BAB 3

Other Completed 4897

Kurang seminit kemudian bapanya kembali masuk sambil duduk diatas katil
anaknya. Tidak sampai beberapa saat Amylia bingkas bangun daripada
tempat duduknya lalu meninggalkan bilik itu. Semakin muak dia melihat
semua ini.

Bukannya dia cemburu, tetapi dia tidak gemar dengan sikap si
ayah yang sampai masuk ke kamar ini. Cukuplah sekadar emaknya. Sia-sia
sahaja penguguman dibuat oleh pihak kolej bahawa laki-laki tidak
dibenarkan untuk masuk ke sekitar kolej perempuan malahan ada had-hadnya
yang tersendiri.

Memikirkan itu, pantas dia keluar ke kamar sebelah.
Lebih baik dia berjumpa dengan Ayu, bekas roomatenya yang sudah dua
semester berturut-turut tinggal bersamanya. Akhirnya semester kali ini
mereka terpisah. Mujurlah jarak bilik mereka tidak jauh. Dapatlah mereka
berjumpa hari-hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience