Bab 1 - Unwanted Encounter

Drama Series 565657

Bab 1

"Woooohh...!" bunyi keriuhan dan jeritan dari luar pentas, menerobos masuk ke rongga telinga Lara yang berada di dalam bilik rehatnya di saat ini. Dia yang duduk diatas kerusi tinggi dan sedang disolek oleh stylist peribadinya itu, terus mengukir senyum. Suara jeritan itu membuat Lara semakin bersemangat dan merasa teruja ingin memulakan persembahan untuk konsert terakhir solo tour nya sebentar sahaja lagi. Untuk destinasi konsert terakhir solo Lara kali ini adalah di negeri Belgium.

"Get ready, Lara. You got 5 minutes left to start perform." ujar seorang ketua krew yang baru muncul di muka pintu.

Lara hanya mengangkat kedua kening.

Selesai sahaja di solek, Lara menyarungkan jaket kulit hitam kegemarannya ke tubuh. Sebelum dia keluar dari bilik rehat itu, sekali lagi dia menilik dirinya di cermin. Lara tersenyum berpuas hati melihat penampilannya ketika ini. Pilihan Wendy, stylist nya memang tidak pernah mengecewakan nya. Wendy tahu dan faham dia yang perwatakan sedikit 'boyish' itu memang suka dengan fesyen ala-ala 'bad girl' yang jenis tidak cukup kain dan menjolok mata. Ya. Lara tahu imej nya memang tidak bersesuaian dan mencemarkan nama agama. Tetapi, itu lah Lara.

Malam itu, Lara memakai tank top hitam yang menampakkan pinggangnya yang ramping, pusatnya yang comel, dipadankan dengan seluar skinny jeans yang koyak rabak di bahagian lutut. Kedua pasang kakinya pula, tersarung dengan boot jenama Timberland. Rambut panjangnya sengaja tidak di ikat. Dibiarkan terurai lurus.

"Are you ready to be entertain?" soal seorang MC dengan di iringi dentuman muzik yang cukup mendebarkan dada.

Lara yang masih berdiri di belakang pentas, terus menarik nafas dalam cuba meneutral degupan jantungnya yang sedikit laju. Walaupun dia sudah banyak kali mengikuti persembahan konsert festival dunia seperti Tomorrowland, Ultra Music, Creamfield dan Ibiza di beberapa buah negara sejak 5 tahun yang lalu, namun perasan gemuruh itu tetap ada.

"Wooohh!" jerit mereka kuat.

"Then please. Put your hands together for Lara...!"

Lara menapak naik ke pentas dengan penuh berkeyakinan dan mengukir senyum lebar. Keriuhan semakin membingitkan telinga. Jeritan histeris semakin lantang kedengaran. Dengan kehadiran lebih dari 10 ribu orang, seketika ruang dewan konsert terbuka itu terasa gamat. Melihat kemunculan Lara, mereka terlompat-lompat penuh keterujaan sambil melambai ke arahnya. Ada juga yang menekup mulut sambil menangis kerana terlampau terharu ataupun pertama kali melihat Lara dengan mata kepala sendiri.

"Aaaaarrr! Laraaaaaa! Woooooo! We love youuu!"

Percikan lampu dari kamera yang pastinya dari telefon bimbit mereka tidak kurang hebatnya. Berkerlipan disana sini, menangkap gambar Lara dan merakam suasana konsert yang sangat meriah dan baru bermula itu.

Lara mendekati booth yang ditempatkan di tengah-tengah pentas itu. Microphone di atas meja diambil lalu didekatkan ke mulut.

"Hello Belgium..." sapanya dengan suara bergema di udara.

"Wooooooh!" mereka membalas sapaan Lara dengan jeritan kuat di segenap dewan.

"Are you ready?" soal Lara sambil tangannya yang satu mula memainkan lagu EDM remix pertama ciptaannya sendiri sebagai 'opening set'.

Mereka mula menggerakkan tubuh, menari terkinja-kinja sambil kedua tangan diangkat ke udara. Lara membiarkan headphone tergantung di lehernya kerana dia lebih suka mendengar dentuman muzik sambil kepala terangguk-angguk. Kedua tangannya ligat memutar-mutar mixer lalu dengan sengaja dia merendahkan volume muzik itu kembali.

Lara mengambil microphone yang berada di atas meja.

"Can you feel it?" soalnya sambil mengamati seluruh manusia-manusia yang berkerumun dan berasak-asakan menari di bawah pentas itu. Ada yang bersiul-siul.

"Are you ready goin' a trip with me?" soalnya lagi dengan senyuman nakal. Ya, ini memang cara Lara memanaskan suasana konsert. Mengaju soalan yang mengujakan. Mereka menyahut dengan jeritan kuat. Lara kembali membesar volume muzik EDM yang rancak sehingga gegendang telinga terasa bergegar mahu pecah.

Kepulan asap dari bawah pentas dengan letupan bunga api di udara menyemarakkan lagi suasana konsert pada malam itu. Lampu spotlight memancar dan berkedip mengikut rentak lagu.

"I'm sure, everyone here know that, I'd been released my new remix song two weeks ago with this hot and handsome rapper..." ujar Lara sedikit termengah-mengah. Sekali lagi, segenap ruang gemuruh dengan suara jeritan.

"So, I'll bring him to join with us tonight. Give some noise to... Roy!" Lara melaung lantang. Roy muncul dari belakang lalu menyertainya di atas pentas. Sempat lagi Roy memeluk bahu Lara dari sisi sebelum lelaki itu menjerit dan mengangkat tangan ke udara.

Lara mula memainkan lagu terbarunya yang dinyanyikan oleh Roy. Dia turut sama menari terkinja-kinja dengan kepala terangguk-angguk menghayati setiap dentuman muzik yang rancak. Lara benar-benar keasyikan malam itu sehingga seluruh tubuhnya dibasahi dengan peluh. Dia tersenyum puas, dadanya terasa lapang. Ini lah sebab mengapa Lara bercita-cita ingin menjadi seorang DJ. Dia merasakan muzik bagai satu penawar luka di hatinya. Yang mampu membuatnya kembali bernafas dengan sempurna dan meneruskan hidup di muka bumi ini. Walaupun Lara tahu, dia masih bernafas sehingga ke hari ini atas keizinan Allah.

****

Lara menyeka peluh di dahinya dengan belakang tangan. Nafasnya termengah-mengah dengan dada yang berombak. Wendy menghala portable fan ke wajah Lara sambil menyelak rambut Lara yang melekat di wajah yang basah dengan peluh itu. Lara mengambil botol mineral kecil di atas meja solek lalu meneguk beberapa kali bagi membasahi tekak yang terasa kering-kontang.

"Okay, dah siap? Fans kau dah ramai tunggu dekat belakang tu." Ujar Maria yang baru sahaja selesai mengemas barang-barang. Ya, peminat-peminat memang punya otak bijak. Mereka tahu, ramai artis menggunakan jalan belakang bagi mengelak dari diserbu walaupun cara itu memang tidak akan berhasil. Namun, mereka juga tiada cara lagi selain dari itu.

Lara mengangkat kedua keningnya tinggi sambil masih terus meneguk air mineral sehingga habis. Setelah itu, dia mengatur langkah keluar dari bilik rehat itu menuju ke belakang pentas.

Dari kejauhan, Lara sudah melihat kerumunan manusia yang menanti dan cuba berusaha ingin mendekatinya. Namun, mereka dihalang oleh beberapa orang pengawal berbadan tegap yang sudah ditugaskan untuk mengawal keadaan dan juga menjaga keselamatan Lara.

Lara tersenyum ramah sambil melambai ke arah mereka.

"Aaarr! Lara! Please! Can I take picture with you? Can I have your autograph, please!" Saling bertingkah suara-suara mereka merayu. Lara pun terus mendekati mereka.

Ketika Lara mendekati, mereka mula menyentuh Lara sambil menjerit teruja. Lara menandatangani beberapa keping gambar posternya dengan cepat. Ada juga yang mahu dia menandatangani autograf di belakang baju mereka. Belum lagi yang berpusu-pusu menghulur pelbagai hadiah kepadanya. Maria yang berada dibelakang cuba membantu dengan mengambil hadiah-hadiah itu dari tangan Lara.

Keadaan semakin tidak terkawal. Lara mula merasa panas dan sesak apabila dikelilingi peminat.

"Hey! Hey! Move back! Give some space!" Arah dua orang pengawal dengan tegas. Namun, mereka langsung tidak memberi kerjasama. Mereka malah semakin galak ingin menyentuh Lara di mana-mana bahagian tubuh wanita itu.

Lara mula resah tetapi sedaya upaya dia mengukir senyum dan cuba bertenang. Walaupun dia tahu, sedikit masa lagi dia pasti diasak, dihimpit sehingga dia jatuh pengsan.

"Aaarr!" Lara terjerit kerana sakingnya terlampau terkejut apabila pinggangnya tiba-tiba dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki secara mendadak.

"I love you, Lara!" Bisik lelaki itu di telinganya.

Lara cuba menjarakkan wajahnya dari terkena bibir lelaki itu. Dalam masa yang sama, dia takut dan bulu romanya merinding kegelian.

"Hey! Don't touch her! Let her go!" Dua orang pengawal segera menarik lelaki itu dari terus memeluk Lara dengan kasar.

"Lara!" Lelaki itu meronta ingin memeluk Lara kembali namun dia terus diheret keluar dari situ.

Maria segera menghampiri dan cuba melindungi Lara dari arah belakang.

"Guard help!" panggil Maria. Dua orang pengawal terus mendekati mereka berdua dan mula menuntun mereka menuju ke sebuah kereta Vellfire yang sudah tersedia terparkir di depan.

"Move back everyone! Move! Give some space!" Pengawal-pengawal terpaksa bertindak kasar dengan menolak beberapa orang peminat Lara yang masih degil ingin menerpanya. Pengawal cuba memberi Lara dan Maria ruang dan laluan untuk mereka segera masuk ke dalam kereta.

"Go! Lara! Faster!" Ujar Maria lalu membawa Lara masuk ke dalam kereta. Setelah mereka selamat masuk ke dalam kereta, Maria dengan cepat-cepat menutup pintu rapat lalu dikuncinya.

Lara menghempas punggung di atas kerusi lalu melepaskan nafas lega serta lelah. Peluh di dahi terus di seka dengan belakang tangan.

"Oh god!" Lara tersandar penuh di dada kerusi sambil mengatur nafas. Tiba-tiba dia terkejut apabila terdengar tingkap disebelahnya diketuk bertubi-tubi. Lara hanya membiarkan sahaja. Dia tahu, mereka tidak akan dapat melihatnya di dalam kerana cermin kereta itu diperbuat dari cermin gelap dan 'bulletproof'.

"Han! Jalan." Arah Maria.

Farhan pun mengangguk lalu mula memandu. Kereta bergerak perlahan meninggalkan kawasan. Lara hanya memerhati peminat-peminatnya yang masih melambai-lambai dari cermin pandang belakang. Satu keluhan dilepaskan dari dada.

"Sejak lagu baru kau hit dua minggu lepas, kau dah semakin famous, Lara. Aku rasa, 4 orang bodyguard dah tak cukup sekarang ni untuk kawal keadaan bila kau buat konsert dekat luar negeri nanti. Aku kena upah 6 orang lagi. Kau tengok tu tadi, ada yang berani peluk kau. Diorang dah semakin berani dan terlalu obses dengan kau." Ujar Maria yang kini duduk di sebelah Lara.

"I know..." jawab Lara bersahaja dengan matanya masih terpejam rapat. Dia tahu, Maria pasti tahu mencari jalan dan menguruskannya. Lagipun, ini bukan kali pertama, dia diserang secara seksual. Sebelum ini dia juga pernah mengalami situasi yang sama. Cuma tidak seteruk kali ini.

****

"Babe! Bangun! Dah lewat dah ni!" Lara terjaga dari lenanya. Terpisat-pisat matanya lalu mencari kelibat orang yang melaung namanya.

Maria yang baru tiba itu, terus meletakkan plastik makanan di atas meja.

"Kau lupa ke? Pagi ni pukul 10, kau ada live interview dekat Hit and Beat Radio." Ujar Maria.

Lara terus mengeluh panjang. Hampir sahaja dia terlupa tentang wawancara pagi itu. Dia dengan malas bangun dari pembaringan sambil menggaru belakang kepala.

"Dah, pergi cepat mandi! Dah lah bau masam tak mandi semalam. Balik je hotel terus tidur. Sekarang dah pukul 8. Nanti lambat pula sampai di Hit and Beat." Maria mula membebel geram. Ya, semalam Lara benar-benar lelah sehingga dia tidak larat hendak membersihkan diri, selepas pulang dari konsert. 4 jam tanpa henti membuat persembahan, cuba bayangkan? Dari pukul 10 malam, tamatnya pukul 2 pagi. Sesampainya di hotel, pukul 3 pagi. Belum lagi, sebelah siangnya dia telah menghadiri sesi meet and greet di sebuah hotel untuk bertujuan mempromosi lagu terbarunya. Memang tak mandi lah jawapan nya.

"Ye lah! Ye lah!" ujar Lara malas. Dia menguap seluas alam sambil turun dari katil. Langkah terus diatur menuju ke bilik mandi.

Selesai sahaja mandi, Lara terus melabuhkan punggung di atas kerusi dengan rambutnya yang terurai separuh basah. Senyumanya melebar melihat sarapan ala barat yang sungguh menyelerakan terhidang di depan mata.

"Emmm... looks so yummy!" Tanpa berlengah, Lara terus saja mengambil 3 biji buah anggur lalu di masukkan nya ke dalam mulut sekali gus dengan gelojohnya.

Maria yang santai menggigit roti bakarnya, hanya mampu menggeleng kepala.

"Anyway, lepas interview nanti, kalau boleh jangan pergi mana-mana. Stay dekat hotel je. Rehat secukupnya sebab esok kita kena balik Malaysia. Kau ada photoshoot untuk cover Magazine. Lagipun, dekat bawah ada paparazzi tengah tunggu kau. Fans kau jangan cakap lah. Diorang memang tahu kau stay dekat sini." Ujar Maria sambil sebelah tangannya sibuk menatal ipad di atas meja.

"Okay." jawab Lara sepatah sambil meneguk jus oren.

"Burp!" Lara tersendawa kekenyangan sambil mengusap perut.

"Ish! Kau ni! Kalau ye pun kenyang, agak-agak lah. Aku tengah makan ni!" Maria mendengus geram. Dia meletakkan kembali roti bakarnya di atas pinggan. Selera makannya terbantut akibat Lara bersendawa di depannya.

"Sorry, babe." Lara tersengih lalu beredar menuju ke almari dengan selamba. Dia dapat melihat dari ekor mata, Maria menjelingnya.

****

Lara selamat tiba di Malaysia tepat pukul 4.30 petang. Seperti biasa, ada beberapa orang peminat setianya, sudah menunggu menyambut kepulangan di lapangan terbang dengan membawa custom banner dan poster wajahnya. Di Malaysia, peminatnya tidak lah seramai seperti di luar negara. Mungkin disebabkan, Lara baru kembali ke tanah air 3 tahun yang lalu. Tetapi masih saja dia tidak boleh keluar berseorangan terutama sekali pada waktu lewat malam. Setiap pergerakan dan langkahnya selalu diperhatikan. Pernah sekali, dia ingin membeli makanan ringan di sebuah kedai 7 Eleven pada waktu tengah malam, dia di ekori oleh seorang lelaki tanpa dia sedar. Lelaki itu hampir menyerangnya sebaik saja dia keluar dari kedai. Tetapi mujur sahaja, Lara cepat sedar dan sempat menyelamatkan diri masuk ke dalam kereta lalu memecut laju meninggalkan kawasan kedai.

Dari sejak kejadian itu, Lara tidak mahu keluar berseorangan. Jika dalam keadaan terdesak sekali pun, dia akan memakai penutup muka dan juga cap agar orang tidak dapat mengecamnya.

****

Klik! Klik! Klik!

Lara melakukan pelbagai gaya dan posing seperti yang di arahkan oleh jurukamera. Hari ini, Lara menghadiri satu penggambaran di sebuah studio syarikat magazine yang sangat terkenal.

"Lara, angkat sikit dagu you, then tengok pasu ni." arah Dominic sambil menuding pasu bunga yang terletak di sebelah kakinya.

Lara yang duduk di atas kerusi dengan sebelah kaki di silang di atas lutut seperti lagaknya seorang lelaki, dengan kedua tangan memeluk tubuh, cuba melakukan seperti yang diarahkan.

"Don't smile, Lara. Show your arrogant face." pinta Dominic lagi sambil mula menangkap gambar. Dua orang penolong Dominic yang berdiri di kiri kanan juga turut sama menangkap gambar Lara dari pelbagai posisi dan cara.

Lara terus mengerut keningnya nipis.

"You kalau tak perli I, tak sah kan?" soal Lara, geram. Namun, dia tetap saja mengekalkan riak wajah dinginnya kerana tiga orang jurukamera itu masih menangkap gambarnya.

Dominic terus tertawa kecil.

"Ala, macam tak biasa je. You walaupun nampak sombong, you tetap cantik tau. Orang masih tetap tergila-gilakan you." puji Dominic.

Lara terus mencebik. Dia sebenarnya sudah naik bosan mendengar pujian basi itu sejak dari dulu lagi.

"Okay. Done!" ujar Dominic sambil menjempul ibu jari.

Lara terus melepaskan nafas lega setelah seharian menghadiri sesi penggambaran. Naik lenguh seluruh tubuhnya tika ini.

"Wow! You're so fucking gorgeous, baby! Look at this." Ujar Dominic lalu menghala skrin kamera Nikon nya pada Lara dengan senyuman lebar.

Lara tersenyum nipis melihat gambar-gambarnya itu. Ya, dia akui, wajahnya memang kelihatan sangat sombong di dalam gambar tersebut. Tetapi, tetap elegan dan penuh aura.

****

Lara masuk ke dalam kereta setelah selesai penggambaran tadi. Punggung dihempas lelah di atas kerusi.

"Okay, let's go home!" Ujarnya pada Farhan. Dia sudah tidak sabar untuk pulang ke kondo.

"We can't go back home yet." Ujar Maria tiba-tiba.

Lara yang sudah asyik membayangkan katil empuknya di kondo, terus menoleh ke arah Maria.

"Why?" Soalnya, hairan dengan kening sedikit berkerut.

"Aku baru je terima call dari Tuan Husaini tadi. Dia minta semua artis datang ke office. Dia nak kenalkan our new CEO pada kita hari ni." Ujar Maria.

Lara terus terpempan. Ya, dia terlupa tentang hal itu. Sebulan yang lalu, Tuan Husaini telahpun menyerahkan jawatannya sebagai CEO kepada Hakim Petra. Dan kebetulan ketika itu, dia sedang giat membuat persembahan konsert di luar negara.

Hakim Petra. Tiada lain, tiada bukan.

Lelaki yang paling Lara benci di alam semesta ini.

Lelaki yang pernah memusnahkan hidupnya dulu serta...

Lelaki yang meninggalkan seribu luka di hatinya.

Ya, lelaki itu!

Lara menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan. Cuba menenangkan hatinya yang mula bergelora ketika ini. Dia sebenarnya belum habis fikir, mengapa tiba-tiba sahaja Hakim Petra berminat ingin membeli saham di syarikat hiburan itu.

Sehingga ke saat ini, Lara masih tidak percaya, dia kini bekerja dibawah naungan Hakim Petra. Dan hari ini, dia bakal bertemu kembali dengan lelaki itu.

"Han. Kita pergi office dulu." Arah Maria.

****

Tiba sahaja di bangunan One Music Label, Lara terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu dengan wajah selamba walaupun hakikatnya dia sedang berperang dengan perasaan sendiri dan merasa gemuruh. Sehingga ke hari ini, Maria tidak tahu jika dia mengenali Hakim Petra dan apa hubungan di antara mereka di masa lalu. Seluruh tubuh Lara merasa seram sejuk, apatah lagi kini dia sudah hampir tiba di bilik persidangan.

Maria mengetuk pintu kaca itu sebelum dia membuka daun pintu untuk Lara. Lara menarik nafas sedikit memanggil semangat diri. Kali ini, dia harus kuat berhadapan dengan Hakim Petra.

Ketika kakinya melangkah ke dalam, mata Lara terus disapa dengan satu susuk tubuh sasa dan tinggi sedang berdiri megah di hujung ruang itu bersama Tuan Husaini.

Lara mengangkat bebola matanya. Dengan serta-merta matanya terus bertembung dengan mata Hakim Petra. Lelaki itu berdiri di situ dengan kedua tangan menyeluk ke dalam saku seluar. Lara tidak menyangka, setelah 8 tahun berlalu, wajah Hakim Petra tetap sama seperti dulu. Beku, dingin tetapi tetap... Tampan. Tiada apa yang banyak berubah. Cuma lelaki itu kini memiliki jambang dan kumis nipis dan kemas menghiasi wajah bujurnya. Menampakkan lagi kematangan nya dari sebelumnya tetapi belum tentu otak lelaki itu juga turut sama matang. Lara sempat mengejeknya di dalam hati.

Tetapi, ada satu perkara yang menjadi tanda tanya Lara di saat ini. Hakim Petra... Tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut sama sekali apabila melihat kemunculan dirinya. wajah Hakim Petra malah beriak tenang. Adakah Hakim Petra sudah tahu dari awal lagi dia adalah artis dibawah naungan syarikat itu?

Ya, sudah tentu Hakim Petra tahu. Buat apa lagi dia bertanya soalan itu. Jawab Lara sendiri di dalam hati.

Lara berhenti seketika di ruang bilik itu dengan wajah selamba dan tenang. Semua artis-artis lain sudah pun hadir dan berkumpul di ruang itu termasuk Roy. Jadi ini bermaksud, dia adalah artis terakhir yang lewat sampai. Tetapi, Lara tidak kisah kerna dia juga ada alasan kukuh mengapa dia lambat 30 minit.

"Sorry, everyone. We're late. Kami baru habis shooting." Ujar Maria yang berdiri di sisi Lara.

"It's okay, Maria." Ujar Tuan Husaini.

"Tuan Hakim, let me introduce you. This is Lara Sephia. Our top number 1 DJ artist yang sekarang ni tengah trending di luar negara. Her first debut is in US 5 years ago sebelum kami berjaya menarik dia sign contract under our label 3 tahun yang lalu." Tuan Husaini memperkenalkan Lara kepada Hakim Petra.

Mahu tidak mahu, Lara terpaksa menghampiri Tuan Husaini apabila lelaki di akhir usia 50an itu memanggilnya. Lara memberi senyuman nipis kepada bekas CEO nya itu.

"Nice to meet you." Ucap Hakim Petra bersama senyuman kacaknya. Tetapi, Lara dapat meneka makna disebalik senyuman lelakk itu. Senyuman yang sama seperti dulu. Senyuman sinis dan licik! Meluat pula Lara memandangnya di saat ini.

Lara membalas senyuman Hakim Petra dengan keterpaksaan dan penuh sinis juga.

Hakim Petra terus menghulurkan tangannya. Lara melirik seketika ke bawah memandang tangan lelaki itu. Kalau ikutkan hati, dia langsung tidak ingin menyambut huluran tangan lelaki itu. Dia merasa jijik!

Tetapi apakan daya, kerana semua orang yang berada di dalam bilik itu sedang memandang ke arahnya, dia akhirnya terpaksa menyambut huluran tangan Hakim Petra, dengan hati yang cukup memberat.

Ini kali pertama, tangan Lara menyentuh kulit Hakim Petra setelah 8 tahun sudah berlalu. Telapak tangan lelaki itu terasa hangat dan lembut sama seperti dulu. Tetapi, adakah perasaan Lara juga sama seperti dulu? Sudah tentu tidak. Melihat wajah Hakim Petra disaat ini, Lara jadi cukup benci dan meluat.

"Nice to meet you too, Tuan Hakim Petra." Lara sengaja menyebut dan menekan nama penuh lelaki itu satu-persatu dengan sinis.

Hakim Petra hanya membalas Lara dengan senyuman. Ingin saja Lara meludah wajahnya tika ini.

Sial! Lara menyumpah di dalam hati apabila Hakim Petra menggenggam tangannya dengan penuh erat dan sengaja tidak mahu melepaskan tangannya walaupun Lara cuba menarik beberapa kali. Lara mengetap rahang cuba menahan geram di dalam hati.

"Okay, lets have a sit." Ujar Tuan Husaini. Ketika itu, baru lah Hakim Petra melepaskan tangan Lara.

'Bullshit! Dasar jantan tak guna!' Lara menyumpah lagi di dalam hati.

Lara terus mengatur langkah menuju ke meja. Dengan niat sengaja, dia memilih duduk di sebelah Roy. Dan Roy apatah lagi. Senyum melebar lah dia hingga ke telinga apabila Lara memilih untuk duduk di sebelahnya berbanding duduk bersama Maria di hujung meja. Roy terus menarik kerusi buat Lara. Lara sempat melirik ke arah Maria. Jelas wajah wanita itu terpampang riak hairan dan curiga.

"Hey. Bila balik? I text you semalam, but you didn't reply." Bisik Roy dekat di telinga Lara.

"I balik semalam sebelah petang. Sorry. I tak check phone dari sejak semalam." Bisik Lara kembali ke telinganya. Dari ekor mata, Lara dapat melihat Hakim Petra yang duduk di hujung meja melirik tajam ke arahnya. Lara memang sengaja melayan Roy mesra di depan nya. Alasan Lara cuma satu. Dia ingin membuktikan jika dia sudah melupakan lelaki itu dan tidak terkesan sama sekali dengan kemunculan epik lelaki bangsat itu.

Lara juga dapat merasakan Hakim Petra pasti ada agenda lain disebalik semua ini. Masakan setelah 8 tahun sudah berlalu, baru kini lelaki itu muncul di depannya secara tiba-tiba?

Sepanjang berada di dalam ruang persidangan itu, Lara cuba tidak menghiraukan apa yang disampaikan oleh Hakim Petra. Setiap kali dia mendengar suara garau lelaki itu, jiwanya semakin kacau. Kisah 8 tahun yang lalu kembali segar berputar di dalam ingatan Lara tetapi sedaya upaya Lara menepis dengan bermain game di dalam telefon bimbitnya.

Lara tersentak apabila terdengar bunyi kaki kerusi diheret. Dia pantas panggung wajah. Terlihat semua orang sudah pun berdiri.

Lara dengan segera ingin turut sama beredar. Tetapi baru sahaja dia mengangkat punggung, Hakim Petra kembali bersuara.

"Everyone can you go now except Lara Sephia."

Shit!

Lara mengetap rahang lalu mendengus kasar. Dia kembali menghenyak punggung di atas kerusi. Apa lagi lelaki ini mahukan darinya?

Setelah semua orang beredar dari bilik itu meninggalkan mereka berdua, Hakim Petra bangun dari duduknya lalu mengatur langkah perlahan menghampiri Lara dengan kedua tangan menyeluk ke dalam saku seluar.

"Well well well... Lara Sephia. I'm very surprise, that we can meet again... in here. At the 'better' place than before." ujar Hakim Petra penuh sinis lalu melabuh punggung duduk di depan Lara dengan lagak santainya. Tubuh disandar penuh di dada kerusi sambil memandang Lara dengan sebelah kening sedikit terangkat.

Lara terus memicingkan anak mata. Kata-kata sinis Hakim Petra itu berjaya membuat hatinya membara. Ingin sahaja dia menyembur lelaki itu dengan kata-kata kesat ketika ini. Tetapi, rasa itu cuba ditahan. Dia rasa tidak berbaloi kalau dia mengamuk di depan lelaki itu kali ini seperti orang gila. Dia juga ingin menunjukkan betapa tenang dan selambanya dia sama seperti lelaki itu. Jika Hakim Petra boleh, mengapa dia tidak.

"Apa sebenarnya tujuan you membeli saham di syarikat ni?" Soal Lara tenang.

"Well, I nak keuntungan. Dan I tahu, membeli saham di syarikat ni memang pilihan yang tepat dan sangat berbaloi. Apatah lagi, one of the artist under this music label, adalah milik I sejak dari 8 tahun yang lalu. Tapi sayang, dia buat-buat lupa. Jadi dengan cara menunjukkan muka I di depan dia, I boleh mengingatkan dia." Ujar Hakim Petra selamba tetapi penuh makna yang tersirat.

Lara terus tertawa perlahan tetapi cukup sinis. Entah mengapa kata-kata lelaki itu kedengaran lucu baginya.

Milik dia? Setelah 8 tahun menghilangkan diri dan muncul kembali di depannya, lelaki itu masih lagi mengaku milik dia? Tsk! Tsk! Tsk!

Lara menggeleng perlahan lalu menyilang kedua tangannya memeluk tubuh.

"Dia bukan buat-buat lupa. Tapi, memang dia dah lupakan. Bayangkan 8 tahun sudah berlalu, you rasa dia nak ke terus meratapi kesedihan atas ditinggalkan oleh jantan tak guna tanpa jejak dan berita tu? You ingat bila jantan tu muncul balik depan dia, dia akan menangis ke merayu jangan tinggalkan dia lagi?" Soal Lara penuh sinis.

Hakim Petra diam tidak bersuara. Sedikit sebanyak air muka lelaki itu berubah.

"No, you salah. Dia takkan membazirkan airmata dia lagi untuk jantan tak guna tu. Tidak berbaloi, you know? Jadi, lebih baik dia lupakan saja, then bina hidup baru. Now you can see, how happy she is without you, right?" Sindir Lara lagi.

Serta-merta wajah Hakim Petra berubah merah padam. Dia mengecilkan anak matanya memandang Lara dengan penuh tajam sekali.

Lara tahu, dia berjaya membuat Hakim Petra sakit hati. Tetapi, tidak setanding dengan rasa sakit hatinya ketika Hakim Petra meninggalkan dirinya terkapai-kapai 8 tahun yang lalu. Berbulan-bulan dia mencari Hakim Petra diserata tempat sehingga akhirnya dia mendapat berita yang amat perit untuk dia telan dan terima. Dan kini, Hakim Petra muncul di depannya, hanya semata-mata ingin menyakiti hatinya.

Tak... Lara tidak akan pernah sesekali membiarkan lelaki itu menyakitinya lagi. Cukup sekali dan tidak akan terulang lagi.

"So, daripada you terhegeh-hegeh dekat dia dan mengaku dia masih milik you sedangkan you tahu dia tak perlukan you dalam hidup dia lagi, why not you layan isteri you dekat rumah tu? Kesian isteri dapat suami yang tak setia." Sindir Lara lagi bersama tawa sinis.

"Lara..." keras suara Hakim Petra memanggil nama Lara. Dia mengetap rahang cuba mengawal rasa amarah yang kini sedang membuak-buak di dalam dada. Lara langsung tidak peduli. Dia terus sahaja berdiri lalu mengatur langkah meninggalkan Hakim Petra menelan setiap kata-kata sindirannya yang cukup menyakitkan hati.

Sekali lagi Lara tertawa kecil lalu melangkah keluar dari ruang itu. Puas rasa hatinya dapat menyakiti hati lelaki itu.

P/S : Bab kali ni memang panjang. It's reach 4k words sebab bab kali ni, lebih kepada introduction. So, dia memang agak sedikit sendu.

Share this novel

Zahra haniffa
2024-06-29 23:06:09 

1 chapter pjg x rugi baca...ada coin pun ok..janji per chapter pjg...

jruuoy
2023-03-25 21:49:58 

test_account

ALEXA ELLE
2022-03-03 05:20:53 

best park here another chapt.


NovelPlus Premium

The best ads free experience