36.

Romance Completed 46617

Uthman masuk semula ke biliknya dirumah Banglo milik keluarganya. Dia menapak menuju kearah katil. Melihat isteri yang masih dibuai mimpi.

"Haihhh masih tidur. Malam kang tak dapat tidur dengan kita sekali You bawa Aura sayang Oi.." Kata Uthman.

"Sayang... Ooo Sayangg.. Bangun kejap. Makan. Umie dan Baba dah tunggu tu." Kata Uthman.

"Kejap lagi boleh?" Kata Aura.

"Ishh bangunlah. Umie dah tunggu menantu dia kat bawah tu." Kata Uthman.

"Ok 5 minit." Kata Aura.

"Sayang nak abang dukung sayang bawak turun?" Ugut Uthman.

Celik mata Aura dengar ugutan Suaminya.

"Suka sangat kan nak ugut ugut ni. Memang kaki Ugut ke semua tentera ni. Sampai bini pun nak diugut. Benci." Kata Aura turun dari katil dan berlalu turun dengan muncung sedepa.

"Haihh kenapa ni?" Tanya Irma apabila melihat Aura dengan wajah masam mencuka duduk disisi Luthfan.

"Sayang." Uthman bercekak pinggang.

"Apa?" Tanya Aura moody.

"Tempat sayang kat sini bukan kat situ." Kata Uthman menunjukkan kerusi disisnya.

"Sukati lah. Sama je kan?" Tanya Aura.

Roslan menggelengkan kepalanya dan tersenyum.

"Patutlah hari Uth sekarang sentiasa berbunga. Ni rupanya rahsianya." Kata Roslan.

"Takde nak bahagia Baba. Dengan Ulat Bulu ni." Kata Aura.

"Hah? Ulat Bulu?" Tanya Luthfan.

"Haah. Biasalah Ulat Bulu sutera. Jadi rebutan tau." Kata Aura memperli suaminya.

"Siap sayang eh." Kata Uthman.

"Tengok syka sangat ugut Aura ni Umie." Adu Aura.

Aura bangun dari duduknya dan berpindah kesisi Uthman.

"Takut ke?" Tanya Uthman.

"Takde maknanya." Lawan Aura.

Aura mengautkan nasi kedalam pinggan Uthman. Baru kedalam pinggannya. Selepas Umie, Baba dan Luthfan. Aura meletakkan Ayam dan udang dalam nasi Uthman. Namun tidak pada nasinya.

"Aura taknak makan ke?" Tanya Irma.

"Makan Mie." Kata Aura berlalu kedapur. Dia meletakkan Nasinya kedalam mangkuk dan meletakkan sedikit air panas dan gula.

Aura duduk semula kesisi suaminya. Melihat Uthman yang berselera makan dah buat perutnya kenyang.

"Aura makan apa tu?" Tanya Roslan.

"Teringin nak makan Bubur nasi manis." Kata Aura.

Uthman yang mendengar tersedak hingga Aura membantu memberikan air minum padanya.

"Are you pregnant?" Kata Uthman lepas meminum air yang diberikan Aura.

"Pregnant apanya. Minggu lepas bendera jepun berkibar." Kata Aura.

"Habis ni?" Tunjuk Uthman.

"Aura teringin je." Kata Aura.

"Maaf Baba, Umie belum rezeki Aura mengandung." Wajahnya berubah suram.

"Takpe. Umie tak kisah." Kata Irma. Walau hakikatnya dia terlalu kecewa.

Mereka yang selesai makan duduk diruang tamu. Manakala Aura membersihkan Meja makan dan mencuci piring.

Irma nak membantu menantunya namun dicegah oleh Aura. Akhirnya dia duduk bersama dengan anak anak dan suaminya.

"Maaf Ba,.Mie belum ada rezeki." Kata Uthman.

"Umie tak kisah." Kata Irma lagi.

"Mungkin belum masa untuk kami bergelar Nenek dan Atok." Kata Roslan.

Aura mendengar perbualan 4 beranak itu. Dia tahu dari suara mertuanya saja dia pasti mereka kecewa.

Aura selesai membersihkan dapur. Taknak mengganggu mereka, Aura menapak naik kebilik suaminya.

"Aku ni tak subur ke?" Tanyanya pada diri.

"Takkan 4 bulan perkahwinan aku dengan Uthman aku belum mengandung lagi?" Fikirnya.

Kepalanya sarat dengan pelbagai soalan dan pertanyaan. Akhirnya dia keluar duduk diatas kerusi diluar Balkoni.

"Aku tahu Umie dan Baba kecewa. Tapi aku nak buat macam mana?" Tanya Aura.

"Ya Allah bagilah aku merasa menjadi seorang Ibu. Walaupun hanya seorang Zuriat yang kau berikan padaku." Kata Aura.

Uthman masuk kebilik dan mencari kelibat isterinya. Namun matanya tertumpunpada langsir Balkoni ditiup dari luar.

"Sayang?" Panggil Uthman.

"Hmm." Kata Aura sepatah.

"Kenapa ni?" Tanya Uthman.

"Herm tengah fikir mana silap Aura hingga kini Aura masih tak boleh berikan By Zuriat. Kata Aura. Hati mulai sebak.

"Allah belum nak bagi. Sebab Allah nak By dan Sayang Bulan madu." Kata Uthman.

"Tapi Aura terungin sangat nak jadi Ibu." Kata Aura.

Air jernih mulai mengalir kepipi mulusnya.

"Heyyy kenapa nangis ni?" Tanya Uthman.

Namun Aura hanya diam. Tak guna dia beritahu Keinginannya yang membuak untuk mengandung cepat kepada suaminya.

Silap haribulan. malam malam Uthman nak malam Jumaat. Dia mula menelan liurnya apabila membayangkannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience