"MEGAT Rayyan!!" Haa.. Aku dah lontarkan tone yang paling kuat.
Ayyan menuju ke aku. Haa.. tahu takut!
Ayyan ajak aku pergi ke kereta yang disediakan oleh pihak syarikat. Yes, Ayyan kan orang penting..
Ayyan bukakan pintu untuk aku. Nak tunjuk gentleman lah sangat. Aku terima je.. See aku kan baik jaga maruah kau..
Nasib ada driver, Kalau tidak aku pun tak tahu sampai ke tidak. Sebab Ayyan tak boleh dipercayai lansung!!
Apabila sampai dekat restoran yang dituju, kami turun.
"Hello, we are from Malaysia." Kami bersalam dengan orang disana. Rupa- rupanya, wakil dari Jepun dah sampai lama dah. Ok aku mengaku aku tak tahu. Salah kau lah aku tak tahu, Ayyan. Tu lambat. Not my false!!
"I'm Megat Rayyan Megat Naquib from NNC .. and this is my assistant Sara Saira, Nice too meet you" Aku tunduk dan memberi senyuman semanis gula. Bersemut mungkin...
Aku bagi Ayyan pandangan tajam.
"Boss, kenapa tak bagitahu yang kita makan dengan diaorang. Kalau tidak dah lama saya cepat!"
"Dah kau yang lambat, aku dah bagitahu diaorang aku tunggu kau." apa??!! aku tampar lengannya. Haaa.. tengah tengah orang ni jugak aku tampar. Tak payah makan dah sebab dah makan tampar aku.
Kini, masanya untuk makan! Nyummmyy... Siapa je yang tak terliur tengok makanan tradisional Jepun.. lagi lagi makan dekat restoran terkenal. Hanya orang elit saja yang boleh makan kat sini.. Maksudnya mahal lah.
"Boss, tak sampai lah nak ambil makanan tu.. boleh tak tolong ambil.." Aku buat muka secomel mungkin.. Haha.. dah lapar nak buat macamana. Perut lagi penting!
Nasib baik Ayyan ok.. Kalau tidak lagi mengada aku nanti..
Aku menghulurkan pinggan kepadanya. Dengan pasrah, Ayyan bangun lalu meletakkan makanan tadi ke pinggan aku..
Lupa nak bagitahu. Wakil Jepun tadi ada 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan. Kosuka, Eriko, Ryu dan Kenzo.. Betul Kut. Haha.. pening aku nak ingat..
Tanpa aku sedari, empat orang ni tengok kami. Kenapa, cemburu ke.. Tak kemana lah singa ni. Bukan aku tak tahu, Kosuka dan Eriko tu tak lepas pandang si mamat singa ni.. Haha.. Kawan kawan, aku nak pesan, jangan nak menyesal bila jumpa si singa ni.
"You two so sweet.. " Ryu bersuara. Aku dan Ayyan terkaku. Pantas kami pandang Ryu. Ok. Aku dah letak pinggan dan Ayyan duduk.
"No! I'm don't want marry him. He so selfish !!" Aku menjerit. Sumpah, sampai mati aku tak nak kahwin dengan singa ni. Nanti ada anak singa. Mati aku!!
Ayyan dah pandang aku tajam. Ada aku kisah? Empat orang ni dah tergelak. Apa yang lawak aku tak tahu..
"Sara, aku akan buktikan yang kata kata kau tu tak benar!" Ayyan berbisik di tepi aku. Ehhh.. kau ni pasal?! Sensitif pulak.
"Prove it.." Aku buat tak kisah. Sebab aku pasti aku takkan jatuh cinta pada dia..
Share this novel