Chapter 12

Horror & Thriller Completed 5356

Part 12.
{ Fayzal POV }

Bagai nak tercabut rahang aku bila dengar nama aku jadi pilihan calon suami untuk si Airy ni. Bukan rahang je rasa nak tercabut. Kepala lutut, tulang belakang, tulang rusuk, semua nak tercabut. Aiyark! Aku tak nak kahwin lagi meh. Aku ni masih muda tau. Very handsome pulak tu. Kenapa aku? Kenapa bukan Daiyan? Why? Tell me why? Why is it happen to me.. Why??

Aku bagai kaku setelah mendengar syarat yang diutarakan oleh Ratu Airy atau aku panggilnya Airy.

"Fayzal, kau okay tak ni?" Aku dengar Daiyan menyoalku namun aku tak berdaya untuk menjawabnya. Terkejut sangat. Aku masih lagi kaku terduduk di lantai.

"Kawan kau tu okay tak ni?" Soal Bubble pula. Risau bunyinya.

"B.. Baik bagi dia duduk kat sofa ni elok - elok dulu. Terkejut kot." Kata Airy tergetar. Tahu pun takut kau. Lain kali discuss dulu. Ni tak ke terkejut jantung aku. Nasib dia tak berhenti kerja jadi pengepam darah dalam badan aku. Kalau tak, innalillah lah jawabnya. Owh, lagi satu. Aku baru tahu anemone tu sebenarnya sofa dan bukannya kerusi.

Aku yang tadinya terduduk di lantai bilik tu kini dibantu oleh Daiyan untuk duduk di atas kerusi-ingatkan-boleh-bawak-maut-rupanya-tak tu.

"Ayz, kau okay tak ni?" Soal Airy lembut. Sejak bila pulak orang panggil aku Ayz? Tak pernah dipanggil orang. Kecuali seorang je. Elok je aku duduk tegak tadi. Aku menyembamkan badanku ke belakang. Muka jangan cakap, macam takde perasaan.

"Kau okay tak ni, bro? Risau aku. Aku tahulah kau ni memang perangai macam sakai tapi jangan tunjuk sangat. Lain kali simpan kat rumah, jangan bawak. Patut kau tinggalkan je tadi waktu nak lari." Sempat lagi si Daiyan ni mengutuk aku. Aku menjeling Daiyan setaham mata pedang yang baru diasah. Daiyan bagi aku free show muka balibaya a.k.a. Auntie Khinzir. Hohoho.

"Aku... nak bincang dulu dengan kau, Airy. Secara personal." Kataku perlahan dalam keadaan bersandar pada kerusi yang aku duduki sekarang.

"Err, okay, okay. Korang keluar dulu, ya? Biar aku bincang kejap dengan dia. Okay?" Kata Airy membuatkan Daiyan dan Bubble mengangguk kemudian keluar.

"Okay, nak bincang apa sekarang?" Soal Airy, serius.

"Kau boleh jawab tak satu soalan aku?" Soalku memandang Airy sambil bersandar.

"Of course, silakan." Pelawa Airy.

"Kenapa kau pilih aku? Kenapa tak pilih Daiyan? Kenapa dalam banyak - banyak syarat kau pilih perkahwinan? Kenapa tak pilih benda lain?" Wow, satu soalan sangat, Fayzal. Airy diam untuk beberapa saat. Minit kot.

"Safryna." Banyak - banyak soalan aku tanya, sepatah je dia jawab? Wait, Safryna?

"Apa?" Soalku lagi sekali. Telinga aku dah torek a.k.a. pekak ke? Safryna, macam mana dia boleh kenal pulak?

"Awak tak ingat ke? Safryna." Soal Airy balik. Err, mestilah aku ingat. Takkan aku boleh lupa kot. Cinta pandang pertama aku kot. Aih, malulah pulak. Tapi, Safryna dah lama takde. Dah lama sangat tak jumpa dia. Sejak dia hilang, lebih kurang 6 tahun yang lalu.

"Kenapa dengan dia?" Soalku balik. Ni kalau main perlawanan soal - menyoal ni mesti kami layak jadi pemenang.

"Cuba kau pandang aku betul - betul. Pandang aku. Tengok mata aku. Kau tak kenal aku ke? Kau tak ingat aku ke? " Kata Airy. Matanya sudah berkaca. Aduh, janganlah nangis.

"Kau.. Safryna? Tapi, kau duyung. Safryna ada.."

"Kaki?" Sambung Airy. He, biadap betul. Ni mesti kes suka nenyampuk orang tua cakap ni. Erk, kau bukan sebaya ke dengan dia? Kalau betul dia Safryna.

"Ayz, cuba kau tengok aku. Tengok aku dengan mata hati kau. Siapa lagi yang pernah panggil kau Ayz? Siapa? Tolong." Pinta Airy. Aku pandang mata Airy. Baiklah, aku percaya. Mata dia, sama dengan Safryna. Sebab apa? Warna matanya, sama. Walaupun rambutnya berlainan serta Airy ni berekor. Lagipun yang pernah panggil aku Ayz tu memang Safryna seorang je.

"Saf.."

"Ya, aku Safryna." Mengaku Airy or Safryna. Dia sudah menangis. Aih, ni yang aku lemah ni kalau bab - bab menitis - nitis air mata ni. Ceh, hindustan betul. Ini semua poyo!

"Tapi kenapa kau nak kahwin dengan aku? Kenapa kau tak pilih Daiyan?" Soalku, masih tak puas hati. Serius doe. Padahal Daiyan pun kenal Safryna. Tapi kenapa dia pilih aku? Macam takde orang lain kat dunia ni.

Airy/Safryna mengesat air matanya dan merapatkan dirinya denganku kemudian membisikkan sesuatu kepadaku.

"What? Seriously?" Terkejut bapak dinosaur aku kau tahu tak.

{ End Fayzal POV }

***

{ Daiyan POV }

Hailah, apalah nasib kena halau. Nak bincang konon. Macam nak bincang pasal hal rumah tangga sampai nak kena halau aku dengan Bubble keluar. Choy!

"Jomlah ikut aku." Ajak Bubble. Aku menoleh.

"Pergi mana?" Soalku.

"Makan. Jom, aku belanja. Okay?" Ajak Bubble lagi sekali. Orang nak belanja, kita kenalah terima. Orang tua kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Heheh.

Kami pergi ke bandar. Huu, cantik. Hm, kalau Emylea ada mesti dia dah jadi macam dracula jumpa awek vampire. Erk, marah pulak Draculah von Vampiryz tu. Hehhe. Maaf ya, Pakcik Drac.

"Kau nak try seaweed kat sini tak?" Soal Bubble. Laju saja aku mengangguk. Orang kata, seaweed kat sini paling sedap.

Sampai di kedai seaweed, aku terkejut apabila mendapati barisan panjang duyung - duyung yang sedang beratur sampai ke luar kedai! Wuu, ramai gila! Wow, this seaweed thingy is owesome!

"Wahh, ramainya orang. Entah - entah sampai 2 minggu akan datang pun belum tentu kita dapat beli." Kataku sambil memandang Bubble. Bubble menyengih.

"Jangan risau. Mari." Ajak Bubble dan kemudiannya mengheret aku masuk ke dalam kedai, merentasi lautan duyung - duyung yang berada di situ. Aku hanya redha je lah.

"Weyh, aku nak seaweed special punya, dua." Bubble meng'order' di kaunter secara selamba dek je. Pelanggan yang sedang beratur di situ sudah buat muka kerek.

"Wokayh!" Aih, ada pulak yang melayannya. Perempuan yang memakai apron tertulis Le Seaweed tu rasanya pekerja kat sini. Dia membuat thumbs up ke arah kami atau mungkin Bubble.

Kami menunggu di satu meja berdekatan dengan kaunter. Aku hanya menurut sahaja.

"Dia tu kakak aku." Kata Bubble tetiba.

"Huh?" Aku tak faham. Siapa kakak dia? Tetiba je sebut.

"Awek kat kaunter tadi tulah. Dia kakak aku. Kedai ni, dia punya." Jelas Bubble.

"Ooo..." Aku mengangguk faham. Patutlah dia boleh main redah kasi pecah je masuk kedai ni. Kakak dia punya rupanya.

"Nah, ni untuk kamu berdua. Enjoy your meal." Kata pekerja itu a.k.a. kakak Bubble sambil meletakkan 2 hidangan di atas meja. Cantik. Secantik Bubble. Ekornya bersinar berwarna pink terang. Rambutnya diikat satu dan dia memakai topi pekerja serta apron di mana keduanya tertulis Le Seaweed padanya.

"Thanks, kak."

"Terima kasih."

Ucap aku dan Bubble serentak. Kami berpandangan. Kemudian ketawa. Entah apa yang lawak gua pun tak tau lah. Kakak Bubble turut ketawa.

"Welcome. Enjoy, keyh?" Kata kakak Bubble kemudian berlalu pergi.

"Makanlah." Jemput Bubble. Aku tersenyum. Nak makanlah ni. Tengok je dah rasa macam air terjun dah air liur aku ni. Pergh, lapar betul kau ni.

Aku rasa seaweed special yang di'order' oleh Bubble. Wahh, heaven! Sedapnya. Bersinar - sinar mataku. Wahh, very delicious! I can't even say a word. It's just so.. Wow!

"Sedap ke?" Soal Bubble apabila melihat aku makan dengan berseleranya kalah bapak dinosaur T - Rex.

Aku hanya mengangguk mengiyakan. Gila kau. Memang gila - gila punya sedap ah! Tak tahulah kerana aku terlalu lapar atau benda alah ni memang sedap. Hahah. Bubble juga makan seaweednya. Sopan sahaja.

"Nak bungkuskan untuk Fayzal tak?" Soal Bubble. Aku menggeleng. Berkerut muka Bubble. Tak payah bagi kat pakcik kerek tahap dewa tu. Bagi dia bincang sampai kenyang.

"Kenapa pulak tak payah?" Soal Bubble hairan. Haa, hidup ni kekadang ada orang dengki kat kita. Akulah tu. Aku dengki kat Fayzal. Hahaha. Gila.

"Tak payah." Ujarku.

"Yelah. Kenapa tak payah?"

"Tak payahlah."

"Okay. Aku bungkuskan kat dia. Kau jangan makan." Kata Bubble. What? Why? Kenapa aku pulak yang tak dapat makan? Kenapa Fayzal pulak yang dia kesahkan?

"Alah, kau ni. Yelah. Kita bungkuskan untuk dia. Bungkuskan untuk aku sekali. Nak 2. Hehe." Aku mengalah. Sambil kita seluk duit poket orang, kita ambil Iphonenya sekali. Hahah. Hancus punya peribahasa. Aku buat muka selambaku yang memang kacak ni sambil buat tanda peace. Bubble buat muka kerek.

Usai Bubble men'drive - thru'kan makanan untuk Fayzal dan Airy. Tak dilupakan jugak untuk aku yang hensem ni. Heheh. Aku sedar yang aku ni layak terima anugerah johan dalam pertandingan memuji diri sendiri. Biasalah. Puji diri sendiri je pun. Siapa lagilah yang puji kita kalau bukan diri sendiri. Betul tak?

"Weyh, kau perasan tak?" Tiba - tiba Bubble menegur aku ketika baru keluar dari kedai Le Seaweed kepunyaan kakak Bubble itu. Aku memandangnya. Dia ni memang suka cakap sekerat - sekerat eh? Macam aku ni ada kuasa nak baca fikiran dia pulak.

"Perasan apa?" Soalku. Kalau cakap dengan Bubble ni macam jadi anak murid kepada seorang mahaguru. Semua nak kena tanya.

"Airy panggil Fayzal, Ayz." Kata Bubble. Aku mengangguk. Aku macam pernah dengar je nama panggilan tu. Tapi tak ingatlah.

"Kenapa?" Soalku. Menggaru kepalaku yang bijaksana tahap tinggi sikit dari Fayzal dan otak burung unta lagi kecik dari matanya. (Tahun bila punya iklan author pun tak ingat.)

"Kau takkan tak ingat?" Soal Bubble. Aku menoleh lalu memandangnya sambil buat muka kau-nak-cakap-apa-sebenarnya-ni pada Bubble. Serius tak faham.

"Kau ingat tak Safryna?" Soal Bubble. Langkahku terhenti. Bubble terikut berhenti. Safryna? Jap, biar aku scan dulu. Owh, dah ingat. 6 tahun lalu dia menjadi peneman kami sehinggalah satu hari dia hilang tanpa berita. Bagi aku, memanglah sedih. Tapi aku lagi sedih bila Fayzal seperti katak hilang bini apabila hilangnya Safryna. Fayzal tidak lalu makan membuatkan dia nampak cengkung mukanya dan pucat. Di situ, aku dapat tangkap yang Fayzal suka kat Safryna.

"Weyh, kau dengar tak ni?" Tangan Bubble sudah dihayunkan atas bawah di depan mukaku.

"Berangan banyak betul mamat ni. Kau kenal tak Safryna? Aku tanya dia duk melalut pulak." Soal Bubble lagi sekali sambil membebel. Alah, mana ada aku melalaut. Aku berangan je. Hiperbola betul.

"Hm, kenapa dengan dia?" Soalku balik. Mengangkat sebelah kening tebalku yang menambahkan kemachoan diriku ini.

"Kau tahu tak?" Bubble menyoal. Aku tepuk dahi membuatkan Bubble terkejut.

"Kau dah kenapa? Sawan apa? Tepuk - tepuk muka pulak pehal?" Tanya Bubble memandangku macam aku ni orang gila terlepas dari Tanjung Tembikai. Aku buat muka kerek.

"Kau boleh tak cakap tu jangan buat ayat tergantung tengah - tengah lautan coklat?" Kataku.

"Hm, yelah. Kau tahu tak yang Airy tu sebenarnya suka kat Fayzal dari kecik?" Haa, kan senang kalau bagi ayat yang aku faham. Ini tak, selalu bagi ayat separuh. Eh, macam mana Airy boleh suka kat Fayzal dari kecik? Padahal kami baru je kenal tadi.

"Macam mana dia boleh kenal Fayzal pulak? Bukan tadi baru jumpa ke?" Soalku.

"Kau tak pelik ke kenapa dia pilih Fayzal sebagai calon suami dia dan bukan kau?" Er, ada betulnya jugak. Kenapa ek?

"Sebab aku terlalu hensem kot. Tu sebab dia pilih Fayzal yang kurang hensem sebab takut nanti bila dah kahwin risau ada orang 'culik' suami dia tu." Kataku sambalewa. Ayat lewah banyak betul. Bubble buat muka menyampah. Aku tersengih.

"Bukanlah, sakai. Sebab Airy tu sebenarnya Safryna!" Terang Bubble sambil menjentik dahiku. Dahlah panggil aku sakai. Wuu, bagitahu mama! Choy! Kerek lebih.

Ku mengusap dahiku. Woah, Airy tu sebenarnya Safryna? That was... mind - blowing!

"Jadi.." Bubble seperti menangkap apa yang ingin aku ucapkan. Bubble mengangguk. Okay, taht make sense now.

{ End Daiyan POV }

ToBeContinue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience