sudah dapat dihidu lelaki tadi lalu berlaku pergelutan kerana berebutkan pasu itu. Entah bagaimana, Intan dapat merampasnya dan kuat dihempuk ke kepala lelaki tadi hingga pecah pasu itu dikerjakan.

Jatuh melorot ke lantai lelaki itu kerana penangan Intan. Berombak kuat dada Intan mengambil nafas. Dengan tangan yang semakin berdarah, Intan bangun dan mengambil tali pinggang dari seluar jeans Intan yang tergantunh lalu bergerak semula menuju ke arah lelaki tadi.

Lelaki tadi didudukkan di tepi dinding lalu kedua-dua tangan dan kaki kanan lelaki tadi diikat bersama menggunakan tali pinggang. Kuat ikatannya hingga memerah tangan itu. Ini apa yang dipelajarinya dulu. kalau ikat tangan sahaja, kaki masih boleh digunakan untuk jatuhkan lawan tapi kalau salah satu kaki bersama kedua tangan diikat, tindak balas akan jadi terbatas dan lawan dapat ditumpaskan.

Walaupun tangan dan kaki sudah diikat, Intan masih tidak puas hati. Diambil spray wasabi tadi, lalu disemburkan lagi pada mata dan zip seluar yang sudah terbuka sedikit itu, ditarik hingga terbuka lalu disemburnya pula di situ. Baru puas hati. Biar kembang macam buah kembang semangkuk! Pistol di pinggang lelaki itu pula diambil dan kaki melangkah ke birai katil. Selesai itu baru terasa pedih lengannya.

"Argh..!" jerit Intan perlahan menahan perit.

"Tak guna, aku tau kau takkan puas hati dan tak akan berhenti!" marah Intan. Sia-sia aku bagi peluang. Tak apa kali ni, biar aku yang buat! Kuat tangan digenggam.

Sedang Intan memeriksa luka di lengan, tiba-tiba pintu bilik terbuka. Pantas Intan mengacu pistol. Mujur tembakan tidak dilepaskan.

"Sayang!" terkejut Caden dengan apa yang dilihatnya. Meluru laju Caden pada Intan.

"Sayang.. apa yang berlaku?" soal Caden. Diperhatikan sekeliling bilik yang bersepah. Tiba-tiba mata terpaku pada sekujur tubuh di tepi dinding. Dia kenal siapa lelaki itu.

"Tak guna!" jerit Caden. Lelaki yang berikat di tepi dinding itu terjaga kerana terkejut dengan jeritan Caden.

Tidak menunggu lama, laju Caden menghayunkan penumbuk ke wajah lelaki tadi.

"Mi dispiace, sono costretto (I'm sorry, I'm forced)" ucap lelaki itu tetapi Caden tidak mahu mendengar, sebaliknya terus menumbuk wajah lelaki tadi.

"Mi fido di te ma questo è quello che fai! (I trust you, but this is what you do!)" jerit Caden lagi.

Intan melihat Caden yang sudah seperti orang hilang akal. Bertubi-tubi tumbukan dilepaskan. Intan dengan tangan yang masih sakit, meluru ke arah Caden mahu menenangkannya. Intan memegang lengan kanan Caden tetapi nyaris Intan pula ditumbuknya.

"Cukup! Cukup abang! Enough" jerit Intan.

Caden yang bagaikan baru tersedar terus menurunkan tangannya dan terduduk di atas lantai. Berjurai peluh menitik. Lelaki tadi pula sudah penuh wajahnya dengan darah.

Intan memapah Caden ke birai katil. Caden yang baru menyedari lengan Intan semakin berdarah, kalut mengambil first aid dari laci sisi.

Pembalut luka dibuka dan dapat dilihat jahitan sudah terkoyak semula. Kuat Caden mendengus. Bergerak-gerak rahangnya. Luka Intan dicuci dan diganti pembalut baru. Kemudian Caden ke wardrobe dan mengambil pakaian serta tudung untuk Intan tukar.

Perlahan Intan berjalan ke bilik air dan tidak lama Intan keluar semula dengan pakaian yang sudah diganti. Waktu itu, dilihat Caden sedang memegang baju tidur hitam yang diserahnya pada Intan untuk dipakai. Sudah koyak rabak baju itu. Menggigil tangan Caden. Pistolnya sudah disisip pada pinggang.

Kali ini memang ada yang mati!

Caden yang menyedari Intan baru keluar dari bilik air, laju kaki melangkah mendapatkan Intan.

Intan didudukkan di birai katil. Lalu kedua-dua jemari Intan dipegang dan dicium lama.

"I'm sorry sayang.. I'm sorry. Kalau abang tak keluar tadi, mesti tak jadi macam ni" ucap Caden yang sudah tertunduk di hadapan Intan.

"Ini semua berpunca dari dia!" keras suara Caden. Lalu tubuhnya berdiri tegak, pistol yang ada dipinggang diperiksa peluru dalam magazine dan dilocok semula. Hanya menunggu sasaran untuk dilepaskan.

Tidak dapat digambarkan wajah Caden waktu ini.

Caden melangkah ke arah lelaki tadi lalu kolar baju di belakang dicekak dan diheret ke muka pintu. Daun pintu dibuka.

"Alice!!!!" bergema jeritan Caden dalam rumah agam itu.

Carlos dan Fahmi yang sedang berbual di tangga terkejut melihat perbuatan Caden. Kelam kabut Carlos dan Fahmi meluru ke arah Caden.

"Find me Alice now!!" jerit Caden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience