Chapter 20

Mystery Completed 14816

Bab 20

“Kau orang semua tahu, aku dengan Alin dah berkawan sejak di universiti. Tahun ni dah hampir 3 tahun kami bercinta. Tapi setiap kali aku ajak Alin kawin, dia asyik menolak. Malam ni aku harap dia takkan menolak…. Alin, will you marry me?” kata Airiel sambil duduk berlutut dan menghulur kotak cincin yang sudah dibuka ke arah Amalina.

Amalina tergamam. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan Airiel yang benar-benar di luar dugaannya. Spontan kedua-dua telapak tangannya diletakkan di pipi, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Come on Alin! Terima aje!” teriak satu suara perempuan. Amalina memandang ke arah suara itu. Dia nampak Megawati menganggukkan kepala beberapa kali dan disokong oleh kekasihnya Azizan yang duduk di sebelahnya.

“Alin…Please!” Rayu Airiel apabila dilihatnya Amalina diam dan terus tergamam.

“I… I tak tahu, Riel!... I kena fikir dulu!”

“Please. I betul-betul cintakan you, Alin. I takkan sia-siakan you. Marry me, please…”

“Sorry Airiel! Sorry… I tak boleh kahwin dengan you sekarang!” jawab Amalina.

“Tak perlu kahwin sekarang. Kita bertunang dulu. Terimalah dulu cincin ni!” rayu Airiel.

Amalina nekad. Dia tidak akan menerima cincin Airiel dalam paksaan begini. Kotak cincin itu itu dipandang sepi. Cepat-cepat dia berlari meninggalkan lelaki itu. Dia terus masuk ke dalam khemahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Hati Amalina tidak keruan. Dia tidak tahu apakah perasaannya saat itu. Dia tidak menyangka Airiel akan melamarnya dalam keadaan terdesak, di hadapan rakan-rakan mereka pula. Aduh! Mengapa Airiel harus berbuat demikian? Mengapa?

“Alin…” Dia mendengar suara Airiel di sisi khemahnya. Tubuh Amalina jadi panas dingin saat mendengar suara Airiel yang dirasakan sungguh berlainan sekali. Suara itu mengandungi rasa kecewa, marah dan hampa. Amalina membuka sedikit pintu khemahnya, dia harus berani menghadapi Airiel setelah melakukan penolakan sebentar tadi.

“Alin… I tak sangka, you sanggup memalukan I di depan kawan-kawan kita tadi.” kata Airiel, kepalanya tertunduk.

“Sorry, Riel. I terkejut… I tak sangka. I tak bersedia langsung.”

“I malu. Mengapa you harus memalukan I begini Alin?”

“Airiel. Maaf… Maafkan I,” pinta Amalina berkali-kali sambil kedua-dua telapak tangannya memegang pipi Airiel kiri dan kanan.

Airmatanya mengalir menunjukkan betapa dia kesal terhadap peristiwa yang baru terjadi. Dia mengharapkan pengertian Airiel.

Airiel menolak tangan Amalina sambil berkata dalam nada sedih, tertahan-tahan; “I sangka kedatangan I akan menggembirakan you. I nak surprise you dengan melamar you di sini. Tapi tak sangka you menolak I begitu saja. Semuanya kerana sakai tu kan?”

“Dahlah Riel. I tak mahu bertengkar dengan you. Ini semua tak ada kaitannya dengan dia, Riel. Sumpah!” Kata Amalina dengan tegas untuk lebih menyakinkan Airiel. “I betul-betul terkejut. I tak sangka. Lagipun you melamar macam tu… Itu bukan budaya kita. Mengapa tidak you hantar keluarga you berjumpa keluarga I?”

“Kalau I buat macam tu, you akan terima?” tanya Airiel seperti mencabar pula.

Amalina terdiam. Dia terlanjur berkata sesuatu yang langsung tidak dimaksudkannya. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Dia masih punya cita-cita besar yang belum tercapai. Dia fikir Airiel mengerti. Tapi mengapa Airiel harus mendesak dan mengajak dia mendirikan rumahtangga tanpa berbincang terlebih dahulu?

“You takkan terima juga kan?” Tukas Airiel sambil menambah; “Jadi, samada I sendiri atau keluarga I yang melamar you, kedua-duanya pun takkan you terima. Buat apa lagi kita mempertahankan perhubungan ini?”

“Airiel. You salah sangka. I masih sayang dan cintakan you. Perasaan I masih seperti dulu, Riel. Cuma I belum bersedia. Berapa kali sudah I katakan, I belum mahu berkahwin. Sekurang-kurang setahun atau dua tahun lagi. Mengapa you tak nak faham?”

Airiel mengeluh. Dia tahu, dia sudah gagal untuk mendapatkan Amalina.

Wajah lelaki itu muncul lagi di hadapan Leo. Dia mempamerkan wajah bengis dan garang. Leo membalas tentangan matanya yang tajam dan berbisa itu, tanpa rasa takut lagi. Dia sedar dia harus berjuang untuk mengalahkan lelaki itu.

“Siapa kau?” tanya Leo dengan suara yang keras.

Lelaki itu ketawa kuat. Giginya nampak tersusun dengan cantik, bersih dan putih. Tulang pipinya tinggi, jelas kelihatan semasa dia tertawa. Keningnya yang lebat kelihatan terjungkit lantas Leo dapat melihat lagi tahi lalatnya dengan jelas sekali.

“Aku malaikat maut. Datang untuk mengambil nyawa kau!” Katanya sambil menghunus sepucuk pistol di tangan.

“Pengecut!” kata Leo.

“Kau menyerang orang yang tak bersenjata.”

“Kau mahu beradu kekuatan dengan aku?” tanya lelaki itu merasa benar-benar tercabar dengan kata-kata Leo.

“Ya… Tunjukkan kau benar-benar jantan.”

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience