Rate

BAB 2

Romance Completed 526

Aku lihat, Suci masuk ke dapur. Di dapur, dia memasang radio.
“Azan Maghrib hampir masuk,” Abang Yusuf menepuk bahuku. Sebaik sahaja azan berkumandang dari corong radio, kami menadah tangan membaca doa.
“Suci, mahu kurma?” soal Yazie kepada Suci. Suci senyum. Kurma yang dihulurkan disambut dengan senyuman. Pertama kali, aku lihat Suci senyum. Tetapi, sayang senyum itu bukan ditujukan kepada aku.
“Ismael , pengurus kata lepas makan, dia mahu jumpa kamu,”
Suci memandang padaku.
“Saya tahu, tetapi walaupun alasan awak itu kukuh tetapi awak tidak boleh bertengkar dengan pelanggan. Nasib baik perang mulut sahaja, kalau diorang pukul atau belasah awak tadi macamana?” nyata pengurus itu memang menegur cara berlapik. Sebaik keluar dari bilik pengurus, aku menyambung mengelap meja. Mungkin aku patut berhenti agaknya. Tiba-tiba satu aroma menyenangkan masuk ke dalam hidungku. Bau coklat.
“Tak nak cuba ke?” dia menyoal. Aku pula terpinga. Wah, dia semacam tahu aku sukakan air coklat. Aku mengambil cawan itu dan merasa isinya.
“Manisnya,” bisik hati aku.
“Awak rasa ia manis sebab perasaan awak sedang “pahit” sekarang. Saya tidak bubuh gula pun,”
“Air apa ini?”
“Cioccolato Caldo. Sejenis air coklat dari Italy. Mungkin awak perlu minum pakai sudu sebab dia pekat dan ia macam puding sikit,”
“Dari Italy?” soalku.
“Ya. Warisan dari nenek saya. Dia orang sana,”
Aku terkejut. Patutlah dia cantik dan menawan. Rupanya dia ada darah campuran.
“Manis dan sedap rasa dia,” aku memuji. Tetapi, wajahnya tetap menghulurkan senyuman yang biasa sahaja.
“Terima kasih pasal tadi,”
Aku terkesima.
“Pasal hal “kelab malam” tu,”
Sekali lagi aku diam. Nampaknya, aku patut kerja lama di sini lebih lama.

Tamat sahaja perbincangan berkaitan assignment pada petang itu, aku terus mendapatkan bas dan menuju ke Tesco. Aku mahu cari sesuatu. Aku belek sesuatu.
“Hai,” dia menyapa. Aku terkejut dan menoleh. Wajahnya mengukir senyuman paling manis.
“Hai, awak…. Suci,” aku rasa bagai mahu gugur jantung aku bila dia memandang aku.
“Tak ada kelas ke?” ramah pula dia.
“Erm…, dah habis,”
“Apa awak buat dekat sini? Dia bertanya padaku,”
“Saya…., saya cari …..,” mengapa lidah aku kelu.
“Saya teringat coklat panas yang awak buat itu. Saya rasa sedap sangat sampai saya rasa nak cuba-cuba buat sendiri,”
“Tetapi, kenapa awak pegang susu tepung itu?” soal Suci menahan ketawa.
“Susu tepung? Saya pegang sahaja. Lagipun, standard lah orang lelaki tak tahu buat air,” aku membalas dengan rasa geram yang amat. Dia seperti biasa tenang tetapi lima saat kemudian dia ketawa.
“Marilah ikut saya,”
“Ke mana?” soal aku hairan.
“Mungkin kita sempat pergi sebelum pergi kerja. Lagipun, tempat itu tidak jauh dari sini,”
Aku lihat, dia bersahaja. Jadi, mungkin dia tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Cuma, dia unik dan ada cara dia sendiri.
“Awak boleh berbahasa Italy?” aku bertanya ketika kami dalam perjalanan ke tempat letak kereta terbuka.
“Awak rasa?” soalnya. Aku memandang ke hadapan. Buat-buat tidak melihat dia yang sedang memandang ke arah aku.
“Tidak,” spontan dia berkata.
“Saya memang berhasrat mahu ke sana suatu saat nanti. Tetapi, entahlah. Mungkin. Saya akan ke sana cari mama saya. Mama sudah lama hilangkan diri,”
“Awak akan ke sana,”
“Ya. Mengejar sesuatu yang tidak pasti,”
“Saya akan ikut awak,”
Dia memandang aku. Kemudian, dia memandang ke arah langit.
“Erm…., ada baiknya kita cepat. Nanti, dia tidur pula,”
“Dia?” aku bertambah hairan. Dia menaiki kereta Honda Civic berwarna merah. Jadi, Suci mungkin bukan orang sebarangan. Kami tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar. Aku hairan, siapa agaknya pemilik rumah ini.
“Masuklah. Dia okay,” Suci mempelawa. Siapa dia agaknya? Tiba-tiba terpacul seseorang yang agak berusia dan memegang cerut di tangannya.
“Inilah, Datuk Hamdi,”
“Bukan ke dia usahawan yang berjaya itu ke? Bukan ke dia ada restoran di Italy?”
“Tepat sekali,” dia membalas kata-kata aku tadi. Suci tersenyum manis. Dia mencium tangan Datuk Hamdi.
“Suci dari mana?” soal Datuk Hamdi.
“Dari kelas,”
“Kamu kawan kolej Suci ke?” soal Datuk Hamdi sebaik dia labuhkan punggungnya. Aku memandang Suci.
“Inilah kawan sekerja Suci. Nama dia Ismael . Dia teringin nak cuba buat Cioccolato Caldo. Tetapi, bahan-bahan itu bukan ada dekat mana-mana sangat. Kalau ada pun, tak banyak,”
“Kamu mahu Dutch-process powder ?” soal Datuk Hamdi sambil memandang wajahku. Aku mengangguk. Mungkin bahan itu yang aku perlukan. Aku lihat, Datuk Hamdi pergi ke suatu sudut.
“Ini dia,” dia menghulurkan kepadaku. Wanginya. Suci pula ke arah suatu sudut dan mencapai sesuatu. Dia menghulurkan kepadaku.
“Buku resipi. Suatu saat nanti, saya mahu rasa sesuatu dari buatan tangan awak,”
Aku diam seribu bahasa. Nampaknya, aku masih ada harapan untuk terus berada di samping Suci.

Esoknya, aku lihat Suci sedang mengelap cawan dan gelas. Suci memang teliti dalam soal begini. Aku menghampirinya.
“Suci, macamana awak buat Cioccolato Caldo itu ya? Kenapa tak sama rasa dia?” aku mempersoalkan. Suci senyum sahaja.
“Setiap benda kalau awak nak buat awak kena serius dan ikhlas. Kalau tidak, tidak akan menjadi,” dia berkata sambil membilas pinggan di tangannya.
“Awak nak kata saya tak ikhlas ke?”
“Bukan. Saya maksudkan kalau awak kena menghayati setiap apa-apa yang awak buat. Bukan main laruh sahaja,”
Suci aku lihat sedang mengelap tangannya.
“Saya bercadang hendak buka restoran dan cafeteria suatu hari nanti. Tetapi, faham-faham sahajalah mama saya cita-cita saya itu akan tinggal cita-cita. Mama kata, bukan senang hendak buka perniagaan sendiri,”
“Baguslah. Nanti, saya hari-hari boleh rasa coklat panas awak,”
“Tetapi, bukan senang. Kalau tak ada usaha yang gigih. Cita-cita saya ini melangit tetapi belum tentu tercapai,”
Aku lihat, dia macam sedih sahaja.
“Tetapi, itu semua sekarang. Bila awak dah berjaya nanti awak akan berpuas hati dengan usaha awak suatu hari nanti,”
“Betul juga,”
“Suci, Cik Diana nak jumpa dengan awak,”
“Cik Diana?” aku terkesima. Siapa dia?
Aku lihat dia berjalan ke arah wanita yang mungkin bernama Cik Diana itu.
“Kalau kamu mahu tahu, itulah tauke kafe ini. Dia itu, tinggal di Pulau Pinang. Cantikkan?”
Aku angguk sahaja. Cik Diana yang ditunjukkan oleh Pengurus itu memang cantik persis model tetapi sayang seksi yang amat. Abang Yusuf menghampiri aku.
“Hai, kamu pun minat dengan Cik Diana ke?”
Aku terus ke dapur. Tidak kuasa aku hendak layan usikan begitu. Aku terasa cemburu pula apabila melihat Suci bercakap dengan Cik Diana lama-lama. Aku mula terasa diri aku tidak penting padanya.
“Okaylah, akak rasa tak ada apa sangat ya. Okay, Suci selamat Berjaya. Nanti, apa-apa hal kita jumpa lagi ya,”
Suci angguk sahaja. Kakak? Tetapi…..,
“Suci dengan Cik Diana memang rapat. Diorang macam adik-beradik. Kalau kamu mahu tahu, Suci ialah pekerja perempuan pertama yang diambil bekerja. Cik Diana sukar sedikit hendak terima cara kerja orang perempuan,”
“Kenapa?”
“Biasalah. Orang perempuan ini, karenah dia lain. Itu kata cik Dianalah. Tetapi, dia lihat Suci itu berbeza. Lagipun, dia berkenalan dengan Suci semasa dia memberikan satu ceramah di UiTM satu ketika dahulu,”
Panjang lebar Abang Yusuf bercerita. Aku mula faham kini. Aku lihat, Suci membelek majalah dan fail yang diberikan Cik Diana. Suci menyimpan barang-barang yang diberi Cik Diana tadi.
“Banyak dapat kali ini, Suci. Cik Diana ke negara mana pula kali ini?” soal Yazie sambil mengelap gelas.
“Erm…., dia ke New Zealand. Ke Christchurch. Biasalah, dia pun ada kafe di sana,”
Aku mendengar sahaja. Entah kenapa, aku rasa cemburu yang amat. Cemburu kerana wajah Suci berbeza sekali apabila bertemu Cik Diana. Aku terasa cemburu dengan Cik Diana kerana Suci nampak gembira selepas bertemu dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience