Bab 10

Romance Series 9630

BAB 10

Fakhri masih merasa pelik. Maisarah ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Fakhri masih tidak mengerti apa yang Maisarah ketawakan. Baginya pengakuannya mencintai Maisarah sejak mereka masih di bangku sekolah bukanlah satu perkara main-main. Lama di amemendam rasa dan mencari wanita yang dicintainya itu.

“Erry, aku rasa aku dah agak tentang hal ini. Sebenarnya, aku ada jumpa sesuatu dan hal itu masih aku ingat sampai sekarang. Selama ini, aku cuma mengagak. Tapi bila kau dah mengaku ni, maka tepatlah jangkaan aku," akui Maisarah.

"Benda apa pula yang kau jumpa sampai rahsia kau boleh pecah dulu sebelum aku beritahu kau ni?" soal Fakhri mencari tahu.

"Kau ingat tak dulu, Pagi-pagi aku kan selalu kena sapu sampah. Masa aku sapu sampah awal-awal pagi kat kelas,aku jumpa nota yang dah renyuk kat bawah lantai meja ksu. Aku buka baca dan masa tu lah aku tahu kau suka aku. Masa tu aku tak ambil kisah sangat. Aku ingat kau main-main. lagi pun kita masih muda. Mentah kot. Tapi bila kau cerita semula tentang cinta lama kau tu, aku mula dapat tangkap tapi aku diam je lah. sebab tak ada bukti. Tapi bila kau kata kau masih menunggu, aku terkejut. Sebab aku ingatkan perasaan kau tu tamat sampai habis sekolah je. Tapi tak,” terang Maisarah panjang lebar.

Fakhri pun terkejut kerana dia tidak sama sekali menyangka maisarah sudah mengetahui perasaannya sejak dari dahulu lagi. Dia ketaw bagaikan tidak percaya pengakuan Maisarah sebentar tadi.

“Boleh aku tanya satu soalan, Erry?” soal Maisarah pula.

“Tanya banyak pun bolehh,Mia. Alang-alang dah kantoi. Tapi dah tahu pun, ada nak tanya soalan lagi ke?,” jawab Fakhri. Maisarah menjeling.

“Kenapa kau suka aku? Dulu masa kita sekolah, aku ni tak macam perempuan sangat kot. Cara jalan,cara bercakap,semuanya memang kasar habis. Aku kan suka buli orang. Dengan kau sekali aku buli. Tak ada ciri-ciri gadis melayu ayu pun. Yang membezakan aku dengan tomboy,aku ni bertudung je kot” tanya Maisarah hairan.

“Kalau kau nak tahu lah kan,cara kau yang kasar tu lah buat ramai lelaki suka kau. Cantik tapi tak pernah control. Yang lain bajet je. Aku suka kau dari kita di tingkatan tiga. Masa tu kita kelas berbeza tapi setiap kali kau lalu depan kelas aku,aku selalu curi-curi pandang” akui Fakhri bersahaja.

“Ohhhh..intai aku rupanya. Patutlah aku rasa telinga aku panas semacam je,rupa-rupanya ada orang curi-curi pandang,” celah Maisarah sambil ketawa.

Fakhri tersengih malu. Malu dengan engakuannya tdai diusik oleh Maisarah.

“Aku lagi jatuh hati kat kau masa kau tolong Cikgu Azwa jaga anak dia. Serius aku cakap yang walaupun kau kasar,tapi bila dengan budak kecil, nampak penyayang sangat-sangat. Sampai aku rasa kau memang perempuan yang baik dan sesuai dijadikan isteri. Sebab tu jugalah aku sanggup tunggu bertahun-tahun. Aku tak kisah status janda anak satu kau tu. Kau pun tahu aku pun sayang kan Icha tu macam anak kandung aku juga. Aku tahu mungkin aku ni tak cukup sempurna untuk kau tapi jika kau mahu memberikan peluang, InsyaAllah aku nak sangat jaga kau dengan Icha sebaik mungkin. Kita bina keluarga kita bersama," kata Fakhri sambil menghalakan badannya menghadap Maisarah.

Tergamam Maisarah mendengar kata-kata Fakhri itu. Baginya ia sesuatu yang cukup indah. Tak sangka, gerak-gerinya diperhatikan dan tanpa disangka juga tindakannya memberikan kesan kepada Fakhri. Kelopak matanya bergenang. Maisarah menyeka air matanya sebaik sahaja Fakhri menghabiskan kata-katanya itu. Hatinya tersentuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience