''Kalau saya nak orang lain Nia,saya tak akan tunggu awak.Saya tak akan buang masa saya hanya untuk mengejar awak.Tapi kenapa awak tak pernah faham Nia..Saya tak minta awak lupakan dia,cukuplah awak bagi sedikit ruang di hati awak untuk saya.Salah ke bila saya mencintai..''Nampak Zaakir begitu bersungguh.Masakan tidak,papa dan mama juga sudah merestui.Tinggal persetujuan ku dan Aiman lagi.
''Kita tak sepadan..Kita banyak perbezaan..Say''
''Kenapa nak cari persamaan sedangkan bila kita berbeza kita akan saling melengkapi?Kenapa nak cari kekurangan bila semua tu tak penting jika kita saling menutupi kekurangan masing-masing.Bukankah hidup itu saling melengkapi dan bukannya nak cari kelebihan sendiri dan mencari kekurangan orang lain?
Look at me Nia..''Dan mata kami bertaut.Cuba mencari sinar cinta di hati masing-masing..''Sampai bila awak nak lari dari kenyataan?Awak juga perlukan seseorang yang mampu untuk awak bersandar bila mana awak penat.Tempat untuk meluahkan segala masalah awak..Dan tempat awak untuk berkongsi bila saja awak gembira mahupun sedih.Hurm..?''
Airmata ku gugur juga akhirnya.Sesungguhnya selama ini aku bertindak kebal.Menjadi seseorang yang lain dari diri ku yang dulu.Seorang gadis yang dulunya cengeng.Kini berubah menjadi seorang wanita yang kalis airmata.Hanya untuk anak teruna ku.Dan kini,aku harus mengambil satu langkah,langkah yang sangat kecil namun impaknya sangat besar!
Dan bermula saat itu,bermacam-macam cara yang dia gunakan hanya untuk mendekati Aiman.
Aiman yang degil.Aiman yang cengeng.Aiman yang kuat merajuk akhirnya mampu dicairkan dan menerima kehadiran 'orang baru' di dalam hidup kami.Dan secara perlahan-lahan,pintu hati ini ku buka untuk menerima dia setelah sekian lama..
Akhirnya,setelah mendapat restu dari kedua-dua pihak.Kami akhirnya bakal disatukan..
''Awak pasti?Tak akan ada penyesalan?''Aku mengangguk yakin.Cukuplah selama ini.Mungkin sudah tiba masanya untuk ku melangkah ke depan.
''Kenapa?Awak dah ubah fikiran ke?''
''Takk!Dan saya yakin yang awak juga takkan kecewakan saya kan?''Nampaknya masing-masing sudah mampu menarik nafas lega.
Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang.Majlis yang sederhana,atas permintaan kami sendiri yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat kepada kami sahaja yang dijemput hadir.
Aiman antara yang paling ceria kerana akhirnya dia mendapat seorang 'papa' yang diidam-idamkan selama ini.
Tidak sangka Aiman yang menolak pada mulanya,kini bagaikan tidak mampu berenggang dengan 'papanya' lagi.Sungguh aku terharu dengan semua ini.
''Sayang..''Tiba-tiba terasa cubitan di pipi kanan ku.Aiman,Aina dan dia sudah terkekeh melihat reaksi ku yang terpinga-pinga.
''Mengelamun pula dia..''Aku tersengih.Terleka dengan kisah lalu yang cukup manis bila dikenang kembali.Ya Allah,jangan rampas keluarga ku dari hidup ini sekali lagi..
''Ingatkan siapa?''Aku membalas senyumannya.Cukup manis dan hanya untuk dia.
''Nia ingatkan abang..''Malu..Tapi sesungguhnya aku ingin dia tahu,bahawa aku memang sangat-sangat bahagia dengan dirinya.
''Depan mata pun masih ingatkan abang?''Dahinya sudah berkerut.Aku ketawa.
''Walaupun abang dekat..Jauh dari mata sekalipun,Nia sentiasa ingatkan abang.''Dia mengusap pipi ku penuh kasih.Menyalurkan rasa cinta melalui sentuhan ajaibnya.
Tiada bicara yang terungkap.Hanya dengan memandang dia saja,kasih ku tumpah sepenuhnya buat dia.Dan aku tahu,dia juga begitu.
''Ibu..Jam berapa nak gerak ni?''Aiman sudah berpeluk tubuh.Jika gayanya sudah begitu,maksudnya kena cepat-cepatlah bersiap.
Nampak gayanya Aiman sudah tidak sabar-sabar untuk bertandang ke rumah neneknya.Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan emak dan abah mentua ku yang ke 35 tahun.
Share this novel