Bab 67

Romance Series 106380

ZAILANI gelisah. Ketika sedang sibuk menyiapkan beberapa file yang perlu diserahkan kepada Juwita, dia menerima panggilan telefon dari setiausaha Juwita mengatakan Juwita menahan sakit. Bergegas dia menuju ke pejabat Juwita.

"Abang, tolong Ju. Sakit sangat ni." Peluh merecik di dahi Juwita. Zailani panik. Haris yang kebetulan lalu di depan pejabat Juwita segera masuk apabila mendengar Juwita menjerit kesakitan.

"Ya Allah, Lan. Bawa Ju pergi hospital." Haris panik. Zailani yang baru tersedar apa yang perlu dilakukan, segera mencempung tubuh Juwita. Haris turut mengekori Zailani.

"Naik kereta aku je." Haris berkata. Tanpa berfikir panjang, Zailani masuk ke dalam kereta Haris yang kebetulan di parkir berdekatan dengan lift.

"Istifar sayang. Sayang kuat. Sabar sikit ye." Zailani memujuk Juwita yang hampir kehilangan suara.

"Ju rasa nak teran ni." Juwita menjerit kesakitan. Buntang mata Zailani ketika itu.

"Eh jangan Ju. Tahan sikit. Kita dah nak sampai." Haris terus menekal pedal minyak. Sudah tidak dipedulikan lagi tentang had laju yang perlu dipatuhi dan ketika itu jugalah dia di kejar oleh polis trafik.

"Allah... time ni pulalah nak ada polis trafik pun." Nak tak nak Haris terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan. Polis trafik itu terus menuju ke arah Haris sebaik saja menongkat motorsikalnya.

"Encik tahu apa kesalahan encik?" Serius sekali soalan diajukan.

"Saya tahu encik. Tapi saya tak ada pilihan lain. Sepupu saya nak bersalin ni." Haris menoleh ke arah Juwita apabila mendengar Juwita mula meneran. Polis trafik itu juga turut memandang ke tempat duduk belakang.

"Ikut saya dari belakang. Tolong pasang double signal ye." Haris mengangguk. Syukur Allah permudahkan.

Dengan bantuan polis trafik itu, mereka tiba di hospital tepat pada masanya. Laluan telah buka sembilan sentimeter. Juwita terus ditolak ke bilik bersalin.

"Terima kasih encik." Haris berjabat tangan dengan polis trafik itu.

"Sama-sama. Dah jadi tugas saya membantu apa yang perlu. Lepas ni jangan melebihi had laju ye," pesannya sambil ketawa kecil. Haris turut ketawa.

"Saya minta diri dulu. Semoga semuanya dipermudahkan." Haris mengangguk melihat polis itu berlalu pergi.

Telefon bimbit di dalam poket seluar diseluk keluar. Dia segera menghubungi Zaitun untuk memaklumkan keadaan Juwita.

Haris masuk semula ke dalam kereta untuk mendapatkan parkir. Puas dipusing sana sini, barulah dia menemui parkir.

Melihat jam di dashboard, Haris tepuk dahi. Hampir dia terlupa dengan temujanjinya gara-gara Juwita sakit nak bersalin. Telefon bimbit dikeluarkan lalu dia menghubungi seseorang.

"Hello you, sorry ye I terpaksa cancel date kita tengah hari ni." Haris serba salah.

"Ada hal penting ke?" soal suara ditalian sana.

"Juwita sakit nak bersalin. Husband dia panik tadi. Mujur I tak berapa nak panik. I dekat hospital ni," terang Haris bersama senyuman di bibir.

"It's okey. Next time ye. You settle dulu hal you." Tenang sekali suaranya.

"I promise malam ni kita keluar date. Itu pun kalau you free." Haris mengetuk-ngetuk stering. Berdebar menanti jawapan dari si dia.

"Malam ni ye? Hmm..." Bagai sengaja mendera perasaan Haris. Resah gelisah Haris menanti jawapan yang diharapkan.

"Okey. You jemput dekat rumah." Haris melepaskan nafas lega. Mujur saja si dia setuju. Kembang kempis hatinya ketika itu.

"See you tonight love." Kedengaran ketawa halus dihujung talian. Rasa bahagia meresap ke setiap saraf mereka.

* * * * *

"TARIK nafas lepas tu hembus. Bila rasa sakit puan teran ye." Doktor Hajar menanti Juwita untuk meneruskan teranan.

Zailani menggenggam kemas tangan Juwita. Mujurlah dia dapat turut sama masuk ke dalam bilik bersalin. Dia ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Juwita bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

Juwita tarik nafas dan hembus. Apabila terasa sakit, dia segera meneran.

"Sikit lagi puan. Saya dah nampak kepala baby." Doktor Hajar masih menanti. Juwita memandang Zailani. Zailani mengangguk sambil tersenyum.

"Argh!" Juwita meneran sekuat hati dan kedengaranlah suara tangisan bayinya. Zailani memeluk erat bahu Juwita. Dahi Juwita dikucup lembut.

"Terima kasih sayang." Tumpah jua air mata kegembiraan mereka.

"Tengok ni puan, anak lelaki." Doktor Hajar menunjukkan jantina bayi mereka. Juwita mengangguk lemah. Terasa habis sudah tenaganya. Selepas dibersihkan, bidan segera meletakkan bayi ke atas tubuh Juwita. Skin to skin. Juwita membelai lembut bayinya. Dicium pipi dan dahi bayi lelakinya itu. Zailani turut mencium wajah putera mereka.

"Abang azankan dulu ye?" Juwita mengangguk. Segera Zailani mengendong putera mereka lalu di azankan. Terasa syahdu mendengar azan yang dilaungkan oleh Zailani. Juwita segera menyeka air matanya yang tumpah.

"Puan, minum dulu air ni." Jururawat menyuakan secawan air milo kepada Juwita. Selesai saja menghabiskan minumannya, Zailani kembali meletakkan putera mereka ke tubuh Juwita.

"Sayang bagi baby susu. Abang nak kena keluar. Nanti kita jumpa dekat wad ye." Zailani mengusap lembut kepala Juwita. Juwita tersenyum. Usai mendapatkan uri Juwita, Zailani segera melangkah keluar mendapatkan Haris yang menanti di ruangan menunggu di depan dewan bersalin.

"Dah bersalin?" soal Haris tidak sabar. Zailani mengangguk. Haris menadah tangan mengusap syukur.

"Aku nak call ibu. Tak sempat call ibu tadi." Haris tepuk lembut bahu Zailani.

"Jangan risau bro. Aku dah bagitahu ibu. Papa on the way bawa ibu datang sini." Zailani tersenyum.

"Thanks Haris. Mujur ada kau. Kalau tak, aku pun tak tahu nak fikir apa tadi." Haris ketawa.

"Apalah benda macam tu pun tak boleh fikir." Zailani turut ketawa mendengar kata-kata Haris.

"Kau tunggu turn kau, silap-silap kau pun jadi blur tau." Mereka sama-sama ketawa.

Bahagia...

Hanya itu yang mampu Zailani ungkapkan. Tiada apa yang lebih bahagia selain dari dapat memiliki Juwita sebagai permaisuri hatinya. Ditambah pula dengan kehadiran zuriat mereka. Benar-benar melengkapi kehidupannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience