BAB 8

Humor Completed 631

Pada hari raya kedua…

KIRA-KIRA pukul 4.00 petang, baru Mukhriz tiba di rumah aku. Jika Haikal
datang dengan adik lelakinya, Mukhriz pula datang dengan adik
perempuannya. Walaupun sudah hari raya kedua, Mukhriz tetap tiba dengan
berbaju MelNoni kuning air, bersampin dan bersongkok. Markah penampilan
juga 10/10 .

“Yang ni…Kuih Goyang, kan?” Noni bertanya di dapur.

Aku angguk.

“Jangan keluarkan Kuih Goyang.” Aku melarang apabila Noni mencapai bekas
Kuih Goyang.

“Along nak beri dia Biskut Almond London ke?”

Aku angguk seraya menyusun biskut itu di atas piring kuih yang
berlapikkan doili.

Noni menggeleng. “Peninglah tengok along ni. Apa yang orang tu nak, dia
tak beri. Habis tu buat apa buat kuih semua ni? Siapa yang nak makan?”

Tidak dapat tidak, rungutan Noni membuatkan aku tersenyum. Aku tahu Noni
tidak faham. Nantilah aku terangkan semuanya.

“Jemputlah makan. Ila buat sendiri biskut ni,” kataku sambil meletakkan
piring kuih itu di hadapan Mukhriz.

Aku lihat air muka Mukhriz berubah. Dia memandang wajahku sejenak
sebelum mencapai sebiji biskut. Tanpa bantahan, dia menjamah semua
biskut yang kubuat dengan tenang. Aku biarkan sahaja dia menjamah
hidangan dan berbual dengan ibu sepuas-puasnya. Noni pula sudah hilang
entah ke mana bersama adik Mukhriz.

Setelah hampir sejam di rumahku, Mukhriz meminta diri untuk balik.
Segala buah tangan yang dibawa tadi kini berbalas sebekas Kuih Goyang
Ros dan sebakul buah mangga.

Aku melepaskan kepulangan Mukhriz dengan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience